29

Lelaki Upahan | KTH

Bab 29
---
A/N: Terima kasih untuk 9K Votes 💖

OST: I Love You, Kim Taeyeon
[Untuk bab ini]

Segalanya bertukar pilu. Bunyi mesin pernafasan jelas kedengaran di dalam ruang bilik hospital itu.

Seorang lelaki sedang terbaring lemah di atas katil yang terletak di tengah-tengah ruang bilik.

"T-taehyung, tolong bangun. Dah seminggu awak tak bangun. S-saya rindu awak teramat sangat."luah Min Jung.

Beberapa hari Min Jung tidak mampu tidur lena. Gadis itu hanya mampu menatap tubuh badan Taehyung yang masih tidak sedarkan diri.

Airmatanya ternyata sudah kering. Shin Min Jung meletakkan jarinya perlahan di atas pipi milik Taehyung.

"T-tolong bangun Inspektor Kim. Please."

Tindakannya terhenti apabila bunyi mesin pernafasan memberi tanda amaran.

Kadar denyutan jantung Kim Taehyung semakin menurun. Min Jung terus menekan butang kecemasan. Air mata yang turun semula membasahi pipinya.

"Awak j-jahat Kim Taehyung. Saya nak awak bangun. T-tapi bukan seperti ini."

Doktor dan jururawat bertugas bergegas masuk ke dalam bilik untuk memeriksa keadaan Taehyung.

Min Jung yang menunggu dari luar menjadi tidak keruan. Badannya melurut jatuh ke bawah lantai. Gadis itu terus  terbaring tidak sedarkan diri kerana tekanan perasaan yang begitu besar dihadapinya pada ketika itu.

---

Aku menelan air liur yang terasa amat perit sekali. Kelopak mataku terbuka secara drastik. Dengan pantas, tangan aku menolak kasar selimut tebal yang membaluti badan.

Tubuhku tidak terasa hangat. Hanya kedinginan sahaja yang meresap ke kulit.

"Kim T-taehyung! Saya nak jumpa dia. Dia baik-baik sahaja kan?"ujarku dengan nada yang kuat.

Hatiku menjadi kacau-bilau pada saat itu. Imej Taehyung yang sedang bertarung nyawa di atas katil hospital sebelum ini menyebabkan aku menjadi tidak terkawal.

Tanpa berfikir panjang, kakiku ingin melompat turun dari katil. Namun, pergerakanku sempat dihalang oleh seseorang.

"Kau masih tak stabil, Min Jung. Tarik nafas dan bertenang dulu. Aku nak kau berehat. J-jangan paksa diri."arah seseorang.

Mataku menjeling ke arah kanan. Susuk tubuh Jungkook yang sedang memaut pergelangan tanganku kelihatan di hujung mata.

"Tapi saya nak tahu keadaan Abang Tae. Tolong lepaskan s-saya."

Giliran Jimin pula menarik aku ke dalam pelukannya yang erat. Semakin erat pelukan Jimin apabila badanku meronta-ronta minta dilepaskan.

"Min Jung, aku harap kau tabahkan diri. Kim Taehyung..disahkan meninggal dunia tepat pukul 4 petang tadi. Semasa kau pengsan, abang kau dah tiada."

Tubuh badanku serta-merta kaku dalam pelukan Jimin. Aku dapat rasakan bahuku dipaut kemas oleh Jungkook.

"Lepaskan s-saya. Saya nak lihat wajah abang Tae. Sekarang juga."

Jari-jemari Jungkook menyeka air mata yang mengalir dari mataku. Jimin pula membalas dengan gelengan kepala.

"Diorang dah bawa abang kau pergi. Kau t-tak sempat jumpa dia Min Jung. Kami minta maaf."tutur Jimin dengan nada sayu.

Lututku menjadi lemah semula. Kepala aku sandar di dada Jimin. Segala kesedihan yang terkumpul di jiwa aku lepaskan tanpa menghiraukan pandangan daripada kedua orang sahabat baikku.

Kau jahat Kim Taehyung. Kau tinggalkan aku.

Tanpa sempat aku menuturkan kata-kata penghargaan betapa beruntungnya kau di sisi aku sebagai lelaki upahan.

Taehyung, tiada selamat tinggal mampu aku titipkan buat masa sekarang.

Bagi aku , semua ini bukannya mudah untuk diterima akal fikiran.

Kerana kau begitu sanggup pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada aku terlebih dahulu.

A/N:

3 orang pembaca bertuah saya akan beritahu sedikit babak akhir untuk story ini pada jam 1 pagi.

Stay tuned.

Nanti cuba check dm anda.

Terima kasih atas komen-komen yang diletakkan di message board saya. 

" Anda suka bab kali ini?"

---


"Maafkan aku kerana tinggalkan kau keseorangan. Walau di mana pun kau berada, jangan lupakan aku ye?"


-Kim Taehyung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top