The truth untold
Taehyung dengan jimin yang sedang berebut remote tv diruang tamu itu kena bebel dengan seokjin
" boleh tak sehari je aku tak dengar korang bergaduh, sakit tau telinga aku ni mendengar suara kamu berdua " bebel seokjin
" taehyung ni ha, aku nak tengok wayang tadi dia pergi tukar pulak " ujar jimin
" masalahnya aku nak tengok anpanman ! " sambung taehyung
" kau ni tae , kau tu dah besar panjang, yang kau tengok katun tu apa hal ? " celah namjoon pulak
" katun ni best laa hyung " sambung taehyung lagi.
" alaa tae ! Wayang tadi tu lagi best tau ! Cepat la tukar ~ ! " jerit jimin dengan manja cuba untuk memujuk taehyung.
Taehyung malah menjeling jimin dan menyembunyikan remote tv itu didalam bajunya. Seokjin yang tengah bercekak pinggang itu hanya mampu menggeleng dan bersabar dengan kelakuan dongsaeng-dongsaengnya itu.
Pintu rumah mereka diketuk lantas kepala mereka menoleh ke arah pintu.
" siapa tu ? " soal namjoon dengan mata membulat
Seokjin mengangkat bahu dan berjalan ke arah pintu, sebaik membuka pintu tersembul hoseok dihadapannya dengan wajah yang serius dan kelihatan sayu
" eo ? Hoseok rupanya aku ingatkan siapa tadi " ucap seokjin, hoseok hanya menayangkan senyuman nipis dan memasuki rumah itu
Seokjin kelihatan curiga dia mengejar hoseok dan memegang bahu hoseok menyebabkan langkah hoseok terhenti
" waeyo ? Kau ada apa apa masalah ke ? " soal seokjin nada lembut
" takdela hyung, aku okey je, oh ya yoongi hyung mana? " soal hoseok pulak
" dalam bilik dia " balas seokjin, hoseok mengangguk lalu meneruskan langkah menuju kebiliknya
Blazer sekolahnya dibuka dan dicampakkan atas katil, dia mengeluh dan melabuhkan duduk diatas tilamnya, tie nya dilonggarkan sedikit. Lengan baju sekolanya dilipat hingga ke siku, jam tangannya dibuka dan diletakkan atas katil. Lalu merebahkan belakang badannya pada permukaan katil itu
Sebelah lengannya diletakkan atas dahi , memikirkan cara untuk bertanya pada yoongi secara baik baik, sejak melihat adik kesayangannya itu menangis dihadapannya tadi dia mula turut ikut bersedih.
Kelemahan hoseok adalah melihat haemin menangis.
Hoseok bingkas dari pembaringan dan keluar dari biliknya, dia melangkah ke pintu bilik yoongi dan mengetuk pintu itu. Namun tiada sahutan dari yoongi, hoseok pun memulas tombol pintu itu, dan berjaya terbuka. Kelihatan yoongi sedang memakai headphone dan duduk dibirai katil
Sedar akan kehadiran hoseok dimuka pintu dia mengangkat kepala dan memandang hoseok headphonenya di tanggalkan dan dia memandang hoseok dengan pandangan kau nak apa ?
Hoseok mendekatinya dan melabuhkan duduk disebelahnya, yoongi masih seperti tadi memandang hoseok dengan pelik. Hoseok menghela nafas berat
" haemin " ucap hoseok, dahi yoongi berkerut
" kenapa dengan haemin ? " tanya yoongi seakan risau
" hyung dengan jiso ada apa apa ke ? " soal hoseok lalu memandang yoongi disebelahnya
" listen seok, apa yang haemin nampak malam tu semua cuma salah faham. Sebenarnya malam tu-- " yoongi tidak meneruskan kata katanya, dia mengeluh sekejap
" aku tak tahu samaada aku patut bagitau kau hal ni ataupun tidak ! Tapi aku percaya yang kau boleh rahsiakan hal ni dari seokjin hyung dan yang lain " ujar yoongi, kini dahi hoseok pulak yang berkerut, pelik dengan ucapan yoongi tadi
" malam tu aku gaduh dengan jiso kan, lepas dia tarik rambut aku tiba tiba kepala aku sakit sangat, akhir akhir ni kepala aku selalu sakit. Lepas dia tarik rambut aku tu tiba tiba aku rasa hidung aku berair sekali aku lap rupanya darah jadi aku pun lari la pergi dapur "
Mata hoseok membulat selepas mendengar darah
Yoongi mencuci darah yang keluar dari hidungnya dengan air, sejurus masuk kedapur tadi dia bergegas menuju ke arah singki, jiso yang mengejarnya itu baru sampai kedapur dan mendekatinya, jiso terperanjat melihat singki itu berlumuran dengan air darah
" ommo ! yoongi kenapa ni ? " soal jiso, yoongi tersentak dengan kehadiran jiso yang tiba tiba sahaja ada disampingnya itu. Lantas dia mencuci tangannya
" yahh gwaenchana " soal jiso lagi. Selepas yoongi mengalihkan pandangan ke arahnya, matanya membesar
" hi-hidung k-kau berdarah " ucap jiso tergagap sambil menunjuk tangannya ke arah hidung yoongi
Yoongi mengelap darah yang keluar itu dengan ibu jarinya
" jiso please jangan bagitau diorang " ucap yoongi, jiso menggeleng
" ini semua salah aku, maafkan aku sebab tarik rambut kau tadi, mungkin aku tarik kuat sangat sampai hidung kau keluar darah " ujar jiso lalu tertunduk, dia mula rasa bersalah
" aku maafkan tapi kau jangan bagitau diorang k " balas yoongi
" no way ! Bahaya tu hidung kau keluar darah ! Aku tetap nak bagitau juga ! " tegas jiso dan berura ura melangkah tapi lengannya disambar yoongi membuatkan dia berhenti
" kau bagitau diorang siap kau aku kerjakan " ucap yoongi dingin dan memandang tepat dalam mata jiso, jiso mula takut
pada saat itu jugala haemin muncul kedapur dan ternampak yoongi yang sedang memegang tangan jiso
Yoongi sedar akan kehadiran haemin lantas melepaskan tangan jiso dengan laju
" errr jennie unnie panggil ermm maybe party akan start kejap saja lagi " kata jiso lalu melangkah pergi meninggalkan mereka berdua disitu
jiso dengan yoongi buntu dan hilang kata , mereka saling berpandangan
" ugh mesti haemin akan salah faham nanti " keluh yoongi
" takpe nanti aku cakap dengan dia " kata jiso pulak
" jangan ! Biar aku sendiri yang jelaskan dengan dia kau tutup je mulut kau tu " kata yoongi lalu melangkah setapak tapi berhenti
" ingat jiso sekali kau buka mulut, siap kau nanti " tutur yoongi dengan nada dingin
Jiso tercegat ditempatnya berdiri, dia berasa takut dengan ancaman yoongi, itu pertama kali yoongi mengugutnya dengan nada serius, dia tahu yang yoongi tidak bergurau kali ini
" begitula ceritanya, aku dah cuba untuk jelaskan dengan haemin tapi dia degil seok, dia taknak dengar sikit pun apa yang aku nak jelaskan " kata yoongi dengan sedikit keluhan
" jadi apa patut kita buat supaya haemin dengar penjelasan hyung tu " tanya hoseok
" buat masa sekarang biarkan dia tenang dulu, nanti aku fikirkan cara macam mana nak jelaskan pada dia " ucap yoongi lalu menepuk bahu hoseok
" okey jangan lama sangat, aku tak sanggup tengok haemin sedih macam tu, hilang semangat aku hyung " kata hoseok pulak, yoongi tersengih
" sayang betul kau dengan dia kan ? " ucap yoongi,
" mestilah sayang, dia satu satunya adik yang aku ada "
" habis tu rose tu kau taknak sayang ? " ujar yoongi nada mengejek
" ugh entahla, aku tak boleh cakap aku tak suka, tapi aku juga tak boleh cakap yang aku suka dia, aku just nak fokus pada haemin sorang, aku nak jaga haemin "
" habistu aku ? Ingat aku tak boleh jaga la budak genit tu "
" genit! siapa genit ? " tanya hoseok keliru
" haemin laa, aku gelar dia budak genit hehe " kata yoongi lalu memaparkan gigi putihnya hoseok terus menggeleng tidak percaya yang adik dia kena gelar genit.
" seok ! Haemin suka bunga tak ? " soal yoongi
" bunga ? Hmm aku rasa tak. Wae? hyung nak bagi dia bunga ke hahahahahaha "
" eee takdela, ingat swag ke kalau bagi girlfriend bunga "
" bila masa haemin jadi girfriend hyung ni ? "
" ermmmm , eh dahla baik kau keluar " kata yoongi lalu menolak hoseok
" hahaha malu laa tu " usik hoseok
" siapa juga nak malu, tak swag langsung " cebik yoongi. Hoseok berdiri dengan tawanya masi bersisa dan melangkah keluar dari bilik hoseok
Sebaik hoseok suda keluar yoongi cepat cepat berdiri dan mengunci pintu biliknya lalu menumbuk numbuk dinding biliknya itu dengan geram
" tak guna kau jung hoseok " bebel yoongi perlahan.
Sesungguhnya dia berasa sangat malu sebab dah kena usik dengan hoseok. Dia menumbuk dinding itu sambil membayangkan yang dinding itu adalah muka hoseok.
Hai readers ku yang tersayang hihi maybe ni last chapter aku akan update sebelum hiatus, aku nak merajuk sekejap dengan korang sebab bace cite ni tak vote. Hhahahaha takdela author akan busy mulai dari sekarang. Kalau ada masa author akan update ! Tapi tengok dari mood la juga. Kalau vote kurang author taknak update chihihi..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top