28

Lelaki Upahan |KTH

Bab 28
👫


A/N: Terima kasih untuk 25k reads dan 8k votes setakat ini. Anda terbaik . ♥

👫

Aku menarik nafas lega apabila suara yang sangat dikenali muncul secara tiba-tiba.

Aku fikirkan Taehyung sudah cedera begitu teruk. Ternyata andaian aku tersasar jauh.

"Jatuhkan kapak tu dan jauhkan diri daripada Cik Shin Min Jung. Sekarang juga!"arah Taehyung kepada pembunuh itu.

Cengkamannya pada lengan aku dilonggarkan. Lelaki itu terus memusingkan badan untuk menghadap Kim Taehyung.

Wajahnya dihiasi riak wajah sinis. Bibirnya mengukir senyuman sumbing.

" T-taehyung, please . Saya tak nak a-awak cedera. Argh s-sakit lah syaitan!"jeritku lantang. Rambut panjangku dicengkam sekali lagi.

Kali ini sakitnya terasa begitu memedihkan. Terus aku memejamkan kelopak mata agar kesakitan itu cepat hilang.

--
"Kalau aku tak nak? Apa kau nak buat Inspektor Kim? Sayang sungguh kau dekat dia ni. Girlfriend nampaknya ni."ujar suspek pembunuhan itu.

Dia segera menolak tubuh badan Min Jung ke tepi sudut bilik. Lelaki itu terus menerpa ke arah Kim Taehyung.

Satu lawan satu.

Kekuatan si pembunuh itu membuatkan Taehyung hampir hilang kawalan. Lengannya dan belakang badannya sudah penuh kesan luka akibat dikapak oleh si pembunuh tersebut.

Namun, demi keselamatan Min Jung, Taehyung mengagahkan diri. Dengan berbekalkan tindakan licik dan pantas, tangan Taehyung berjaya menepis kapak yang digenggam oleh lelaki itu.

"Kau serahkan diri aje. Jangan rumitkan keadaan lagi!"

Amaran Taehyung langsung tidak berbekas di hati pembunuh itu.

Tanpa Taehyung sedar, pembunuh keluarga Min Jung sudah bertindak dalam diam.

Pistol yang disorokkan di sebalik pinggang ditekan rapat ke dada Taehyung.

"Kau pilih sekarang. Aku bunuh Min Jung atau aku bunuh kau. Choose."

Taehyung mendecit kegeraman. Matanya mengisyaratkan agar Min Jung segera melarikan diri daripada tempat kejadian.

Min Jung bangun dengan langkah yang perit. Sempat dia menghantar renungan terakhir untuk Kim Taehyung.

"T-taehyung, tolong jaga diri awak."tutur Min Jung sebelum gadis itu mula mengangkat kaki untuk melarikan diri.

Taehyung menganggukkan kepala. Tangannya mengacu pistol di kepala penjenayah paling dikehendaki itu.

Matanya sedikit berair. Pesanan daripada Min Jung sebentar tadi benar-benar membuatkan hati lelakinya dilanda resah.

Kali ini dia nekad. Suspek sudah berada di depan mata. Dia perlu bertindak segera yang mungkin.

"Kau serahkan diri. Aku bagi peluang untuk kali terakhir. Kalau tak..aku tarik picu ni. Otak kau berkecai."ugut Taehyung.

Matanya menjeling pula pistol yang ditekan di dadanya.

Gelakan sinis meletus keluar dari mulut si penjenayah gila itu. Pistol yang berada di dalam genggaman ditekan lebih dalam ke dada Taehyung.

"Aku nak kita berdua sama-sama mati. Kau tarik picu. Aku pun tarik. Boom. Dua-dua tak dapat Min Jung. Baru settle."

Taehyung merengus kasar. Tangan kirinya mencengkam leher pembunuh itu dengan kuat.

Bunyi siren yang kedengaran di luar rumah menyebabkan suasana menjadi kelam kabut.

"Aku tak akan menyerah diri. Tak akan sesekali, Inspektor Kim."

Pembunuh kejam itu melepaskan tembakan ke dada Taehyung. Serentak dengan itu pula, tembakan tepat menembusi kepalanya.

Jasad si pembunuh itu terkulai lemah di atas lantai. Taehyung menekan dadanya yang sudah terisi sebutir peluru.

"M-minjung, maafkan aku. Maafkan aku kerana mungkir janji."ujar Taehyung sebelum dia tersandar lemah di dinding.

Telapak tangannya ditekap ke atas dada yang sudah basah dengan darah. Badan Taehyung melurut jatuh ke atas lantai.

Pistol yang berada di dalam genggaman terlepas jatuh ke bawah lantai. Kim Taehyung terbaring kaku di depan pintu bilik Shin Min Jung.

Nafasnya menjadi tidak stabil. Degupan jantungnya semakin lama semakin menurun.

Wajah sayu Min Jung muncul dalam fikirannya pada ketika itu. Beberapa saat kemudian, kelopak mata Taehyung sudah mula terkatup rapat.

"Suspek utama pembunuhan keluarga Shin dikesan sudah meninggal dunia. Inspektor Kim pula disahkan cedera parah di bahagian dada. Kemungkinan untuk selamat adalah tipis. Bantuan penyelamat menyusul sebentar lagi. Roger that."

Sekumpulan polis dan penyiasat mengerumuni lokasi kejadian. Tangisan dan raungan Min Jung memecahkan suasana sepi.

Gadis malang itu sudah tentu tidak mampu menerima pemergian seorang lagi insan yang disayanginya.

Taehyung, kau selamat kan?

A/N:

Bab 28 ni okay tak?

Kotak tisu sediakan siap-siap.

Bab seterusnya saya tak jamin anda akan senang duduk.

Fuh.

Selamat malam 🐒

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top