7
Mr Sexy | JJK
Bab 7
----
"Pukul 12. Tepat."sebut aku perlahan. Mataku masih fokus kepada pintu rumah.
Kelibat Jeon Jungkook langsung tidak kelihatan walaupun jarum jam sudah mencecah ke angka lewat 12 malam.
"Aku dah r-rasa lain macam dengan arahan Jungkook pagi tadi. Memang patut ke aku tunggu dia dekat sini?"
Baru nak bersoal jawab dengan diri sendiri, pintu rumah dibuka kasar oleh seseorang.
Wajah Jungkook menyapa pandangan mata. Namun hatiku tiba-tiba menjerit rasa takut.
Mataku sempat menangkap lelehan darah yang melekat di hujung bibir lelaki itu.
Takkanlah dia pergi hisap darah orang pula kan? Mengarut semua ini.
Automatiknya aku menunduk untuk mengelakkan pandangan daripada bertemu dengannya.
Diriku seakan tidak berani untuk mengingkari arahan Jeon Jungkook berikan pada pagi tadi.
Ttap.
Bunyi kasutnya diletakkan di ruang kasut singgah di gegendang telinga. Peluh dingin mula muncul di sekitar wajah dan leher aku.
Aku bangun laju dari sofa empuk itu dan berlalu pergi tanpa memandang sekilas pun ke arah dia.
Mana tidaknya, aku anggap aku hanya berhalusinasi.
Bibirnya dihiasi lelehan warna merah pekat seperti darah. Yang utamanya, mata aku melihat gigi taring yang tersusun kemas di dalam mulut Jungkook.
"Kau siapa sesuka hati nak ceroboh rumah aku? Bukan senang nak jumpa mangsa yang serahkan diri semudah ini. Pandang aku, perempuan."
Gulp.
Aku telan air liur. Kepalaku masih statik membelakangi Jungkook.
Jawapan pantas muncul di kepala aku. Keberangkalian besar Jungkook ini adalah bukan manusia.
Dia makhluk yang dahagakan darah.
Dia vampire.
Habislah aku selepas ini.
🍟
A/N:
Kejutan update mengejut.
Tak nak korang tertunggu-tunggu.
♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top