22

Lelaki Upahan | KTH

Bab 22

Aku sendiri hanyut dengan sentuhan bibir Taehyung yang sememangnya begitu hangat dan menggoda.

Taehyung menghentikan pergerakan bibirnya. Mukanya dijauhkan sedikit untuk melihat wajahku yang sudah merah.

"Maafkan aku. Aku tak dapat kawal diri untuk rasmikan bibir kau buat kali kedua. Rasa rindu."

Taehyung menuturkan kata-katanya sambil matanya tidak terlepas daripada merenung anak mata aku dalam-dalam.

"Awak s-suka saya ke, abang Tae?"soal aku dengan nada berbisik. Perasaan malu sudah menguasai diri.

Aku gagahkan diri juga untuk berlawan pandangan dengan Kim Taehyung.

Mustahil kan lelaki sedingin ais itu mampu terpikat dengan budak mentah seperti aku.

Bunyinya kedengaran sangat tidak logik.

Taehyung menyembamkan muka di bahu aku. Haruman badannya membuatkan aku terkesima.

Aku membiarkan sahaja perlakuan lelaki itu.

"Aku suka kau, Shin Min Jung."

Kelopak mata aku kedip berulang kali untuk menahan gelodak rasa di hati. Tipu jika aku katakan tidak suka dengan perkhabaran mengejut dari Taehyung.

Bagaikan seorang manusia bertuah yang memenangi loteri, aku tersengih memandang wajah Kim Taehyung.

"Saya s-suka awak juga, Kim Taehyung."

Jawapanku dibalas dengan senyuman manis yang diukir Kim Taehyung.

Dia menarik tangan aku lalu menggengamnya erat.

"Tapi aku nak kita rahsiakan hubungan kita daripada pengetahuan semua. Di dalam rumah sahaja. Di luar, kita tak boleh tunjuk. Boleh?"soal Taehyung.

Aku mengangguk tanda setuju. Dengan kekoknya aku meletakkan tangan di atas rambut lelaki tersebut.

"Terima kasih abang Tae. Sudi terima Min Jung."

-----

Aku duduk menunggu di ruang tamu. Tidak sabar menanti kehadiran Jimin dan Jungkook.

Mereka berdua berjanji untuk datang ke rumah aku untuk kali kedua bagi menyiapkan baki tugasan berkumpulan.

Mata aku dalam diam menjeling kelakuan Kim Taehyung. Lelaki itu sibuk menyiapkan laporan yang diminta oleh ketua siasatan.

Sekali-sekala dahinya berkerut. Air coklat panas yang dibancuh aku dihirupnya dengan perlahan.

"Jeling je kau tahu? Aku kiss baru kau nak bertaubat Min Jung."

Ugutan yang datang daripada Kim Taehyung membuatkan aku kecut perut.

Segera aku mengalihkan pandangan ke kaca televisyen.

Sejak-sejak dah sedar perasaan diri sendiri, makin kerap si Taehyung ni nak kiss.

Seram rasa di hati.

-----

Bunyi loceng yang kedengaran membuatkan Min Jung segera menuju ke pintu.

Kim Taehyung bangun membuntuti langkah gadis itu seperti biasa bersama pistol yang sentiasa tersisip kemas di pinggang.

"Sekejap. Aku check keadaan dulu."ujar Taehyung. Tangan kanannya menolak lembut Min Jung untuk beredar ke arah tepi.

Pintu dibuka sedikit. Suara riang sahabat baik Min Jung iaitu Jimin dan Jungkook menyapa pendengaran mereka berdua.

"Hai Min Ju-"baru sahaja Jimin ingin menjerit nama sahabat baiknya, wajah Taehyung terpacul di hadapan mata.

"M-maaf abang Tae. Kami datang bawa hajat. Nak siapkan tugasan dengan Min Jung. Duedatenya esok."

Terketar-ketar Jungkook mengaturkan bicara yang keluar dari mulutnya.

Raut muka garang Taehyung terus mematikan keseronokan kembar Jikook itu.

"Korang berdua tunggu sekejap. Aku nak cakap dengan Min Jung."

Pintu rumah ditutup sebentar. Taehyung menolak badan Min Jung agar gadis itu tersandar di pintu.

Telapak tangan Taehyung masih terletak di tombol pintu.

Manakala, tangan kirinya mematikan pergerakan Shin Min Jung.

"Siapkan tugasan kau dengan diorang. Bukannya main-main, berseronok bagai. Jangan bagi abang Tae kau ni marah. Okay?"pesan Taehyung.

Aku menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan suara sedikit pun. Secebis kekuatan aku kumpul untuk berhadapan dengan lelaki itu.

"Good girl."

Taehyung puji. Satu ciuman pantas dihadiahkan ke pipi kanan aku.

Tombol pintu dipulas. Jimin dan Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah.

Kedua-dua orang lelaki periang itu menerpa ke arah aku.

Aku menoleh sebentar untuk melihat kelibat Kim Taehyung yang baru sahaja berlalu pergi.

Lagaknya bersahaja. Senyuman menyenget menghiasi bibirnya.

Sengaja kau menggoda aku dalam diam, Kim Taehyung.

A/N:

Amboi banyaknya likes dan komen untuk chapter lepas.

Hahahaha.

Insha Allah bab-bab yang akan datang saya tak akan bagi korang duduk senyap.

Ssh. Lelaki Upahan akan beraksi 🌚

"Thank You. Story ini dah cecah 4K Votes yuuu alls" ♥



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top