Best Friend
Author pov
Tenang saja yoongi memasak didapur, sementara yang lain keluar jogging dia berniat memasakkan hyung dan dongsaengnya makanan.
Dia bukan tidak mahu ikut jogging tapi disebabkan dia lambat bangun, bts tinggalkan dia.
Selesai memasakk dia menghidangkan semua makanan yang dia masak itu di atas meja,
Dia sudah tidak sabar menunggu kepulangan bts.
Dia menuju ke ruang tamu, mengambil telefon bimbitnya, tangannya sibuk mencari nombor seokjin.
" Hello hyung, lambat lagi ke ? Aku nak keluar ni jumpa haemin "
" kau keluar je buat apa tunggu kami " suara seokjin ditalian
" yahh masalahnya kunci rumah ada dengan korang " sambung yoongi geram
" yelah, kejap lagi kitaorang sampai " kata seokjin sebelum menamatkan panggilan
Yoongi tersengih sengih lalu melabuhkan duduk di sofa, tiba tiba dia mengerang kesakitan, dia memegang kepalanya. dia berdiri dan berjalan ke arah dapur mencari ubat tahan sakit.
Secara tiba tiba dia rebah jatuh di atas lantai itu.
___
" kitaorang dah balik " ucap jungkook selepas membuka pintu
" hish kalau aku tahu aku taknak ikut penat tahu tak ! " kata hoseok
Siapa tidak kenal jung hoseok yang tidak sukakan aktiviti sukan seperti jogging dan bersenam ke gym.
" eoh mana yoongi ni ? " ucap seokjin , hairan tiada kelibat yoongi di situ
" ha'ah laa, entah entah dia dah keluar " kata jimin pulak
" dia mana boleh keluar, kunci ada dengan kita " sampuk namjoon
Mereka merehatkan diri dengan duduk bersandar pada sofa, jungkook bangun dan berjalan ke dapur, tekaknya terasa haus.
" hyunggg !! " jerit jungkook dari arah dapur
Bts yang terkejut dengan suara jeritan jungkook itu segera berlari lintang pukang menuju ke dapur.
" yoongi !! " jerit seokjin
___
Kesemua member bts daritadi menunggu di luar bilik dimana tempat yoongi dirawat.
Mereka mula tidak sedap hati, sudah hampir satu jam doktor itu tidak keluar keluar dari bilik itu.
" asal lama sangat doktor ni keluar, aku dah mula tak sedap hati tau tak " kata seokjin geram
" sabarlah kejap lagi dia keluar lah tu " kata namjoon cuba menenangkan seokjin
" kalau doktor tu tak keluar lagi dalam masa lima minit, kita pecahkan pintu ni " ujar jimin dengan nada marah
Pintu dibuka dari dalam segera mereka mendapatkan doktor itu.
" macam mana dengan keadaan kawan kitaorang dok " tanya mereka serentak, doktor itu memandang mereka satu persatu
' cepat lah botak , lambat betul nak cakap ' desis hati jungkook
" mana ahli keluarga pesakit ni "
" Eomma appa dia dah meninggal dia ada kitaorang je dok " kata seokjin dengan lemah
" kalau macam tu siapa paling rapat dengan pesakit jom ikut saya "
" saya doktor ! " jawab mereka serentak , doktor itu mengerutkan kening
" Takpelah biar seokjin hyung yang pergi lagipun dia paling tua kan dari kita " kata namjoon, semua mengangguk setuju
___
Doktor itu mengeluh sebelum memulakan bicara, seokjin semakin berdebar debar dia merasakan ada sesuatu yang bakal terjadi. Hatinya mula tidak sedap.
" awak tahu tentang sakit yang dihidapi oleh pesakit bernama min yoongi itu " soal doktor itu, seokjin menggeleng
" dia disahkan menghidap leukimia " ujar doktor itu, seokjin terkejut
" leu--ki-miaaa? " ucap seokjin seakan tidak percaya
" iyya betul, sekarang berada ditahap tiga kemugkinan kalau pesakit tidak mengambil tindakan merawatnya dengan cepat, ia akan meningkat ke tahap empat " jelas doktor itu
Seokjin terdiam, seperti yang dia jangkakan ada sesuatu yang akan berlaku, dia tidak tahu hendak berbuat apa.
Apa yang harus dia katakan pada dongsaeng dongsaengnya yang lain, sudah tentu mereka semua akan bertanya apa penyakit yoongi dan kenapa doktor itu memanggilnya kebilik yoongi
Dipandang sekilas wajah yoongi yang terbaring di atas katil itu, ya dia sekarang berada didalam wad yoongi bersama doktor itu.
" saya minta tolong doktor rawat kawan baik saya ini, saya sanggup bayar berapa saja asalkan dia selamat " rayu seokjin
" baiklah kalau itu yang awak inginkan, saya akan segera menyuruh pembantu saya memindahkan dia kebilik rawatan lain "
" terima kasih doktor , dan kalau boleh tolong rahsiakan ni dari kawan kawan saya ye, saya taknak mereka risau " kata seokjin, dahi doktor itu awalnya berkerut kemudian dia mengangguk setuju
" sama sama, baiklah saya keluar dulu " balas doktor itu, seokjin hanya mengangguk lemah
Dia menghampiri yoongi, air mata jantan nya jatuh ke pipi
" aku harap kau tabah yoongi, aku percaya yang kau kuat, kau boleh hadapi semua ni, aku yakin kau akan sembuh " ucapnya dengan nada sedih
" gomawo hyung " kata yoongi dengan mata terpejam, seokjin terkejut
" yoongi ? Kau dah sedar ke ? " soal seokjin, yoongi akhirnya membuka kelopak matanya
" ye aku dah sedar, gomawo sebab dah rahsiakan hal ni dari mereka semua " ujar yoongi
" aku tahu kau mesti tak nak mereka tahu kan, sebab tu aku rahsiakan hal ni dari mereka "
" jangan bagitau haemin jugak, aku taknak dia risau " kata yoongi sedikit merayu
" baiklah gi, aku janji takkan sesekali buka mulut, dah. Kau rehat lah " balas seokjin
___
Namjoon hoseok taehyung jimin serta jungkook menjamu makanan yang dimasak oleh yoongi itu, mereka masih tidak tentang penyakit yang dihidapi oleh yoongi itu.
Seokjin menyuruh mereka balik kerumah dan mengatakan yang yoongi pengsan sebab penat dan demam biasa. Mereka pun percaya apa yang dikatakan oleh hyung mereka itu.
" sedapnye, kookie tak sangka yang yoongi hyung pandai masak " kata jungkook dengan mulut yang penuh dengan makanan
" yah makan lah dulu, makanan dalam mulut kau dah terbang dalam pinggan aku " jerit taehyung, jungkook tersengih
" mian hyung, kookie tak sengaja "
Situasi seokjin pulakk...
" kau nak makan apa gi ? Aku nak pergi beli makanan ni aku lapar sangat " kata seokjin, yoongi diam
" gi ? Kau ok tak ni " seokjin memegang bahu yoongi membuatkan yoongi sedar dari lamunannya
" nae ? " kata yoongi,
" aku nak pergi beli makanan, kau nak apa ? " tanya seokjin buat kali kedua
" aku kenyang , hyung pergi makan je lah " balas yoongi, seokjin pun mengangguk
Baru sahaja seokjin hendak keluar dari bilik itu
" hyung, aku dah buat keputusan, aku taknak buat rawatan tu. " kata yoongi dengan yakinnya
Seokjin yang berdiri di muka pintu itu terkejut dengan ayat yang didengarnya tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top