Hero
" Huwah nyamannya udara kat sini " yoongi menjerit kecil sambil menghirup udara pantai. walaupun diselubungi rasa takut. Aku turutkan juga kemahuan yoongi untuk kesini, bermacam-macam alasan yang aku berikan tapi dia still memujuk sampaikan aku rasa give up. Dan datang juga kesini.
" Sayang jum duduk sana. Gi nak tengok matahari terbenam " pintanya dan menarik tangan aku untuk duduk di berdekatan dengan gigi air. Kami duduk dengan memeluk lutut. Aku biarkan rambut aku yang berterbangan akibat angin.
Suasana senyap hanya bunyi air yang memukul pantai. Orang yang datang pun tidak banyak cuma ada beberapa orang, sehingga boleh terhitung dengan jari. Mata kami hanya tertumpu pada dasar laut dan langit.
Hati aku masih lagi berdegup dengan kencang. Aku sendiri tidak pasti samaada ianya disebabkan aku bersama yoongi ataupun disebabkan aku takut. Entah kenapa semakin matahari hendak terbenam aku tiba tiba menggigil ketakutan.
Seolah olah ada benda buruk yang akan terjadi, aku gelengkan kepala menidakkan semua yang terlintas di kepalaku, tak mungkin.
" Sayang.. kalau gi pergi sayang jangan nangis tau " aku terkesima. Hish dia ni suka sangat nak buat aku menangis.
" Saya tak janji " kataku datar, tanpa memandangnya. Aku dengar yoongi mengeluh.
" Kalau sayang nangis gi sakit hati tau. Sebab gi dah tak mampu nak hapus air mata sayang masa tu " dagu ku ditarik untuk memandangnya. Berkaca mata yoongi. Aku semakin pelik..
" Janji tau sayang.. " ujarnya separa merayu. Aku jadi rasa bersalah pulak kalau cakap tidak. Jadi untuk menyedapkan hatinya aku mengangguk kecil
" Ye saya jan-ji " kataku tergagap. Yoongi senyum. Lalu sandarkan kepalanya dibahuku.
" Sayang, gi ada hafal satu lagu ni. Lagu ni best tau. Nak gi nyanyi tak " aku kalihkan kepala memandangnya.
" Lagu apa ? Tajuk ? " soalku. Yoongi jugak turut angkat kepala dari bahuku, dan memandangku lalu senyum. Tapi senyumannya lain. Tak seperti sebelum ni. Malah aku tengok muka yoongi sangat pucat. Bibirnya yang merah itu pun kelihatan sangat pucat. Aku mula risau
" Tajuk lagu hero, penyanyi enrique iglesias " aku angguk. Dan sentuh pipinya.
" awak okay tak ni ? Muka awak pucat sangat " yoongi pegang tangan aku dan geleng.
" gi okay. Hmm nak gi nyanyi tak " aku senyum nipis, dan angguk kecil. Yoongi sandarkan kembali kepalanya pada bahu aku. Kepala aku kembali terarah pada laut.
" let me be your hero " bisik yoongi di telinga aku, meremang terus bulu roma aku dibuatnya.
Would you dance if I asked you to dance?
Or would you run and never look back?
Would you cry if you saw me crying?
And would you save my soul tonight?
Would you tremble if I touched your lips?
Or would you laugh? Oh, please tell me this
Now would you die for the one you love?
Oh hold me in your arms tonight
I can be your hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away
Would you swear that you'll always be mine
Or would you lie? Would you run and hide?
Am I in too deep? Have I lost my mind?
I don't care, you're here tonight
I can be your hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away
Oh, I just wanna hold you
I just wanna hold you, oh yeah
Am I in too deep? Have I lost my mind?
Well, I don't care, you're here tonight
Tersekat sekat suara yoongi mengalunkan lagu itu. Bahu aku terasa basah. Yoongi menangis ? Aku pejam mata erat. Cuba menahan perasaan. Hatiku sedikit terusik dengan lagu ini.
I can be your hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away
I can be your hero..
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away
You can take my breath away
I can be your hero....
" nice.. saya suka lagu ni. Pandai awak nyanyi " puji ku ikhlas. Yoongi diam. Jari jemariku digenggamnya erat.
" sayang.. maafkan gi tau " aku kerutkan kening.
" kenapa ni. Kenapa nak minta maaf "
" sebab gi tak dapat hidup lama bersama sayang.. gi tak dapat bagi sayang keturunan. Bukan gi tak boleh. Cuma gi tak kuat lagi " yoongi ketawa kecil dihujung bicaranya. Aku berdecit menahan rasa malu.
" apa awak ni cakap macam tu pulak. Walaupun awak sakit teruk macam ni, kalau tuhan dah takdirkan awak sembuh awak akan sembuh juga. Percayalah cakap saya. Jangan asyik cakap benda yang bukan-bukan. " kata aku lembut sahaja, tiada nada marah ataupun merajuk. Aku cuba menaikkan semangat yoongi sebenarnya aku tidak mahu dia cepat mengalah.
Yoongi diam lagi. Cukup lama. Matahari pun semakin lama semakin ingin terbenam.
" sentiasa ingat. Yang gi akan selalu ada didalam hati sayang. Walaupun suatu hari nanti gi akan pergi buat selamanya. Percayalah gi sentiasa akan perhatikan sayang dari atas sana. " yoongi angkat kepala dan pandang aku, aku turut memandangnya. Kedua belah pipiku ditekup menggunakan tangannya. Mata ku dipandang silih ganti
" aku sayang kau. Dalam hayat ini dan hayat yang seterusnya. Cinta aku dekat kau akan selama lamanya ada. Takkan sesekali pudar. Aku cintakan kau jung haemin. Sangat sangat. " kata yoongi sebelum dahi aku menjadi sasaran bibirnya mendarat.
Tubir mata aku berkaca. Kata kata yoongi sungguh menyentuh hatiku. Aku lantas memeluknya. Yoongi juga balas pelukanku. Lama kami berpelukan.
Dan matahari pun akhirnya terbenam. Tubuh yoongi terasa longlai dan aku sedikit terdorong kebelakang. Hampir sahaja aku jatuh mujur sempat aku seimbangkan badan. Tapi yang pelik yoongi diam. Masi memelukku walaupun tidak seerat tadi.
Perlahan lahan aku tolak bahunya. Berat, kedua matanya terpejam tapi masih ada sisa air mata.
" yoongi bangun, alahai tidur pulak dia " aku tepuk pipinya perlahan. Tiada respon dari yoongi. Aku mula risau.
" gi.. hei sayang bangun lah. Kenapa tak jawab soalan saya ni " sekali lagi aku tepuk pipinya. Tapi kuat sikit dari sebelum ni. Sama jugak tiada respon dari dia. Tubuh aku menggigil
" awak. Awak bangun lah. Jangan macam ni, saya takut tahu tak. Jangan lah main main " aku goncang bahunya perlahan. Berharap agar dia sedar. Tiba tiba tubuh yoongi rebah ke atas badanku. Aku cuak.
" awak ! " menggeletar tangan aku menyentuh nadinya. Empangan air mata aku akhirnya pecah juga. Nadi yoongi tidak berfungsi. Dan dapat aku rasakan jantungnya juga berhenti.
" kalau awak tak bangun saya akan bunuh diri dalam laut tu. Awak !! Bangun lah.. jangan tinggalkan saya... saya sayang awak.. " jeritku. Aku peluk yoongi dengan kuat. Air mata aku berguguran kepipi.
Aku menangis sekuat hati. Yoongi mati dalam pelukan aku dengan keadaan menangis. Aku masih belum dapat terima yang yoongi telah pun menghembuskan nafas terakhirnya.
Jadi inilah perkara buruk yang akan berlaku itu ? Jadi sebab ini lah hati aku tak menentu daritadi. Beginikah pengakhiran sebuah kisah cinta kami.
Yoongi.. tunggu saya. Saya akan menyusul suatu hari nanti. Dan kita akan hidup bahagia bersama.
Selamanya...
• The end •
- Tidak semua kisah cinta akan berakhir dengan hidup bahagia. Sesetengahnya ada jugak yang mempunyai pengakhiran yang sangat menyedihkan dan memilukan. -
Tamat sudah kisah haemin dengan yoongi.
Siapa yang teka yoongi mati tu tahniah sebab anda bijak.
Nak special chapter ? Komen.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top