Special chapter
A/N : Sediakan tisu sebelum membaca, kemungkinan Chapter ni agak panjang. Enjoy !
Bts jatuh terduduk dihadapan mayat yoongi itu. Sungguh mereka tergamam saat mendapat panggilan dari haemin mengatakan yang yoongi telah pun menghembuskan nafas terakhirnya.
Bukan sahaja Bts, malah blackidle turut berasa sedih dengan pemergian yoongi, ya walaupun mereka baru sahaja mulai rapat. Yoongi pun sahabat mereka juga.
Yuqi lantas menghampiri haemin yang berdiri dipenjuru bilik itu, matanya memandang tepat ke arah katil. Tempat yoongi sedang baring.
" Babe, sabar nae. Tuhan lebih sayangkan dia " yuqi mengusap belakang haemin lembut, haemin mengalihkan pandangan menghadap yuqi
" Aku okay kau jangan risau "
" Tak. Kau tak okay pun. aku tahu perasaan kau sekarang macam mana. "
" Aku okay lah " kata haemin mendatar. Terkesima yuqi. Dia mengambil keputusan untuk berdiam diri.
Haemin kembali memandang yoongi. Kelihatan keenam sahabat yoongi itu sedang berusaha untuk mengejutkan yoongi, matanya terus berkaca.
" yoongi hyung! Bangun lah ! Kitaorang perlukan hyung, kajima! Kitaorang sayang hyung tau. " jungkook menangis sepuasnya dan menggoncang lengan yoongi
" Hyung. Janganlah macam ni, kitaorang janji takkan nakal, kitaorang akan dengar cakap hyung lepas ni, jadi please bangun. " ujar jimin dengan air mata yang mengalir deras dipipi.
" Korang, jom keluar. Yoongi hyung tak mati sebenarnya. Dia cuma tidur, dia penat kot. Dah lah jangan kacau dia. " pinta taehyung, lengan jungkook dan jimin ditarik supaya mengikutinya.
" Tae! Jangan macam ni. Yoongi hyung dah takde kau kena terima hakikat. Aku makin sakit hati kalau tengok kau macam ni, so please " monolog namjoon, dipeluk erat lelaki bernama kim taehyung itu, mendengar ucapan namjoon tadi, taehyung lantas menggeleng dan menangis.
" Yoongi hyung. Sampai hati hyung tinggalkan seok dekat sini seorang kan? Hyung dah langgar janji kita. Hyung sendiri cakap kita takkan berpisah. Tapi kenapa hyung tinggalkan hoseok juga." Hoseok mengesat air matanya yang mengalir dipipi menggunakan hujung lengan sweater nya.
" Jujur aku sakit hati sebab kau pergi tanpa ucapkan selamat tinggal dekat kitaorang semua. Tapi tak apa lah. Aku lega sebab kau dah bebas, tak perlu menderita lagi menanggung sakit tu." Seokjin tersenyum kecil sambil mengusap kepala yoongi.
Selama ini dia yang merawat yoongi, jaga yoongi masa sakit, berikan yoongi kekuatan. Dia lebih tahu yang yoongi banyak menderita selama menghidap penyakit itu. Sebab itu dia tak emosi sangat. Dia lebih rela yoongi hidup tenang di atas sana berbanding harus menderita disini. Terbit juga rasa sedihnya sedikit sebab selepas ni tinggal mereka berenam. Tanpa yoongi disisi.
Haemin sebak seusai mendengar kata kata seokjin, tidak mampu bertahan lama didalam bilik mayat itu selepas melihat reaksi kesemua sahabat yoongi, dia mengambil keputusan keluar dari situ. Laju kakinya berlari meninggalkan bilik mayat itu. Tanpa hala tuju dia meneruskan lariannya sehingga tubuhnya terlanggar bahu seseorang
Kepalanya didongakkan memandang gerangan orang yang dilanggarnya. Mata haemin segera membulat besar. Dia sudah melanggar seorang lelaki
" Yoongi? "
" Ha ? Yoongi? " Ujar lelaki itu
" Yoongi! Tolong jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Tolong jangan pergi " haemin lantas memeluk tubuh lelaki itu, lelaki itu mengerutkan keningnya. Pelik. Disebabkan gadis itu menyangka yang dia yoongi.
Hoseok yang baru tiba disitu pun terkejut dengan perlakuan adiknya itu. Segera lengan haemin ditariknya dengan lembut, menyebabkan pelukan adiknya pada lelaki itu terlerai.
" Baby kenapa ni? Kenapa peluk orang sembarangan " soal hoseok pada haemin
" Dia yoongi, oppa. Sebab tu haemin peluk dia. " kata haemin dengan air mata yang mengalir deras dipipi. Hoseok menggelengkan kepala
" Tak baby, dia bukan yoongi hyung, baby dah salah orang ni " diusap lembut pipi gadis itu.
" Maafkan kami, adik saya baru sahaja kehilangan suami dia, mungkin dia masih trauma sehinggakan dia menyangka yang awak ni suami dia. " jelas hoseok lalu menunduk hormat pada lelaki itu.
" Oh tak apa, saya faham. Saya turut berduka cita "
" Nae. Khamsamida " sekali lagi hoseok menunduk hormat. Lelaki itu hanya mengangguk dan berlalu pergi.
Hoseok pandang haemin yang hanya memandang ke arah lelaki itu, matanya sudah sembab akibat terlalu banyak menangis. Tubuh kecil haemin ditarik kedalam dakapannya.
" jom. kita kena uruskan mayat yoongi hyung, doktor kata esok pengebumiannya. Baby nak yoongi hyung dikebumikan dekat mana. Seoul or busan ? " tanya hoseok sebaik pelukan terlerai.
" Seoul " hoseok mengangguk kecil dengan senyuman nipis dibibir.
____
Selesai menguruskan pemakaman yoongi mereka semua pulang kerumah haemin, itu pun atas permintaan hoseok dan puan jung. Mereka meminta Bts dan blackidle menemani haemin dirumah.
Hoseok risaukan adik bongsunya itu, dia cuma takut jikalau haemin akan buat perangai bodoh lagi. Sama seperti sebelum ini, sanggup mengambil pil tidur demi menghilangkan rasa stress nya. Hoseok tidak mahu itu berlaku lagi.
Cukuplah dia sudah kehilangan yoongi sahabat baiknya itu. Jangan haemin pulak kali ini.
Demi memastikan haemin tidak berbuat perangai bodoh lagi, hoseok meminta black idle untuk tidur didalam bilik haemin, menemani haemin didalam bilik.
" Yoongi dah pun tinggalkan kita semua " Ujar haemin sayu. Gambar yoongi yang berada didalam screen telefon pintarnya itu ditatap dengan perasaan bercampur baur.
" Tak haemin. Yoongi tak pernah tinggalkan kita dia masih ada dengan kita. Yoongi ada disini " yuqi menghalakan jari telunjuknya ke dada haemin dimana terletaknya jantung haemin berdetak.
" Aku isteri yang tak guna yuqi. Aku tak sempat bahagiakan yoongi. " yuqi mengusap bahu haemin lembut.
" Ani, kau isteri yang baik haemin. Kau dah pun buat yang terbaik. Jangan salahkan diri kau. " Air mata haemin berkaca. Yuqi memberikan kekuatan kepada sahabatnya itu
" Aku rindukan dia yuqi. Aku nak dia ada disisi aku "
" Tuhan lebih sayangkan dia, kau kena terima. Ni semua takdir. Kau kuat kan? " lantas kepala haemin digeleng kecil.
" Aku tak rasa yang aku kuat " Ujar haemin perlahan. Yuqi menghela nafa berat.
Dia berasa kasihan terhadap haemin. Wajah haemin dah tak ceria macam dulu. Hidung dan matanya merah mungkin disebabkan terlampau banyak menangis.
Ahli bts hanya mendiamkan diri begitu juga dengan blackidle. Kesemuanya bagaikan hilang semangat, tiada sepatah pun ayat yang keluar dari mulut mereka.
Masing masing melayan perasaan.
Ketukan pintu rumah menyebabkan kesemua mereka berpandangan sesama sendiri. Hoseok berdiri dan membukakan pintu.
Dahi hoseok berkedut memandang seorang lelaki umur lingkungan 50an dengan kot hitamnya serta memegang sebuah beg.
" Ini rumah puan min haemin " Soal lelaki itu. Hoseok mengangguk kecil.
" Kenalkan saya peguam tuan min yoongi. " Tergamam hoseok mendengar. Lelaki itu menghulurkan tangannya ingin berjabat dengan hoseok. Segera hoseok sambut.
" Boleh saya berjumpa dengan puan min haemin " soal lelaki itu lagi
" Boleh silakan masuk " pinta hoseok
___
" Tuan min yoongi arahkan saya sampaikan surat ini kepada puan, tapi sebelum tu saya nak bagitahu sesuatu " fail yang berada didalam beg lelaki itu dikeluarkan. Kemudian diserahkan pada haemin.
" Apa ini ? " soal haemin dengan dahi berkedut
" Sebelum tuan yoongi meninggal dia sempat meminta saya untuk alihkan seluruh harta dia ke atas nama puan " terlopong haemin mendengar. Bukan sahaja haemin, bts and blackidle turut terkedu mendengarnya.
" Harta ? " Peguam tersebut mengangguk dengan soalan hoseok. Hoseok menggeleng tidak percaya
" Tapi setahu kami yoongi anak yatim piatu dan dia bukan dari golongan anak orang kaya " Ujar taehyung. Yang lain turut angguk menyatakan kata kata taehyung itu benar!
" Memang benar tuan min anak yatim piatu, tapi tidak bermakna dia miskin. Selama ini dia arahkan saya yang jaga syarikat-syarikat dan restoran milik ayah nya dahulu "
" Dan sekarang semua harta yoongi hyung jatuh ke tangan haemin ? " taehyung menanya dengan riak wajah yang terkejut. Peguam itu mengangguk
" Betul ! Baiklah puan. Puan boleh baca dahulu isi kandungan wasiat tu kemudian baru puan tanda tangan " Bts dan blackidle berpandangan sesama sendiri. Haemin memandang hoseok.
" Baby buat lah keputusan ikut hati baby " ujar hoseok dengan senyuman manisnya. Haemin menghela nafas, peguam itu dipandangnya.
" surat yang Tuan maksudkan tadi mana ? " lembut haemin bertanya.
" Ohh ya saya hampir lupa. Tuan min ada cakap. Sebelum puan tanda tangan kena baca surat ni juga " peguam itu menyerahkan sampul surat berwarna putih kepada haemin.
Surat itu bertukar tangan. Lantas haemin hidu. Bau yoongi masih melekat dekat surat tersebut.
Air mata bergenang ditubir matanya. Dengan penuh debaran dia buka sampul surat itu.
Happy birthday isteriku yang tercinta, Semoga panjang umur dan kekal sihat. Dah dapat hadiah dari gi? Suka tak ? Hehe gi harap sayang suka dengan hadiah tu. Gunakan sebaik mungkim nae ? Maafkan gi sebab tak ada disisi sayang masa sayang sambut hari lahir sayang. Maafkan gi jugak sebab bukan gi sendiri yang bagi hadiah ni dekat sayang. Hadiah yang gi bagi tu hadiah sempena harijadi sayang. Hadiah perkahwinan kita gi dah bagi kan ? Headphone tu. Hehee. Gi tulis surat ni sehari sebelum kita khawin. Gi tahu gi akan pergi tak lama lagi, sebab tu gi tulis cepat-cepat surat ni. Sayang jaga diri tau. Jangan nakal nakal. Jangan kuat nangis. Sayang kena kuat teruskan hidup macam biasa. Gi akan tunggu sayang dekat sini. Walaupun kita tak dapat bersama agak lama didunia gi yakin disyurga nanti kita akan bersama. Sentiasa ingat yang gi cintakan sayang. Terima kasih sebab dah hadir dalam hidup gi, bahagiakan gi, dan sudi terima gi sebagai suami sayang. Walaupun cuma sekejap. Selama gi kenal dengan sayang, gi bahagiaaa sangat. Tak pernah pun kecewa dengan sayang. Sayang terlalu sempurna buat gi. Selama kita kenal, gi tahu yang gi banyakk sakitkan hati sayang, buat sayang menangis. Gi harap sayang maafkan semua kesalahan gi okey ? Jangan cari suami lain tau. Gigit pipi sayang sana. Hehe Ingat pesan gi semua ye. Jangan masuk kanan keluar kiri kalau tak gi jentik dahi sayang tu. Hahaha.
Aku cintakan kau isteri ku.
From: HusbandMuYangSwag
Sepanjang membaca surat dari yoongi air mata haemin tidak putus putus mengalir. Sekejap dia tersenyum dan menangis lagi sekejap tergelak dan menangis lagi. Kertas tersebut dicium nya bauan yoongi masih berbekas. Semakin kuat tangisan haemin. Dipeluk surat itu seakan dia sedang memeluk yoongi.
Dia sendiri lupa tentang hari lahirnya. Seingatnya dia tak pernah memberitahu pada yoongi. Bagaimana lelaki itu tahu? Haemin teresak esak menangis. Bersyukur kerana suaminya itu ingat pada tarikh hari lahirnya. Yoongi sorang yang ingat. Hoseok omma nya dan blackidle pun langsung tak ingat.
Bts dan blackidle hanya memandang haemin. Yuqi dengan hoseok sudah pun bertukar tempat, yuqi duduk disamping jungkook cuba menenangkan lelaki itu. Kerana dari tadi tidak berhenti menangis. Manakala hoseok melabuhkan duduk disebelah haemin, dipeluk tubuh adiknya itu, sambil membelai rambut haemin.
" Siapa disini yang bernama jung hoseok? " Hoseok mengalihkan pandangan ke arah peguam tersebut sebelum mengangkat sebelah tangannya.
Peguam itu memberikannya sepucuk surat.
" Tuan min yoongi arahkan bagi ni dekat awak. Dia sempat berpesan supaya baca surat ni sama sama dengan kawan kawan awak yang lain " surat itu bertukar tangan. Hoseok mengangguk. Bts dipandang sekilas
" Kita baca sama sama. Malam nanti " Bts tersenyum gembira, dan mengangguk. Tak sangka mereka pun dapat surat dari yoongi.
" Puan haemin. Silakan tanda tangan " Fail yang terletak di atas meja itu diserahkan pada haemin. Haemin angguk dan lantas menurunkan tanda tangan
" Baiklah puan saya minta diri dulu, ni kad saya puan boleh hubungi saya bila puan dah bersedia nak uruskan syarikat dan nak tanya apa apa nanti " ujar peguam itu seraya memberikan kad nya kepada haemin.
" Terima kasih. Tolong uruskan dulu semuanya buat masa sekarang ya. "
" Baik puan. Tak ada masalah " peguam itu angguk setuju
_____
Anyeong chinggu bangtan sonyeondan
Mungkin korang semua ingat aku tak ada tulis surat untuk korang kan ? Korang silap. Tak semudah itu aku nak lupakan korang, korang keluarga aku. Yang selalu ada disisi aku dahulu.
Buat seokjin hyung, gumawo hyung sebab selama aku sakit kau jaga aku dengan baik, makan minum dan ubat aku kau uruskan semuanya. Terima kasih sebab selama ni hyung dah jadi abang aku. Walaupun aku ni degil dan tak pernah tolong hyung uruskan adik adik kita yang lain. Tapi hyung tak pernah marah. Hyung terlalu baik. Yoongi gembira sebab dapat kenal hyung. Tolong jaga adik kita lepas ni. Aku dah takda mungkin diorang akan makin degil. Hyung jaga diri tau. Aku sayang kau hyung. Terima kasih atas segalanya.
Buat hoseok pulak. Hei chinggu. Gumawo sebab kau aku kenal haemin, dan dapat merasa apa itu kebahagian, thanks seok sebab selama ni kau selalu ada disisi aku, susah dan senang. Dari kecik kita dah bersama. Kau kenalkan aku pada bts, dan beri aku keyakinan untuk teruskan hidup selepas suran kecewa kan aku, aku nangis kau pon nangis, aku susah kau pun susah. Aku gembira kau pon gembira, tapi aku dah mati ni aku harap kau takkan buat benda yang sama. Kau teruskan hidup, kau ada tanggungjawab yang besar, kau kena jaga tiga perempuan sekali gus. Omma kau, haemin, dan rose. Seok... aku sayang kau tau. Aku harap kau akan selalu ingat dekat aku dan jangan lupakan aku. Jaga haemin dengan baik. Tolong jangan biar dia terus sedih ingat kat aku. Aku tahu kau boleh kawan ! Kau uruskan dia nae.
Namjoon and jimin, walaupun kita tak lah rapat sangat tapi aku sayang korang berdua. Terima kasih sebab korang berdua dah terima aku sebagai member bts. Aku still ingat dulu korang berdua yang menentang aku daripada jadi geng korang, yelah aku kan jahat dan sombong. Sampaikan korang bencikan aku. Tapi aku bersyukur lama kelamaan korang kenal perangai aku yang sebenar dan tahu masa silam aku. And then korang terima aku jadi geng korang. Thanks guys, aku hargai sangat. Jaga diri. Jangan lupakan aku.
Taehyung.. aku tahu kau masih cintakan isteri aku kan, aku harap kau dapat jaga dia baik baik selepas aku dah takda ni, aku harap kau akan penuhi permintaan aku. dan tolong jangan susahkan seokjin hyung lepas ni, jangan suka keluar rumah bila merajuk. Susah seokjin hyung nak cari kau. Kau pun tahu dia tu dah tua, tak larat dah nak keliling seoul tu cari kau. Hahahahaha. Jaga diri kau ya taehyung, jangan kerap menangis dan meratapi pemergian aku ni.
Buat jungkook, arnabku. Aku harap kau akan belajar rajin rajin lepas ni, dan jangan nakal. Kurangkan main game. Dan jangan nangis. Aku tahu kau sekarang ni menangis kan, eleh bukan aku tak tahu yang kau tu cengeng kalahkan si taehyung. Badan je sado tapi cengeng. Hahaha jaga diri kau baik baik, jangan kecewakan yuqi, dia gadis yang baik. Jangan sesekali curang. Kalau tak aku datang menghantui kau. Ha so jangan buat.
Aku sayang korang semua. Jangan lupakan aku dan Kenangan yang kita dah bina selama ni. Aku harap kita akan bersama lagi. Dikelahiran akan datang ataupun disyurga. Capai cita cita dan impian korang, jangan jadi macam aku. Selamat tinggal wahai sahabat sahabat ku.
" Kami akan selalu ingat kau yoongi " Ucap Bts serentak selepas membaca surat itu lalu berpelukan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top