Caught in a lie
HAEMIN POV
Cepat cepat kaki aku melangkah menuju ke kelas, setiap saat aku menoleh ke belakang dan ke depan semula.
Sebenarnya aku takut terserempak dengan yoongi, bukan apa. Sejak dia kiss aku semalam aku mula segan nak berhadapan dengan dia.
lepas je dia kiss aku semalam aku terus balik kerumah tanpa diketahui oleh black-idle dan bts.
Banyak kali yoongi telefon aku tapi aku tidak angkat, aku bukannya marah dengan dia, cuma aku malu nak berdepan dengan dia.
Kaki aku berhenti di pintu kelas ku, aku mengintip kedalam sekejap untuk mencari yuqi. Tapi hampa dia belum datang.
Aku melangkah setapak demi setapak ke tempat dimana meja ku terletak, aku melabuhkan duduk di kerusi ku.
Mata aku tertancap pada sticky note berwarna biru laut yang di lekatkan di atas meja aku.
Sticky note itu aku cabut dan baca
' meet me at rooftop right now '
Aku berdiri dan memandang rakan sekelas ku satu persatu.
" guys , siapa yang letak ni kat atas meja aku " tanya ku kepada mereka semua
serentak semua rakan sekelas ku menggeleng tidak tahu
Aku menghembuskan nafas berat, habis tu siapa yang letak ? Patut ke aku pergi jumpa dia ? Tapi aku takut berlaku hal yang sama macam dekat camping dulu.
Ah sudah !
Peduli lah dia , kalau nak sangat jumpa aku kenapa tak datang sendiri, kenapa harus letak sticky note bagai.
Sticky note itu aku koyak lalu buang kedalam tong sampah yang terletak di tepi pintu.
Bahu aku ditepuk kuat menyebabkan aku melatah, aku menoleh kebelakang.
Yuqi tersengih sengih memandang aku " hehe sorry " kata yuqi sambil mengangkat dua jari nya
Aku mencebik dan menjeling yuqi sekilas
" mana yang lain " soal ku
" dekat kantin jom laa join kitaorang lagipun kelas lama lagi nak mula " balas yuqi , lalu menarik tanganku
" eh kejap ! " yuqi berhenti dan memandang aku
" kenapa ? " soal nya
" yoongi ada sekali ke kat kantin " tanya ku
" yup , jom laa " yuqi menarik aku lagi dan meneruskan langkahnya
" aduh yuqi perut aku sakit ! " sekali lagi dia berhenti berjalan
Aku memegang perutku dan menutup mataku seakan akan aku tengah kesakitan, yuqi sedikit terkejut dia memegang bahuku
" omo ottoke , haemin ah gwaenchana " soal yuqi risau, aku menggeleng
" perut aku sakit, kau pergi la dulu ye , aku nak pergi toilet jap nanti aku datang " ujar ku lalu berlari menuju ke tandas
Yuqi menjerit memanggil aku tapi aku hiraukan saja
Sampai di tandas aku menghembuskan nafas lega, fuh akhirnya aku berjaya larikan diri dari yuqi.
Mianhae yuqi ah aku terpaksa tipu kau, aku sebenarnya taknak berjumpa dengan yoongi sekarang.
________
YOONGI POV
Aku menghirup air ku guna straw , bts dan black-idle sibuk bergosip sesama sendiri, aku malas nak masuk campur .
Mana pulak yuqi ni daritadi tak muncul muncul , kata nak pergi ambil haemin dekat kelas. Tapi macam pergi beranak pulak dia ni, Lambat betul.
Hoseok menyiku aku " relax laa nanti haemin datang tu " bisik hoseok perlahan
" kau yakin ke dia datang sekolah hari ni " soal ku
" seratus peratus aku yakin, sebab tadi aku call eomma aku tanya kalau dia masuk sekolah, eomma aku cakap ya " balas hoseok
dari jauh aku perhati yuqi masuk ke kantin seorang diri. Aku jengketkan sebelah keningku memandangnya
" haemin dekat tandas dia sakit perut katanya " kata yuqi
Tch, kalau ye pun kau tak nak jumpa aku jangan guna alasan yang membosankan itu haemin, aku tau kau cuma pura pura sakit perut, kau nak mengelak dari berjumpa dengan aku kan? Kau tunggu !
Aku berdiri dan berjalan menuju ke kelas haemin, hoseok menjerit di belakang aku abaikan.
_________
HAEMIN POV
Kepala aku jengulkan sikit mengintip jikalau yuqi sudah beredar. Selepas memastikan line clear aku keluar dari tandas.
Bagusla kalau yuqi dah pergi, senang sikit aku nak curi curi masuk pergi kelas. Tak jugala dia tarik aku pergi kantin nanti.
Aku berjalan dengan cepat sambil menunduk menuju ke kelasku
Kaki aku berhenti melangkah saat melihat sepasang kaki dihadapanku. Aku mendongak perlahan lahan memandang ke atas. Mata aku membulat dan jantung aku berdegup dengan laju.
" kau nak pergi mana ? " soal yoongi sambil tersenyum si nis
" erm sa-sa-aay-yaya "
" saya apa ? " soalnya lagi
" nak masuk kelas " balasku lalu berjalan dengan cepat
Lengan aku di tarik menyebabkan langkah aku terhenti dan badan aku terdorong ke belakang.
Yoongi menolak aku ke dinding , kedua tangannya dia tekap pada dinding. Sekali gus mengunci pergerakan ku, sulit untuk aku melepaskan diri.
" aku tanya kau, kenapa kau mengelak dari aku ha ? " soal nya nada serius
Aku berasa seram sejuk melihat muka yoongi kini dingin memandang aku.
Tolongla jangan buat hal yoongi, ini tempat umum aku taknak orang salah faham nanti.
" jawab soalan aku haemin " soal yoongi lagi
" manada saya mengelak dari awak " jawabku tanpa memandangnya
" habis tu yuqi ajak kau pergi kantin asal kau tak ikut "
" tadi saya sakit perut-"
" tadi kau keluar dari tandas tu macam pencuri dah aku tengok, kau takutkan siapa sebenarnya " yoongi memotong percakapanku
Aku kelu. Jadi yoongi nampak la semua tu tadi. Apa aku nak jawab ni !
" saya sebenarnya se-segan nak ju-jumpa aw-wak " kata ku jujur, aku menunduk
Yoongi terdiam, tapi dia masih memandang mata aku
" look haemin " dia mengangkat dagu ku secara automatik mata kami bertembung
" kau tak perlu lah nak segan dengan aku, anggap je takde berlaku apa apa kemarin antara kita " ujar nya sebelah tangannya mengusap pipi aku lembut
Pelajar pelajar yang lalu lalang di hadapan kami langsung dia tak pedulikan, ramai jugak yang menjerit seperti kena histeria masa yoongi lock aku guna tangannya tadi.
Mungkin terkejut dengan adegan panas mahupun wayang free itu.
" dah jom, aku tahu kau belum breakfast. Jom join kitaorang breakfast kat kantin " kata yoongi
Dia memegang tanganku dan membawa aku menuju ke kantin, sepanjang perjalanan pelajar pelajar disitu memandang aku sambil berbisik sesama sendiri.
Sampai di kantin, yoongi melepaskan tanganku dan berjalan mendahului aku, dapat aku lihat black-idle dan bts duduk di sebuah meja yang tidak jauh dariku.
Aku mengikuti langkah yoongi dan melabuhkan duduk dikerusi kosong bersebelahan miyeon unnie.
Mereka memandang aku pelik.
" kau okey tak ? " soal miyeon unnie, aku mengangguk
" baby, ni ubat oppa belikan tadi. Baby makan nae, mungkin perut baby masuk angin tu " ucap hoseok oppa, ubat diletakkan di atas tanganku
" ah nae, nanti haemin k " oppa tersenyum berserta anggukkan
Aku pandang yoongi yang duduk disebelah seokjin sunbae, dia tersenyum sinis memandang aku. Kepala aku tundukkan sedikit malu bertentang mata dengan yoongi.
" jung hae min ssi ! min yoongi ssi ! " aku mengangkat kepala memandang punya suara
" pengetua panggil " kata mingyu sunbaenim
Lantas jantung aku berdebar, aduh apa hal ni. Kenapa pengetua nak jumpa, sebab tadi tu ke? Fuh mesti ada pelajar yang pergi lapor ni dekat pengetua.
Tamat laa riwayat aku nanti.
Ini semua gara gara yoongi, kalau dia tak buat hal tadi. Takdenya pengetua panggil ni.
Dah lah aku baru je masuk sekolah ni, terus pulak ada kes, jangan sampai aku kena gantung sekolah sudah, memang aku cekik kau min yoongi.
" wo wo wo , kenapa pengetua panggil korang berdua ni " tutur lisa unnie
" ha ah, mesti korang berdua ada buat salah ni kan ? " ucap seokjin sunbae
" nanti laa haemin cerita " balasku nada malas
Aku berjalan dengan cepat menuju ke arah bilik pengetua, yoongi entah kemana, peduli lah dia. Nak datang ke tidak itu urusan dia.
Pintu bilik pengetua aku ketuk " masuk " kata nya dari dalam
Wuh ! Dengar suara saja suda buat bulu roma aku meremang, dah la pengetua ni garang.
Baru sahaja aku ingin memutar tombol pintu itu, tangan ku tiba tiba di pegang oleh seseorang. Aku mendongak ke atas ternyata ianya yoongi, cepat juga mamat ni kejar aku. Aku cuba untuk melepaskan tangan ku dari yoongi
" yoongi lepas laa, pengetua nampak nanti " kata ku sedikit merayu
" aku tak kisah jom " ujar yoongi lalu membuka pintu bilik pengetua
Pengetua itu kelihatan terkejut melihat aku dengan yoongi berdiri sambil berpengangan tangan
" ada apa pengetua nak jumpa kitaorang ni " soal yoongi dingin
Aduh mamat ni tak reti tanya soalan dengan sopan ke, itu pengetua ! Bukannya saem shindong.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top