12
"Dah lambat dah.."Minjie menggumam sambil tangannya laju mencapai beg dan barang yang ingin dibawa ke kelas.
Minjie bangun agak lambat hari ni. Mungkin sebab kesan dia menangis semalam.
Dia segera keluar dari bilik tidurnya yang bersepah.Katilnya langsung tidak dikemas,baju tidur berada di atas lantai dan suis kipas yang tidak ditutup.
Minjie menuruni tangga dan lantas ke pintu rumah sebelum menyarung kasut.
"Alah!Kunci kereta pulak!"Minjie mendecit.Dia kembali masuk ke dalam rumah.
"Awak cari ni ke Minjie?"
Minjie memandang susuk tubuh di hadapannya.Joshua sedang memegang kunci keretanya sambil tersenyum.
"Hmm"Minjie menjawab malas dan memandang ke arah lain.
"Makanlah dulu Minjie.Nanti awak sakit.Fokus pun tak boleh"ujar Joshua sambil menggenggam kembali kunci kereta Minjie.
"Tak nak.Bagi je kunci tu"ujar Minjie dingin.Dia langsung tidak menghiraukan Joshua.Malah,memasang wajah datar dan beku.
"Makanlah dulu.Tak lama pun"Joshua masih cuba memujuk Minjie walaupun hati dia dah cukup sakit diperlakukan begitu.
Dari semalam dia diabaikan.Siapa je tak terasa?
"Saya dah lambat"dengan pantas Minie merampas kunci kereta di dalam genggaman Joshua senelum menuju ke pintu rumah.
Joshua yang terkejut pantas mencapai lengan Minjie membuatkan Minjie berhenti melangkah.
"Awak ada masalah ke Minjie?Kenapa tak bagitau saya?"ujar Joshua sayu.Minjie di hadapannya kini bukan lagi Minjie yang dia kenal selama ni.
Minjie memalingkan wajah sambil mencerlung tajam ke arah Joshua.
"Kau nak tahu sangat kan apa masalah aku?"ujar Minjie kasar.Lengannya yang digenggam Joshua direntap kuat.
"Kau tu masalah aku!"Minjie berlari keluar dari rumah sebelum kedengaran pintu kereta ditutup kuat dan kereta milik Minjie dipandu laju keluar dari perkarangan rumah.
Joshua hanya mampu melihat tingkah laku agresif Minjie.
"Kenapa awak jadi macam ni Minjie?" Joshua terduduk di sofa dan meraup wajahnya sebelum tangannya tersentuh pipi yang basah.
Joshua tunduk memandang ke bawah sebelum beberapa titis mutiara jernih gugur mengenai lantai.
^^^
Minjie menekup wajahnya pada stereng kereta sebelum menangis teresak esak. Air mata dia tak berhenti mengalir sejak dia tinggalkan rumah tadi.Dirinya yang sudah lambat ke universiti tidak dihiraukan.
Yang dia tahu,dia cuma nak menangis. Menangis sepuas hati.
Kenapa dia sedih bila tengok wajah Joshua tadi?
Kenapa hati dia pedih bila dia tengking Joshua?
Kenapa air mata dia mengalir lepas apa yang dia buat?
Pinn!
Minjie tersentak.Dia mengangkat wajah dan baru sedar lampu isyarat sudah bertukar hijau.Dia segera mengelap sisa air mata di pipi sebelum memandu kereta ke universiti.
"Fokus Min"dia cuba menumpukan perhatian terhadap pemanduan walaupun sambil berusaha mengusir bayangan wajah Joshua di mindanya.
Apa yang penting sekarang,dia kena selamat sampai di universiti.
"Minjie!"
Minjie yang termenung di salah satu kerusi di dalam dewan kuliah itu berpaling memandang Dahyun.
"Hmm?"
Danhyun memandang Minjie pelik.Dia nampak muka Minnie monyok.
"Kau ok Min?"Dahyun memandang Minjie yang asyik menggosok matanya.
"Ok.."
"Kau nangis ke Min?"Dahyun memusingkan badan Minjie menghadapnya. Dia dapat melihat dengan jelas mata Minjie yang merah dan sembap.
"Taklah"Minjie mencapai nota di atas meja dan pura pura membacanya. Nasiblah prof dia tak datang harini.Kalau tak hanislah dia.
"Kau ada masalah ke Min?Kenapa tak bagitahu aku?"
Minjie tersentak.Ayat Dahyun sama macam Joshua.Matanya kembali panas tapi dia tahankan saja air mata yang ingin mengalir keluar.
"Min?"Dahyun menyentuh bahu Minjie perlahan menyedarjan dia daripada lamunan.
"Ha ye?"
"Ish kau ni.Aku tanya kau ada masalah ke?Jangan cakap takde sebab aku tahu kau tipu"Dahyun memeluk tubuh sambil memandang Minjie.
Minjie cuba mengukir senyuman walaupun payah.
"Semalam aku layan movie sedih.Tu yang aku nangis sampai pukul 2 pagi.Sebab tu muka aku nampak sedih hari ni"
Dahyun mengohkan sahaja sebelum mencubit lengan Minjie.
"Kau buat aku risau tahu?Pleaselah Minjie jangan buat macam ni lagi" Dahyun membuat muka masam.
"Ha yelah"Minjie sedaya upaya mengukir senyuman.
"Min,kita stay kat u harini boleh?" Dahyun mencuit cuit bahu Minjie.
"Nak buat apa?"
"Alah aku saje je nak study dengan kau. Bukan study mana pun,lepak relaks gitu je"Dahyun tersengih sengih.
"Hmm okeylah.Aku on"Minjie kembali menatap nota di tangan.Sekurang kurangnya takdelah cepat sangat nak balik hadap Joshua nanti.
"Mianhae Joshua.."tanpa sedar, mulutnya menyebut kata maaf ikhlas buat Mr Hantunya.
Saya udah bosan menghadap ff yang hambar yini.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top