Kidnap ?

Setelah siap mengangkat barang barang ke tempat yang di arah oleh saem shindong kami serentak melabuhkan punggung di atas rumput itu. Serius aku cakap aku dah tak larat , penat sangat.

Aku pandang saem donghae yang melambai kan tangannya ke arah ku tanda menyuruh aku ke tempat nya. Oh ya saem donghae ni saem kelas ku. Kalau saem shindong saem kelas  seokjin sunbae.

" ada apa saem " tanyaku sebaik tiba di hadapan saem donghae

" saya kira kamu tidak datang " katanya

" saya lambat datang sekolah tadi , mujurlah saem shindong benarkan kami naik bas yang untuk pengangkutan barang barang tu " jelasku dengan jujur

" tak mengapalah , nah ni khemah kamu nanti pasang sendiri  " khemah tersebut dihulurkan kepadaku

" baik saem , gomawo "

" ohh ya kamu satu khemah dengan yuqi tzuyu nancy nae nanti ajak lah mereka pasang khemah tu sama sama " ujar saem donghae lalu berjalan ke arah pelajar lain

Aku mencari kelibat yuqi serta dua orang rakan sekelas ku itu,  namun rakan sekelas ku itu tidak ku jumpai , sementara yuqi sibuk bercakap dengan jungkook.

Takpelah biar aku pasang khemah ni sorang sorang , lagipun aku larat, sapa cakap aku tak kuat. Haha ni kakak sado la.

Sedang aku sibuk membetulkan khemah tiba tiba ada satu suara menegur aku

" hai haemin nak saya tolong tak ? " aku menoleh kebelakang, oh ternyata taehyung dia tersenyum manis kepadaku.

" hai sunbae , ohh takpelah saya boleh buat sendiri " kataku

" mari saya tolong saya tahu awak tak larat nak buat sorang sorang ni, kawan kawan awak pergi mana.? Maksud saya kawan sekhemah awak " soal taehyung

" tzuyu dengan nancy saya tak tahu pergi mana , kalau yuqi tuh na sibuk dating dengan jungkook " jelasku sambil mulut di halakan ke arah dua pasangan yang terlampau manis itu

" biarkan lah diorang , saya ada disini untuk tolong awak " 
Ucap taehyung, aku hanya tersengih seperti nanas busuk

________

Aku hanya memerhatikan gerak geri taehyung yang sibuk memasang khemah itu , sesekali dia mengeluh . Susah sangat ke nak pasang. Tulah aku nak tolong dia tak benarkan . Malah dia suruh aku duduk je.

" susah ke ? " tanyaku

" tak laa , sikit je lagi siap " ujarnya tanpa memandangku

" kalau nak saya boleh tolong " dia menoleh memandangku

" nak tolong ? Takpayah dah siap dah pon " katanya sambil tersenyum

Eh dah siap ? Cepatnyaa. Bukan tadi dia berhempas pulas ke nak siapkan,  Hebat laa taehyung.

" wahh daebakk , cepatnya awak siapkan " kataku dengan mata membulat memandang ke arah khemah

" hehe saya dah biasa pasang khemah dulu saya dengan yang oppa awak selalu juga berkhemah " jelas taehyung

Baru sahaja aku ingin membuka mulut menjawab soalan taehyung tiba tiba aku rasakan lengan aku di tarik oleh seseorang menyebabkan tubuh aku terdorong jatuh ke lantai

" excuse me , kalau nak dating jangan depan khemah okey aku nak lalu pun tak selesa " kata nancy rakan sekelas aku itu

" kalau ye pun jangan la sampai tolak haemin!" jerit taehyung menyebabkan nancy terkejut

Taehyung membantu aku berdiri , manakala nancy memandang aku tajam. Seluruh pelajar disitu memandang ke arah kami. Termasuk black idle and Bts

" ada apaa ni " tanya namjoon sunbae ke taehyung

" perempuan senget ni ha datang datang je terus tolak haemin " balas taehyung. Lalu menjeling nancy tajam

" siapa suruh berbual depan khemah menghalang jalan aku je " nancy berpeluk tubuh lalu memandang taehyung atas bawah.

" kau sini kejap " jennie unnie menarik rambut nancy menyebabkan nancy menjerit

" unnie,  unnie sudah tak payalah besarkan hal ni " aku memujuk jennie unnie untuk berhenti, dia melepaskan tangannya dari mencengkam rambut nancy

" kali ni aku lepaskan kau , sekali lagi kau buat macam tu aku tak teragak agak buat rambut kau botak " amaran jennie unnie kepada nancy

Black idle Bts serta seluruh pelajar disitu ketawa terbahak bahak mendengar kata kata jennie unnie. Nancy menghentakkan kakinya lalu masuk kedalam khemah

" aku benci betul dengan perempuan tu , suka sangat cari pasal "

" takpe unnie , benda kecil je "

" sekejap ya " ucapku lalu memasuki khemah

Nancy tertunduk sambil memeluk lututnya sesekali bahunya terhinjut , aku yakin dia sedang menangis.

Perlahan lahan aku mendekatinya dan memegang bahunya

" mianhae aku tak bermaksud buat kau kena marah macam tu " ucapku , dia mendongak memandang aku matanya memerah

" aniyaa , salah aku sebab kurang ajar sangat " aku menggeleng

" takpe semua orang selalu buat silap " kataku dengan jujur

" mianhae haemin ah aku tak berniat nak buat kau macam tu , tadi aku badmood sangat sebab kena buli saem shindong " aku ketawa , rupanya mangsa saem shindong bukan hanya kami ternyata nancy sekali jadi mangsa buli dia pagi ni

" okey aku faham dah jangan nangis , perempuan cantik macam kau tak boleh nangis tau " pujukku, aku mengelap air mata nancy yang jatuh ke pipi

" ahaha arasseo mianhaeyo " sekali lagi aku menggeleng

" gwaenchana "

_______

Aku keluar dari khemah dan aku terkejut melihat wajah dingin yoongi berdiri dihadapan ku

" sunbae buat apa disini " soalku hairan

" jom ikut aku , ada benda aku nak cakap dengan kau " yoongi menarik lenganku menyebabkan aku melangkahkan kaki mengikutinya

" nak kemanaa aduh perlahan lahan lah sunbae nanti saya tersungkur pulak " ujarku. Ya hampir sahaja aku jatuh akibat dia menarik aku dengan laju kaki dia melangkah.

Yoongi memperlahankan langkahnya tapi tangannya masih erat menggenggam pergelangan tangan aku.

Aku menjeling sekelilingku, aku sudah jauh dari tempat letaknya khemah kemana yoongi nak bawa aku ni ? Dahlah sunyi.

" sunbae nak bawa saya kemana " tanyaku sekali lagi tapi tiada jawaban dari yoongi

" kalau sunbae tak jawab saya teriak ni " ugut ku

" try laa teriak " ucap yoongi tiba tiba

" baiklah kalau itu awak nak TOLO--emm" 

Mulut aku ditekup menggunakan sebelah tangan yoongi, sebelah tangannya masi memegang tangan aku. Aku mula takut

" eish kau ni jangan lah teriak , aku bukannya nak culik kau pun "  yoongi melepaskan tangannya dari menekup mulut ku. Aku berdecit. Tadi cabar aku jerit. Bila aku dah jerit suruh aku diam pulak

" aku nak tanya kau ni , kau dengan taehyung bercinta ke ? " soal yoongi kepadaku, dahi aku berkerut.

Soalan jenis apa ni?

" asal pulak saya dengan dia bercinta " soalku balik. Yoongi mengeluh. Pokok besar yang berada disebelahnya itu dipandang

" yelah tadi kau dengan dia berkepit je " katanya tanpa memandang aku

" wae sunbae jeles ke " soal ku diakhiri gelak tawa

" takde makna nya aku nak jeles !! Perasan betul la kau ni " kata yoongi dengan nada marah lalu menunjal dahiku.

Yoongi berlalu meninggalkan aku sendirian di dalam hutan ini , apa maksud dia bawa aku kedalam hutan ni dan tanya soalan mengarut dan tiba tiba sahaja dia tinggalkan aku disini.

Kalau dia jeles sekali pun susah sangat ke nak cakap, hmm sampai bila awak nak pura pura tidak sukakan saya yoongi, sebenarnya saya dah lama tahu tapi saya sengaja diam kan diri sebab saya ..

Tunggu awak luahkannya sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top