↳ satuuu ✧

Jungkook melihat gadis yang berdiri di hadapannya. Cantik.

Tambahan pula,
anak mata milik gadis ini berwarna biru. Ya Allah, ciptaanMu sungguh cantik belaka.

" Encik? Encik? Encik nak order ke tak nih? " soalnya sambil menepuk meja makan. Jungkook mengerdipkan matanya beberapa kali dan melemparkan senyuman.

" Eh nak nak. Saya nak order air... " jawab Jungkook.

" Air MILOveyou ada? " jawab rakan Jungkook, Park Jimin. Jungkook tergelak sinis mendengarnya manakala gadis itu mengendahkannya.

" Saya nak AIRindusamayoulahsayang " kata Jungkook pada gadis itu seraya mengenyitkan mata kanannya.

" Encik berdua ini sebenarnya nak order atau tak? Sebab saya ada banyak lagi kerja yang nak kena buat tau "

Gadis ini mula meninggikan nada suaranya.

" Kerjakan saya sajalah. Nak tak? Saya bayar 2X ganda- " ayat Jimin tidak sempat dihabiskan dek kerana Jungkook memberi isyarat agar jangan menghebahkan pekerjaan sebenar mereka.

" Cukup! Kalau encik berdua tak nak makan encik berdua boleh bangun dan keluar dari kedai ni. Saya tak ada masa nak melayan orang macam encik berdua "

Jungkook dan Jimin bingkas bangun.

" Saya minta maaf kerana kami menyusahkan awak " balas Jungkook seraya mengajak Jimin pergi ke kedai makan yang lain.

" Kenapa Ain? Depa kacau hang ka? " soal Aseken, rakannya.

Ain menggeleng.

" Tak ada apalah. Jom arh sambung buat kerja "

Aryan Hulaif, abang kepada Jungkook menolak ibunya yang duduk di kerusi roda ke ruang tamu rumah.

Hulaif menghentikan kerusi roda dan mengangkat ibu duduk di kusyen.

" Hulaif " kata ibu dengan nada yang perlahan .

" Ya, ibu " jawab Hulaif ringkas sambil melipat semula kerusi roda.

" Ibu rindu Jungkook "

Pergerakan Hulaif terhenti tatkala mendengar nama adiknya disebut.

Hulaif duduk melutut di hadapan ibunya sambil mengusap lembut kedua tangan ibu.

" Yer, Hulaif tahu tapi nanti Jungkook balik lah tu. Ibu tunggu ya. Jungkook mungkin terlalu sibuk mencari rezeki halal untuk kita sekeluarga di Kuala Lumpur. Ibu tolong faham situasi Jungkook ya? "

" Tapi ibu kena tunggu sampai bila Hulaif? Silap-silap ibu dah mati pun dia belum balik "

Riak wajah ibu kian berubah.
Perit nak memendam perasaan rindu pada orang yang tak rindukan kita.

" Astaghfirullahalazim, ibu. Janganlah cakap pasal mati, Hulaif tak sanggup kehilangan ibu. Nanti Hulaif cuba call dia eh? Tanya dia bila nak balik. Ibu jangan risau tau "

Ibu mengangguk lemah. Sayu hati si Hulaif apabila ibunya terlalu rindukan Jungkook yang sudah sekian lama tidak pulang.

okay tak chapter 1? aku tahu hambar sebab first time buat ff gini, selalu romcom je ;(

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top