15
[Misi Hancurkan Hati JJK]
Amaran
Babak imbas kembali dengan tapisan umur 15 tahun ke atas.
----
Jungkook menarik brek tangan. Pintu kereta dibuka dan langkahnya longlai menuju ke dalam rumah.
Rumahnya yang sunyi sepi tanpa kehadiran keluarga tersayang semakin menambahkan rasa sedih di hati Jungkook.
Lelaki itu melangkah masuk ke dalam bilik tidur. Dia mengambil keputusan untuk menuju ke dalam bilik air. Pili air tab mandi dibuka sehingga habis.
Butang baju kemeja dibuka sehingga habis. Jari-jemarinya laju menanggalkan baju tersebut.
"K-kenapa kau buat aku macam ni Yoon? Aku dah tergila-gilakan kau. Adakah n-nasib aku akan sama dengan ayahku sendiri?"
Tangannya terketar-ketar menutup pili air. Jungkook masuk ke dalam tab mandi. Seluruh badannya direndam ke dalam air panas itu. Kepalanya disandar lemah di hujung tab mandi.
"Kau berjaya pikat hati aku Park Hae Yoon. Kau bijak."luah Jungkook sambil matanya memerhati segenap ruang bilik mandi.
Kelopak matanya hampir tertutup. Fikirannya sudah terbang menuju ke kenangan bulan lepas.
Kenangan di mana Park Hae Yoon berjaya memikat hatinya yang kebal dari cinta.
---
Throwback sebulan yang lalu.
Selepas sesi luahan perasaan oleh Jungkook kepada Hae Yoon di tempat lepak kegemarannya, hubungan antara mereka semakin erat.
Dalam diam, perasaan Jungkook terhadap Hae Yoon mulai mekar. Perasaan gadis itu pula?
Perasaan kasihnya kepada Jungkook hanya penuh kepura-puraan.
Tipu jika dia mengaku dia tidak tersentuh hati dengan layanan Jungkook.
Namun, misi yang dijanjikan pulangan wang lumayan daripada Taehyung membutakan Hae Yoon daripada melayan Jungkook secara tulus dan ikhlas.
(Di dewan kuliah)
Aku merenung Jungkook dalam diam. Wajah kacaknya membuatkan hati aku gembira melihatnya.
Wajah serius Jungkook menjentik perasaanku sejak dari tadi. Tangannya fokus mencatit jalan pengiraan tugasan yang baru diberi oleh Puan Oh.
"Jungkook..jeon Jungkook."aku bisik namanya berulang kali di telinga lelaki itu. Keningnya berkerut kerana fokusnya untuk menyelesaikan tugasan sudah terganggu.
"Nak apa kawan baik aku yang cantik lagi gojes ni?" Usik Jungkook tetapi anak matanya masih tertumpu kepada kertas yang sudah penuh dengan contengan.
"Saya nak awak. Nak kasih sayang awak, Kook!"ujarku manja. Sengaja ingin menggoda perasaan lelaki itu.
Riak mukanya masih kosong dan langsung tidak terusik dengan kata-kataku. Jungkook menyambung semula tugasannya.
"Kau silap makan ubat eh , Cik Yoon?"rungut Jungkook.
Aku tidak menunggu lama. Hatiku sendiri dapat merasakan si Jeon ni dah menyimpan perasaan terhadap diri aku.
Lebih baik cepat bertindak daripada terlambat . Itu lebih baik kan?
"Cepatlah Tae. Do it now!"gumam mulutku perlahan ke arah Taehyung.
Taehyung menganggukkan kepala dan menunjukkan simbol ok. Terukir senyuman sinis di bibirnya.
Taehyung mara ke arah tempat duduk aku dan Jungkook. Lenganku ditarik kasar dan tubuh badanku terus rapat ke badannya.
Telinga aku menangkap bunyi pensel yang dipegang Jungkook jatuh di bawah meja.
"Dia marah tak..ada tanda-tanda dia jealous?"ujarku kepada Taehyung. Taehyung mengangkat kening tanda seronok dan menyelak rambutku ke belakang.
Satu ciuman dihadiahkan Taehyung di pipiku sebelum rakan baikku beredar pergi meninggalkan kami berdua.
"Tak guna kau, Kim Taehyung."aku memaki Taehyung dalam diam. Kepalaku menoleh memandang Jungkook.
Jungkook meletakkan pensel di atas meja. Dia segera bangun tanpa berkata apa-apa. Riak wajahnya dingin dan matanya mencerlung tajam memandang Taehyung dari jauh.
"A-awak nak pergi mana, Jungkook. Tetiba aje ni.."
Jungkook merentap pergelangan tangannya daripada genggaman aku dan melangkah pergi dari dewan kuliah.
---
Laju Jungkook menghayunkan langkah meninggalkan Hae Yoon yang sedang gigih mengejarnya.
Telinganya terasa begitu panas ketika itu apabila suara Hae Yoon tidak putus-putus memanggil namanya.
"Aku bagi amaran. Aku rasa nak mengamuk teruk. Lebih baik kau jangan ikut Yoon."
Amaran Jungkook tidak diendahkan oleh gadis itu. Dia tetap berdegil hendak mengikuti Jungkook.
Jungkook mengepal penumbuk untuk menahan perasaan pelik yang berterusan mengganggu hatinya pada waktu itu.
"J-jungkook..!"
Tubuh badan Hae Yoon ditarik untuk memasuki satu dewan kuliah yang kosong.
Seperti babak klise dalam drama, Jungkook menolak tubuh badan Hae Yoon ke dinding.
Pergerakan gadis itu dimatikan dengan kedua-dua tangannya menahan bahu Hae Yoon daripada melarikan diri.
"Yoon, hati aku rasa panas. Hati aku tak tenteram. Aku tak mampu izinkan lelaki lain sentuh kau. Perasaan kawan baik macam ini ke? A-aku buntu Yoon."luah Jungkook dengan nada yang keliru.
Halkumnya bergerak menelan air liur yang terasa kesat. Bibir Hae Yoon seakan menjadi magnet kepada mata Jungkook untuk memerhatikannya begitu lama.
Tak termasuk lagi, degupan jantung lelakinya yang kian menggila.
"Apa semua ni , Yoon?"
Soal Jungkook sambil tangannya menarik telapak tangan Hae Yoon untuk merasai degupan jantungnya yang tidak stabil.
"Orang kata ini..c-cinta Jeon Jungkook."
Balasan daripada Hae Yoon menjadi satu dorongan untuk Jungkook bertindak mengikut kata hati.
Tangannya bergerak ke leher Hae Yoon. Lantas, wajah gadis itu didekatkan serapat mungkin.
Bibir mereka saling bersentuhan.
Hati mereka saling berbicara melalui sentuhan bibir masing-masing.
Bibir Hae Yoon mengukir senyuman sinis. Jarinya membelai pipi Jungkook apabila bunyi desahan nafas lelaki itu semakin kuat.
Gadis tamakkan wang itu terlalu gembira.
Disebabkan Jungkook sudah tunduk ke dalam perangkapnya.
-End of throwback-
---
Jungkook membuka kelopak matanya seluas mungkin.
Dia tergelak sedih. Kenangan lama terlayar kembali di kotak fikiran.
"Kau memang bodoh, Jeon Jungkook. Dah tahu Hae Yoon kaki penipu. Kau gedik nakkan dia. S-sekarang merana."ujar Jungkook sendirian.
Air yang terkumpul di tab mandi sudah sepenuhnya membasahi badan Jungkook. Diambil sedikit air dan air tersebut disapu kasar di permukaan bibirnya.
"Aku tahu semua rancangan kau Hae Yoon. Kau dan misi hancurkan hati , 100K dan Taehyung. A-aku tahu semua tu. Apa aku buat? Aku jadi bodoh."
Dia merapatkan muka ke lutut. Badannya yang sudah basah lencun tidak dihiraukan.
Esak tangis Jungkook memenuhi ruang bilik air.
🎮
A/N: Komen anda? Terima kasih atas sokongan, votes dan komen.
---
Sedikit preview short story sempena birthday Jimeng. Akan dipublish pada petang ahad.
Eng : Game of Seduction
Malay : Permainan Godaan
Short story. Suka?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top