14
Minjie tiba di rumah sambil tersenyum. Kereta diparkir sebelum dia keluar dari kereta sambil menyanyi kecil.
Memang dia lupa terus pasal Joshua pagi tadi. Mood dia terus jadi baik lepas je sambut party birthday dengan chingu dan sunbae dia yang hensem dan cantik tu
"Sweet jela si Hyun tu.Sunbae pun semua sporting"Minjie mengeluarkan kunci rumah sebelum pintu dibuka seperti biasa.
"Haish baik aku mandi dulu.Busuk bebenor bau"
Klek!
Pintu biliknya dibuka sebelum dia terpaku.Biliknya kelihatan kemas.Tiada lagi baju tidur di atas lantai,katil yang bersepah dan kipas elok tertutup.
"Siapa yang kemaskan?"Minjie bingung. Dia meletakkan segala barangnya di atas meja dan matanya menangkap satu nota.
"Nota apa ni?"Minjie mencapai nota daripada kertas bersaiz A4 tersebut sebelum dibacanya.
Dear my chingu,Jeon Minjie.
Maafkan saya kalau kehadiran saya kat rumah ni mengganggu awak dan maafkan saya kalau awak tak selesa dengan saya.Dari awal lagi saya tahu keputusan untuk saya tinggal dengan awak ni silap.Tak mungkin saya akan diterima dalam kalangan manusia kan?Tapi awak baik,sanggup jadikan saya chingu awak.Sanggup layan saya dengan baik dan sanggup ceriakan saya setiap hari.Tapi nampaknya awak dah mula berubah.Awak dah mula bengis dengan saya.Marah saya tanpa saya tahu apa sebabnya dan paling pedih,awak dah tak hiraukan saya.Saya macam halimunan kat rumah ni.Tapi saya tak salahkan awak Minjie,saya takkan sesekali salahkan awak.Saya tahu dunia kita tak sama dan saya kena sedar dan terima hakikat tu.Bodohkan saya terhegeh hegeh nak berkawan dengan manusia sebaik awak?Bodohkan saya sebab menaruh harapan untuk seorang yeoja supaya terima saya dalam hidup dia?Huh,teruk betul saya ni.Apa pun,saya mintak maaf sebab buat awak stres,buat awak menangis dan buat awak sedih.Saya tahu saya ni jahat. Jeongmal mianhae Jeon Minjie.Saya akan jauhkan diri dari awak kalau saya ni adalah masalah buat awak.Mana tahu mungkin awak akan lebih baik dan ceria lepas ni kan?Takpelah Minjie,dah banyak sangat saya luahkan kat sini.Awak pergilah rehat.Jangan lupa makan,saya dah siapakan makanan tengah hari awak kat bawah tu dan Minjie,saya sangat merayu,tolong jangan pergi universiti dengan perut kosong.Tolonglah dengar nasihat terakhir saya ni walaupun awak dah tak suka saya.Dan untuk pengetahuan awak Minjie,saya rasa saya dah mula sukakan awak Minjie. Saranghae:)
From:Mr Hantu
"J-JOSHUA!!"
Minjie terjelopok di atas lantai.Nota di tangannya digenggam erat.Air mata mula mengalir deras di pipi mulusnya.
"ANDWAE!JOSHUA JANGAN PERGI!" Minjie meraung sekuat hatinya.Hidupnya terasa gelap sekelip mata.
"Joshua?Awak kat mana?"Minjie mencari di pelosok bilik namun kelibat Joshua tidak kelihatan.
Tidak berpuas hati,bilik sebelah yang merupakan bilik Joshua diterjahnya. Keadaan bilik itu normal dan seperti tidak diduduki dengan keadaan cadar yang elok dan suasana bilik yang kemas dan teratur.
"Joshua awak kat mana..."suara lirih Minjie diiringi air matanya yang kian melebat. Langkah dituju pula ke tingkat bawah.
Tiada.Joshua sudah tiada dalam rumah tersebut.
"Joshua!!"
Minjie menangis semahunya.Dia menyembamkan wajah ke meja makan yang di atasnya terletak elok sepinggan jjajjangmyeon yang disediakan Joshua untuknya.
Tolonglah bagitahu dia yang semua ni mimpi.Tolonglah bagutahu dia yang semua ni hanya ilusi.Kalau masa boleh diundurkan,dia takkan tengking Joshua pagi tadi dan semestinya Jsohua masih ada dengan dia sekarang,di sisi dia. Bergelak ketawa dengan dia.Bergurau senda dengan dia.
"Tolong balik semula Joshua...."Minjie merayu namun itu hanya sia sia.Kelibat Joshua tetap tidak kelihatan.
Kepala yang pening dan keadaan badan yang penat tidka dihiraukan.Yang dia tahu dia nak Joshua kembali semula ke rumah tu.Dia nak tengok wajah Joshua, tengok senyuman dia,dengar suara dia dan kalau boleh,sekarnag ni Minjie nak peluk dia dan merayu supaya jangan pergi.
Tapi dia tahu semua tu tak mungkin sebab Joshua dah pergi.
Joshua dah tinggalkan dia.Tinggalkan Jeon Minjie.
"Joshua....n-nado s-sarangh-hae"ikhlas dari hatinya,ungkapan cinta diungkapkan khas untuk Joshua yang selama ini hanya bergelar chingu buatnya.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top