↳ sepuluhhh ✧
(disyorkan bukak lagu yang di recommend ya hshshssh)
Ka'ab al-Ahbar berkata,
"Sesungguhnya Allah menyegerakan kematian seseorang yang derhaka kepada kedua ibubapanya untuk menyegerakan seksa baginya. Dan Allah memanjangkan umur seseorang yang berbakti kepada kedua ibubapanya untuk menambahkan kebaikan baginya. Termasuk amal bakti kepada keduanya adalah memberi nafkah kepada mereka jika mereka memerlukannya."
Jungkook terus menekan punat off apabila dj radio bercakap begitu dan mengetuk stereng kereta berkali-kali.
Semakin hari semakin teruk kehidupannya, bekas isterinya, Ain melarikan diri dari syurga dan membuat report polis tentang pekerjaan Jungkook.
Dia seorang diri sahaja yang sempat melarikan diri, yang lainnya sudah diberkas oleh pihak polis.
Jungkook bermonolog...
Aku berdosa besarkah? Aku memaksa isteriku mendedahkan auratnya, aku membiarkan dia menjadi mangsa rogol oleh pekerja-pekerja di tempat kerjaku. Aku memaksanya menjadi pelacur.
Aku juga tidak solat, aku tidak mendoakan ibu bapaku, aku tidak memberi duit kepada ibuku, aku membuka aib ibuku.
Aku meninggikan suara. Aku melawan cakap ibu. Adakah nikmat yang Kau berikan selama ini kepadaku istidraj?
Aku lakukan semua ini demi wang. Demi mencari rezeki untuk aku makan minum. Ya Allah, aku banyak melakukan dosa sepanjang aku hidup dan langsung tidak bertaubat. Layakkah aku untuk masuk ke syurgaMu?
Aku harus pulang meminta kemaafan daripada ibuku.
Ain duduk termenung di buaian hadapan rumah ibu. Tenang sahaja cuaca dia kampung, tidak seperti di bandar. Sesak dengan kereta sana sini.
Tiba-tiba terlintas seseorang di fikiran Ain. Jungkook... bekas suaminya. Jungkook menceraikan dia dengan talak tiga dek kerana dia membuat report polis tentang kerja jahat Jungkook selama ini.
Dia bersyukur kerana dapat melarikan diri dari neraka itu dengan cara melompat keluar dari tingkap yang dikunci oleh Jungkook.
Hulaif dan ibu terkejut mendengar tentang pekerjan sebenar Jungkook begitu juga ibu ayah kandung Ain.
"Ada hikmah kenapa Tuhan jauhkan aku daripada dia dan mungkin inilah sebabnya"
" IBU!!! "
Humaira dan Ain terus menerpa ke bilik Hulaif setelah mendengar teriakan dia.
Mereka berdua berdiri kaku melihat Hulaif menangis teresak-esak memeluk jasad ibu di hadapannya.
" Ibu sejuk. Ibu dah tak de. Ibu dah pergi tinggalkan Hulaif. Sampai hati ibu pergi tak ajak Hulaif. Ibu, kenapa mungkir janji. Ibu cakap ibu akan tinggal dengan Hulaif.
Ibu tidur kan sebenarnya. Ibu! bangunlah! Jangan buat Hulaif macam ni! "
Hulaif menggoncang jasad tidak bernyawa itu berkali-kali manakala Ain terduduk mendengar apa yang keluar daripada mulut Hulaif.
Humaira mengusap bahagian belakang suaminya, Hulaif. Cuba untuk menenangkan Hulaif.
" Ibu.. ibu bangunlah! Hulaif nak ikut ibu jugak! Janganlah buat Hulaif macam ni! " Air mata Hulaif mengalir laju dan tidak berhenti.
-Flashback-
Hulaif meletakkan mangkuk yang diisi dengan bubur ke dalam dulang untuk diberikan kepada ibu.
Langkah diatur ke bilik ibu dan dulang tadi diletakkan di atas meja. Tirai bilik ditarik.
" Ibu ibu ibuuu. Good morning ibuku sayang. Ibu bangun ibu, Hulaif nak suap makan pagi untuk ibu ni"
Hulaif duduk di sebelah ibu dan memegang pergelangan tangan ibu. Dia menggelabah apabila dia tak dapat merasakan nadi berdenyut di tangan ibu.
Hatinya mula sebak. Dua jari dirapatkan dan diletakkan di bawah hidung. Deruan nafas tidak lagi dia rasakan. Air matanya mula menitis sedikit demi sedikit.
-End flashback-
Sebuah kereta mewah tiba di perkarangan rumah Hulaif.
" Wah, rindunya dekat rumah ni. Ada buat rumah terbuka ka? Ramainya orang! Meriah betul rumah " senyuman lebar jelas terukir di wajah Jungkook.
Dia menggalas beg berisi baju sambil bersalaman dengan orang kampung yang berada di situ.
Kasut dibuka satu per satu dan dia melangkah masuk ke dalam rumah.
" Assalamualaikum "
Hulaif, Ain dan Humaira memandang Jungkook. Air mata di wajah Hulaif dikesat dan Hulaif menerpa ke arah Jungkook lalu mencengkam kolar baju Jungkook.
" BUAT APA LAGI KAU DATANG SINI?! KAU TAHU TAK SEBAB KAU IBU MATI! IBU RINDUKAN KAU SAMPAI JATUH SAKIT! DASAR ANAK TAK KENANG BUDI! " kata Hulaif dengan nafas yang tidak teratur.
Jungkook mengerutkan kening, beg yang digalasnya dijatuhkan. Tubuh badan Hulaif ditolak ketepi kasar.
Dia memandang jasad yang dibalut dengan kain putih. Kain batik yang menutup wajah jasad itu diselak oleh Jungkook.
Air mata laju membasahi pipi dan dicium beberapa kali jasad itu.
" Ibu! Bangun ibu! Jungkook mintak maaf ibu! Kook banyak dosa dengan ibu! Kook derhaka dengan ibu! "
Dia memeluk erat jasad di hadapannya sambil menangis teresak-esak.
POV(Ain)
Dan aku sedar, tak semua kisah berakhir dengan kebahagiaan.
- T A M A T -
YES! TAMAT! tinggal epilog je ni ahahahah. MAAF ENDING HAMBAR HAHAHAHA KAU TUNGGU EPILOG NANTI !
tak baca epilog, kau takkan faham jalan cerita sebenar fanfic ni hehehe- kalau nak spoiler, tengok di igtv Instagram noss.
Instagram : Taehidungoreng, link ada di profile
-promote:
HONEYGGUKOO HAIII ! JEMPUT BACA LUCID DREAM BY HANA! DIA ADA PUBLISHED BUKU LAIN JUGAK! SO JEMPUTLAH BACA KARYA DIA YG LAIN HEHEHEEH❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top