20

"Aku takut..." aku menoleh kearah Taeyong yang berada disebelah aku. Tangannya aku genggam erat. Jantungku berdetak laju daripada tadi, resah setiap kali aku memikirkan tentangnya.

Tetapi pada kali ini dia sudah berdiri di hadapannya sekarang. Fikiran aku kuat mengatakan aku perlu berpatah balik. Aku tidak perlu pergi ke sana. Aku tidak mahu. Segala pemikiran aku tadi berubah apabila aku sudah menjejakkan kaki di hadapan bilik rawatan di universiti aku duduki sekarang.

Telah dua tahun berlalu sejak kejadian itu berlaku. Sepanjang dua tahun itu juga aku dapat merasakan diri aku mula bertambah baik dengan kehadiran Taeyong di dalam hidup aku. Walaupun hanya sedikit, tetapi aku sudah tidak merasakan diri aku diabaikan.

Dia sering memberikan perhatian terhadap aku. Dia bersama dengan aku setiap kali pemikiran negatif menguasai diri aku. Dia juga yang menghalang diriku daripada menyakiti diri sendiri berkali-kali.

"Aku ada dengan kau." Taeyong mengemaskan genggaman tangannya pada aku dan menarik aku masuk ke dalam pelukannya. Aku merehatkan kepala aku pada dadanya dan melingkarkan tangan pada pinggangnya. Aku melepaskan keluhan berat.

Sekurang-kurangnya dia membantu aku menenangkan diri. Aku tidak boleh berpatah balik semula. Aku sudah tidak mahu membiarkan diri aku kesakitan lagi.

"Aku tunggu kau Hyun." lelaki itu tersenyum manis.

Taeyong melepaskan pelukan itu dan tersenyum manis pada aku, dia cuba memberikan kekuatannya pada aku. Aku membalas senyumannya nipis dan mula melangkah masuk ke dalam bilik rawatan itu.

"Be brave for yourself."

The End.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top