Girlfriend
Aku menopang dagu di atas meja. Yuki disebelah masih sibuk menyalin nota yang diberikan oleh saem tadi, aku malas nak salin salin nota ni buat tangan aku kebas je.
Mata aku suda layu, perlahan lahan mata aku tertutup, namun aku tersentak saat yuki menyiku lengan ku,
" weh janganlah tidur nanti saem nampak , padan muka awak kena marah "
Memandangkan aku satu umur dengan yuki kami bercakap guna bahasa kau aku. Tak perlu kot awak saya . Sebab kami dah dikira bff sekarang.
Aku menggosok gosok kedua mataku, semua ni sebab oppa dia ajak aku tidur lewat semalam, nak tengok movie konon padahal dia yang tidur awal.
Sudah dua hari oppa bermalam dirumah ku, lepas sahaja balik dari rumah seokjin sunbae hari itu oppa dah tak pulang kesana lagi. Katanya nak luangkan masa dengan aku dekat rumah.
" babe , balik sekolah ni nanti jom pergi shopping mall teman aku cari kasut boleh tak ? " tanya yuki
" okey , yang lain pun ikut sekali ke ? " soalku kembali
" tak , kalau boleh diaorang tak boleh tahu yang kita nak pergi shopping " jawabnya separuh berbisik
" baiklah, aku pun nak cari kasut juga ni "
" okey set "
__________
Yuqi menarik aku masuk kedalam shopping mall. Banyak mata memandang ke arah kami, yelah pergi shopping mall guna baju sekolah dengan beg lagi. Mesti orang ingat kami ponteng ni.
" jom babe dia dekat sana tu " dia tersengih sengih aku keliru siapa yang dekat sana?
" haa tuh dia hehe aku nervous la pulak " yuqi berhenti lalu membetulkan skirt nya serta blazer nya. Aku menoleh ke arah yang di pandang yuqi itu , aku tersenyum rupanya dia nak jumpa jungkook
" kau nak jumpa jungkook ke ? " dia senyum sambil menggaru kepalanya
" ye , shhh jangan bagitahu unnie unnie yang lain ye babe " rayunyaa dia memegang tangan aku
" sejak bila kau dengan jungkook ? " tanyaku dengan muka serius, dia seakan takut lalu menunduk
" sejak balik dari rumah kau haritu jungkook minta nombor aku dan kami mula lah onchat " aku tersenyum dalam diam , tak sangka dia dengan jungkook akhirnya jadi pasangan kekasih
" korang berdua dah official couple ke ? "
" ha ah , kenapa tak boleh ke? " yuqi masih menunduk
" kalau macam tu pergi lah jumpa dia , aku tunggu dekat sini je la " dia mendongak memandang aku. Aku cuma senyum
" seriously! Tapi takkan kau tunggu sini kot "
" hahaha aku nak pergi kedai kasut lah , kan aku datang sini temankan kau nak cari kasut tadi, bukan mcm kau cakap nak cari kasut tapi pergi cari si biskut tu " yuqi tersengih janggal
" aku pergi dulu tau, aku janji aku tak lama. nanti aku call kau k " dia kemudian meninggalkan aku.
Aku mula berjalan masuk ke sebuah kedai kasut , pilih memilih tapi tiada satu pun kasut yang menarik perhatian aku. Semua simple dan tak cantik . Aku keluar dari kedai kasut dan masuk ke kedai yang menjual aksesori
Hampir lima belas minit aku berputar putar dalam kedai ni tapi satu pun aku tak beli apa apa. Aku menguap serious aku cakap aku mengantuk sangat . Rasa nak balik rumah dan bermanja dengan katil. huwahh.
Bahuku berlanggar dengan bahu seseorang , lantas orang itu mencarut
" hey buta ke ? Langgar langgar orang "
" mian saya tak sengaja cik " aku menunduk berkali kali
" lain kali mata letak dekat kepala bukan dekat lutut " dia kemudian melanggar aku sekali lagi dan berlalu pergi
Sedap mulut dia je cakap macam tu padahal dia yang langgar aku dulu. dah la pakaian macam tak cukup kain lepastu berjalan dah serupa katak aku tengok dengan heels dia.
Aduh manusia zaman sekarang ni, suka sangat salahkan orang padahal kesalahan mereka sendiri. Aku berhenti membebel bila aku terdengar handphone aku berbunyi . Lantas aku slide lalu aku tekap telefon pada telinga
" kau dekat mana babe " soal yuqi di hujung talian
" dekat kedai aksesori ni ha "
" okey kejap lagi aku datang sana " belum sempat aku menjawab terus saja yuqi menamatkan panggilan. Ini lagi satu manusia ni dah lah aku belum habis cakap terus nak endcall
" Hi babe sorry lambat " aku mengangkat wajah memandang yuqi , hampir sahaja aku pengsan melihat yoongi sunbae di belakangnya serta jungkook
Aduh tamat riwayat aku jangan sampai yoongi tengking aku lagi disini, aku juga yang malu nanti . Sebelum dia tengking aku baik aku lari dari sini.
Baru saja aku membuka langkah
" yoongi sunbae nak jumpa kau " terus mati niat aku hendak larikan diri
" jumpa? Nak buat apa " tanyaku kebingungan
" jom ikut aku "
yoongi sunbae memegang erat pergelangan tanganku, terus sahaja aku diheretnya keluar dari kedai itu. Dapat aku kerling yuqi sekejap dia tersenyum senyum memandang aku.
Siap la kau nanti aku kerjakan yuqi.
Yoongi berhenti disebuah kedai telefon. Dia melepaskan tangan ku, terus sahaja dia memandang aku. Tangan kiri dimasukkan ke poket seluarnya .
" tolong aku pilih headphone mana yang cantik " ucapnya
" sunbae nak warna apa "
" kau suka warna apa juga " pertanyaan dibalas pertanyaan.
" headphone ni untuk sunbae kan bukan untuk saya so kenalah ikut warna kegemaran sunbae "
" banyak cakap lah kau ni, pilih je warna kegemaran kau." Tanpa banyak cakap aku mula ke bahagian headphone.
semua nampak cantik. Mata aku tertancap pada headphone berwarna biru langit, aku capai headphone tu dan bagi dekat yoongi
" kalau ni cantik tak? " tanyaku kepada yoongi, dia merampas headphone tu di tangan aku, dia kemudian membawa ke kaunter. Apa lah nasib aku kena palau.
" encik nak yang ni ke " tanya penjaga kaunter tu yoongi mengangguk
" kalau ini buy one free one encik " sambung nya lagi
" sekejap ya encik saya ambilkan satu lagi, encik nak warna apa?. "
" bagi yang sama warna dengan yang ni juga " penjaga kaunter itu kemudian berlalu pergi aku mendekati yoongi
" sunbae saya pergi dulu tau , nanti yuqi lama pulak menunggu saya "
" aih tunggu la aku sekejap. Lagipun aku dah suruh yuqi balik dengan jungkook tu "
" mwo ? Jadi saya balik macam mana? " aku menggaru kepala ku yang tidak gatal
" nanti aku hantar kan laa aih bengap lah kau ni " ucap yoongi aku hanya mencebik. Penjaga kaunter tu kemudian menghampiri kami
" ini dia saya bungkus dulu ya encik " perempuan tu kemudian memandang aku
" ini girlfriend encik ke ? " soalnya.
Baru sahaja aku mahu menjawab mulutku lantas membeku selepas mendengar jawaban yoongi
" yaa dia girlfriend saya "
Aku tidak percaya dengan perkataan yang baru sahaja aku dengar dari mulut yoongi. Biar betul dia cakap aku ni girlfriend dia ? Bukan ke selama ni aku nak rapat sikit je dengan dia terus dia tengking aku. Palau aku. Takkan sekarang aku ni girlfriend dia pulak
" ohh cantik sesuai dengan encik " pekerja itu menghulurkan bungkusan beg kertas kepada yoongi, dan yoongi menghulurkan duit kepadanya
" terima kasih encik cik sila datang lagi " ucap pekerja yang menjaga kaunter itu lalu tersenyum manis memandang aku
Yoongi memegang pergelangan tangan aku kembali dan membawa aku keluar dari kedai itu.
Aku mendongak memandang yoongi. Pelik betul la manusia ini, kemarin bukan main dia tengking aku dan benci nak bersua muka dengan aku . Sekarang ni mengaku ngaku yang aku ni girlfriend dia ??
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top