24

Mr Sexy | JJK

Bab 24

---

Aku setia menunggu Jungkook bangun daripada tidurnya yang lena. Sudah beberapa jam lelaki itu tidak sedarkan diri.

Mungkin dia terlalu letih agaknya.

Jarum jam yang sudah bergerak ke angka 9 malam membuatkan keinginan aku untuk bertemu Mr Sexy semakin bertambah.

Muncul segera, aku tak sabar hendak bertemu sisi kau yang kedua.

Tangan kiriku terasa seperti disentuh oleh jari seseorang. Aku menumpukan pandangan sepenuhnya terhadap Jungkook.

"Hari dah bertukar malam. Akhirnya, aku dapat bertemu kau, Jae Hee. Aku rindu kau."

Kata-kata yang terluah daripada bibir Jeon Jungkook mendesak aku agar bertindak pantas. Rantai yang melilit pergelangan tangannya aku buka dengan kadar yang laju.

Terlajak perbuatan, tidak boleh diundur. Usai sahaja rantai tersebut terurai daripada pergelangan tangannya, badanku ditolak kasar ke bawah lantai.

Jangan kata dia ini Jungkook kasanova?

"Awak bukan Jungkook v-vampire kan? Jawab!"jerkahku dalam nada separuh menjerit.

Aku cuba berundur ke belakang apabila tubuh badan Jungkook sudah melompat turun ke bawah lantai.

Anak mata nakalnya memberi satu isyarat kepada aku.

Dia bukan Jungkook si Mr Sexy.

"Sedih tak Jungkook kesayangan kau tak muncul? Sebaliknya, aku yang muncul. Terkejut?"

Jungkook cuba untuk menggenggam pergelangan kakiku. Tetapi, aku bertindak sepantas kilat.

Aku mengesot ke belakang. Perlakuan Jungkook seterusnya menyebabkan aku hampir pitam.

Dia merangkak ke arah aku. Pergerakannya perlahan. Namun, sebilah pisau yang berada di dalam genggamannya menimbulkan rasa cuak di hati.

"Aku nak cederakan pula kesayangan Mr Sexy. Seksaan bermula..sekarang."

-TBC-

A/N:

Ha kan Jungkook kasanova (playboy) yang muncul.

Stay tuned.

Untuk babak mendebarkan hati.

---
Terima kasih untuk 7k votes setakat ini.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top