Ego

Jung hoseok merempuh setiap orang yang lalu disebelahnya, dihiraukan saja makian orang terhadapnya. Tanpa mempedulikan orang sekeliling dia meneruskan perjalanannya.

Dia hanya berjalan kaki, akibat pertengkaran tadi dia lupa untuk mengambil kunci kereta dan hanya membawa dirinya keluar dari rumah itu tanpa hala tuju.

Hari sudah pun semakin gelap, tiba tiba dia teringatkan haemin, lantas dia mengambil keputusan untuk kerumah eommanya. Berniat untuk menginap disitu.

Setibanya dia dihadapan rumah itu, dia lantas menekan loceng. Pintu pun dibuka dari dalam oleh haemin, dia memandang wajah adik kesayangannya itu dengan lama

" oppa ? Masuk lah. eomma takde,  eomma keluar, haemin sorang je kat rumah " ucap haemin sambil melangkah ke sofa

Hoseok menghembuskan nafas sebelum masuk kerumah itu,

" Tercegat lagi dekat situ ? Meh la masuk teman haemin tengok drama ni ha " pinta gadis itu, hoseok pun menghampiri haemin

Dipeluk tubuh adiknya itu dengan erat sambil matanya dipejamkan, haemin terkejut dengan tindakan hoseok itu.

" oppa ? Waeyo ? " tanya haemin dengan pelik, hoseok hanya mendiamkan diri

" mianhae baby, jeongmal mianhae, oppa bukan taknak bagitahu tapi oppa tak boleh nak bagitahu sekarang " ujar hoseok, haemin mengerutkan keningnya

" apa maksud oppa ni ? Tak boleh bagitahu apa " soal haemin apabila hoseok melepaskan pelukan mereka

Lama hoseok mendiamkann diri, haemin masih memandang abangnya itu menunggu jawaban pada soalannya tadi

" dah sedia nanti bagitahu la haemin , haemin janji akan selalu ada disisi oppa selagi haemin masih bernafas " kata gadis itu dengan nada lembut. Hoseok mengangguk dengan senyuman palsunya.

_____

" diorang tak balik lagi ke " soal yoongi kepada jin yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya diruang tamu itu

" belum, aku ada call diorang berdua tadi tapi dua duanya taknak angkat " satu keluhan berat dilepaskan seokjin

" yang lain mana ? " soal yoongi lagi bila perasan akan ketiadaan namjoon jimin dan jungkook

Dia menuju ke peti sejuk untuk mengambil air

" dah tidur agaknya, tak pun dalam bilik diorang main game " jawab seokjin, yoongi hanya mengangguk gelas yang berisi air kosong ditangannya itu diletakkan di atas meja

" kau kenapa tak tidur lagi ni ? "

" aku tak boleh tidur lah hyung, aku risaukan hoseok dengan tae tu ha "

" aku rasakan baik kau bagitau jer taehyung tu, dan yang lain. Daripada diorang tahu sendiri. Lebih parah nanti . Tengok la hoseok tadi macam mana saat dia tahu sendiri " ucap seokjin tanpa memandang yoongi, dia hanya fokus pada bukunya

" tengok lah macam mana, aku cuma tak suka diorang risau "

" risau tu biasalah sebab diorang sayangkan kau, kau sanggup ke macam ni kena benci oleh c taehyung tu tanpa sebab. "

" diorang mesti akan faham punya, kau try laa bagitahu diorang nae ? "

" yelah hyungg, gumawo sebab sedarkan aku. Nanti lah aku fikirkan macam mana nak terangkan dekat diorang " seokjin mengangguk lalu mengemas buku bukunya.

___

Pagi pun akhirnya menjelang hoseok dengan haemin mula sibuk bersiap untuk ke sekolah.

" hello jimin kau dekat mana ? " soal hoseok sedang bercakap melalui telefon dengan jimin.

" kejap lagi sampai hyungg "

" okay aku tunggu kau, cepat sikit "

" nae~ " seusai menamatkan panggilan hoseok mula menapak ke meja makan.

" eo ? Hoseok ah kamu tak sekolah ke ? " soal ommanya yang sedang menyiapkan sarapan mereka itu

" sekolah " balas hoseok sepatah lalu mengambil roti yang sudah pun disapukan jem

" habis tu kenapa tak bersiap lagi ni ? " puan jung memandang anak terunanya itu hairan

" hoseok tertinggal uniform dekat rumah, lupa nak bawa. Hoseok dah arahkan kawan hoseok untuk hantar sini, kejap lagi dia sampai " jelas hoseok dan mendapatkan anggukan dari ommanya

" goodmorningg everybody " sapa haemin ceria lalu meneguk segelas susu itu dengan rakus

" ish kamu ni perlahan lah sikit, " puan jung mencuit lengan anak bongsunya itu

" mian, haemin lapar je. semalam haemin tak makan " haemin memuncungkan bibirnya, hoseok tergelak kecil melihat perangai manja adiknya itu

" siapa suruh kamu tak makan "

" omma laa "

" ish budak ni pandai betul menjawab " haemin tersengih memandang puan jung

Bunyi loceng rumah menyentakkan mereka bertiga, hoseok segera berdiri

" biar hoseok buka, maybe kawan hoseok dah sampai " puan jung dan haemin mengangguk

hoseok pun melangkah ke pintu, dan saat dia membuka tersembul lah wajah si pendek jimin dihadapannya sambil tersengih sengih nak kan penampar maut dari hoseok.

Jimin menyerahkan beg sekolah dan beg kertas berisi uniform kepada hoseok.

" gumawo, masuk lah " jimin segera menggeleng

" takpela, jumpa kat sekolah tau. Seokjin hyung dah tunggu tu " kata jimin sambil memandang kereta yang elok berparking depan pagar rumah haemin itu

Mulut hoseok terbuka dan matanya membulat

" kau ajak diorang sekali ? " jimin pun mengangguk

" wae ? " hoseok mengeluh nak je dia ketuk kepala si jimin itu

Diminta untuk jangan bagitau yang lain dan senyap senyap datang situ eh malah diangkutnya semua member.

" bongok jugak kau ni kan, ish takpela dah pergi sana " hoseok menolak tubuh jimin

" huhuhu kau halau aku hyung ? " kata jimin acah nak nangis

" bukan kau sendiri ke yang cakap seokjin hyung dah tunggu tu " hoseok memandang jimin dengan mata dikuyukan. Jimin menggaru kepalanya dan tersengih

" ohh ya semalam aku dengar yoongi hyung dengan seokjin hyung cakap pasal hyung dengan tae "

" lepastu aku ada dengar diorang mention pasal ' bagitau ' aku pelik juga , bagitau apa sebenarnya. Rasa macam diorang ada sorokkan benda penting dari kita " kata jimin  lalu meletakkan jarinya didagu seakan berfikir

' sampai bila korang nak perbodohkan yang lain ? Tak penat ke dengan drama korang tu '

Hoseok mengeluh kecil sebelum menolak tubuh jimin perlahan

" entahlah kau salah dengar kot, dah baik kau pergi aku nak bersiap, kang aku lewat siap kau " jimin mencebik

" yelah, jumpa kat sekolah hyung, papaii " hoseok mengangguk, baru setapak jimin berjalan dia tersentak akibat hon dari kereta seokjin

" cepat lah ! Budak pendek. Aku potong juga kaki kau ni buat sup tulang untuk makan malam nanti " jerit seokjin dari arah kereta

" nae chankanman " jimin terkedek kedek berlari ke arah kereta. Hoseok menggelengkan kepalanya sebelum menutup pintu rumah.

____

Hari ini tidak seceria seperti selalu. Mereka yang dahulunya bertujuh bila ke sekolah kini tinggal berlima. Nampaknya  hoseok dengan taehyung masih lagi merajuk. Buktinya kedua namja itu tidak bersama mereka sekarang.

Taehyung tidak menaiki kereta seokjin dan sanggup berjalan kaki, dia tidak ingin duduk satu kereta dengan yoongi.

Hoseok pulak sanggup menyuruh jimin menghantarkan uniformnya daripada balik kerumah kerena tidak ingin bertemu dengan yoongi.

Dengan malas langkah mereka berlima diatur menuju ke kelas masing masing.

Yoongi melabuhkan duduk dikerusinya bersebelahan tingkap. Dia memandang pagar sekolah itu dengan tekun. Dia menantikan kedatangan haemin. Sungguh dia rindukan gadis itu, tapi disebabkan ego nya dia sanggup bertahan diri menjauhi gadis yang dicintainya itu.

Bibirnya terukir senyuman kecil saat melihat gerangan orang yang ditunggunya telah pun tiba. Hatinya rasa sedikit tenang melihat gadis itu tersenyum  manis sedang bergurau senda bersama abangnya iaitu hoseok.

" aku harap senyuman itu sentiasa kekal dibibir kau yang manis itu haemin, aku taknak tengok kau sedih "

Dia terus memerhatikan haemin tanpa berkelip sehinggalah haemin dan hoseok hilang dari pandangannya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top