Awake

Perlahan lahan aku celikkan mata ruangan putih menyapa pandangan ku. Aku dekat mana ni ? Ahh kepala aku sakit  . Apa yang terjadi dekat aku ?

Kali terakhir aku ingat yang aku berada di camping , dan aku pergi sungai dan tiba tiba sahaja belakang kepala aku sakit lepastu aku tak ingat apa apa dah.

Aku gerakkan tanganku namun sakit yang aku rasakan , kenapa ni ? Aku pandang tangan kanan aku kenapa lengan aku berbungkus kain putih ni. Apa jadi pada tangan aku ?

Otak aku dipenuhi tanda tanya , apa sebenarnya yang terjadi pada aku . Mata aku melilau memandang sekitar ruangan ni,
Mata aku berhenti pada susuk tubuh seorang lelaki yang berbaring di atas sofa itu , wajahnya ditutupi menggunakan lengannya

Sekejap , aku di hospital ke ni ? Macam mana aku boleh ada disini. Siapa yang bawa aku kesini. Arghh kepala aku sakit memikirkan semua itu.

Tekak aku rasa kering aku nak minum , gelas putih yang terletak elok di atas meja itu aku capai tapi tidak dapat , aku rebah ke atas permukaan lantai.

Tangan kiri aku yang dicucuk jarum tadi mengeluarkan darah , apa tidak nya aku tertarik masa aku jatuh tadi .

Aku menjerit meminta pertolongan selepas melihat tangan ku mengeluarkan darah dengan banyak.

" hey gwaenchana " soal satu suara aku mendongak memandangnya

" oppa , sakit " Rintih ku , hoseok oppa terduduk di lantai selepas melihat darah yang bertaburan di lantai

" ba-b-baby op-pa ta-taku-kut darah la "  tergagap gagap oppa brrcakap.

" panggil je nurse atau doktor " arah ku, oppa lantas berdiri dan keluar dari wad ku

Aku hanya mampu mengigit bibirku , beberapa saat kemudian masuk lah oppa serta dua orang nurse dan seorang doktor lelaki yang kacak. Aip aku ni sempat lagi menggatal

Dua orang nurse itu membantu aku untuk ke katil , doktor kacak itu menghampiri aku

" macam mana boleh jatuh ni " soalnya lembut saja di pendengaranku

" tadi haemin haus. nak capai air tu tapi tak sampai tiba tiba sahaja jatuh " jelasku

" hmm lain kali hati hati ya " pesan nya

" awak penjaga dia? " soal nya kepada oppa

" nae doktor saya oppa dia " kata hoseok oppa

" awak kemana masa dia nak minum tadi " hoseok oppa menggaru kepalanya yang tidak gatal itu dan tersengih memadang doktor kacak itu

" saya tidur doktor hehe " jawab oppa. doktor itu memandang oppa tajam

" lain kali jangan nak tidur , awak disini di arahkan untuk jaga pesakit bukannya senang lenang tidur " bebel doktor itu oppa hanya mengangguk

Aku kesian dengan oppa mesti dia sedih sebab kena marah dengan doktor. Maafkan haemin oppa semua ni salah haemin , haemin hanya menyusahkan oppa.

Doktor itu mendekati ku dan memeriksa tekanan darah ku , serta luka ku. Ahh. baru aku sedar kepala aku berbalut rupanyaa, tangan aku meraba raba belakang kepala ku. Luka ni mungkin sebab kena pukul dengan objek keras. Aduh sakitnyaa.

" awak dah stabil tapi saya sarankan jangan banyak bergerak terutama sekali lengan awak tu , masih berdarah dan jahitan dia belum pulih sepenuhnya " arah doktor kacak itu kepada ku

Jahitan ? Apa maksud dia, lengan aku kena jahit

" nak makan nak minum nak ke tandas panggil penjaga awak atau pun nurse , faham? " aku mengangguk

" faham doktor "

" baik laa jaga kesihatan awak saya pergi dulu nurse bersihkan luka dia tu " kata doktor itu sebelum meninggalkan bilik wad ku

Aku pandang oppa dahinya berkerut memandang luka aku yang sedang dibersihkan oleh nurse itu. Wait ! Oppa aku takut darah ke ? Aigoo hahahaha comel betul la oppa aku ni.

Selepas membersihkan luka di tanganku kedua dua nurse itu melangkah keluar dari wad ku, hoseok oppa mendekatiku

" mianhae oppa gagal jaga baby " ucap hoseok oppa sambil mengusap pipiku dengan lembut

" aniyaa , ni semua bukan salah oppa tapi salah haemin sebab tak pandai jaga diri "  oppa menghembuskan nafas berat.

" nancy dah dipenjarakan atas perbuatan dia dekat baby " aku tercengang jadi semua ni sebab nancy ke tapi kenapa ?

" nancy ke yang buat semua ni ? " soal ku ingin kan kepastian

" ye baby tak ingat ke apa yang jadi dekat baby " aku menggeleng setahu aku ada pelajar suruh pergi sungai tiba tiba saja pengsan

Sehari selepas haemin dimasukkan ke hospital , hoseok yoongi dengan black idle pergi ke balai polis ditemani saksi kejadian iaitu sharoon.

Sharoon menceritakan semua yang terjadi pada hari itu kepada polis yang mengendalikan kes tersebut, polis itu pun terus menyerbu rumah nancy selepas berjaya mengumpulkan bukti yang kukuh mengatakan bahawa nancy bersalah.

Tapi rumah nancy kosong , polis mengesyaki yang nancy serta orang tua nya melarikan diri.

Black idle dan bts pun mencari maklumat ke mana nancy pergi ,

Mereka bertungkus lumus menyiasat keberadaan nancy. Hampir 2 hari mereka mencari nancy tapi tidak ditemukan langsung.

Namun yoongi berhasil menjejaki nancy dengan mencari nama nancy di lapangan terbang. nancy sudah pun bertolak ke australia

Sehari kemudian nancy berjaya di masukkan kedalam penjara Memandangkan dia masih bawah umur dia terpaksa di hantar ke pusat juvana.

Nancy mati matian mengaku tidak bersalah malah dia mengupah peguam yang terhandal di korea. Tapi bukti yang di kumpul oleh jungkook dengan taehyung terlalu kuat untuk memenjarakan nancy.

Cap jari nancy pada kayu yang di pakai nya untuk memukul haemin itu laa bukti yang paling kukuh dan berjaya memenjarakan dia selama lima tahun.

" haemin tak sangka dia begitu tergamak buat macam ni dekat haemin , padahal kami dah berbaik haritu " aku menangis selepas mendengar penjelasan oppa

" dah dah jangan nangis nanti tak comel pulak " kata oppa membuatkan aku tertawa kecil.

" yang penting sekarang dia dah mendapat balasan atas perbuatan dia " oppa mengesat air mataku

" eomma mana ? " soal ku.

" alamak oppa lupa bagitahu eomma lah yang baby dah sedar " ujar oppa dengan gelabah dia mencari telefon bimbitnya

Aku hanya ketawa melihat tingkah laku oppa yang comel itu patut laa rose unnie tergila gilakan oppa. Cakap pasal rose unnie diorang kat mana eah ?

" oppa yuqi dengan unnie unnie yang lain mana? " soal ku kepada oppa yang ralit mendail nombor sesorang.

" ohh diorang dekat rumah lah , diorang selalu jugak datang sini masa baby masih tak sedar kan diri " jawab oppa sambil memandang telefon bimbitnya itu

" ohh ye ke "

" haah tiap hari diorang datang sini lawat baby terutama sekali-- " oppa tidak meneruskan kata kata nya

" terutama sekali ? " aku menanti dia meneruskan bicaranya. Malah sengihan yang aku dapat

" hehe roseanne , pagi petang malam datang sini lawat baby "

" rindunyaa dekat diorangg, hmmp " aku memuncungkan bibir

" nanti oppa call diorang suruh datang k " kata oppa , hampir sahaja aku melompat lompat gembira tapi memandangkan aku sakit aku terpaksa batalkan niatku

" eomma! Haemin dah sedar " kata oppa dengan teruja

" okey okey eomma hati hati ye " sambung oppa.

Oppa mendekatiku

" eomma gembira betul dapat tahu baby dah sedar " ujar oppa

" yeke. hmp haemin rindu sangat dengan eomma "

" sabar laa kejap lagi eomma datang tu, oh yaa baby nak tahu tak siapa yang jaga baby sini tiap malam " kata oppa membuatkan dahi aku berkerut

" siapa ? " tanya ku ingin tahu

" teka laaa ! Haha " eish oppa ni main teka teka pulak

" eomma ? " balasku , yela kalau bukan oppa atau eomma siapa lagi

" salah, haha em sebenarnyaa yang jaga baby tiap malam disinii...." aku menunggu oppa meneruskan kata katanya

" YOONGI HYUNG ! " hampir sahaja aku terkena serangan jantung dengan jeritan oppa

" aish terkejut haemin! oppa ni kan " aku menjelingnyaa

" hehe mian mian oppa tak sengaja " hoseok oppa tersengih memandang ku

Yoongi jaga aku tiap malam ? Biar betul ,, tak mungkin maybe oppa sengaja kenakan aku. Aku tak percayaa

" dia jugalaa yang temukan baby di tepi sungai dia jugalah yang bawa baby ke hospital ni, dia risau sangat masa baby tak sedar kan diri oppa pun terkejut dengan dia, hampir setiap jam dia call oppa tanya keadaan baby macam mana "

Aku mengetap bibir ku.

betulkah apa yang aku dengar saat ini?.

bunyi telefon bimbit oppa menyedarkan aku dari pada termenung

" see yoongi hyung telefon , oppa dah agak dia akan call sebab sejam tadi dia ada call oppa " kata oppa sebelum mengangkat panggilan yoongi itu

" nae ? "

" haemin dah sedar "

" ya datang lah , oh ya jangan lupa bagitahu yang lain k "

" aku lupa lah hyung, lagipun baru je tadi dia sedar "

" arasseo hehe okey okey "

Aku hanya memerhatikan oppa yang sedang berbual dengan yoongi melalui telefon itu. Selepas itu dia mematikan telefonnya

" dia cakap nak datang sini sekarang hahaha happy betul dia " kata oppa lalu menggelengkan kepalanya

" tiap malam dia jaga baby disini sampaikan dia tak tidur dia hanya tunggu sampai baby sedar " air mata ku mula bertakung

" badan dia dah susut tu , kata seokjin hyung dia jarang makan dekat rumah , lepas balik dari jaga baby dia terus tidur bila bangun je terus datang sini balik " air mata ku akhirnya jatuh juga

Aku betul betul tak sangka sebegitunya  yoongi risaukan aku

Mianhae yoongi sebab dah susahkan awak .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top