9

Mr Sexy | JJK

Bab 9
---

Aku memejamkan kelopak mata. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan aku menjadi lemah.

Lenganku terus memaut bahu Jungkook agar aku masih kekal seimbang.

Wajahnya dijauhkan daripada kawasan leherku. Satu ciuman ringkas dihadiahkan di dahi aku.

"Terima kasih. Aku kenyang malam ni. Darah kau sedap."puji Jungkook.

Pujian yang datang dari bibir Jungkook melemahkan lagi semangat yang berbaki sedikit di dalam hati aku.

Mata aku berlawanan pandangan dengan mata Jungkook.

Mata merahnya menggamit perhatian aku. Matanya seolah ada kuasa penarik agar aku terus leka dan terbuai dalam renungannya.

"J-jungkook..saya dah tak larat."gumamku perlahan. Badan aku hampir melorot jatuh tetapi lengan Jungkook tangkas menahan aku.

Badan aku dicempungnya untuk menuju ke tingkat atas iaitu bilik tidur miliknya.

Atur langkahnya perlahan. Aku hanya mampu memukul dadanya untuk membantah tindakan dan juga arahan Jungkook.

"Aku nak kenal kau lebih lagi. Nampaknya vampire Kook ni dah jatuh hati dekat Shin Ji Hae. Cantik orangnya."

Pujian Jungkook mengesahkan tanggapan aku pada malam itu. Dia, ada dua sisi Jungkook yang berbeza.

Satu Jungkook kasanova yang berhati kering.

Satu lagi Jungkook si vampire yang begitu mesra. Malah, begitu memikat hati.

Aku berhenti memukul dada bidangnya. Mata aku merenung segenap inci wajah Jeon Jungkook pada malam itu.

Jujurnya, sisi vampire Jungkook begitu menarik.

Dia begitu layak dengan gelaran si Mr Sexy.

🍟
A/N:

Update berhenti setakat ini.

Mr Sexy akan berehat sehingga akhir bulan 11.

"Komen dan likes anda saya nantikan."

Kita roads to 1k votes iye?

^_^

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top