Sulk
Satu persatu anak tangga aku naiki dengan berhati hati, sebaik sampai didalam pesawat seperti biasa aku ditegur mesra oleh pramugari disitu, aku hanya membalas dengan senyuman manis.
Aku mencari no tempat duduk ku, setelah ketemu aku pandang yoongi.
" awak nak duduk dekat tingkap tak ? " soalku
" taknak lah, kau je la duduk sana, biar aku duduk dekat tengah. Lagipun kalau kau duduk dekat tengah nanti mana lah tahu sebelah kau lelaki, aku taknak kau kena usik " bebel yoongi
" Ambil berat juga awak pasal saya ye " ucapku
" mestilah, aku taknak hak milik aku kena usik dengan orang " ujarnya
" bwo ? " ucapku terkejut
" takde pape la " yoongi menolak aku duduk di tepi tingkap
Dia juga turut melabuhkan duduk disebelahku, aku memandang luar tingkap sekejap lalu memandang dia.
" awak datang sini naik apa tadi " soalku
" naik lrt " balasnya selamba. Aku mengangguk
Tiba tiba ada satu orang lelaki berdiri disebelah yoongi, dia menyimpan beg nya di atas di tempat penyimpanan barang itu. Lalu tersenyum ke arah aku.
" saya duduk sini ye " ucapnya. Aku mengangguk seraya tersenyum manis kepadanya.
Yoongi ditengah aku endahkan sekejap.
" nak balik seoul juga ke ? " soal lelaki itu
" nae, awak pun sama ke ? " soal ku pulak
" aniya, saya nak ke jepun sebenarnya tapi singgah seoul jap " balas lelaki itu
" wah nak pergi jepun, dulu saya pun tinggal dekat jepun juga tapi dah pindah seoul la " ujarku.
" kenapa pindah ? " soal nya lagi
" erm sebab oppa dengan appa saya tinggal dekat seoul jadi saya pun pindah la sini " kataku, lelaki itu mengangguk
" ohh macam tu. Best tak tinggal dekat jepun " tanya lelaki itu lagi
" bergantung pada keselesaan orang jugala " jawab aku jujur. Betul la kadang-kadang ada yang selesa dan ada juga yang tak selesa.
" anyway nama saya kang daniel, awak pulak " ucap lelaki bernama daniel itu sambil menghulurkan tangannya kepada aku
Baru sahaja aku ingin menyambut huluran tangan lelaki itu tapi terbatal saat tangan lelaki itu dipegang oleh yoongi
" saya min yoongi, dia isteri saya min yoonji " kata yoongi lalu tersenyum manis. lelaki itu seakan terperanjat
Yoongi melepaskan tangan lelaki itu lalu memandang aku, matanya dibesarkan membuatkan aku tertunduk takut.
" chagi cakap tadi ngantuk kenapa tak tidur lagi ni " ucap yoongi sambil membelai kepala ku
Aku mengangkat wajah memandangnya " jangan layan lelaki tu, dia miang " bisik yoongi perlahan . Aku menahan tawa dari meletus.
Aduh mengada la yoongi ni, daniel cuma nak berkenalan dia pergi cakap miang. Lepastu nama aku pun dia pergi tukar jadi min yoonji. Siap mengaku yang aku ni wife dia lagi.
" errr, korang ni pengantin baru ke " soal daniel
" yup baru je khawin, datang busan ni honeymoon " balas yoongi selamba. Daniel mengangguk
Aku mencubit pinggang yoongi dengan kuat sehingga dia mengadu kesakitan. Daniel pandang aku dengan yoongi silih ganti. Keningnya dikerutkan. Aku hanya tayangkan sengihan pada dia.
" kenapa kau cubit aku " soal yoongi separuh berbisik
" yang awak pergi tipu dia tu kenapa, tak baik tau " kata ku
" biarlah, dia kan penyibuk memang patut kena tipu " ucap yoongi acuh tak acuh. Aku gelengkan kepala
" dia bukannya penyibuk. Dia cuma tanya je-- " kata kata aku dipotong oleh yoongi
" yang kau pertahankan dia sangat ni kenapa ! " jerit yoongi dengan perlahan hanya didengari oleh aku
" saya bukan pertahankan, saya cuma tak suka awak menipu " terangku lagi lalu memukul hidungnya guna jari telunjuk
" yelah tu " yoongi mencebik lalu menyandar pada kerusi topi di angkat dari kepalanya lalu ditutup pada muka
Huh, merajuk laa tu.
Aku pandang si kang daniel yang duduk dihujung sana, dia sudah pun guna headphone sambil membaca buku. Aku intip sekejap apa yang dia baca.
Tch, komik rupanya.
Aku mengeluh sebelum memandang ke arah luar tingkap.
_____
Sebaik sahaja pesawat mendarat aku cepat cepat menghidupkan telefon pintarku. Bukan nak selfie okey. Aku cuma nak call hoseok oppa. Sebab tadi petang dia cakap nak ambil aku dekat airport nanti.
Lelaki bernama kang daniel itu pun berdiri dan mengambil begnya. Aku dengan yoongi turut berdiri untuk keluar dari pesawat itu.
" nice to meet both of you, i hope can see you again " ucap daniel mesra kepada kami berdua.
" yahh nice to meet you to kang daniel ssi, oh i hope to. Bye " balasku dengan senyuman lalu melambai dia.
Aku kerling yoongi, mukanya masam mencuka. Langsung tidak menegur lelaki itu ataupun mengucapkan selamat tinggal. Malahan dijelingnya si kang daniel itu.
Aku mengejar langkah yoongi, cepat betul lah mamat ni berjalan, penat kaki aku mengejar. Semakin aku berjaya mendekatinya semakin laju pulak dia melangkah.
" tunggulaa saya " kataku. Serta merta yoongi berhenti
" aku ingatkan kau nak jalan sekali dengan lelaki miang tu " ucap yoongi. Aku mengeluh lalu mendekatinya.
Dapat aku tengok bibir yoongi nampak pucat, pipinyaa pun berpeluh. Dalam airport berhawa dingin pun boleh berpeluh ?
" kenapa pucat ni , awak sakit ke ? " soalku lalu memegang dahi dan pipinya. Tapi tanganku ditepis perlahan oleh yoongi
" takdela, aku okey. Kau call laa hoseok tanya dia kat mana " balas yoongi. Aku mengangguk kecil
Baru sahaja aku ingin mencari no telefon hoseok oppa, tiba tiba aku terdengar suara seseorang menjerit memanggil nama aku.
Aku pusingkan kepala ke kanan, mata aku tertancap pada seseorang yang sedang melambaikan tangan ke arah aku.
" oppa ! " jeritku lalu melambai dia. Hoseok oppa berjalan mendekati aku
" wow dah balik dah dua pasangan dari berbulan madu ni " ucap oppa lalu tertawa sebaik tiba dihadapan kami. Aku mencebik
" kau seorang je ke, kereta kau mana " soal yoongi tiba tiba
" ha'aa aku sorang je, kereta dekat luar lah " balas oppa. Yoongi mengangguk lalu berjalan meninggalkan kami
" macam mana best tak travel pergi busan " soal oppa sambil berjalan mengikuti langkah yoongi
" best sangat, banyak tempat haemin jejaki " kata ku dengan jujur
" mestila best sebab ada yoongi hyung kan ? " ucap hoseok oppa lalu tertawa sinis.
" eee ! Ada ada je la oppa ni " kataku lalu menjeling oppa.
" alololo merajuk pulak dia " oppa menarik aku lalu dipeluknya bahu aku.
Kami berjalan seiringan menuju ke tempat kereta oppa diparkingkan. Sebaik tiba aku lihat yoongi menyandar pada pintu kereta.
Bibirnya semakin pucat, tiada secalit darah pun. Malah tubuh badannya basah disebabkan peluh. Aku mulaa risau.
" yoongi gwaenchana " tanya ku
" eo hyung kenapa ni " tanya oppa pulak, yoongi menggeleng
" cepatlah sikit buka kereta kau " ucap yoongi, dengan cepat oppa akur, selepas kereta terbuka yoongi meloloskan diri kedalam dan menyandar pada kerusi kereta.
Aku juga turut masuk dan duduk disampingnya, topi yoongi aku buka lalu tekap belakang tanganku pada dahinya.
Dahi yoongi sangat panas. Aku seluk beg sandangku dan keluarkan tisu.
Perlahan lahan aku sapu peluh di dahi yoongi, dia hanya memejamkan mata sambil menyandar
" oppa jom bawa yoongi pergi hospital haemin risau lah" kata ku, oppa mengangguk
Tangan aku masih sibuk menghapuskan peluh peluh didahi dan dipipinya itu, tapi tiba tiba sahaja pergerakan tangan aku terhenti saat yoongi memegang pergelangan tanganku .
" aku okey " katanya memandang tepat dalam anak mata aku
" seok bawa aku pulang je " ucap nya lagi.
" hyung betul betul taknak pergi hospital ke " tanya oppa sambil memandu
" iyya, aku okeylaa " tegas yoongi.
" tapi badan awak panas ni, takkan awak nak tahan kot " marah ku, yoongi memegang pipi aku sekejap
" jangan risaulah, aku kuat " ucapnya lalu senyum nipis
Aku mengeluh, mahu tidak mahu kami terpaksa bawak dia balik rumah dulu.
" sayang tolong urut dahi gi " ucap yoongi lalu meletakkan kepalanya dibahuku. Aku terkedu sebentar. Begitu juga hoseok oppa.
" cepatlah sayang " sambungnya lagi nada manja, aku tersenyum dalam hati. Dengan senang hati aku mengurut dahi pelipis yoongi
Aku pandang hoseok oppa yang tengah memandu itu, dia menggeleng kecil sambil tersengih sengih memandang jalan raya.
Beberapa minit kemudian kereta hoseok oppa tiba diperkarangan rumah seseorang yang aku pernah jejaki
Rumah siapa lagi kalau bukan rumah seokjin hyung dan rumah mereka kan. Aku pandang yoongi sekejap dia sudah pun tertidur dibahuku.
Aku mahu kejutkan rasa bersalah pulak, tak kejut nanti macam mana dia nak masuk bilik untuk berehat kan.
" yoongi " ucap ku perlahan
Hoseok oppa memusingkan badan memandang kami, dia tersenyum sekejap melihat aku.
" hyung bangunlaa dah sampai rumah ni " kata hoseok oppa lalu keluar dari kereta
Yoongi mengalihkan kepalanya dari bahuku, dia memandang aku sekejap lalu memandang keluar cermin.
" asal hoseok tak hantar kau dulu " soal yoongi, mungkin dia hairan melihat aku masih belum pulang
" tak tahu, dia tiba tiba je pandu terus kesini " jawabku, yoongi mengangguk lalu membuka pintu kereta
" jom lah masuk rumah jap " ucapnya sebaik berjaya keluar, aku pun turut keluar dari kereta itu.
Aku membuntuti langkah yoongi dan oppa dari belakang menuju ke pintu rumah.
" korang dari mana ni pukul 12 baru balik " marah seokjin sunbae kepada dua orang itu sambil bercekak pinggang
" eo haemin ah " ucapnya selepas menyedari kehadiranku.
Yoongi hanya mengendahkan seokjin sunbae, dia masuk kedalam rumah dan duduk disofa.
" masuk lah jangan segan segan " pelawa seokjin sunbae
" nae sunbae " balasku lalu senyum
Aku masuk dan duduk diruang tamu, seokjin sunbae pergi dapur , hoseok oppa entah pergi mana, yang lain pun entah dekat mana. Mungkin tidur kot, yelah sekarangkan dah pukul 12 tengah malam. Mestila diorang dah tidur. Tinggal aku dengan yoongi sahaja diruang tamu
" kau nak tidur sini tak " soal yoongi lalu memegang tangan aku membuatkan bahu aku terangkat
" tak, saya nak balik " balasku
" dah lewat malam ni, kau tidur sini je la ye " kata yoongi lagi.
" kepala awak macam mana dah okey ke " soalku , sengaja aku tukarkan topik. Yoongi mengangguk
Tangan ku yang dipegang yoongi tadi aku tarik, aku taknak lah orang dalam rumah tu nampak, nanti salah faham pulak
" eo haemin mianhae ini je yang ada " kata seokjin sunbae yang tiba tiba muncul disitu berserta segelas jus ditangannya
" eee sunbae kenapa susah susah lagi " ucapku, serius aku rasa aku dah menyusahkan.
" tak susah lah, lagipun saya cuma nak balas baik budi eomma haemin, sebab tiap kali kami datang rumah haemin, eomma haemin pasti layan kami dengan baik jadi apa salahnya saya balas pulak kan " aku tersenyum mendengar kata kata seokjin sunbae, baik betul lah orang ni
" eo yoongi kau kenapa ni, pucat semacam je " soal seokjin sunbae kepada yoongi. Yoongi hanya menggeleng
Aku meneguk jus oren yang dihidangkan oleh seokjin sunbae itu, oppa tiba tiba muncul dihadapanku
" baby kaja " ucap oppa
" tak boleh ke dia tidur sini je ? " soal yoongi , mata seokjin membulat
" kau gila ke, perempuan tidur dalam rumah yang hanya dihuni lelaki " kata seokjin sunbae
" rumah ni pun dihuni oleh oppa kandung dia jugakan " balas yoongi selamba
" mianhae hyung, haemin kena balik sekarang sebab tadi eomma aku call tanya haemin dekat mana " ujar hoseok oppa.
Yoongi mengeluh sekejap lalu mengangguk.
" kaja " ajak hoseok oppa lalu berjalan ke arah pintu
" terima kasih sunbae untuk minumannya " ucapku lalu menunduk hormat
" bye yoongi " aku melambai yoongi tapi dia hanya membatu memandang ke depan. Aku mengangkat bahu lalu berjalan keluar rumah
Baru sahaja aku mahu keluar tiba tiba hoseok oppa masuk kedalam rumah balik
" tunggu dalam kereta okey, oppa nak ambil barang jap " kata hoseok oppa lalu melangkah masuk kedalam biliknya
Aku pun berjalan ke arah kereta dan memasuki kereta tersebut, aku sandarkan badan pada kerusi. Belakang badan aku sakit dan aku rasa ngantuk
Aku menguap sekejap, tiba tiba aku nampak yoongi yang baru keluar dari pintu rumah itu dia berjalan menuju ke arah aku.
Pintu kereta disisi ku dibukanya, baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk bercakap. Tiba tiba aku dipeluknyaa
" takecare balik nanti " kata yoongi dalam pelukan, aku terpaku sekejap.
Yoongi melepaskan pelukan dan mata aku membulat besar saat bibirnyaa ditekap pada dibibirku, yoongi mencium bawah bibirku lembut. Aku masih terpaku. Aku langsung tidak menolak mahupun membalas. Aku terkejut sebenarnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top