Caring

Aku terbangun selepas mendengar nama aku di panggil, aku celikkan mata dan memandang ke kiri. Aku tersenyum nipis kepadanya.

" goodmorning " ucap ku dengan suara baru bangun

" morning to , bangun laa . Kau kena breakfast " aku mengangguk seraya itu bingas dari pembaringan

Perlahan lahan aku turun dari katil di bantu oleh yoongi, aku berjalan ke bilik air untuk membersihkan muka ku.

Yoongi menunggu aku diluar bilik air itu

" jangan lambat , sekejap lagi bts dengan black idle datang melawat kau " ujar yoongi dari luar.

Aku tersenyum gembira mendengar kata kata yoongi, cepat cepat aku cuci muka aku dan gosok gigi. Selesai sahaja. Aku keluar.

Yoongi memegang tangan ku dan memimpin aku ke katil, alahai dia ni , aku bukannya cacat tak boleh jalan . Kepala dengan tangan aku je cedera. Caring melampau haha but i like it

" nah buka mulut "

yoongi menyuap sesudu bubur ke mulutku dengan senang hati aku terima.

" mana awak beli bubur ni " soal ku selepas merasakan yang bubur itu sangat sedap

Yelah bubur hospital mana sesedap ini.

" eomma kau masak , tadi hoseok yang hantar kesini " lah patutlah sedap. Eomma yang masak rupanya.

" oppa saya datang ? Kenapa awak tak kejut saya tadi "

" dia datang awal pagi lagi , tapi dia tak naik sini , aku pergi ambil bubur ni dekat bawah je " ujar yoongi

aku cuma mengangguk.

Yoongi menyuapkan lagi sesudu bubur ke mulutku sesudu lagi disuapkan ke dalam mulutnya.

Aku berkongsi semangkuk bubur dengan yoongi. aku tersenyum melihat muka comel yoongi time makan. Comel sangat serupa dengan meow meow hehe

" asal kau senyum macam tu , terbayang siapa ? Teman lelaki kau kat jepun ke ? " soal yoongi mendatar, kesitu pulak dia fikir.

" manaada , saya cuma suka tengok muka awak. Comel sangat " ujar ku jujur yoongi terdiam

" haemin " panggil yoongi dengan lembut

" nae ? "

" sebenarnya-"

" yow haemin ! " aku menoleh ke pintu

Aku tersenyum gembira melihat kawan kawan ku datang , yuqi berlari ke arah ku lalu memeluk aku dengan kuat menyebabkan aku sukar bernafas.

" woi pengsan budak tu nanti " jennie menarik yuqi

" alaaa aku rindu haemin lah , korang ni " yuqi menghentakkan kakinya lalu memuncungkan bibir

" tau laa kau rindu , kitaorang pun rindu juga tapi janganlah peluk macam kau nak bunuh dia " marah jennie. Aku tersenyum. Suasana macam ni lah yang aku rindu. Pergaduhan manja mereka.

" gwaenchanaa unnie. Takpayah marah dia " kata ku sambil tersenyum

" haemin apa khabar ? " soal jiso unnie

" yang kau pergi tanya dia apa khabar kenapa ? Haemin kan tengah sakit tu " sampuk yoongi pulak

Jiso unnie menjeling yoongi , yang lain menahan tawa

" haemin rasa semakin sihat sejak yoongi jaga- " aku menekup mulut ku guna tangan selepas menyedari yang aku terlepas cakap

Terletus gelak tawa black idle , aku tunduk memandang tilam ku, malunyaa . Aku lihat muka yoongi sudah memerah

" anyeonghaseyo " ucap satu suara dimuka pintu

Serentak kepala kami berpaling memandang pintu, sekali lagi aku tersenyum gembira melihat Bts datang melawat aku jugak.

" hai haemin how are you today ? " tanya namjoon

" im fine " ucapku lalu tersenyum. Taehyung mendekati aku dengan sekuntum bunga ros ditangannya

" untuk awak , semoga cepat sembuh " katanya sambil meletakkan bunga tu di tangan aku

Lisa unnie memandang aku dengan taehyung silih ganti, aduh apa lah taehyung ni , macam mana kalau lisa unnie salah faham nanti

" gumawo taehyung sunbae " dia cuma senyum dan mengangkat kedua keningnya

" ehem ehem korang ni ada apa apa ke ? " tanya jimin memandang aku dengan taehyung

" takde lah , aku dengan haemin kawan je , kan haemin " aku menghembus nafas lega mendengar jawaban taehyung

Syukurlaa kalau dia cuma anggap aku kawan , aku takut saja kalau dia ada hati dengan aku. Mati aku dikerjakan lisa unnie nanti.

" nah kami bawakan kau buah buahan ni , kau makan tau supaya kau cepat sembuh " ujar seokjin sunbae

" Wah terima kasih, susah susah je sunbae ni. Datang dengan tangan kosong pun takpe. " kata aku seokjin sunbae menayangkan senyuman nipis

" aku keluar jap " kata yoongi kepada namjoon

Semua memandang yoongi dengan pelik , takde angin takde ribut nak keluar. Kenapa dengan yoongi , dia tak suka ke tengok Bts rapat dengan aku

Yoongi berjalan ke pintu , sebaik dia membuka pintu muncul hoseok oppa di depannya , tapi dia hanya lalu disebelah hoseok oppa

Oppa memandang yoongi dengan pelik , dia menjengketkan kening memandang aku, aku cuma angkat bahu tanda aku tidak tahu.

" yoongi hyung kenapa ? Macam marah je " soal hoseok oppa kepada namjoon sunbae

" entah , dia just cakap dia nak keluar kejap " hoseok oppa mengangguk kemudian memandang aku lalu tersenyum manis

" hye baby so macam mana hari ni , dah semakin sihat ke " tanya hoseok oppa

" boleh laa "

_________

Yoongi pov

Aku keluar dari wad haemin selepas menerima mesej dari nombor tidak diketahui.

Dia mengajak aku berjumpa di tingkat dua, aku pelik macam mana dia tau aku dekat hospital. nombor aku pun dia dapat dari mana ?

Sebaik sahaja pintu lift terbuka aku keluar dan mencari gerangan orang yang mengajak aku berjumpa itu

Ruangan tingkat dua agak sunyi sikit cuma ada beberapa nurse yang lalu lalang di hadapan aku

Mana dia ni ! Dia sengaja kenakan aku ke apa ?

Aku terkejut sewaktu bahuku di pegang oleh seseorang, aku menoleh memandangnya hampir terbeliak biji mata aku selepas melihatnya

Aku menepis laju tangannya dari bahuku

" apa kau nak ha ? " soal ku dingin

" aku nak cakap dengan kau kejap, jom ikut aku "

" aku takde masa nak bercakap dengan kau " kata ku lalu berjalan meninggalkan dia

" tapi kau perlu bercakap dengan aku yoongi " aku tidak mempedulikan dia

" suran mengandungkan anak kau" langkah aku terhenti nafas aku naik turun

badan aku toleh ke belakang dan berjalan ke arahnya tangan aku menggenggam penumbuk

Setiba dihadapannya , penumbuk aku melayang di mukanya.

" aku tak pernah sentuh suran ! Kau jangan berani nak cakap yang suran mengandungkan anak aku " kata ku lalu beredar dari situ

Tak guna kau june , lepas kau rampas suran dari aku , sekarang kau nak tuduh yang suran mengandungkan anak aku pulak.

Aku takkan sesekali tertipu dengan kamu berdua

______

Haemin pov

Mana yoongi ni dah setengah jam dia tinggalkan aku, Bts dan black idle pun dah nak balik

Jennie mendekati aku lalu bertanya

" haemin dengan yoongi bercinta ke ? " air liur aku tersekat di kerongkong

" takde laa " jawab ku jujur

" tapi unnie tengok cara dia pandang haemin macam haemin ni teman wanita dia lah" ujar jennie unnie , aku mengerutkan kening

" betul ! masa camping tu pun dia berusaha cari haemin lepastu tiap tiap malam masa haemin belum sedarkan diri , yoongi selalu jaga haemin dekat sini "

" dia terlampau ambil berat pasal haemin , unnie tak pernah nampak dia kisah dengan mana mana perempuan sebelum ni "

" unnie rasa yang dia suka haemin ke " tanya ku inginkan kepastian

" betul haemin , unnie tak tipu ! " aku kelu

Kalau betul apa yang jennie unnie katakan ni, aku lah gadis paling bahagia didunia

" haemin kami balik dulu tau , nanti kami datang lagi " kata budak arnab itu. Jeon jungkook

" nae terima kasih sunbae sebab dah lawat saya " mereka tersenyum

" sama-sama haemin " aku hanya memerhatikan mereka keluar dari bilik

Kini tinggal aku black idle dan hoseok oppa yang ada diruangan bilik ini

" kami pun nak balik dah ni, lagipun masa melawat dah nak habis " aku sedih mendengar kata kata jiso unnie

Serius aku belum puas nak bercerita dengan diorang , tapi apakan daya masa melawat yang dibagi cuma sejam. hmmp !

" arasseo unnie , hati hati tau" kata ku , satu satu unnie ku memeluk ku

Black idle pun beredar dari bilik wad aku selepas mengucapkan selamat tinggal. Tinggal aku dengan hoseok oppa saja lah dalam bilik ini.

Mata aku hanya memandang pintu bilik wad , aku menunggu kehadiran yoongi disitu. Mana yoongi ni ! takkan dah balik kot.

" baby " panggil oppa dengan nada lembut

" kenapa ni ? " soalnya

" yoongi mana ? " tanya aku pulak . Oppa menjungkit kedua bahunya

Aku mengeluh.

Takkan balik tak bagitahu aku langsung

" kejap, oppa try call " aku menggangguk

hoseok oppa menekan nombor yoongi.

" hyung ! Hyung kat mana ni ? "

" ohh yeke "

" ah takde pape , haemin cari hyung "

" nae , arasseo "

Selepas oppa menamatkan panggilan dia memandang aku

" kejap lagi dia naik " aku tersenyum , oppa turut tersenyum melihat aku

" wae senyum senyum , happy ke ? " hanya sengihan yang aku tayangkan ke oppa

Beberapa minit kemudian yoongi masuk kedalam bilik tapi belum sempat aku membuka mulut

Dia sudah pun menarik oppa untuk keluar .

Entah apa yang mereka ingin bualkan itu, aku mula rasa hairan.

Aku cuma menunggu sampai mereka berdua masuk kembali

________

Yoongi pov

Aku menarik hoseok keluar dari bilik haemin , aku bawa dia jauh sikit dari pintu bilik haemin, bukan apa . Aku cuma takut yang haemin akan dengar apa yang aku nak cakap dengan hoseok nanti.

" kenapa ni " soal hoseok pelik

" kau nak tau tak dengan siapa aku jumpa tadi " tanyaku

" siapa ? " soal hoseok lagi

" ju-ne " ucap ku , mata hoseok membulat

" seolma ! Jadi apa dia buat kat hyung "

Aku menghembuskan nafas sebelum menjawab soalan hoseok

" dia cakap suran mengandungkan anak aku , gila ke apa . Dah 5 bulan aku putus dengan suran, lepastu dengan senang dia je cakap suran kandungkan anak aku. lagipun aku tak pernah sentuh perempuan gila tu " terang ku, hoseok menggenggam sebelah tangannya

" mana ju-ne sekarang " soal hoseok lagi

" entah maybe still kat bawah or dah balik " jawab ku selamba

Hoseok melangkah tapi aku menahannya

" kau nak kemana " tanyaku

" aku nak bagi pengajaran dekat budak tu " ujar hoseok , aku menggeleng

" jangan , kita dekat hospital sekarang. Lagipun haemin tengah sakit kan " kata ku,

hoseok mendengus geram sebelum menumbuk dinding dengan kuat, aku hanya mampu diam. Aku tahu dia marah sebab dia tidak dapat lepaskan kemarahan dia dekat june

Dari dulu lagi dia berdendam sangat dengan june , dulu june pernah cederakan aku sampaikan aku masuk hospital. Masa tu hoseok beria ia cari june sebab nak balas dendam

Tapi budak tu menghilangkan diri , sekarang baru nak muncul balik dan tuduh aku yang bukan bukan.

" aku pergi jumpa haemin dulu k " hoseok pandang aku

" pergilah daritadi dia tunggu hyung tu " aku mengangguk kemudian tinggalkan hoseok disitu seorang diri

Aku melangkah ke ruangan haemin , tombol pintu aku pulas dan aku tolak.

Terpancul wajah haemin memandang aku sambil tersenyum

" saya ingatkan awak dah balik " ujarnya , aku menutup pintu dan mendekatinya

" saya pergi kantin tadi " tipu ku, haemin membulatkan mulutnya kepala di anggukkan

" diorang dah balik ke ? " soal ku selepas menyedari tiada seorang pun teman haemin di bilik

" ha ah , sebab masa melawat dah habis " balas haemin

Baguslah kalau diorang dah balik , senang sikit aku nak luangkan masa dengan haemin. Aku nak berdua duan dengan haemin je harini.

Pandang muka haemin tersenyum manis saja sudah membuatkan hati aku tenang , masalah aku pun aku boleh lupakan.

Haemin seumpama pengubat segala luka buat aku.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top