Present

Berkaca mata yoongi memandang haemin. Hajatnya ingin mengakhwini gadis tercintanya itu akhirnya termakbul. Dan kini gadis itu berada tepat dihadapannya sah bergelar isteri min yoongi.

" you may kiss your bride " ucap paderi itu. Haemin pusingkan badan menghadap yoongi. Bibirnya menguntum senyuman kecil. Begitu juga yoongi. Tangan haemin naik menyeka air mata yang jatuh dipipi yoongi

" uljima, nanti saya pun nangis " tidak dinafikan lagi mata haemin turut berkaca. Yoongi menggeleng

" aku cuma tak sangka yang aku khawin dengan bidadari " haemin ketawa. Yoongi memegang dagu haemin, perlahan wajahnya didekatkan kepada haemin

Chupp

Bibir mereka bertaut, yoongi mengucup lembut bibir haemin. Kedengaran sorakan dari sahabat sahabat mereka. Haemin dan yoongi ketawa dalam ciuman. Beberapa saat kemudian ciuman terlerai. Mata mereka memandang ke arah bts dan blackidle. Terbit senyuman manis melihat kerenah sahabat mereka yang sedang bertepuk tangan.

" gumawo sebab sudi jadi isteri aku haemin, terima kasih sebab benarkan aku merasa bagaimana perasaan menjadi suami, yah walaupun cuma sekejap. Aku gembira " kata yoongi dengan penuh perasaan. Dahinya dan dahi haemin dilagakan.

" gumawo juga yoongi sebab awak terima saya seadaanya--"

" tak. Kau yang terima aku seadaanya haemin, walaupun kau tahu aku sakit dan akan mati tapi kau tetap terima aku, terima kasih sayang "

" awak sempurna dimata saya yoongi " yoongi senyum sebelum dia rebah disitu. Haemin kalut, lantas dia menjerit. Bts menghampiri mereka.

" cepat ! Bawa dia ke rumah sakit!!  " jerit seokjin.

____

Wajah yoongi aku sentuh perlahan. Dahinya yang terlindung dengan rambut itu aku usap lembut, mata aku terasa hangat, yoongi nyenyak tidur. Jujur aku masih dihantui rasa takut, kejadian dipantai tadi betul-betul membuatkan aku sangat takut. Aku kemam bibir aku pandang kedua mata yoongi yang tertutup itu.

Tidak semena mena air mata aku jatuh melurut ke pipi, aku takut.. aku takut seandainya mata ini akan terpejam buat selamanya. Aku taknak itu berlaku. Tuhan.. tolong panjangkan lagi masa yang kau berikan pada dia.

Aku ingin buat dia gembira walaupun cuma sekejap, beri aku kesempatan untuk buat itu semua. Aku cuma ingin nak bahagiakan dia sejak aku dah bergelar isteri dia. Aku nak dia merasa semua tu. Sebelum dia pergi..

" I love you "

" ehh yoongi ! " hampir gugur jantung aku. Yoongi tiba tiba bersuara, aku ingatkan tidur tadi. Sedaya upaya aku cuba kawal nafas terkejut.

" hehe mian gi dah buat sayang terkejut " ujarnya, lalu mencapai tanganku dan dicium.

" gi ada sesuatu untuk sayang.. kejap " yoongi cuba bangun dari pembaringan. Tapi aku halang

" awak.. jangan lah. Awak baring lah dulu, nanti pengsan lagi macam mana. " kataku. Yoongi malah senyum dan geleng kepala

" gi dah okay lah sayang. Tak payah lah risau sangat "  katanya sebelum dagu ku menjadi mangsa cuitannya. tak kuat lembut saja. Dia kemudian turun dari katil dan buka laci yang berada ditepi katil ini. Sebuah kotak sederhana besarnya dikeluarkan. Aku mengerutkan kening. Macam kenal je. Yoongi kembali duduk diatas katil.

" This is special present for you my beautiful wife " yoongi menghulurkan kotak itu dan aku ambil.

" gi minta maaf. Cuma ni hadiah yang aku dapat bagi dekat sayang. " agak terkedu jugala aku melihat isi kotak itu.

" ni kan headphone yang kita beli masa keluar dengan yuqi dan jungkook tiga bulan yang lepas. " soalku dan mendapat anggukan dari yoongi. Ya, aku masih ingat lagi tentang headphone ni, yoongi meminta aku temankan dia cari headphone, siap suruh aku pilih warna kegemaran aku lagi.

" kalau tak silap, headphone ni ada dua kan ? Buy one free one ? " yoongi angguk

" yang satu ada dekat rumah gi dah pakai, yang ni gi simpan, gi memang nak bagi dekat sayang pun tapi gi selalu lupa, so harini gi baru teringat. " aku senyum. Aku tak sangka yang aku akan dapat headphone ni, serupa pulak tu dengan dia.

" sorry tau gi cuma mampu bagi ni sebagai hadiah perkahwinan kita " aku geleng. Tangan yoongi aku genggam

" hadiah ni dah lebih dari cukup. Terima kasih " yoongi senyum aku pun senyum.

" maaf saya takde apa nak bagi dekat awak " aku tunduk. Rasa bersalah sebab yoongi seorang yang bagi aku hadiah perkahwinan sementara aku tiada. Malu jugak lah aku.

" siapa cakap takde ? " aku dongak memandang yoongi, kening aku berkerut.

" maksud awak ? " soalku kebingungan, yoongi senyum, sinis. Kepalaku ditariknya kemudian bibir kami bercantum. Mata aku membulat besar, terkejut.

" tu hadiah perkahwinan sayang untuk gi " kata yoongi saat tautan bibir kami terlepas, ternganga aku, dia mengenyitkan mata. Aku tertunduk, malu. Yoongi ketawa kecil lalu menarik aku kedalam pelukannya.

" gi nak minta tolong sesuatu boleh ? " tanyanya, Aku menolak dadanya perlahan dan mendongak memandang dia. Senyuman dibibir sentiasa kekal bersamanya.

" apa dia ? "

" gi nak pergi pantai petang ni, teman gi boleh ? And pujuk doktor supaya izinkan gi keluar harini, sekejap pun takpelah " ujarnya sedikit merayu, entah kenapa aku rasa tak sedap hati seolah olah akan ada sesuatu yang terjadi nanti kalau aku bawa dia kepantai.

" hei sayang mengelamun pulak, boleh ke tak " aku tersedar saat pipiku ditepuk yoongi perlahan. Dengan hati yang tak rela dan berat aku angguk setuju dengan permintaan yoongi. Dia tersenyum sebelum menarik aku semula kedalam dakapannya.

Hati aku semakin berdebar menanti petang. Aku seakan tidak mahu pergi. Aku dapat rasakan sesuatu ? Yang pelik...

Yuhuu. Macam mana ?  Tak sabar menantikan part seterusnya. Hehehe sabar. Mary sedang usaha nak update bebanyak sebenarnya. Tapi draft hilang pulak dan mary terpaksa tulis balik. Okay ada sesiapa disini yang tahu apa akan jadi dipantai nanti ? Hehe komen la kalau tahu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top