Medicine

Seokjin mengetuk pintu bilik yoongi perlahan, beberapa saat kemudian pintu itu terbuka, yoongi hanya membiarkan seokjin berdiri disitu dan terus menghempaskan badannya ke atas katil

Seokjin hanya menggeleng lalu masuk kebilik mendekati yoongi yang sedang berbaring itu

" nah ubat kau jangan lupa minum " seokjin mencampak plastik yang berisi ubat ubatan yoongi itu ke atas katil

" aku taknak la minum buang masa je " kata yoongi selamba hati seokjin panas mendengar itu

" yah ! Macam mana kau nak sembuh kalau minum ubat pun tak ! " jerit seokjin, yoongi menggaru kepalanya dengan riak wajah takut

" ish hyung ni jangan la bising, nanti diorang dengar mampus aku "

" ha, kalau kau tak minum ubat tu ikut masa yang ditetapkan aku takkan teragak agak bagitahu diorang " yoongi membebel dalam hati mendengar ugutan seokjin itu

" arasseo hyungggg " kata yoongi meleret

" aku dah agak yang hyung berdua ada sembunyikan sesuatu dari aku " kata hoseok sambil mendekati mereka

Mata yoongi dan seokjin membesar, terkejut dengan hoseok yang tiba tiba berada disitu.

" ubat apa tu ? " soal hoseok sewaktu melihat botol ubat ubatan yang berterabur diatas tilam yoongi itu.

Dia mengambil salah satu botol ubat itu dan memandang yoongi dengan seokjin silih ganti

" ni ubat leu-ki-kimia ? " ucap hoseok tergagap, seokjin hanya menundukkan kepala

" kenapa yoongi hyung makan ubat ni ? " kata hoseok lagi lalu memandang yoongi

Botol ubat yang berada ditangan hoseok itu dirampas yoongi dengan kasar.

" kau jangan nak memandai cakap ubat ni ubat leukimia eh, ni vitamin bongok " kata yoongi cuba untuk menipu hoseok

Hoseok menggelengkan kepalanya perlahan, dia mula menapak kebelakang.

" hyungggg " panggil hoseok kepada yoongi, nadanya seakan berubah menjadi sedih

Yoongi mengetap bibir menahan marah, ya dia marah sebab tak mampu lagi menipu hoseok.

" ya aku menghidap penyakit leukimia " akhirnya ayat itu sendiri keluar dari mulut yoongi

Hoseok menggeleng dengan laju. Dia seakan tidak percaya dengan ayat yang baru sahaja dia dengar

" sejak bila lagi hyung ada penyakit tu " tanya hoseok dengan nada bergetar

Tubuhnya menggigil ketakutan, ya dia takut akan kehilangan sahabat baiknya itu.

Yoongi menghela nafas berat sebelum " seminggu yang lalu masa aku masuk hospital "

" jadi seokjin hyung dah tipu kami lah haritu ? " hoseok mengalihkan pandangan ke arah seokjin yang sedang menunduk itu

" wae !? Kenapa hyung buat macam ni, kenapa hyung sembunyikan dari hoseok ! " jerit hoseok kepada seokjin

Hoseok memegang kedua bahu seokjin dengan kuat, dia berasa sakit hati sebab seokjin menipu dia

" hoseok ni siapa ? Kenapa hoseok tak boleh tahu tentang penyakit yoongi hyung "

" Maafkan hyung. seok, hyung tak berniat nak tipu. Yoongi yang minta hyung sembunyikan penyakit dia "

" Majayo, sebab aku taknak korang semua risau. " sambung yoongi

" Haemin tau tak semua ni " soal hoseok sambil memandang yoongi

" Tak , aku harap kau takkan bagitahu dia "

" kenapa hyung taknak bagitahu ! Takkan hyung sampai hati buat adik hoseok macam tu "

" aku taknak dia kecewa nanti bila dah tahu tentang penyakit aku ni !! "

" habis tu, hyung ingat kalau hyung tiba tiba dah takde nanti dia takkan rasa kecewa la, dia akan semakin kecewa hyung bila dia tahu hyung sembunyikan sakit hyung ! " jerit hoseok pulak

Disebabkan jeritan hoseok tadi mengundang kedatangan para member yang lain kebilik yoongi.

" hey kenapa ni, jin hyung ? Hoseok hyung kenapa marah marah ni " soal namjoon dimuka pintu membuatkan yoongi dan hoseok berhenti bertengkar.

Hoseok memandang yoongi dengan tajam lalu keluar dari bilik itu, dia merempuh jungkook yang menghalang jalannya

" kau memang manusia yang takde hati perut " ucap taehyung lalu tersenyum senget

" taehyung ! " jerit seokjin

" tadi pagi kau dah buat haemin menangis, dan sekarang kau sakitkan hati hoseok hyung pulak "

" manusia jenis apa kau ni ?  " sambung taehyung lagi

" enough tae, kau jangan nak kurang ajar dengan yoongi hyung " kata namjoon pulak

" Kau tak layak dipanggil hyung, kau kejam ! Kau iblis ! Baik kau mati je " kata taehyung sebelum keluar dari bilik itu

Yoongi hanya diam membatu bersama seokjin,

' aku memang akan mati pun tae, kau jangan risau '

" V hyungggg " panggil jungkook, dia mengedipkan matanya perlahan memandang taehyung yang sudah pun jauh keluar dari bilik itu

" apa sebenarnya yang jadi, kenapa korang bergaduh ni " tanya namjoon sambil menggaru kepalanya tidak gatal

Dia pening, tiba tiba sahaja berlaku pergaduhan serius didalam rumah itu, selalu pun taehyung dengan jimin sahaja yang bergaduh atas perkara yang remeh

Tapi kali ini yoongi dan hoseok pulak, namjoon bukan tidak tahu yang hoseok dengan yoongi itu sangat rapat seperti adik beradik.

" takde apa apa lah dah jom keluar " kata seokjin lalu menarik namjoon jimin dan jungkook keluar dari bilik itu

Ketiga tiga orang itu pun hanya akur dengan perintah seokjin, sempat seokjin memandang yoongi yang tengah duduk dikatil itu sambil menunduk, dia menghembuskan nafas berat sebelum menutup pintu bilik yoongi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top