Call me V
" yow haemin ah long time no see huh ? " sapa lisa
" long time no see la sangat " rose mengrollkan matanya ke atas
" ish kau ni boleh tak jangan spoil kan mood aku " rose memegang perutnya yang disiku oleh lisa tadi.
" kalau ye pun jangan la main kasar sakit tau tak "
Secara tiba tiba kedua telinga mereka dipulas oleh jennie
" hah ! Gaduh lagi, aku sumbat jugak muka korang ni dalam lubang tandas tu "
" euw no way "
" ha haemin engkau ni nak pergi mana ? " tanya jiso ingin tahu. Terus sahaja empat pasang kepala itu memandang haemin
" Kantin laa, nak rehat "
" eh eh bukan kau dah tak rehat kantin lagi ke ? Ha yuqi mana pulak. Asal dia tak dengan kau " sampuk miyeon
" biasalah unnie, dia dengan jungkook sunbae " rose terus memaut lengan haemin
" kaja, rehat sama sama. Unnie dah lama tak borak borak dengan haemin " dengan manja dia berjalan beriringan haemin
" ellerh, mentang haemin tu adik hoseok terus menggedik " omel lisa perlahan namun masih didengari yang lain
" shut up lisa, i heard that " lisa menekup mulutnya.
___
Saat black idle ( kecuali yuqi ) tengah bergelak tawa dikantin itu tiba tiba terhenti saat soojin and the geng mendekati meja mereka.
" haemin saya nak bercakap dengan awak sekejap boleh ? " tutur soojin lembut, dibelakangnya ada soyeon shuhua dan minnie
Soyeon dengan jennie melagakan penumbuk mereka, as respect each other.
"Join laa sekali, bincang dekat sini je tak payah jauh jauh " kata jennie,
" mian sunbaenim, tapi saya nak cakap dengan haemin secara peribadi, hanya kami berdua " jennie menjengketkan keningnya memandang soojin. Soojin menelan liurnya payah
Dia bukan tak kenal jennie itu Queenka paling ganas dekat sekolah mereka. Dan merupakan pelajar perempuan yang paling savage.
" bolehkan haemin ? " Haemin mengeluh kecil, dengan lemah dia mengangguk.
Haemin bangkit dari duduknya, soyeon minnie dan shuhua mula melabuhkan duduk disitu bersama yang lain. Tanpa mempedulikan soojin dan haemin mereka sambung cerita mereka yang terputus tadi.
Soojin membawa haemin pergi ke taman dimana dia dengan yoongi berpeluk haritu.
" saya nak jelaskan sesuatu dekat awak "
" yoongi sunbae ugut saya tempoh hari, dia minta saya berpura pura jadi kekasih dia. awalnya saya setuju sebab dia ugut saya nak pecahkan rahsia saya. Tapi saya tak sampai hati nak lukakan hati awak. Saya faham perasaan awak. Awak mesti marah dekat saya kan pasal haritu. Sebenarnya semua tu tidak disengajakan. Yoongi sumbae tiba tiba je peluk saya. Saat saya nak tolak dia dia malah ugut saya. Saya tak boleh nak buat apa masa tu " terang soojin panjang lebarnya. Haemin mengigit bawah bibirnya menahan marah
" habis tu kenapa sunbae bagitau saya semua ni, sunbae tak takut ke yoongi bongkar rahsia sunbae tu nanti " soal haemin, tangannya digenggam erat
" saya dah tak kisah pasal rahsia tu, saya dapat malu pun takpe. Janji saya tak sakitkan hati awak. Haemin maafkan saya nae ? " soojin memegang tangan haemin. Dia memandang haemin menunggu jawaban dari mulut haemin
Haemin tiba tiba rasa terharu dengan tindakan soojin itu. Dia menayangkan senyuman manis buat soojin.
" tak perlu pun saya nak maafkan sunbae " wajah soojin berubah sayu.
" sebab sunbae tak salah , sunbae pun jadi mangsa keadaan ni sebenarnya, kan ? " wajah soojin yang muram tadi berubah ceria.
" gumawo haemin, gumawo sebab faham akan saya " haemin hanya tersenyum
" SOOJIN ! "
terperanjat kedua gadis itu saat nama soojin dipanggil kuat.
____
Haemin pov
3 hari kemudian
Aku menopang dagu di atas meja belajarku. Pelajar pelajar yang lain sudah pun keluar berehat termasuk yuqi dan unnieku yang lain.
Sudah pun tiga hari.
Yoongi tidak datang ke sekolah. Bila aku pergi rumahnya dia hanya berkurung dan tidak keluar sesaat pun untuk berjumpa denganku. Aku kadang kadang tertanya ? Apa sebenarnya salah aku kepada dia.
Kenapa dia boleh berubah secepat itu. Lagi pelik bila dia berpura pura menyuruh soojin unnie untuk jadi kekasihnya. Apa motif dia nak sakitkan hati aku ?
Bila aku tanya seokjin sunbae, dan hoseok oppa tentang yoongi mereka hanya membiarkan soalan aku terbang ikut melalui angin.
Seokjin sunbae selalu sangat mengelak dari berjumpa aku. Bila terserempak dekat koridor mesti dia masuk kelas orang lain ataupun dia akan patah balik.
Hmmp ! Aku rindukan yoongi. Selalunya setiap kali rehat macam ni, kalau aku tak keluar dia mesti akan datang sini bawakan aku makanan. tiap hari aku tunggu dan tunggu sampai lah masa rehat habis.
Aku sedikit terkejut saat melihat roti dan susu pisang diletakkan di atas meja ku. Aku dongakkan kepala memandang tuan yang meletakkan barang itu disitu.
Bibir aku terukir senyuman nipis, dia memandang aku sambil tersengih. Sesaat dia mengusap tengkuknya
" Makan lah tak baik biar perut tu kosong " katanya lalu melabuhkan duduk dikerusi bersebelahan meja aku dengan yuqi
" gumawo sunbae. Tapi saya tak lapar "
" ihh kau ni, dah berapa kali aku bagitau jangan. panggil. aku. sunbae.. " ditekannya satu persatu ayat itu.
" saya tak selesa lah nak panggil sunbae guna nama "
" habis tu panggillah aku Chagi ke yeobo ke baby ke eh baby tak boleh kang kena tamparan maut aku dari hoseok hyung " aku berdecit , tahu pulak takut dengan hoseok oppa.
" apa kata kau panggil aku V "
" Eh tu kan panggilan jungkook sunbae untuk awak "
" yup, tak salah pun kau nak panggil aku guna nama V sebab nama panggilan tu aku khas kan hanya orang yang aku sayang sahaja boleh panggil aku guna nama tu "
" habis tu hyung awak yang lain tak boleh lah ? "
" memang tak boleh, sebab aku hanya sayangkan jungkook dengan kau je " katanya tanpa perasaan.
Aku diam membisu, dia menilik jam ditangannya dan bingkas dari tempat duduknya. Dia datang menghampiri aku.
" makan tu, aku nak pergi jumpa yang lain dulu . Bye Aegi " katanya lalu mengusap rambut aku kasar dan melarikan diri
_____
Author pov
Disebabkan kesihatannya yang semakin teruk dia terpaksa berkurung didalam bilik. Demi menjaga rahsianya dia langsung tidak berganjak dari bilik itu.
Dia tidak ingin sahabatnya yang lain tahu tentang penyakitnya. Dia belum bersedia untuk tengok sahabat sahabatnya itu bersedih tentang keadaannya.
Uhuk! uhuk! uhuk !
Yoongi mencapai air yang berada diatas meja ditepi katilnya. Sampai sesak nafas dia akibat batuk terlalu kerap, pipinya makin cengkung. Badannya langsung tidak terurus. Dia hanya menghabiskan masanya dengan tidur.
Bukan seokjin tidak menjaganya, makan cukup diberi ubat selalu di ingatkan untuk minum, tapi disebabkan kedegilannya makanan yang diberi seokjin semua dia buang kedalam mangkuk tandas.
Kalau sahaja seokjin tahu, memang awal sangat min yoongi ni jadi arwah agaknya.
Skrin telefon pintarnya di hidupkan, dia mengerutkan kening memandang skrin telefonnya . Terdapat banyak mesej belum dibaca dan panggilan tidak berjawab. Sudah tentu semua itu dari jung haemin. Dia segera mengunci skrin telefonnya dan mencampak ke bawah bantal .
Yoongi berdiri dan mencapai tualanya. Bersiap sedia untuk membersihkan diri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top