True feeling

Aku tersenyum saat oppa menceritakan kisah kisah dia dengan yoongi dulu, sedikit demi sedikit aku mula tahu pasal yoongi itupun disebabkan oppa.

Aku langsung tidak menyangka yang yoongi itu mempunyai sifat yang sama seperti oppa, kalau sahaja dia tidak bertemu dengan bekas teman wanita dia itu mungkin sekarang perangai yoongi tak berubah seperti kanak kanak.

" oppa cuma harap yang yoongi hyung akan berubah seperti dulu , oppa rindu yoongi yang dulu tau " ujar oppa lalu mengeluh.

Pintu bilik wad terbuka secara tiba tiba, hati aku berdegup kencang memandang orang itu. Dia berjalan ke arah ku dengan tiba tiba dia memeluk ku

Hangat .

Yah hangat aku rasakan, perlahan lahan air mata aku jatuh ke bahunya.

Kenapa aku rasa yang aku rindukan dia eah ?

" gumawo " ucapnya dalam pelukan. aku keliru gomawo untuk apa?

" for what " tanya ku.

" sebab ... kau .. tak tinggalkan aku " aku tersenyum, malu.

" mianhae , aku lambat datang cari kau malam tu " sambung yoongi lagi

Aku melepaskan pelukan, yoongi memandang tepat anak mata ku

" ani, sepatutnya saya yang berterima kasih dekat sunbae. Sebab sunbae dah selamatkan saya malam tu " kata ku sambil menayangkan senyuman nipis

" aku nak minta sesuatu dari kau boleh tak ? Sebagai balasan yang aku dah selamat kan kau " ceh tolong tak ikhlas rupanya . Siap minta balasan lagi

" apa dia " lembut aku menanya. sambil tersenyum

" berhenti panggil aku sunbae, kau kena panggil aku yoongi ataupun apa apa je yang kau suka "

" tu je ? Hahaha boleh ! Apa salahnya " aku tersenyum sambil mengjengketkan sebelah keningku

" kau ingat kau comel ke buat muka macam tu " ucap yoongi, aku mencebik. tahu lah aku hodoh eish

" elleh suka hati saya lah "

" jangan buat muka macam tu lagi.  hodoh ! Serupa monyet "

" yahh ! Sampai hati awak samakan saya dengan monyet "

" betul lah , kenyataan okey " yoongi menjeling aku

" tak samaa laa eish dia ni "

" ehem ehem , aku masih kat sini kay " aku dengan yoongi menoleh ke kiri .

Aku hampir lupa yang hoseok oppa ada dalam ruangan ni. alamak malunyaa aku . Dah laa aku dengan yoongi berpeluk tadi. Arghhh !  mesti dia dengar apa yang yoongi cakap dekat aku tadi

" sejak bila kau dekat sini "  yoongi memandang oppa dengan riak wajah hairan

" sejak dari hyung masuk bilik ni , and korang ber sweet bak pasangan romeo and juliet " yoongi hanya mengroll kan mata nya ke atas

Sekali lagi aku menoleh ke arah pintu wad selepas mendengar bunyi pintu terbuka terpancul wajah orang yang paling aku sayangi dimuka pintu

" eomma ! " jerit ku, eomma berlari memelukku

" syukur laa kalau haemin dah sedar , eomma risau sangat dengan haemin tau tak " ucap eomma sebaik pelukan terlerai

" haemin ada rasa sakit dekat mana mana tak " tanya eomma tangannya sibuk mengusap tanganku

" kepala haemin masih sakit , kalau lengan haemin sakit sikit je " kata aku dengan jujur. eomma menitiskan air mata

" maafkan eomma ya kalau eomma tak benarkan pergi camping tu. semua ni takkan berlaku dekat haemin " aku mengeleng

" semua yang terjadi ni atas kehendak tuhan, eomma. dia tengah uji haemin sekarang ni. Dia nak tengok samaada haemin boleh hadapi semua ni, jangan risau haemin kuat "

Eomma menggangguk dan aku lihat hoseok oppa tersenyum manakala yoongi memandang aku dengan sayu.

tersentuh ke ? Haha

________

Hari pun suda menjelang petang , eomma dengan hoseok oppa suda pun pulang ke rumah. Tetapi tidak yoongi , dia meminta izin eomma untuk menjaga aku malam ni. Yang pelik nya eomma hanya mengiyakan

Hati aku tambah berdegup dengan kencang sewaktu yoongi melabuhkan duduk disebelah ku.

" nak makan tak ? " soal yoongi, aku menggeleng. yoongi mengeluh

Jam suda menunjukkan pukul 6:49 minit , black idle langsung tidak melawat aku hari ini , mereka tidak tahu ke yang aku dah sedar. Ke diorang sibuk sampai tak sempat nak melawat aku.

Takpelah aku tunggu korang datang esok ye.

" termenung apa ? sampai aku bercakap kau tak dengar. " aku tersentak dari lamunan

" hehe takde la , saya just teringatkan unnie unnie saya , diorang langsung tak datang lawat saya hari ini " ujar aku seraya tertunduk merenung selimut yang menutupi kakiku

" esok diorang datang lah tu , kau tak payah risau la " aku tahu kata kata dia itu untuk menyedapkan hatiku sahaja.

" awak tak nak balik ke ? " soal aku tiba tiba

" kau halau aku ke ? " soalan dibalas dengan soalan

" manaada saya tanya je la " jawab ku . Yoongi menjeling aku sekilas

aku tersalah cakap ke ? Kenapa yoongi macam marah dengan aku eh.

" malam ni aku teman kau kat sini " kata yoongi setelah lama mendiamkan diri

Hanya senyuman serta anggukan tanda setuju yang aku balas dengan yoongi.

Seorang nurse masuk membawa dulang berisikan sup ayam dengan nasi putih.

" masa untuk makan malam " senyuman terukir dibibir

" terima kasih nurse " ucap ku. turut tersenyum ke arah nya

" nae , lepas tu awak makan ubat k " katanya lagi, aku mengangguk seraya itu dia keluar dari bilik

aku pandang dulang itu tadi, hilang terus selera aku nak makan.

Perlahan lahan aku tolak dulang tersebut ke tepi. Makanan hospital mesti tak sedap , mesti takde rasa.

" kenapa tak makan " soal yoongi dengan pelik

" takde selera " jawab aku acuh tak acuh

" takde selera sebab makanan ni tak sedap ke ? " tebaknya. aku mengangguk. Macam tau tau aje dia ni.

" kalau macam tu , makanan ni biar aku makan " ucap yoongi lalu berdiri berjalan ke pintu, tapi dia stop sekejap dan berpaling pandang aku

" kau nak apa , biar aku pergi belikan. Nak udon ? Ramen ? Or what " tanya yoongi

membuatkan air liur aku meleleh dengan mendengar sahaja nama nama makanan kegemaran aku itu.

" nak udon hehe " kata aku dengan manja, yoongi mengangguk seraya itu dia keluar dari bilik

Aku tersenyum gembira , tak sabar nak makan udon , dah lama rasanya aku tak makan udon , Aih buat aku terliur saja

_______

Yoongi pov

butang lif aku tekan untuk turun ke bawah, hanya aku seorang saja yang berada dalam lift ni. Aku bersiul menghilangkan bosan sementara menunggu lift ini tiba dibawa .

Lift berhenti di tingkat dua

Ting !

Sebaik sahaja pintu lift terbuka , jantung aku seakan akan berhenti berdegup, badan aku kaku. Automatik hati aku sakit.

Sakit yang teramat sangat! Seakan hampir keseluruhan tubuh badan aku lemah saat melihat wajah orang ini.

" yoongi ? " ucap nya terkejut , aku berlagak tenang . Mata aku memandang depan.

Tidak ingin bersua muka dengan dia , dia berjalan memasuki lift dan berdiri disebelah ku. Pintu lift pun tertutup

" awak buat apa dekat hospital ni ? Awak sakit ke ? " soal nya lagi, aku mendiamkan diri . Malas menjawab soalannya

dia mengeluh sekejap sebelum menyambung membebel.

" awak masih marah kan saya ke ? " jujur.aku tiada mood nak bercakap dengan dia

Ting !

Selepas sahaja lift terbuka aku memboloskan diri untuk keluar tapi lengan ku disambarnya membuatkan langkah aku terhenti

" saya rindukan awak yoongi "  Hati aku semakin sakit

" lepaskan tangan aku suran , aku jijik kena sentuh dengan kau " ujar ku, tanpa memandangnya

" tapi saya-- "

" lepaskan !! Aku dah cakap kan yang aku tak nak tengok muka kau lagi ! Kau lupa ke? Kau sendiri cakap. Kalau terjumpa dekat mana mana buat macam kita tak kenal" jerit ku lalu menolaknya ke tepi , meninggalkan dia sendirian disitu terpekik pelik memanggil aku.

" yoongi mianhae jeongmal mianhae ! " Jerit suran dari jauh

Aku langsung tidak mempedulikan dia , jujur aku katakan aku sudah muak dengan dia , muak dengan penipuan dia. Cukup sekali dia tipu aku. Takkan pernah aku biarkan dia sakiti aku lagi.

Lagipun sekarang aku dah sukakan seseorang. aku hanya tunggu masa yang sesuai untuk luahkannya.

_________

" sedap ? " tanyaku kepada haemin selepas melihat dia makan udon itu dengan berselera.

" ermm sedap " katanya dengan makanan penuh dimulut

Tangan aku naik ke tepi bibirnya aku mengelap kotoran yang ada di tepi bibirnya itu. Comel sangat dia makan . Dah laa pipi dia tembam. Geram aku dibuatnya

Haemin pandang aku tanpa berkelip , wae ? Ada something kat muka aku ke ? Jap aku cek . Aku raba raba muka aku. hmm takde pape pun, asal dia pandang aku macam ni.

" tau lah aku hensem tak payah lah renung aku macam tu sekali " bahunya sedikit terhinjut, dia mengelamun ke ?

" takde lah , saya cuma rasa yang sunbae ni hebat "

" aku dah cakapkan jangan panggil aku sunbae lagi " ujar ku nada lembut. Haemin tersenyum

" baiklah yoongi ssi, by the way kenapa awak tak makan lagi " soal haemin

" kejap lagi aku makan lah , aku tunggu kau habis makan dulu , lepas ni makan ubat k , baru tidur . " kata ku, dia mengangguk laju

Aku perhati je dia makan , aih comel betul lah anak tuan jung ni , betul juga kata hoseok dulu , dia selalu sangat puji dan cakap kat aku yang adik dia comel .

Dia suka sangat cerita pasal haemin dekat aku. Masa tu aku tak pernah tengok gambar haemin sebab hoseok degil. Taknak tunjuk dekat aku, nak surprise katanya

Tapi aku bodoh , sepatutnya dulu aku tunggu haemin datang sini , bukannya bercinta dengan suran, last last sakit yang aku dapat akibat bercinta dengan perempuan durjana itu.

Tak mengapa lah , janji haemin sekarang akan jadi milik aku seorang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top