Jealous

Aku ketawa sendirian di ruang tamu menonton rancangan kegemaran aku iaitu running man. Sekarang sudah pun pukul dua belas tengah malam tapi aku masih berjaga disini.

Hoseok oppa sudah pun pulang kerumah nya. Berakhir sahaja rancangan running man aku mula berjalan masuk ke bilik untuk berehat. Aku rasa sangat penat dan mengantuk, esok kena bangun awal lagi.

Sampai sahaja dirumah tadi omma terus menyoal ku kenapa lewat balik. mana tak nya omma risau. kalau aku balik pukul 8 malam dah . Semuanya salah yoongi dia heret aku pergi temankan dia beli itu ini. Kalau dia belanja aku takpe jugak. ini tak ! free free je aku teman dia

Aku rebahkan badan di atas tilam aku yang empuk , telefon aku yang berada di atas meja solek aku capai lalu skrin telefon aku hidupkan. Namun tiada sesiapa yang call atau mesej aku.

_______________

Yoongi pov

Kenapa aku tak boleh tidur ni , dah nak dekat pukul satu dah pun , apa lah masalah mata aku ni. Berkali kali aku cuba pejamkan mata namun aku masi tidak dapat tidur

Aku berjalan keluar ke dapur , tekak aku berasa kering. Sampai diruang tamu aku terkejut melihat lampu dapur dinyalakan

Jangan cakap ada pencuri sudah. memang aku akan penggal kepala dia.

Perlahan lahan aku mengorak langkah mendekati bahagian dapur. Namun aku terkejut melihat hoseok sedang ralit memandang laptop nya.

" apa kau buat tengah malam buta kat sini seok " tanyaku sebaik sahaja aku melabuhkan duduk di sebelahnya

" aih hyung terkejut aku, takdela aku tengah main game je aku tak boleh nak tidur "

" aku ingat aku sorang tak boleh tidur tadi "

" hyung tu tak boleh tidur sebab fikir adik aku kan " soal hoseok nada mengusik. aku menelan perit air liur ku

" merepek je kau ni. ha by the way kenapa kau tak main game dekat bilik je "

" ceh tukar topik " hoseok mencebik

" aku tak nak lah namjoon terbangun nanti sebab bunyi bising game aku ni "

" ohh yaa hyung pergi mana tadi.  Kenapa balik lambat " 

" aku pergi mall tadi beli barang " aku meneguk segelas air yang aku ambil tadi

" beli barang apa ? " tanyanya lagi

" kau ni sibuk betul nak tahu eah "

" tanya pun tak boleh ke ? " Aku mendiamkan diri.

Hoseok kembali sibuk bermain game.  Dengan hoseok je aku boleh luahkan perasaan aku. Banyak dah rahsia aku yang hoseok simpan . Yang aku suka dengan hoseok walaupun dia ni kadang perangai macam budak tadika tapi bila dia serius dia matang .

" seok ? "

" emm kenapa hyung " dia masih memandang skrin komputer riba nya

" kau marah aku ke sebab tengking adik kau haritu " hoseok memandang aku. Sebelum keluhan berat dilepaskan.

" takdelah, aku faham kenapa hyung berkelakuan macam tu "

" mian, aku cuma tak suka kalau ada perempuan masuk dalam rumah ni sebab tu mengingatkan aku pada suran dulu "

" gwaenchana hyung, aku faham laa "

" tadi kan aku keluar dengan adik kau " spontan sahaja aku berkata

" mworago !? " terbeliak mata hoseok memandang aku

" nae. sebab tu aku balik lambat tadi , aku bawa dia keluar "

" nasib baiklah dia nak , hyung tak buat apa apa kan dengan haemin " kepala hoseok aku tunjal menggunakan jari telunjuk

" kau ingat aku sejahat itu ke pabo "

" yah orang tanya je pun nak marah "

Aku meninggalkan hoseok sendirian di dapur.

Aku mula masuk kedalam bilik. Dengan sekelip mata aku tertidur lena.

___________

Dengan malas aku berjalan mengikuti langkah Bts menuju ke sekolah , serius aku cakap aku sangat mengantuk , kalau boleh aku nak tidur lagi.

Aku pandang hoseok yang sibuk bercerita dengan yang lain , budak ni tak reti mengantuk ke dah la semalam tak tidur katanya , berjaga sampai pagi

Jimin dengan taehyung bergaduh pasal kerja rumah yang belum disiapkan, diorang ni sehari je tak buat bising memang tak boleh

Setibanya di pintu pagar sekolah, dari jauh aku nampak haemin, bibirku terukir senyuman kecil, namun setelah melihat seorang lelaki bersama nya lantas senyuman aku mati.

Dia sibuk bergelak tawa dengan lelaki itu, entah apa yang dibualkan mereka . Lelaki itu sememangnya seseorang yang aku kenal . Dia rakan sekelas dengan taehyung dan jimin .

Haemin menoleh memandang kami sebaik saja hoseok memanggilnya. Dia tersenyum manis memandang kami , dia berjalan menuju ke arah hoseok lalu meninggalkan seungcheol disitu

" Selamat pagi oppa " seperti biasa hoseok akan mencium pipinya. Aku pulak yang geram disini.

" ohh hai selamat pagi sunbae sekalian " dia menegur kami dan menunduk kan sedikit badan nya. Lalu dia memandang aku sambil tersenyum senyum aku hanya membalas dengan jelingan

" aku masuk dulu " ucapku kepada Bts lalu berjalan meninggalkan mereka.

____________

Haemin pov

Dia mula lagi tak nak layan aku, apa lagi salah aku buat ni, ke dia memang tak suka layan aku kalau Bts sunbae ni ada sekali.

Padahal aku nak sangat dia tegur dan senyum dekat aku. Senyuman dia itu aku suka sangat. Muka dingin tapi bila senyum manis sangat.

" biarkan dia maybe dia masih mengantuk tu " ucap oppa lalu memeluk bahuku , kami sama sama masuk ke dalam kelas masing masing

_______________

Pensil aku tekap pada bibir mata aku memandang ke atas , aku sibuk memikirkan apa yang patut aku lukis.

Aku tersengih memikirkan idea yang baru sahaja muncul di kepala aku, memandangkan yuqi masih belum sampai lebih baik aku melukis

Aku tidak seberapa rapat dengan pelajar pelajar yang sekelas dengan aku ni, bukan apa dulu aku sudah pernah tegur tapi sorang pun tak berminat nak kenal dengan aku.

Untung sahaja ada yuqi dan black idle . Kalau mereka tak ada entah macam mana la hidup aku dalam sekolah ni. Takkan aku nak berkepit dengan oppa aku je nanti

" woi tulis apa tu " aku tersentak dengan sergahan yuqi

" takde apa apa "

" wah kau melukis ke , kau lukis muka siapa ni ? " aku menggaru kepala yang tidak gatal.

" macam kenal je muka orang yang lukis ni " aku mula cuak jangan sampai dia kenal.

" siapa orang ni min ? " tanya yuqi yang sedang memegang kertas lukisan aku itu

" bukan siapa siapa pun " kertas itu aku rampas dari tangan yuki lalu masukkan ke dalam beg

Yuqi hanya mengangkat kedua bahunya. lantas duduk di kerusi. Hampir je kantoi tadi. Kalau dia tahu yang orang aku lukis itu adalah yoongi memang dia akan ketawakan aku ni

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top