Secret love
Yoongi daritadi memerhatikan haemin dari jauh yang tengah membuat persembahan dihadapan semua orang itu. Dia tersenyum manis melihat wajah ceria haemin.
Sesekali dia menggeleng, hoseok yang berdiri disebelah tidak dipedulikan. Selesai sahaja peserta cheerleaders itu membuat persembahan. Yoongi segera bersiap sedia untuk pertandingan mereka pulak.
Haemin berasa lega sebab persembahan mereka sudah pun selesai, dia mendongakkan kepala mencari yoongi. Setelah bertemu mata dengan yoongi bibirnya mengukirkan senyuman kecil.
Yoongi turut membalas dengan memberikan senyuman paling manis, kedua matanya turut dikecilkan. Haemin tergelak kecil, rasa malunya pada yoongi tiba tiba sahaja hilang.
Pertandingan pun bermula. Haemin dan black idle duduk di tempat yang disediakan khas untuk mereka menonton pertandingan itu. Pelajar dan penyokong penyokong turut bersorak.
Setiap kali pasukan yoongi melantun bola mesti akan berjaya masuk dan itu memberikan mereka satu mata untuk setiap lantunan yang berjaya masuk itu. Bergilir gilir sahaja yoongi taehyung namjoon jimin hoseok seokjin jungkook serta yang lain melantunkan bola ke dalam jaring.
Pihak lawan langsung tidak berpeluang untuk melantunkan bola itu sebab berjaya dihalang oleh jungkook.
Diminit yang terakhir seokjin berjaya melantunkan bola pada jaring dan itu membuatkan mereka menang. Black idle terus menjerit kegembiraan sebaik wisel untuk menamatkan permainan itu dibunyikan.
Harapan mereka agar pemain dari sekolah mereka berjaya telah pun termakbul. Yuqi jennie miyeon terus berlari ke arah teman lelaki mereka masing-masing, manakala jiso lisa rose haemin hanya berdiri ditempat mereka.
Mereka berempat hanya memerhatikan gerak geri tiga sahabat mereka itu berpeluk mesra dihadapan umum. Sesungguhnya timbul rasa cemburu sedikit dihati, mereka juga turut ingin membuat begitu pada crush mereka. Tapi rasa malu membuatkan niat mereka terbatal.
" unnie nak hoseok oppa notice unnie tak " ucap haemin kepada rose
" macam mana " tanya rose
" bagi air mineral ni dekat dia " haemin menghulurkan sebotol mineral kepada rose.
" ee unnie malu la haemin " ujar rose, secara tiba tiba rose ditolak oleh lisa
" pergi je laa , kalau tak melepas lah kau " tutur lisa. Rose mengangguk kecil lalu mengambil air mineral tadi.
Langkah diatur ke arah hoseok yang tengah sibuk mengelap peluhnya itu. Lisa turut menyeluk begnya untuk mencari botol air. Setelah ketemu dia terus berlari ke arah taehyung, jiso dan haemin hanya tersenyum memandang sahabat sahabat mereka yang sudah pun pergi ke arah crush mereka itu.
" unnie pulak tak nak ke pergi bagi air dekat seokjin sunbae " kata haemin memandang jiso yang berdiri disebelahnya
" taknak laa, unnie malu, diorang berlima tu memang dah kena notice oleh crush, sebab tu tak tahu malu nak pergi sana " ucap jiso, haemin tersenyum nipis
Haemin bergerak ke arah kerusi dimana begnya diletakkan, dia menyelongkar begnya mencari sesuatu, setelah benda yang dicari ditemui, dia berjalan semula ke arah jiso
" cuba unnie bagi ni dekat seokjin sunbae " coklat dihulurkan ke tangan jiso
" cakap je coklat ni sesuai menambahkan gula dalam badan dia sebab dah buang tenaga tadi " kata haemin lalu tergelak jahat, jiso turut tergelak sama.
" bagus juga idea haemin tu, kejap ye unnie nak pergi dulu " kata jiso pulak, baru dua tapak dia melangkah tapi berhenti, badan dipusingkan menghadap haemin
" takkan haemin taknak kena notice dengan yoongi " kata jiso, haemin menggaru tengkuknya lalu menggeleng kecil
" malu " ucap haemin perlahan membuatkan jiso tertawa
" taknak sudah, bukan unnie yang rugi haha " kata jiso lalu meneruskan langkahnya ke arah puteranya yang sedang menantikan kedatangannya itu
Haemin mengeluh kecil lalu berjalan ke arah kerusi dan melabuhkan duduk disitu, dia menunduk memandang lantai. Memikirkan cara untuk berhadapan dengan yoongi.
" hey " tegur satu suara. Haemin mendongak tiba tiba matanya membulat lantas dia berdiri
" taknak ucap tahniah dekat aku ke?, diorang semua dah. kau je belum " ucap yoongi. Haemin tersengih sengih janggal
" Chukkae " ucap haemin lalu tertunduk malu, yoongi hanya tersenyum melihat haemin.
" gomawo " balas yoongi, haemin mendongak lantas mata mereka bertemu. Jantung yoongi tiba tiba berdegup kencang. Dia memandang tepat kedalam anak mata haemin
" kau nampak cantik dengan ikat rambut macam tu " puji yoongi, pipi haemin terus memerah malu akibat pujian yoongi itu. Apakan tidak mamat savage puji weh
" yeke, hehe unnie unnie saya yang buatkan rambut macam ni " ucap haemin lalu menyentuh hujung rambutnya
" tapi kau akan nampak lebih cantik dengan rambut terlepas " kata yoongi lalu menarik perlahan reben yang terikat dirambut haemin
Serta merta rambut haemin terlepas , yoongi membetulkan rambut haemin menggunakan kedua tangannya.
Bts dan black idle tersenyum suka melihat haemin dan yoongi dari jauh, terutama sekali yuqi sehingga terpukul pipi jungkook disebabkan terlampau gembira.
" aku harap sangat yang mereka akan bercinta " kata jimin
" uhh aku nak sangat tengok diorang bahagia wehh, aku suka tengok yoongi hyung tersenyum gembira macam tu " ujar jungkook pulak
" taknak laa nanti dia sakiti haemin macam mana ? Dia kan pernah kecewa, manalah tahu dia nak balas dendam dengan sakitkan hati perempuan pulak, aku taknak haemin menderita nanti " ucap yuqi
" jangan risau, aku kenal yoongi hyung macam mana, sekali dia dah jatuh cinta dia akan protect gadis itu sehingga hujung nyawanya " balas hoseok
" yup betul tu, korang tengok je dia ganas dan jahat macam tu tapi dia sebenarnya baik " tutur seokjin
" kita berdoa je la ye semoga mereka cepat cepat bercinta " ujar namjoon, semua mengangguk setuju
" apa kata lepas ni kita pergi berparty raikan kemenangan korang ni " ujar jennie tiba tiba
" wow nak nak " lantas semua disitu bersetuju, jennie tersenyum seraya mengangkat sebelah keningnya
" kita berparty kat rumah kitaorang je la " tutur jiso
" ye lagi pun semalam kami nak buat barbeque kat rumah lepastu berkhemah di luar rumah tapi tak jadi " sampuk yuqi
" kenapa tak jadi ? " soal jungkook
" sebab jennie unnie takut, katanya dia ternampak hantu semalam dekat luar rumah " rose menjawab bagi pihak yuqi
" eee seramnya tak nak la aku ikut " kata hoseok pulak lalu memeluk tubuhnya
" aduh ada jugak geng c jennie penakut rupanya " keluh jiso, semua disitu menggelengkan kepala
" okey malam ni ye pukul tujuh korang kena dah ada dekat rumah " ujar jiso
" arasseo " jawab bts serentak
" sekali sambut birthday kesayangan aku jugak ye malam ni " kata jennie lalu ketawa perlahan
" yow birthday namjoon sunbae ke harini " soal lisa terkejut, namjoon mengangguk lalu senyum menampakkan lesung pipi nya
" laa kau baru tahu ke ? " soal hoseok
" yelaa bukannya namjoon sunbae ni teman lelaki aku sampaikan birthday dia aku kena tahu " bebel lisa
" anyway saenggil chukkae sunbae " ucap lisa diikuti yang lain, masing masing mengucapkan selamat ulang tahun kepada namjoon
" khamsamnida " balas namjoon dengan gembira.
" jangan lupa bagitau yoongi suruh dia jemput haemin kerumah, manatau malam ni ada nasib giliran diorang pulak bercinta " ucap yuqi lalu tersengih sengih
" yup betul tu, korang gerak la dulu pergi rumah kitaorang lepastu suruh je yoongi sunbae yang ambil haemin " cadang lisa
" okey set " ucap hoseok seraya membulatkan jari telunjuk dan ibu jarinya
" yeahh party !! " jerit jungkook dengan yuqi
Semua yang berada disitu berasa gembira kecuali seseorang yang banyak mendiamkan diri daritadi. Matanya hanya terfokus pada dua orang yang berbual mesra dari jauh itu.
Langsung tidak berkedip matanya memerhatikan tingkah laku haemin dengan yoongi, segera dia mencapai begnya lalu meninggalkan bts dan black idle disitu.
Lisa yang sedar akan kelakuan orang itu hanya mengeluh
' kau still tak sedar ke aku disini sentiasa cinta dan setia menunggu kau ' desis hati lisa
' apa kurangnya aku taehyung '
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top