Hate

Kasut sneaker adidas warna putih aku pakai dan ikat tali kasut itu dengan rapi. Selesai memakai kasut aku keluar dari rumah dan berlari anak ke pintu pagar.

Oppa menunggu aku di tepi kereta. Pemakaiannya simple sahaja seluar pendek dengan baju lengan panjang, kasut sneakers hitam dan bertopi serta kaca mata hitam.

Dia tersenyum memandang aku, lalu kami sama sama masuk kedalam perut kereta. Oppa menghidupkan enjin kereta lalu menekan pedal minyak. Serta merta kereta meluncur laju di jalan raya.

Disebabkan aku rasa bosan duduk dirumah aku meminta oppa untuk mengajarkan aku memandu, lagipun hari ini sabtu . jadi oppa ada masa untuk mengajar aku.

Hoseok oppa memang pandai memandu , kereta yang kami naiki ini pun hadiah appa katanya saat dia lulus belajar dan mendapat lesen memandu. Boleh tahan mewah kereta ni besar dan luas.

Kereta memasuki tempat yang bangunannya belum siap dibina. Aku agak tempat ini dibina untuk kedai mahupun restoran. Tiada satu orang pun yang berada disini sekarang. Hanya aku dengan hoseok oppa.

" dah tukar tempat cepat " ucapnya lalu keluar dari perut kereta, aku terpinga pinga sekejap.

Oppa menghampiriku lalu membukakan aku pintu

" cepat " katanya . Aku pun keluar dan duduk di seat memandu oppa duduk di sebelahku.

" okey tarikh nafas . Tahan . Lepas perlahan lahan .. " ucapnya aku pun hanya menurut dengan kata katanya

Oppa mengajarkan aku cara tekan minyak dan memutarkan stereng dan banyak lagi.

________

Oppa menepuk tangannya lalu tersenyum dengan lebar . Aku turut tersenyum memandangnya . Akhirnya dengan bantuan oppa aku suda boleh memandu dengan lancar walaupun hanya disin. aku rasa gembira.

Bab bawa kereta di jalan raya aku masih tak boleh . Aku takut dan oppa bilang itu perkara biasa . Belajar perlahan lahan tak perlu tergesa gesa.

" nak belajar satu teknik tak " aku menjengketkan sebelah keningku. Oppa menyerahkan handphone nya kepada ku.

" pandu kereta ni perlahan lahan sambil rakam oppa menari di luar " seraya itu oppa keluar dari kereta dan berdiri diluar kereta

" sebaik sahaja lagu start, rakam terus okey! sambil memandu ye " sambung oppa

Aku mengangguk, tanganku sebelah memegang stereng dan sebelah lagi menekan butang rakam pada camera.

Oppa menari sebaik sahaja lagu bermula . Aku pandu kereta perlahan dan sebelah tangan aku masi memegang telefon oppa.

Oppa menari ikut rentak lagu sesekali dia membuat sign love haha comel . Oppa bergegas masuk kedalam kereta setelah dia selesai menari, tak sampai seminit pun dia menari. Aku memberhentikan kereta .

video tadi aku play semula . Meletus tawa aku dengan oppa menonton video itu

Ini kalau rose unnie nampak oppa menari, confirm mesti tambah cinta ni rose unnie hahaha.

" send dekat haemin nanti ye video ni " ucapku . Oppa menanggalkan kaca matanya lalu sebelah kening nya di angkat memandang aku

" jangan nak buat muka macam tu . Pikir macho " lantas oppa ketawa mendengar ucapanku.

" aigoo baby " oppa mencubit kedua belah pipiku

" kalau oppa tak macho tak la roseanne park kawan baby tu jatuh cinta " aku terkejut . Bagaimana oppa dapat tahu ni.

" macam mana oppa tahu? " tanyaku  pelik

" oppa memang dah lama tahu. Dia selalu malu malu bila terjumpa dengan oppa disekolah " aku ketawa . Memang betul apa oppa katakan.

" lagipun oppa pernah dengar kawan kawan dia yang lain tu sebut sebut nama oppa "

" jinnja !! "

_____________

Aku dengan oppa tiba dirumah dia dengan bts . Memandangkan dah pukul satu tengah hari, perut aku jadinya berkeroncong aku lapar sangat .

Hoseok oppa cakap seokjin sunbae dah masak jadi lebih baik makan dekat rumah daripada membazir duit makan dekat kedai.

Oppa menarik tanganku dan kami melangkah masuk kedalam rumah, pintu dikuak lalu kami masuk. Terus sahaja aku menutup mataku saat aku melihat jungkook sedang duduk di sofa tanpa baju.

sepantas kilat jungkook berlari ke bilik. aku membuka mata lalu aku tersenyum lega.

" dah balik rupanya aku ingatkan kau tak nak balik tadi " bebel seokjin sunbae kepada oppa lalu dia senyum ke arah ku

" Mujurlah haemin ada sekali ada juga teman kita nak habiskan makanan tu " sambungnya lagi

" yang lain mana hyung " soal oppa sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di sofa

" yoongi macam biasala dalam bilik dia, jimin taehyung namjoon keluar . Penat penat aku masak sekali aku call diorang, cakap nak balik petang . Tak guna punya budak. Tengoklah balik nanti aku pulas telinga diorang satu satu " ujar seokjin panjang lebar lalu masuk kedapur .

seraya itu jungkook keluar dari bilik lalu tersengih sengih memandang aku. Lalu dia melabuhkan duduk di dekat aku . Aku tersepit di tengah tengah antara oppa dengan jungkook

Mata aku melilau lilau memandang sekeliling rumah ini, sungguh cantik kemas dan rapi. Tak sangka rumah yang di duduki oleh tujuh lelaki ini begitu kemas.

Aku berdiri dan berlalu ke dapur, aku nampak seokjin sedang meletakkan pinggan di atas meja. Aku mendekatinya

" ada apa apa yang saya boleh tolong ke sunbae ? " tanyaku nada lembut

" oh haemin ah, hehe takpela haemin duduk la. Sunbae dah biasa buat kerja sendiri " dia memegang bahuku lalu menolak ku perlahan dan aku terduduk di kerusi.

Aku menopang dagu . Aku pandang gerak geri seokjin sunbae menghidang makanan ke atas meja. Rajin sungguh dia , jarang aku melihat lelaki seperti ini

" oh ya sunbae, saya nak cakap yang rumah sunbae cantik. Pertama kali saya lihat rumah lelaki bersih " seokjin sunbae tergelak halus.

" itupun kalau sunbae kemas , memang bersih macam ni. Kalau tak rumah ni macam tempat pelupusan sampah dah " aku setakat ketawa. Sangkaan aku meleset, aku ingatkan semuanya pembersih rupanya.

Aku memandang lauk yang di hidang seokjin di atas meja , semuanya nampak sedap. Seokjin memanggil oppa dengan jungkook untuk makan sekali. Datang la dua orang itu ke dapur dan melabuhkan punggung di kerusi

seokjin sunbae entah kemana , jungkook dengan oppa mula mengambil makanan mereka sendiri. Seokjin tiba di dapur setelah menghilangkan diri buat seketika. Dibelakangnya ada seorang lelaki yang aku segan sangat nak jumpa sekarang ni

" kenapa perempuan ni ada dekat sini " yoongi menuding jari ke arah ku dengan pandangan yang tajam.

" shhh , kau ni yoongi. Biadap betul la , apa salahnya adik hoseok join sekali "  seokjin sunbae mempertahankan aku, aku berasa segan.

" masalahnya aku tak suka perempuan ni ada sekali "

" takpelah, kalau macam tu saya balik dulu " baru sahaja aku hendak berdiri

" haemin duduk " arah seokjin sunbae. Aku dua hati mau duduk. Kalau aku duduk tentu sahaja yoongi memarahiku

" korang makan je laa , aku takde selera " yoongi mula masuk ke biliknya. Terbit rasa bersalah di hati, disebabkan aku ada disini yoongi sanggup tidak makan tengah hari

" pedulikan dia haemin, dia memang macam tu. Ego tinggi ke langit, kalau dia lapar pandai lah dia cari makanan dia sendiri " ujar seokjin sunbae, lantas kami berdua duduk dan makan bersama sama.

Selepas makan tengah hari tadi aku lantas menyuruh oppa menghantarku pulang. Sebab aku yakin selagi aku berada dirumah itu mesti dia takkan keluar dari bilik.

Entah apa sahaja kesalahan yang aku buat sampaikan dia terlalu bencikan aku, kalau sebab kesalahan aku tegur dia hari tu, bukannya masalah besar pun. Tu masalah kecil je

" mianhae, salah oppa sebab bawa haemin ke rumah tu, kalau tak mesti yoongi hyung tak akan-"

" gwaenchana oppa. Haemin faham pun. Oppa tak perlu jelaskan " aku geleng. Aku tidak mahu oppa menyalahkan dirinya.

" yoongi hyung sebenarnya baik. Tapi disebabkan peristiwa itu dia berubah jadi dingin "

" peristiwa apa maksud oppa ? " tanyaku

" dulu yoongi pernah bercinta dengan seorang perempuan ni, tapi perempuan tu curang dengan dia. Sejak dari situ yoongi benci perempuan "

" bukannya semua perempuan sama, tak perlu lah sampai nak benci seluruh perempuan dalam dunia ni " gerutuku geram, oppa tiba tiba ketawa

" yang oppa ketawa ni kenapa! Haemin salah cakap ke "

" hahahahah aniya, oppa cuma rasa lucu, haemin pulak tetiba nak marah "

" sape tak marah sebab bekas kekasih dia tu la yoongi tak nak kawan dngn haemin. bekas kekasih dia tu pun bodoh nak juga curang, yoongi sunbae tu dah cukup hensem pun nak juga curang " aku menekup mulutku bila aku tersedar aku suda terlebih bagi info dekat oppa

" wuuuuuu , baby pun rasa yang yoongi hyung tu hensem ke "

" a-a-an-aniya , haemin tak cakap apa apa pun " aku memandang ke tempat lain, pipi aku terasa membahang

" ellerh jangan nak tipu lah, oppa dengar tadi " aku membisukan diri tetiba hati aku panas mendengar oppa ketawa seakan mengejek aku

" yahh oppa geumanhae " aku memukul lengan nya sekuat hati , oppa lantas memeluk ku

" hahaha arasso , ish ganas juga adik oppa ni "

" sapa suruh usik haemin kan dah kena " oppa meleraikan pelukannya

" yelahh baby oppa tak buat lagi dah jom masuk rumah " oppa mencubit pipiku lalu berlari masuk dalam rumah

" yah jung hoseok oppa siap lah oppa nanti !! "

_________________

YOONGI POV

Kenapa aku macam ni, kenapa aku marah marah tak tentu pasal tadi. Bukankah sepatutnya aku happy dia ada sekali makan tengah hari tadi

dia tak buat apa apa salah pun dekat aku, kenapa aku kena benci dia.

Tak ! Dia perempuan, dia pasti nak rapat dengan aku kemudian dia akan tinggalkan aku nanti , aku tak percaya betul dengan perempuan zaman sekarang ni.

Tok tok tok !

bunyi ketukan pintu memeranjatkan aku. Siapa lagi yang nak kacau aku ni, aku lantas berdiri dan membuka pintu, Tersembul wajah jin hyung di muka pintu tanpa di undang dia masuk ke dalam  dan mengunci pintu bilikku

" aku nak cakap sesuatu dengan kau " ah suda! pasti pasal kes tengah hari tadi ni

" kalau pasal tadi tu aku tak nak dengar "

" kau kena dengar juga "

Jin hyung melabuhkan punggung di atas katil aku, manakala aku hanya berdiri memandangnya.

" kau tak sepatutnya cakap macam tu dekat dia, kau tau tak dia malu sangat tadi. Lepas makan tadi dia terus balik , dia cakap supaya kau keluar makan. Sbb dia yakin kalau dia tak balik kau takkan keluar dari bilik ni "

" jangan sebab perempuan tu kau benci dia sekali. Dia bukannya siapa siapa Gi , dia tu adik hoseok. Hormat la dia sikit "

" hoseok pun diam je tadi, dia malas nak bergaduh dengan kau sebab dia hormat kau sebagai hyung nya, kalau hoseok tu macam orang lain mungkin dah lama muka kau ni pecah sebab kau marah adik kesayangan dia "

Aku hanya mendiamkan diri. Aku malas nak menjawab. Kalau aku menjawab sekali pun memang sampai esok jin hyung akan berceramah. Dan aku tak nak telinga aku yang suci ni kena dengar dia membebel situ

" kau fikir lah baik baik ye Gi , aku cuma mampu nasihat kau. Bukan semua perempuan dalam dunia ni sama seperti suran " jin hyung menepuk bahuku , lalu dia keluar dari bilik

Hati aku mula sakit sebaik sahaja mendengar nama perempuan itu . Disebabkan dia aku takut untuk jatuh cinta lagi , disebabkan dia aku terpaksa bertindak kasar agar tiada satu pun perempuan sudi dekati aku

Jujur aku bencikan dia, aku benci nak ingat balik kenangan aku dengan dia, kalau sahaja masa boleh diputarkan semula aku tak ingin kenal dengan perempuan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top