17
[Minjie P.O.V.]
Dah cukup seminggu.
Hari ni dah cukup seminggu Joshua hilangkan diri.
Atau lebih tepatnya,dia dah tinggalkan aku.
Dan dah seminggu aku hidup macam zombie.Makan tak lalu,tidur pun tak berapa lena.Berat aku pun dah susut. Muka pun sentiasa sedih.
Tapi aku tak sedih sangat sebab dalam tempoh seminggu ni elok je aku bergurau dengan Wonu,omma,appa dan Dahyun.Tapi aku pun tak gembira sangat sebab dalam tempoh seminggu ni jugak aku selalu menitiskan air ata bila teringatkan dia.
Teringatkan Joshua.
Tapi aku kena terima,mungkin ni namanya takdir kan?
Wajah prof Xiumin yang sedang elok bercakap kat depan aku tatap.Cuba untuk menumpukan perhatian.
"Tentang assignment yang saya suruh siapkan minggu lepas,bolehlah mula hantar esok.Dan pada sesiapa yang gagal hantar...
Prof Xiumin memandang tajam muka kami macam nak telan.
"Prof bagi upah"dia smirk di hujung ayat membuatkan aku terasa sedikit seram.
"Uit,pehal prof kau tu?"Dahyun mencuit aku.
"Manalah aku tahu.Pegilah tanya dia"aku berbisik.Sedap je Dahyun ni cakap prof aku.Apa kau tak belajar dengan dia ke Hyun oi?
Setelah hari menjelang petang,aku mula berura ura untuk pulang sebelum diatahan oleh Dahyun.
"Min,kau dah nak balik ke?"
Aku mengangguk kecil.
"Aku nak keluar dengan Nayeon unnie. Kau nak ikut tak?"
"Erm aku bukan taknak tapi tak bolehlah Hyun.Assignment yang prof mintak tu ada aku nak edit sikit.Sambil tu bolehla aku semak manatau ada typo ke apa kan.Kau takpelah dah siap"aku menolak lembut.Memang niat aku balik ni aku terus nak menghadap laptop.Kalau tangguh,takut pulak tak sempat siap.
"Oh gwenchana.Nanti aku inform kat Nayeon unnie.Sebab dia ada tanya kalau kau nak ikut"Dahyun terangguk angguk kecil.
"Aku balk dulu eh?"aku mula masuk ke tempat duduk pemandu.
"Okey,annyeong Min!"Dahyun melambaikan tangan ke arah aku yang dah mula memandu keluar.
"Balik nanti,mandi pastu hadap laptop pastu tido!"aku tersenyum sedikit.
Sampai sahaja di rumah,aku keluar dari kereta dan menguncinya.Pintu utama rumah dibuka sebelum aku masuk dan berjalan menuju ke dapur.Peti sejuk aku tuju sebab memang dah dahaga sangat nak teguk air.Cawan yang dah siap berbasuh aku letak atas rak dan terpandang satu objek.
Periuk.
Aku capai periuk tu sebelum aku tatap.
"Bukan periuk ni yang aku masak ramen haritu?"bontot periuk itu aku tengok dan terdapat kesan hitam.Aku tergelak.
Kenapa hitam?Alah haritukan aku bukak api besar sangat pastu tinggal je periuk omma atas dapur sebab nak tengok jam.Bila aku tengok balik periuk ni dah ada air-
Kejap.
"Joshua"aku menyebut perlahan nama tersebut.Ya,dia yang pepandai letakkan air dalam periuk tu.
Dan sebab peristiwa tulah kami berjumpa seterusnya jadi rapat dan bergelar chingu.Tapi sekarang?
Huh,cepat betul hati aku ni terasa.
Tak nak dipress punya pasal,aku letak balik periuk tu sebelum berlari masuk bilik.Sudah mandi apa semua tu,aku terus bukak laptop.Aku tak makan dulu bukan sebab diet eh tapi sebab tadi Dahyun dah belanja aku makan.
Tak lama pun aku hadap laptop tu,adalah 2 jam.Siap dah save apa semua tu,aku tekan shut down dan menggeliat sepuas hati sementara tunggu skrin laptop tu gelap.
"Sakitnya belakang!Rindu nak paksa Wonu urutkan"aku menjerit.
"Tapi aku pun rindu nak tengok Joshua"aku mencebik.
Hah sudah.Bad mood dah datang dah.
Sedang elok aku mencebik sambil layan perasaan sedih,ada satu imej terbentuk di skrin laptop yang dah gelap.
"Macam pernah tengok..."aku menyepetkan mata dan zoom in sikit kat skrin tu.
Seorang lelaki.
Berpakaian putih.
Hensem.
Tengah senyum.
"Kejap..."aku berjeda sebentar.
"Takkanlah..."
Mata aku membesar.Tak tunggu lama,aku pusing ke belakang.
"Joshua!!"
Di depan aku,Joshua sedang berdiri sambil tersenyum memandang aku dan menampakkan eyesmilenya
"J-joshua"pipi aku dah basah dengan air mata.Aku tak tahu aku menangis sebab terharu atau sedih.
Yang pasti,aku bahagia bila dapat tengok dia depan mata aku.Cukup bahagia.
"Awak rindukan saya Minjie?"dia menyoal sambil menghampiri aku.
Aku terus berdiri dan memeluknya seerat mungkin.
"Kenapa awak tinggalkan saya?!Awak tahu tak saya dah nak gila!Awak teruk!Awak tak fikir pun tentang perasaan saya!Awak pentingkan diri!Wae Joshua?!Wae?!"aku menangis dalam pelukannya sambil memukul dadanya sebelum aku terjelopok dia atas lantai.
"Shh...mianhae Minjie.Mianhae"Joshua memeluk aku erat.Dapat aku rasakan tangannya mengusap lembut kepalaku.
"A-awak kejam.."aku menangis sepuas hati.
Senangnya dia mintak maaf lepas apa yang dia buat.Senangnya dia cuma munculkan diri lepas seminggu dia tinggalkan aku.Aku dah janji dengan diri aku untuk luahkam rasa marah aku pada dia dan bencikan dia kalau dia muncul lepas ni tapi sekarang ni aku tak mampu.Perasaan aku sekarang sukar dijelaskan. Sedih,marah,terharu, gembira,kecewa,bahagia semuanya bercampur aduk.
"Menangislah Minjie.Luahkan semuanya pada saya hari ni.Jangan pendam"dia semakin mengeratkan pelukan kami dan terus mengusap belakang aku.
Air mata aku yang ditahan dari tadi semakin lebat.Pelukan aku pada dia semakin erat.Aku taknak kehilangan dia lagi.Aku nak dia sentiasa ada di sisi aku tak kira susah atau senang.
"W-wae?.."
Joshua meletakkan jari telunjuknya lembut pada bibir aku.
"Shh.."
Kepala aku ditarik ke dadanya yang dah memang basah dengan air mata.Pipinya yang mula basah dengan air mata aku seka perlahan dengan ibu jari.
"Maafkan saya sebab marah awak hari tu.Saya ni teruk"aku menunduk memandang lantai.Aku tak berani nak tatap mata dia lepas apa yang aku dah buat pada dia.
Dagu aku diangkat perlahan dan pandangan kami bersambung.
"Saya dah lama maafkan awak Minjie. Dah lama"dia berbisik.
Aku tak tahu nak cakap apa.Aku dah cukup terharu sekarang ni.Dah lama posisi kami macam tu,aku teringat sesuatu.
"Awak takkan tinggalkan saya lagi kan lepas ni Joshua?"aku tatap wajah dia. Risau kalau dia menafikan namun dia hanya tersenyum.
"Saya akan sentiasa ada dengan awak Minjie.I'm promise"dia mencuit hidung aku lembut membuatkan aku blushing.
"Malulah tu"dia mengusik dan aku pantas mencubit lengannya.
"Mana adalah!"aku pura pura merajuk.
"Alah awak saya gurau je"Joshua memalingkan wajah aku sebelum pipi aku dicubit.
"Appo!"
"Hehe mianhae"
Aku gembira.Sekarang kami dah bersama kembali.Dah macam dulu.Apa yang lagi gembira,dia dah janji takkan tinggalkan aku.Entah bila,aku tertidur bersandarkan bahu dia.Benda last aku ingat,dahi aku dicium lembut.
[End Minjie P.O.V.]
Joshua mencium lembut dahi gadis kesayangannya yang dah terlena berbantalkan bahu dia.
Wajah Minjie ditatapnya penuh kasih sebelum perlahan,air mata mula jatuh membasahi wajah Minjie.
"Mianhae Minjie.Saya tak boleh nak tunaikan permintaan awak.Dunia kita tak sama"dengan itu,Joshua memeluk Minjie.
Lama.
Pelukan dileraikan Joshua tak rela.Dia mengeluh perlahan sebelum meletakkan tapak tangannya di atas kepala Minjie. Ada cahaya berwarna kebiruan muncul di bawah tapak tangannya.
"Annyeong Jeon Minjie.Saranghae my chingu"habis sahaja ayat tersebut,tubuh Joshua hilang sekelip mata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top