Who is she

Aku yang tengah fokus menyiapkan homework dihalaman rumah terperanjat saat mendengar bunyi hon kereta, aku berdiri dan berjalan menuju pagar rumah ku.

Kening aku berkerut memandang kereta yang tidak dikenali berhenti tepat dihadapanku, aku kecilkan mata aku untuk melihat kelibat orang yang duduk di seat pemandu dalam kereta itu.

Cermin keretanya dibuka perlahan, aku terkejut selepas melihat kepalanya dikeluarkan.

" baby buka laa pagar tu, oppa nak parking kereta dekat dalam ni " kata hoseok oppa

Dengan cepat aku membuka pagar tersebut dan memberikan laluan untuk kereta oppa masuk. Setelah kereta oppa berjaya masuk kedalam rumah. aku menutup semula pagar itu dan berjalan mendekati oppa yang baru sahaja keluar dari perut kereta itu

" eomma mana ? " soal oppa

" dekat dalam " balas ku

Hoseok oppa masuk kedalam dengan tergesa gesa aku mula hairan, baru sahaja aku ingin melangkah setapak mengekori oppa, aku terperanjat dan terjerit mendengar bunyi hon kereta yang sangat kuat dari kereta oppa

Aku pusingkan badan dan melihat kedalam kereta alangkah terkejutnya aku melihat muka tembam mata sepet tengah tersenyum manis memandang aku dari dalam.

Dia melambaikan tangan nya dengan raut wajah yang ceria, perlahan kakiku mengorak langkah mendekati dia. Aku memberikan isyarat menyuruh dia membuka cermin kereta itu

" anyeong " ucap yoongi meleret sambil melambai lambaikan tangannya

" asal ceria semacam je ni " soal aku dengan kening bersambung sambil berpeluk tubuh

Hanya sengihan yang di tayangkan yoongi kepada ku soalan aku langsung tidak dibalas.

" masuk lah , buat apa awak duduk kat dalam kereta tu " kata ku lalu berjalan kembali ke tempat aku mengulang kaji itu

Aku melabuhkan duduk di kerusi itu dan meneruskan kerja aku yang tertangguh tadi. Yoongi keluar dari kereta dan berjalan mendekati aku.

Kepala aku terangkat saat melihat dia melabuhkan duduk dikerusi bersebelahan ku.

" kau buat pe ? " tanya yoongi

" siapkan homework ni ha " mulutnya membulat dan mengangguk kecil

Aku sambung menyiapkan kerja sekolahku, yoongi pulak hanya memerhatikan aku menulis. Walaupun sedikit janggal tapi aku cuba untuk berlagak tenang.

Aku mendongak dan memandang kereta oppa sekilas dan memandang yoongi pulak

" tu kereta siapa " soal ku kepada yoongi

" kereta hoseok yang baru la " balas yoongi mulut aku terbuka luas

" kereta dia yang semalam tu kan rosak jadi appa kau belikan dia kereta baru lagi " aku terkejut mendengar kata kata yoongi

Untung hoseok oppa dapat apa sahaja yang dia nak

" kalau kau nak tahu dah 3 kali hoseok rosakkan kereta pemberian appa kau, entah apa masalah budak tu kereta mahal pun boleh rosak kalau dia bawa " kata yoongi lagi

Aku hanya mampu tersenyum dan menyambung menulis

" kau nak ikut kitaorang jalan jalan tak ? " soal yoongi dengan nada lembut, aku menggeleng sambil tertunduk

" kenapa ? Kau tak bosan ke duduk rumah je " tanya nya lagi

" homework saya banyak laa, saya kena siapkan hari ni " balas ku

" takpe biar aku siapkan untuk kau, jom laa join kitaorang " ucap yoongi sambil menguis lenganku

Aku pandang dia " lain kali laa ye " kata aku, yoongi mengeluh lalu berdiri dan masuk kedalam rumah, aku masih sibuk menyiapkan kerja sekolahku.

______

Sudah hampir satu jam aku menyiapkan kerja sekolahku, yoongi dengan hoseok oppa pun masih tak keluar dari rumah. Apa yang diorang buat dekat dalam tu

Aku berdiri dan meregangkan otot otot ku, dan berjalan masuk kedalam rumah, aku pelik ruang tamu sunyi sepi.

Mana diorang pergi ?

Telinga aku terdengar suara dari arah dapur, aku pun berjalan menuju ke dapur. Aku terkejut melihat meja dapur bersepah dengan tepung

" apa korang buat ni ? " tanya ku dengan pelik

" hehe oppa minta eomma ajarkan cara buat cake " jawab hoseok oppa

" buat cake ? Kenapa tak beli je " soalku

" alaa buat sendiri dengan beli tak sama "

" lagipun cake ni special untuk seseorang " kata oppa lagi sambil ketawa

" oppa nak bagi siapa ? " tanya ku teruja, mesti oppa nak bagi dengan rose unnie

" hehe secret " balas oppa lalu ketawa

" dia nak buatkan namjoon cake nanti, kan birthday namjoon tak lama lagi " ujar yoongi

" alaa hyung ni, kenapa bagitau haemin "

" wae ? Salah ka dia tahu "

" tak salah cuma aish, baby jangan bagitau diorang yang lain k oppa yang buat cake ni "

" ee oppa ni, ingat haemin ni apa, mulut murai ke " oppa menggaru kepala sambil tersengih

" seok kau tunggu sini k aku dengan haemin nak pergi kedai jap, aunty yoongi pinjam haemin ya " kata yoongi lalu menarik aku

" eh eh nak pergi mana jangan la tarik tarik macam ni " yoongi tidak mempedulikan aku malah ditariknya aku semakin kuat untuk mengikutinya

" yahh sakitlaa ! " aku menjerit membuatkan yoongi berhenti

" pura pura sakit la kau ni, aku tahu kau mesti mengelak nak ikut aku ni kan dah jom jangan banyak songeh sana " sekali lagi dia menarik aku

Sampai di hadapan kereta hoseok oppa dia membukakan aku pintu dan menolak aku masuk kedalam tanpa menghiraukan aku yang tengah kesakitan ini

Mata aku memerhatikan sekeliling kereta hoseok oppa, boleh tahan juga kereta baru hoseok oppa ni, dua kali ganda lebih cantik dan besar dari yang dulu.

" cantik kan kereta ni " tanya yoongi selepas masuk kedalam kereta, aku mengangguk kecil tanda iya

" kita nak pergi mana ? " soal aku

" nak pergi " yoongi mendekatkan mulutnya ketelingaku aku pulak sedia mendengar

" jalan jalan !! " jeritnya membuatkan aku terkejut dan hampir tertampar mukanya

Aku muncungkan bibir dan pasang wajah geram memandang yoongi, dia tengah sibuk ketawakan aku. Yoongi menghidupkan enjin kereta dan menekan pedal minyak. Tapi dia berhenti sekejap dan keluar dari kereta berjalan ke arah pagar

Setelah pagar terbuka yoongi  masuk kedalam kereta semula dan menekan pedal minyak kembali, perlahan lahan kereta berjalan keluar dari rumah. Saat kereta berjaya keluar automatik yoongi melajukan kereta.

" yoongi ! pintu pagar awak tak kunci lagi laa " kata ku

" biarlah nanti hoseok tolong tutupkan juga tu " aku menggeleng dan melepaskan keluhan kecil

________

Aku melabuhkan duduk di kerusi kosong yang terletak dalam shopping mall itu, serius kaki aku lenguh dah, daritadi yoongi heret aku kesana kesini.

" penatnyaa, jom laa balik " adu ku

" alaa kau ni relax laa aku masih belum jumpa apa aku cari " balas yoongi

" awak cari apa sebenarnya " tanyaku hairan

" kacamata yang sesuai untuk namjoon "

" eh ? Bukan ke semua kacamata sentiasa sesuai untuk dia " ujar aku dengan sangat jujur. Betul kan namjoon sunbae sentiasa nampak kacak dengan memakai apa sahaja cermin mata

" kau sorang je fikir macam tu " balas yoongi selamba lalu berdiri meninggalkan aku sendirian disini.

Takpela biar aku tunggu dia dekat sini, kalau aku pergi ikut dia masuk kedai tu lagi. Memang membengkak laa jadinya kaki aku ni.

Tiga puluh minit kemudian yoongi datang balik kepada aku berserta beg kertas berwarna kelabu di tangannya.

" cuba teka apa aku beli ni " tanya nya berserta senyuman nakal

" ermm " aku meletakkan jari di dagu

" ish lambat betul la ! " decit yoongi

" baju atau pun seluar " kata aku dengan sedikit yakin

" salah ! "

" habis tu awak beli apa " tanya ku, yoongi menyeluk beg itu dan mengeluarkan kotak warna hitam

" aku beli kan dia kasut sukan baru boleh la dia pakai masa pertandingan baskettball tu nanti " balas yoongi

" bagus jugak idea awak " puji ku

" well ini min yoongi laa " kata yoongi dengan bangga lalu menepuk dada nya , aku hanya tersenyum.

" yoongi ? " tegur satu suara, aku dan yoongi menoleh mencari empunya suara.

Setelah menemukan suara tersebut, dahi aku berkerut manakala riak wajah yoongi sedikit terkejut melihat perempuan di hadapan mata kami ini

Baru sahaja aku ingin membuka mulut bertanya kepada perempuan itu , tapi tidak kesampian sebab tangan aku sudah di pegang yoongi dan ditarik untuk mengikutnya.

Aku menoleh semula ke belakang, gadis itu masih memandang aku dengan yoongi.

" siapaa tu " soal ku ingin tahu

" kau jangan nak sibuk laa " balas yoongi nada serius

" saya bukan nak sibuk-- "

" kau boleh diam tak ! " jerit yoongi aku terkedu.

Aku hairan, kenapa yoongi tak tegur perempuan tu balik. Siapa dia ? Dan kenapa yoongi tiba tiba saja berubah selepas jumpa perempuan itu?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top