Getback

Suasana sangat lah janggal buat kedua dua manusia yang berada didalam bilik wad itu.

Haemin hanya menguis nguiskan jarinya pada selimut, manakala yoongi mula mengeluarkan bubur yang dibelinya tadi dari beg plastik. Kemudian yoongi menyuakan sesudu bubur pada mulut haemin

" Makan " haemin menggeleng

" Taknak "

" Makan lah cepat " Sekali lagi haemin menggeleng, bubur diletakkan di atas meja

" Degil " akibat geram yoongi menjentik dahi haemin dengan kuat sehingga gadis itu mengadu sakit.

" Sakitlah ! " jerit haemin lalu menjeling yoongi tajam.

" Sakit lagi hati aku tengok kau tak makan makanan yang aku beli ni " haemin mencebik

" Saya tak suruh awak beli pon "

" Hah menjawab "

" Dah awak cakap saya jawab lah "

" eee sejak bila kau pandai membebel ni " yoongi mencubit pipi haemin, lantas gadis itu menepis tangan yoongi. Agak terkesima yoongi dibuatnya

" Sejak awak tinggalkan saya " jawab haemin tidak ingin mengalah. Yoongi akhirnya mengeluh

" Hmmp. Aku lagi suka kau cengeng daripada jadi mulut tempayan macam ni "

" Tak suka blah "

" Aku blah susah, nanti kau bunuh diri lagi " kata yoongi tanpa memandang haemin. Haemin mengetap bibirnya menahan marah

" dah lah saya nak tido "

" Alololo merajuk lah pulak " baru sahaja haemin ingin menarik selimutnya menutupi seluruh badannya sepantas kilat tangan yoongi menggeletek pinggang haemin.

" Hahahahaha yoongi stopped hahaa " terjerit kecil haemin akibat perbuatan yoongi itu.

" Dah cepat makan! Gigit baru tau " haemin menganggukkan kepalanya dan memaparkan senyuman manis yang boleh membuatkan yoongi juga tersenyum.

Tanpa segan silu haemin menyambut suapan kasih sayang dari yoongi.

" dah lama aku tak tengok korang semesra ni " tersentak kedua orang itu dengan jerkahan suara seseorang.

" taehyung, kau buat apa dekat sini ? " soal yoongi pelik

" melawat haemin laa, kejap lagi yang lain datang menyerbu hehehe aku dah bagitahu kawan kawan kau yang kau masuk wad " tersengih taehyung berkata pada haemin, yoongi menepuk dahinya. Taehyung masih berdiri dimuka pintu sambil tangannya memegang tombol pintu.

Selang beberapa saat tubuh taehyung terdorong kedepan dan terdengar lah jeritan jeritan halus dari suara beberapa orang gadis yang seakan baru terlepas dari kandang itu.

" haemin ah !  huwahh aku ingat kau dah mati weh " haemin tayangkan muka poker face nya saat mendengar ayat itu. Siapa ? Tidak lain tidak bukan yuqi si gadis yang kuat berdrama. Manakala yang lain memandang yuqi dengan cebikan dibibir.

" Drama betul awek kau ni " hoseok menyiku jungkook yang tersenyum memandang teman wanitanya itu.

" haha comel kan dia hyung " melopong hoseok terus.

" kau okay tak ni, aku dengar kau makan pil tidur melebihi dos, kau dah kenapa pabo sampai telan pil tidur, kalau kau tak boleh tidur pun ajak lah aku keluar. Aku sentiasa on. " bebel yuqi, haemin menggelengkan kepalanya

"  on pebenda , malam semalam aku minta teman pergi kedai 24 jam beli ramen kau tolak mentah mentah, kata nak keluar dating ngan biskut tu "  jiso menolak kepala yuqi menggunakan jari telunjuknya. Yuqi tersengih seperti nanas busuk sebab malu.

" kau okay ? " tanya taehyung sambil merenung haemin sayu, kedua tangannya berada disaku seluarnya.  Yoongi yang duduk dipenjuru katil berdekatan haemin meluat memandang taehyung. Perlahan haemin anggukan kepalanya.

____

Haemin pov

Aku hanya tayangkan senyuman manja kepada yoongi saat melihat dia masuk kedalam wad aku.

" macam mana ? " tanyaku ingin tahu, dia mengeluh kecil. Aku mula rasa tak sedap hati. Jangan cakap yang doktor still tak benarkan aku keluar. Aku bosan ! Aku bosan duduk wad lama lama.

" kau dah boleh discharge, hehe aku dah uruskan, so sekarang kita balik nae ? " katanya membuatkan aku bersorak gembira. Yoongi mendekati aku. Lutut aku yang terjuntai dibirai katil itu menyentuh pahanya. Aku dongakkan kepala memandangnya, mata sengaja aku besarkan. Spontan dahi aku dijentik yoongi. Aku mendengus geram sebelum mengusap dahi aku. Sakit weh!

" jangan pandang aku macam tu boleh tak ? "

" yahh wae.. "

" sebab yang ni akan sakit " dihalakan jari telunjuk ke dadanya. Serta merta tawa aku terhambur. Tapi tak lama saat aku merasa dahi aku kebas.

" auch ! Sakitlah ! Suka je jentik orang " mata aku mencerlung yoongi dengan tajam. Dia ketawa sehingga gusinya kelihatan. Comel.

Kedua belah tapak tangannya naik memegang pipi aku. Silih ganti mata aku dipandangnya. Tiba tiba aku rasa hati aku berombak. yoongi tersenyum sebelum bibirnya mendarat ditempat dia jentik tadi. Aku turut tersenyum.

Tangan aku tiba tiba pulak gatal nak peluk pinggang dia, aku tahu dia sedikit terkejut dengan perbuatan aku itu, tapi ada aku kisah. Jujur mood aku nak bermanja dengan yoongi tengah on sekarang ni. Dah lama agaknya aku tak seperti ini.

" asal tetiba manja ni, hmm " dia mengusap pipi aku lembut. Aku jungkit kedua bahu.

" nak balik rumah ke taknak "

" mestilah nak, jom " sepantas kilat aku turun dari katil hampir sahaja aku terjatuh nasib baik sempat yoongi tangkap.

" slow slow lah ee kau ni aku jentik dahi tu baru tahu " kataku dengan geram. Aku hanya mencebik. Yoongi menyatukan jari jemari kami dan beriringan keluar dari wad.

Aku terkaku sebentar saat sampai dilobi hospital, susuk tubuh seseorang yang sangat aku kenal berdiri dihadapan kami. Perlahan dia menghampiri kami, ingin sahaja aku berundur tapi gagal. Sebab tangan aku digenggam yoongi sangat erat.

Mata aku sedikit membulat melihat perutnya yang membuncit itu, walaupun pakaiannya longgar tapi perutnya yang besar itu masih lagi kelihatan.

" apa kau nak " datar sahaja yoongi menanya. Makin kuat yoongi menggenggam jariku.

" saya datang ni nak jumpa awak dengan haemin, ada sesuatu yang saya nak cakap dengan awak berdua "

" kami takde masa so ketepi aku nak lalu ni " aku toleh kepala memandang yoongi. Walaupun gadis dihadapanku ini pernah membuat aku sakit hati dan pernah sekali menampar aku. Tapi aku tiba tiba berasa kasihan. Raut wajahnya sepertinya dia dalam kesusahan.

" haemin ah, sekejap pun jadi lah " rayunya, aku terkejut. Bagaimana dia tahu nama aku? Aku pandang yoongi dan yoongi pun pandang aku. Perlahan aku menganggukkan kepala kepada yoongi. Yoongi mengeluh dan mengumam

" jom pergi sana " aku mengajak mereka ke sebuah cafe yang tidak jauh terletak dari hospital itu. Mereka berdua pun akur.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top