Appa
Suda dua hari selepas aku sedar kan diri, setiap malam yoongi yang akan teman aku disini , kalau siang hoseok oppa pulak yang temankan aku.
Kini aku bersendirian di wad ku , yoongi pergi kantin ingin membeli makanan katanya.
Aku tersenyum lebar selepas melihat hoseok oppa datang melawat aku harini , tapi tiba tiba sahaja senyuman ku kendur selepas melihat seorang lelaki yang sedang berdiri di sampingnya.
Lelaki ini la yang dah buat hidup aku menderita dulu , disebabkan dia aku dengan oppa terpaksa berpisah. Disebabkan dia jugala aku jadi mangsa buli sewaktu tinggal di jepun dulu. Aku benci dia aku tak nak tengok muka dia !
Dia mendekati aku dan duduk di tepi katil ku , aku palingkan wajah menghadap sofa , tidak ingin bersua muka dengan lelaki ini
Apa motif dia datang jumpa aku ni ? Nak berbaik dengan aku ? Sorry hati aku dah hancur aku tidak akan maafkan dia langsung. Kalau dia sayangkan aku dia takkan tinggalkan aku dengan eomma dulu.
" haemin " panggilnya , aku membisukan diri
" macam mana ? Haemin dah rasa sihat ke ? " aku masih seperti tadi langsung tidak memandangnya
" baby , appa tanya tu " aku pandang oppa dengan pandangan serius
" keluar ! " kata ku , dahi hoseok oppa berkerut
" bawa lelaki ni keluar !! " jerit ku menyebabkan oppa dengan lelaki ni terkejut
" appa, jom keluar. biarkan haemin tenang dulu " kata hoseok oppa lalu menarik tangan lelaki itu.
Selepas mendengar bunyi pintu tertutup aku pandang ke arah pintu itu semula , bagus lah kalau dia dah pergi. Lagipun aku tak nak jumpa dia lagi .
Beberapa minit kemudian hoseok oppa masuk semula ke bilik wad aku, mukanya seperti biasa tersenyum manis ke arah ku
" baby dah makan ubat ke " soal nya aku menggeleng
" aigoo kenapa tak makan ubat lagi " dia mengusap kepala ku
" tak nak laa , haemin dah penat tau minum ubat "
" eish tak boleh cakap macam tu , ubat ni untuk kebaikan baby juga supaya luka dekat kepala baby tu cepat sembuh " ujar oppa tangannya ralit mencapai ubat yang terletak di atas meja
" yelah yelah haemin minum laa " kata ku membuatkan senyuman oppa tambah lebar
Oppa menyuapkan ubat kedalam mulutku dan menghulurkan segelas air putih, aku teguk air itu sedikit lalu bagi semula dekat oppa.
Sebenarnya ubat ni takde rasa apa apa pun cuma aku malas nak makan , aku cuma nak balik ke rumah , aku rindukan rumahku
" oppa bila haemin boleh balik "
" nanti oppa tanya doktor. " oppa menciut hidungku lalu memandang kedalam anak mata ku
" kenapa pandang haemin macam tu " soal ku , aku mula rasa janggal tidak pernah oppa berkelakuan begini
" baby still marah appa ke ? " soalan oppa membuatkan mulut aku terkunci
" baby tau tak , appa rindu sangat dengan baby , kalau baby nak tahu masa baby perlukan darah malam tu appa la yang derma kan darah dekat baby. Darah oppa dengan eomma x sama dengan darah baby "
Aku mengetap bibir menahan air mata ku dari mengalir , kepala aku tundukkan memandang jari jemari ku
" oppa tau yang baby pun rindukan appa , jadi oppa harap baby boleh maafkan appa nae "
" sebenarnya kalau ikutkan hati , oppa tak nak bercakap dengan eomma " aku mengangkat kepala ku memandang oppa
" waeyo ? " tanya ku
" sebab eomma dah pisahkan kita berdua , tapi setelah oppa fikir masak masak , ternyata oppa salah . Itu semua kan kemahuan eomma dengan appa takkan kita nak marah "
Ada betul juga apa oppa katakan itu , kenapa aku perlu benci appa sampai macam tu sekali , padahal yang ingin berpisah ialah eomma.
" ap-appa mana ? " soal ku
" dekat luar kenapa baby nak jumpa ke ? " sebelah kening oppa terangkat
" tolong panggilkan appa boleh "
" sure baby kejap ye " ucap oppa lalu keluar dari wad ku
Aku memegang hujung bajuku , jujur aku cakap aku gementar sangat. Aku dah bersikap kurang ajar dengan appa tadi, aku rasa bersalah
Pintu wad dibuka dari luar , dan terpapar la wajah appa dihadapan ku, aku tidak dapat menahan air mata ku dari mengalir lantas aku mendepakan tangan ku tanda ingin dipeluk appa yang faham terus memeluk aku dengan erat
" appa mianhae jeongmal mianhae " kata ku dalam pelukan
" gwaenchana. appa faham " balas appa sambil mengusap rambutku
Hoseok oppa yang berdiri dimuka pintu tersenyum memandang aku dengan appa
Aku tarik balik kata kata aku tadi yang aku taknak jumpa appa lagi , aku sebenarnya sayang sangat dekat appa cuma aku ego. Selama ini aku betul betul perlukan appa , sejak kecil aku selalu kena hina yang aku tiada appa .
Tapi sekarang aku dah ada appa yang sayangkan aku. Aku tak perlu malu lagi.
" appa nak tunjuk something dekat haemin tapi kena tunggu sampai haemin sembuh sepenuhnye la " kata appa ,
Apa sebenarnya yang appa nak tunjukkan dekat aku ?
" arasseo , appa gomawo sebab dah derma darah appa dekat haemin , kalau appa tak dermakan darah dekat haemin mungkin takdela haemin sekarang ni "
" eish baby ni cakap macam tu pulak tak baik tau " sampuk oppa lalu menjeling aku. bibir dimuncungkan hahaha comel betul la oppa aku ni
" haemin kan anak appa juga , itu baru sikit kalau perlu appa sanggup dermakan semua darah appa asalkan anak bongsu appa ni sembuh " appa mengusap kepala ku lalu mencuit hidung
Aku cuma mampu cakap yang aku bahagiaa , sangat bahagia , aku harap lepas ni aku hoseok oppa eomma dengan appa akan sentiasa bersama.
Sedang aku berbual bual dengan appa dan oppa , secara tiba tiba pintu dikuak dari luar, aku tersenyum nipis memandang orang yang baru sahaja tiba di bilik wad ku ini
" anyeong uncle " yoongi tunduk hormat dekat appa aku
" eo yoongi ah , kamu rupanya terima kasih la sebab sudi jaga puteri uncle ni " kata appa , yoongi hanya mengangguk sambil tersenyum janggal
" appa kena pergi ni , sebab appa ada urusan, appa datang sini tu just nak singgah tengok keadaan haemin " appa mengusap kepala ku
" nae , nanti appa datang sini lagi tau " kata ku dengan manja
Apa salahnya manja manja dengan appa kandung sendiri kan lagipun selama ni aku tak pernah ada peluang nak jumpa appa aku .
" baiklah sayang, appa janji akan datang sini lagi " aku tersengih lalu memeluk appa
" hati hati appa " appa mengganguk lalu melepaskan pelukan
Hoseok oppa temankan appa turun ke bawah , appa sempat berbisik di telinga yoongi lalu menepuk bahu yoongi perlahan.
aku pelik , yoongi turut tersengih selepas appa berbisik ditelinganya. Apa yang mereka bisikkan . Aku teringin nak tahu pulak
" apa yang appa saya bisik dekat awak " soal ku penuh hairan
Yoongi pandang aku lama kemudian jengketkan sebelah keningnya dan mulutnya di dekatkan di telingaku
" bukan urusan kau " bisik yoongi ditelinga ku pulak
" eish , bagitahu laa " rayu ku
" eh buat apa kau nak tahu , sibuk je dia ni " aku mencebik
" arasseo , saya pun takkan bagitau apa yang hoseok oppa bagitau saya tadi pasal awak " ugut ku , yoongi memandang aku lama
" apa hoseok cakap dengan kau "
" bagitau dulu apa appa saya bisik dekat awak tadi "
" never " kata yoongi, dia menjeling aku sekilas dan melabuhkan duduk di sofa
Nak kongsi rahsia sikit pun tak boleh , hmmp !
Yoongi memang macam ni selama dia jaga aku tak pernah sikit pun cakap lembut dengan aku mesti dia dingin memanjang. Tapi sedingin dia ni ambil berat juga pasal aku hehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top