15
Mr Sexy | JJK
Bab 15
--
Aku menghembus nafas yang terasa tersekat di kerongkong. Bayang Jungkook langsung tidak kelihatan di tubir mata.
Mana dia larikan diri?
Sudah hampir dua jam aku pusing sekeliling pelusuk rumah untuk mencari Jungkook.
Namun, ianya tidak mendatangkan hasil apa-apa.
Jungkook masih menghilang daripada pandangan mata.
Bunyi kaca berderai jatuh di atas lantai mencuri perhatian aku. Aku segera memanjat anak tangga untuk melihat situasi yang berlaku di tingkat atas.
"J-jungkook. J-jangan buat macam ni."
Aku terduduk di hadapan lelaki itu. Jungkook masih duduk mencangkung di atas lantai.
Tangannya menggenggam kaca-kaca yang berselerakan di atas lantai.
"Aku tak rasa sakit sangat. Aku nak seksa dia sedikit demi sedikit. Malam ni meranalah Mr Sexy kau."
Jungkook menguatkan genggaman tangannya yang dipenuhi serpihan kaca.
Wajahnya yang pucat memberi amaran kepada aku.
Jungkook sudah tidak bermaya. Dirinya makin terseksa. Aku harus halang semua ini.
"Jungkook, aku pilih kau. Bukan si vampire tu. Aku j-janji."
Jungkook tergelak sinis. Telapak tangannya yang basah dengan darah diletakkan di pipi kanan aku.
----
"Kalau kau pilih aku, aku nak buat satu permintaan."tutur Jungkook.
Nadanya bersulamkan satu aura yang kedengaran jahat.
Jungkook meletakkan serpihan kaca di telapak tangan Shin Jae Hee.
Lelaki itu menunjukkan kawasan sekitar lehernya sendiri.
"Cederakan aku. Sekarang."pinta Jungkook.
Jae Hee hampir melepaskan serpihan kaca yang berada di dalam genggamannya.
Namun, Jungkook sempat menahan tangan Jae Hee.
Matanya memberi isyarat agar Jae Hee menurut permintaan gilanya itu.
"Lakukannya sekarang atau aku yang buat sendiri semua ni."
Jae Hee merenung wajah Jeon Jungkook. Hatinya dilanda konflik perasaan yang begitu rumit pada saat itu.
Dia perlu selamatkan Jungkook?
Atau..
Dia teruskan sahaja permintaan Jungkook. Lagipun pada masa yang sama, dia dapat membalas dendam perbuatan kejam Jungkook terhadap mendiang kakaknya.
---
A/N:
Mr Sexy akan muncul semula selepas ini.
Nantikan. ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top