Rain

" belum tentu jugak kalau aku jalani semua rawatan itu aku akan sembuhkan hyung ? "

" jadi biarlah aku seperti ini, penyakit aku sudah pun berada di tahap tiga, buang masa sahaja aku jalani rawatan itu "

Kata kata yoongi masih terngiang ngiang di telinga seokjin, sungguh dia berasa kesal sebab membiarkan yoongi bersendirian di hospital ketika itu.

Kini yoongi sudah pun menghilangkan diri tanpa sebarang berita, seokjin mula berasa takut. Tubuh badan yoongi masih lemah dan bila bila masa saja dia akan pengsan.

' mana kau pergi ni yoongi , boleh tak jangan buat aku risau ' bisik hati kecil seokjin

Pintu biliknya terbuka dari luar, tersembul wajah taehyung dimuka pintu

" haemin datang, dia cari yoongi hyung " seokjin mengeluh, alasan apa lagi yang harus dia katakan pada haemin

" okey kejap lagi hyung keluar " taehyung mengangguk seraya itu keluar dari bilik.

Seokjin mula menapak ke arah ruang tamu dimana haemin dan ahli bts yang lain berkumpul.

Dari jauh kelihatan wajah haemin kusam saja, tidak seceria dahulu, timbul rasa kesian seokjin pada haemin

" sunbae ? Macam mana yoongi ada call sunbae tak ? " soalan itu yang keluar dari mulut haemin saat melihat seokjin

Wajah haemin mula kendur saat mendapat gelengan lemah dari seokjin.

" habis tu macam mana ni, tadi pagi haemin call yoongi dapat pulak tapi tuhla masa haemin tanya dia kat mana tiba tiba je talian terputus, haemin cuba call balik tak dapat dah " jelas haemin dengan lebarnya, semua disitu terkejut

" kejap aku try call " ujar namjoon. Lalu mengeluarkan telefon pintarnya dari poket.

Mereka semua memandang namjoon saat telefon itu diletakkan ditelinganya.

' yahh ?! Namjoon waeyo ? ' soal yoongi ditalian

" yahh hyung ! Hyung kat mana ni kitaorang risau tahu ta- " belum sempat namjoon menghabiskan ayatnya telefon tersebut sudah pun dirampas oleh seokjin

" yoongi aku nak kau balik sekarang jugak kalau tak siap kau ! " ugut seokjin, kedengaran gelak halus di talian

' aku okay lah hyung, jangan risau k. Oh ya jangan sesekali pecahkan rahsia kita tau, hyung dah janji '

' mianhae sebab aku dah tinggalkan korang, aku cuma nak cari ketenangan dan aku perlukan masa untuk berfikir '

" baiklah, kalau ada apa apa jangan lupa call kitaorang tau " pesan seokjin sebelum yoongi menamatkan talian

Haemin memberi isyarat kepada seokjin bahawa dia ingin bercakap dengan yoongi

" haemin ada kat sini dia nak cakap dengan kau " namun secara tiba tiba talian sudah pun terputus

Tut tut tut tut

" yeoboseyo ? Yoongi ah kau masi disana kan " seokjin melihat telefon itu kemudian menghela nafas berat

" dia dah putuskan talian " ucap seokjin, haemin terduduk disofa itu, dia menutup mukanya menggunakan telapak tangan

" biarkan yoongi bersendirian dahulu, nanti dia balik lah tu kalau dia rindu kita " ujar seokjin

Hoseok mengusap belakang haemin, matanya tajam saja memandang seokjin. Dia merasakan sesuatu yang aneh dengan kelakuan seokjin.

Esakan dari haemin mulai kedengaran, taehyung yang duduk tidak jauh dari haemin itu mengepalkan penumbuk.

' kau cuma nak permainkan haemin rupanya, menyesal aku bagi dia dekat kau. Aku ingat kau betul betul cintakan dia, aku akan cari kau sampai dapat yoongi hyung ! ' desis hati taehyung

______

Yoongi pov

Air mata ku mula jatuh ke pipi saat melihat gambar dalam skrin telefon pintarku itu, manis sungguh senyuman haemin. Ceria dan bahagia saja dia.

Bukan niat aku untuk sakitkan hati kau, tapi aku terpaksa sayang.

Maafkan aku haemin, aku tak layak buat kau. Kau sempurna, sihat walafiat. sementara aku berpenyakit bila bila saja aku akan pergi dari dunia ni.

Aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi nanti bila kau dapat tahu tentang penyakit aku ini. Masih kah kau mampu menerima aku.

Sungguh aku buntu.

Aku sayang kau sangat tapi dalam masa yang sama aku takut.

Takut tidak dapat hidup bersama kau, aku dah tak boleh bahagiakan kau haemin.

Masa yang aku ada pun tidak banyak cuma ada sebulan saja dari sekarang.

Aku janji aku akan pergi dari dunia ni tanpa pengetahuan kau langsung, aku akan buat kau bencikan aku, dengan itu kau tidak akan rasa tersiksa setelah aku tiada.

Langit yang mendung itu aku pandang, sekejap sahaja lagi hujan bakal turun lebih baik aku balik ke hotel telefon aku masukkan kedalam poket seluar.

Aku kini berada di daegu tempat asalku, tujuanku kesini melawat kubur arwah eomma dan appa.

Kubur mereka aku pandang sekilas sebelum beredar dari tempat itu, sudah dua hari aku melarikan diri kesini. Aku tahu apa yang aku buat sekarang ni tidak betul

Tapi keadaan yang memaksa aku.

____

Haemin pov

Yoongi ah. Apa salah aku dengan kau sebenarnya, kenapa kau langsung tidak mahu bercakap dengan aku. Apa sebenarnya yang kau sembunyikan dari aku.

Cincin yang yoongi berikan kepada aku itu aku jadikan buah rantai, aku merasakan dekat sangat dengan yoongi dengan memakai cincin itu dileherku.

Sungguh aku rindukan dia.

Min yoongi yang suka mengacau aku, suka buat aku cuak, buat aku takut, ketawa dan bahagia.

Kau dimana yoongi ? Kau tak rindukan aku ke ?

Aku duduk dibirai katil sambil memandang jendela, hujan lebat mula turun ke bumi beriringan dengan air mataku.

Tengoklah langit pun berasa sedih melihat aku sedih seperti ini.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top