Date
Hampir kesemua baju baju aku yang tersangkut rapi didalam almari aku keluarkan, satu pun tiada yang sesuai untuk aku pakai.
Aku tahu aku sudah melampau sampaikan mengada sangat nak pakai baju. Tapi malam ni malam yang paling bermakna bagi aku dan yoongi. Takkan aku nak pakai baju yang simple sahaja.
Dan itu hanya membuatkan yoongi malu mendapat girlfriend seperti aku.
Telefon bimbit dicapai lalu aku mencari nombor jennie unnie
Tutt tuttt...
" yeoboseyo " kedengaran suara maanja jennie unnie ditalian
" unnie ! " kataku dengan suara ingin menangis
" yahh haemin wae uro ? " tanyanya risau
" yoongi... "
" apa lagi yang hantu tu buat dekat kau ! "
Apa? Dia panggil yoongi hantu. Huwah sampai hati jennie unnie
" unnie ni kan ish, takdela, yoongi sebenarnya ajak haemin keluar malam ni "
" lah,,, habis tu yang kau call aku lepastu acah acah nak nangis ni kenapa, kau pergi je la "
" tapi haemin tak tau nak pakai baju apa dan haemin tak pandai bersolek "
" alololo kesian adik aku sorang ni, takpe kejap lagi aku sampai rumah kau okay " kata jennie unnie sebelum menamatkan panggilan
Aku tersenyum gembira, cepat2 aku kemas baju2 aku yang berselerak di atas lantai dan katil. Aku taknak la jennie unnie nampak bilik aku yang macam dah kena puting beliung ni.
___
Aku tilik badan aku dihadapan cermin, aku tersenyum senget, fuh ! Jennie unnie memang pakar bab mencantikkan orang.
Walaupun make up yang dia calitkan dimuka aku cuma sedikit tapi ianya masih nampak cantik !
Hujung rambut aku pun dia curl, menampakkan aku sedikit matang.
" gomawo unnie " aku memeluk jennie unnie, dia mengusap rambutku perlahan
___
Aku sudah pun sampai di tempat yang dia maksudkan, sebenarnya aku agak terkejut ketika yoongi menghantar alamat tempat ni dekat aku.
Aku ke meja deception dan bertanya kepada seorang gadis yang berada disitu
" excuse me, saya jung hae min teman kepada min yoongi boleh saya tah-- "
" ohh mari ikut kami cik " pelawa dua orang gadis itu, aku pun mengikuti mereka
Sampai di sebuah meja yang agak jauh dari pelanggan lain, salah seorang daripada gadis itu menyuruh aku duduk, dengan senang hati aku pun melabuhkan duduk disitu.
" tunggu sebentar ye cik, sekejap lagi tuan min sampai " katanya sebelum meninggalkan aku
Tuan min ? Kenapa dia gelar yoongi itu TUAN?
___
Yoongi pov
Serta merta bibir aku menguntumkan senyuman melihat gadis yang tidak jauh dari pandangan ku itu, cantik sungguh dia malam ini, dikenakan dress pink pastel memang sangat sesuai untuk dia
Sesekali mata dia melilau melihat keliling dalam restoran itu.
Ya sengaja aku bawa dia kesini, ke restoran milik arwah appa. Restoran ini kini menjadi milik aku, tapi bukan aku yang mengendalikannya sebab aku masih belum bersedia, aku amanahkan orang untuk menjaga satu satunya harta peninggalann arwah appa ku ni.
Aku membetulkan sut ku sebelum perlahan kakiku melangkah ke arah dia, mungkin sedar akan kelibatku lantas kepalanya di dongakkan memandang aku
" Anyeongg my princess " kataku, dia sedikit terkejut melihat aku
" waeyo ? Aku nampak buruk ke pakai macam ni " soal ku
____
Haemin pov
Aku bagaikan kaku ditempat dudukku, benarkah yang dihadapan aku ini yoongi?
" waeyo ? Aku nampak buruk ke pakai macam ni " soalnya, buruk apa bendanya yoongi, aku sendiri tidak pasti samaada kau ni yoongi ataupun bidadara yang turun dari langit.
" aniyaa, saya cuma tak sangka yang saya akan jumpa dengan lelaki yang paling kacak dalam dunia, malam ni " tuturku tanpaku sendiri sedari, lantas aku menekup mulutku
Yoongi menggelengkan kepala sebelum melabuhkan duduk dihadapanku. Jarinya dipetik kemudian datang empat pelayan membawa makanan
Stik
Ya makanan kesukaanku, macam mana yoongi tahu ? Ah mesti hoseok oppa dah bagitahu ni. Selesai menghidang ke empat pelayan itu pun beredar. Yoongi daritadi cuma memerhatikan aku sambil tersenyum.
" kenapa pandang saya macam tu " tanyaku lalu menunduk, rambut yang terjuntai aku sisipkan dibelakang telinga
" awak nampak cantik sangat malam ni, saya rasa saya lelaki bertuah sebab dapat jadi kekasih awak " ujarnya serta merta pipiku membahang
" ada ada je la awak ni " kataku, yoongi masih lagi seperti tadi memandang aku
" hehe dah jemput la makan " kata yoongi
Pada malam itu kami pun menjamu selera dengan tenang, sepanjang menjamu selera aku begitu bahagia.
___
Angin sepoi sepoi meniup ke arahku, sesekali aku menggosok kedua tangan untuk meredakan kesejukan. Aku kini berjalan dengan yoongi di sungai han.
Mungkin yoongi sedar akan kelakuan aku, dia segera membuka sutnya dan dipasangkan kepadaku.
" eeh tak apa la, awak pakai laa saya dah biasa pun macam ni " tipuku,
" tak baik biasakan, nanti kau sakit siapa yang susah ? Hmm aku juga .. " balas yoongi lalu mencuit hidungku, aku cuma mampu tersenyum
Selepas makan tadi kami terus kesini, jam ditangan sudah menginjak ke angka 10. Sudah hampir sejam aku dengan dia disini. Dan baru aku sedar, aku ada sesuatu untuk tanya dengan dia.
" yoongi, apa maksud dua huruf kat cincin awak bagi ni " tanyaku inginkan kepastian
" betul ke kau tak tahu ? Ke saja buat buat tak tahu ni "
" serius ! Saya tak tahu "
" H for haemin Y for yoongi " katanya, aduh apa la bengap sangat kau ni haemin, itupun kau tak tahu ke
" A.ah laa hehe " kataku lalu tersengih
Aku dan yoongi pun melabuhkan duduk di kerusi yang ada disitu, yoongi menyelak rambutnya ke atas lalu memegang erat pergelangan tanganku.
Aku sedikit tersentak saat dia mengucup tanganku lembut.
" janji yang kau takkan tinggalkan aku " katanya tiba tiba sambil mengelus pipiku.
" ye saya janji "
" aku betul betul sayang dan cintakan kau, kalau boleh aku taknak berjauhan dengan kau. " kata yoongi , dapat aku lihat dari matanya yang dia jujur mengatakan rasa cintanya dekat aku
" khawin jom " sambungnya lagi membuatkan mataku membulat
" merepek je la awak ni " balasku dengan gemuruh yang ditahan
" ye aku serius, tapi bukan sekarang ye sayang, dah tamat belajar nanti aku janji akan lamar kau jadi isteri aku " aku tersenyum lega saat dia berkata begitu.
Yoongi memeluk bahuku kemudian menarik kepalaku dan diletakkan dibahunya.
Dalam hati aku sekarang ni dah berbunga bunga, akhirnya aku dapat rasakan kasih sayang daripada yoongi, aku harap semua ini akan berkekalan sampai bila bila.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top