he drive me crazy
" haemin kau dah siap ke belum " tegur yuqi menyentakkan lamunan aku
" ye ye kejap lagi aku siap la ni " balas ku.
Sebenarnya aku nervous sangat, sebab ini pertama kali aku akan buat persembahan depan orang. Kalau bukan sebab jennie unnie dah send nama aku kat saem soyou aku takkan ikut persembahan cheerleaders ni.
Tangan aku berpeluh daritadi aku biarkan saja, baju aku yang tersangkut rapi di dinding aku pandang sekejap, aduh dah laa skirtnya pendek lepastu baju aku ketat lagi tu. Omg.. apa aku nak buat ni
Yuqi daritadi memanggil aku diluar bilik persalinan, aku sengaja mengunci diriku didalam ini, sebab aku taknak diganggu saat aku tengah nervous.
" haemin ah buka pintu kejap " suara jennie unnie diluar bilik menyentakkan lamunan aku sekali lagi
Aku berdiri dan berjalan ke arah pintu, tombol pintu aku pulas dan tersembul la wajah ke enam2 sahabat aku itu
" omo kenapa tak siap lagi ni " kata jiso unnie
" haemin takut " ucap ku, mereka mengeluh
" tak pe la kalau haemin takut, biar kami cakap dengan saem soyou yang haemin tak sedap badan " ujar jennie unnie
" ye ataupun suruh je tzuyu gantikan haemin " kata lisa unnie pulak
" alaa haemin, tolong laa join aku taknak kalau kau takde " kata yuqi nada merajuk
Aku menghela nafas berat " baiklah aku akan join, kau jangan la nak sedih sana " ucap ku. Serentak bibir mereka mengukir senyuman
" sekejap haemin nak besiap dulu " sambungku lagi lalu masuk kebilik persalinan
5 minit kemudian aku selesai menyalin baju, rambut aku yang panjang aku biarkan terlepas. Aku melangkah keluar dari bilik
" wahh haemin ah cantiknya body kau " kata yuqi lalu memusingkan badan aku
" daebak aku baru sedar, kau ada body yang lawa " sampuk lisa unnie
" kita tak nampak selama ni sebab haemin sembunyikan dengan pakai baju dia yang besar besar tu " sambung rose unnie pulak aku tersenyum nipis.
" haemin , kau tak boleh biar rambut kau terlepas macam tu, kau kena ikat macam rambut kitaorang ni " ucap miyeon unnie lalu menunjukkan rambutnya kepadaku
Baru aku perasan rambut mereka semua serupa, diikat seperti ekor kuda dan diletakkan reben warna merah jambu.
" sini jap aku nak bagi muka kau berseri supaya yoongi sunbae jatuh cinta " yuqi menarik aku duduk dikerusi
Tangannya ralit mengeluarkan alat makeup yang berada dalam beg
" yuqi jangan makeup tebal sangat k nanti jadi badut pulak c haemin ni " kata jiso unnie, yuqi mengangguk faham
Rose unnie mengikat rambutku. Manakala lisa unnie pulak menyarungkan kasut dikakiku, yuqi pulak sibuk memakaikan aku make up, haih aku rasakan macam aku jadi budak tadika pulak kena urus macam ni.
selesai mencalit makeup dan mengikat rambutku, jiso unnie menyuruh aku berdiri dan menolak aku ke cermin yang terletak didinding itu.
Aku terpegun sekejap melihat wajah aku berubah selepas di make up kan oleh yuqi. Rambut aku yang terikat rapi aku goyang goyang sekejap. Aku tertawa kecil melihat hasil kerja mereka telah membuat diri aku jadi cantik.
" aku yakin bila yoongi sunbae nampak haemin nanti, dia pasti akan jatuh cinta " kata yuqi di akhiri dengan tepukan tangan
" ada ada je la kau ni " kata aku tersipu malu
" dah jom, kejap lagi nak mula ni, nanti saem soyou cari kita pulak "
Aku dengan mereka pun sama sama melangkah ke dewan dimana sukan di adakan.
_____
Aku sembunyikan diri dibelakang unnie unnie ku, kami mengikuti langkah saem soyou menuju ke dewan. Aku menundukkan kepala saat kami tiba didalam dewan.
Dewan kini dipenuhi oleh pelajar disekolah kami dan juga pelajar dari sekolah lain, sebenarnya pemain basketball disekolah kami akan bertanding dengan pemain dari sekolah lain.
Aku dongakkan kepala memandang sekeliling dewan, ramai yang menjerit nama nama pemain, paling banyak la nama taehyung yang diseru seru, taehyung memang popular disekolah kami mahupun disekolah sekolah lain.
Mata aku melilau mencari kelibat hoseok oppa dan juga yang lain. Mata aku berhenti pada susuk tubuh yoongi yang sedang berlatih melantunkan bola pada jaring tu.
Aku tersenyum bila mengingati kejadian semalam, sungguh aku tidak menyangka yoongi akan berbuat sedemikian.
Kepala aku alihkan memandang yuqi saat mata aku bertembung dengan mata yoongi, pipi aku rasa panas. Kalau boleh aku nak berkurung dalam stor kat rumah supaya rasa malu aku pada yoongi hilang. Serius aku tak boleh kawal diri aku sekarang
Hujung baju yuqi aku tarik membuatkan kepalanya tertoleh memandang aku, sebelah keningnya di angkat
" aku tak nak join laa aku takut " bisik ku perlahan
" alaa haemin, jangan la mengada. Kita dah dekat dewan ni sekejap je lagi kita akan perform " kata yuqi lalu menggenggam tangan aku
" arasseo, kau jangan la jauh jauh dari aku, aku nervous ni " ujarku, yuqi mengangguk lalu senyum
" dont worry my honey bunny i will stay beside you " kata yuqi lalu memuncungkan bibirnya sekejap ke arah aku.
Aku jeling dia sekilas, lalu mengintip yoongi, dia masih sibuk berlatih, begitu juga yang lain. Satu persatu pemain bola keranjang itu aku perhati. Wuuu seungcheol dengan mingyu sunbaenim pun join sekali.
Tapi pemain dari pihak lawan semua berbadan sado dan tinggi tinggi, fuh harap harap la team hoseok oppa yang menang kali ni.
" jung haemin ssi " bahu aku tersentak saat nama aku diseru kuat, aku tolehkan kepala mencari gerangan orang tersebut
Aku lepaskan keluhan lega selepas mengetahui orang yang memanggil aku itu.
" eo saem waeyo ? " soal ku lembut
" tolong bagi ni dekat kim seokjin pemain kita tu, bagitau saem yang bagi, arasseo ? " saem shindong menyerahkan skarf berwarna hitam putih kepada aku.
" nak bagi buat apa " tanyaku hairan
" aigoo, suruh dia pakai laa, saem tak selesa tengok rambut depan dia tu panjang sangat " aku mengangguk lemah
Takkan aku nak kesana bagi skarf ni, no way yoongi dekat situ kot ! Aku tarik tangan yuqi
" tolong aku bagi ni dekat seokjin sunbae "
" pergi je laa, bukannya jauh sangat pun "
" aku takut laa "
" kau nak takut apa, bukannya ada yang nak baham kau kat sini " aku menjeling yuqi tajam , dia tersengih
" tell me, benda apa yang kau takutkan sangat sampai taknak pergi sana ni, ke kau dengan yoongi ada apa apa- "
" kau jangan nak merepek okey " kata aku lalu melangkah meninggalkan yuqi disitu
Aku berhenti melangkah sekejap. Tarik nafas .... lepastu hembus, okey ready. Eh macam nak buat larian maraton pulak hehe. Aku teruskan berjalan ke arah seokjin sunbae.
Yoongi berhenti melantunkan bola selepas menyedari aku yang tengah berjalan ke arah mereka, semua mata pemain bola keranjang itu menghala pada aku, ohh please jangan pandang aku macam aku dah bunuh orang wehh.
Aku melangkah setapak demi setapak tanpa menghiraukan mereka
" nah saem shindong bagi, dia suruh seokjin sunbae pakai ni " ucapku sebaik tiba dihadapannya. Skarf tadi aku hulurkan kepada seokjin sunbae. Dia mengangguk lalu menyambut skarf itu
" jin hyung je ke, kitaorang takde ? " soal namjoon sunbae. Aku menggaru kepala yang tidak gatal
" itu je yang saem shindong bagi " ucapku lalu tersengih
" wow haemin neomu yeppuda " ucap taehyung lalu mencubit pipi aku sekejap. Aku tertunduk malu
" eish jangan laa sentuh sentuh baby aku " kata hoseok oppa lalu menolak taehyung
" hyung boleh tak berhenti panggil haemin ni baby, geli tau tak " ujar taehyung
" asal pulak tak boleh dia kan saeng aku, apa salahnya aku panggil dia baby. Lagipun bagi aku haemin masih baby "
" oppa ! Geumanhae " marahku, aku paling tidak suka bila oppa menganggap aku baby, umur aku dah 17 weh aku dah dewasa la.
" tengok. Haemin pun tak suka la kau anggap dia baby " cebik taehyung
" hmm arasseo " keluh hoseok oppa
" anyeong haemin ah " seungcheol sunbaenim menegur aku
" anyeonghaseyo sunbaenim " balasku lalu tunduk sedikit
" wow neon neomu areumdawo " ujar seungcheol sunbae sambil tersenyum.
" hehe aniyaa " ucapku lalu menggeleng perlahan.
Aku tundukkan kepala sebab malu, tiba tiba suara saem heechul dimicrofon menyapa gegendang telingaku.
" diminta para pemain kita serta peserta cheerleaders untuk bersiap sedia kerana sebentar sahaja lagi pertandingan ini akan dimulai " ucap saem heechul
" saya pergi dulu, semoga berjaya " ucapku kepada mereka
" gomawo haemin " balas mereka serentak
aku mengangguk laju lalu memandang yoongi. Dia berdiri tegak sambil merangkul bola itu dipinggangnya. Dia tersenyum manis menampakkan garisan gigi putihnya itu, Sebelah matanya dikenyitkan membuatkan aku tertunduk malu.
Jantung aku terus berdegup dengan kencang, aku cepat cepat melangkah ke arah black idle berkumpul. sebelum jantung aku meletup baik aku beredar dari situ.
_____
YOONGI POV
Comel betul haemin tadi, aku tersenyum dalam hati melihat muka dia malu malu tadi pandang aku, sifat penakut dia tu yang tambah membuatkan aku suka dengan dia.
Jarang sekali aku temukan gadis seperti dia, bukan sahaja mempunyai paras rupa yang cantik, hatinya juga turut bersih dan suci.
Aku semakin susah nak jauhkan diri dari dia, setiap hari dia akan selalu buat aku jatuh cinta dengan dia. Aku tersedar dari lamunan saat bahu aku dipegang
" you love her ? " soal hoseok
" you think ? " soal ku pulak
" emm i think,, yes " balas hoseok lalu tersenyum
" than should i ? " ucapku lalu tersenyum sinis
" what ? " hoseok membulatkan matanya
" emm nothing, dah la jom " kataku lalu berjalan meninggalkan hoseok.
Biarlah aku seorang sahaja yang tahu betapa aku sukakan gadis genit itu. Sebab ini perasaan aku. Rasanya tak perlu kongsi dengan orang lain. cukup aku ataupun pemilik hati ini yang tahu.
Hi. Author tertanya tanya ada tak yang tertunggu tunggu dengan cite ni. Rasa macam tak dapat sambutan ramai lah pulak. Dengan vote yang makin menurun. Perlu ke author unpublish je cite ni. Cerr komen sikit .
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top