14
Scarlett setia menemani Jungkook di bilik itu.Kadang kala dia berfikir kenapa lelaki sebaik Jungkook perlu pergi dari hidupnya buat selama-lamanya.
Kata-kata Naera bermain difikirannya.Dia cakap dia kena bersedia jika Jungkook pergi bila-bila masa sahaja.
Sejujurnya dia belum bersedia lagi untuk kehilangan Jungkook.
"Jungkook,saya terima kalau awak nak pergi dari dunia ni.At least awak tak tanggung kesakitan awak tu sendiri"
"Kalau lah sakit awak tu dapat dipindahkan dekat saya.Mungkin sekarang ni awak tengah tersenyum macam selalu"
"Mungkin kita tidak ditakdirkan untuk bahagia di dunia ni.Tapi saya janji yang saya akan sayang dan cinta awak macam awal pertama kita jumpa"
"Saya rela Jungkook.Saya rela.Kalau itu buatkan awak tenang" Dia mencapai dan menggenggam erat tangan berurat Jungkook yang sejuk sebelum dia kucup dengan lama.
Mungkin dia akan rindukan semuanya tentang Jungkook.
Perlahan-lahan mata Jungkook terbuka dan orang pertama yang dia lihat ialah Scarlett.
Scarlett hanya tersenyum pahit.
"Sayang,saya nak pesan sebelum saya tidur buat selamanya.Terima kasih sebab terima saya yang sakit dan jaga saya yang sakit ni.Jadikan saya sebagai teman lelaki walaupun saya ni tidak sempurna.Maafkan saya sebab tak dapat tunaikan permintaan nak kahwin dengan awak.Ingat,walaupun jantung saya dah berhenti berdegup tapi nama awak tetap akan ada di hati saya.You're my first and last.Saya nak awak tahu yang awak lah perempuan yang buat hati lelaki saya ni akan berdegup untuk awak seorang je.Walaupun nanti awak akan ada pengganti,saya tetap sokong awak.Jaga diri,makan dan jaga hati awak.Pilihlah lelaki yang jauh lebih baik dari saya.I love you Scarlett Kim" Jungkook mengucup dahi Scarlett.
Sebelum nafas Jungkook terhenti dan
TIT TIT TIT TITTTT--------
Scarlett menekan butang merah yang terletak di sisi katil.Dia mengucup dahi Jungkook untuk kali terakhirnya.
"Selamat tinggal sayang.Tidur dengan tenang.I love you very much"
Pintu itu dirempuh oleh doktor dan diikuti juga dengan jururawat. Naera pun berada di situ.
Jururawat mula memeriksa denyutan nadi Jungkook.Dan memberi isyarat mata kepada doktor.
Doktor itu menghela nafas.
"Pesakit kanser hati Jeon Jungkook telah disahkan meninggal dunia pada jam 3 petang"
Naera memeluk erat Scarlett yang hanya diam.Menangis mengeluarkan air mata. Diikuti Naera.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top