↳ lapannn ✧

Humaira duduk di sofa bersebelahan ibu setelah selesai mengemas rumah.

" Terima kasih Humaira. Ibu kerja menyusahkan kamu je. Kalaulah ibu boleh berjalan macam dulu, tak adalah ibu nak kena susahkan orang lain "

kata ibu sayu apabila memikirkan dia sudah tidak boleh berjalan seperti dulu.

" Eh ibu apa cakap macam ni. Tak ada susahkan Humaira langsung. Humaira ikhlas " balasnya sambil mengusap lembut tangan ibu.

" Ibu, boleh Humaira tanya sikit? " soalnya gementar kerana soalan yang bakal diajukan agak sedikit sensitif.

" Ya, tanyalah " jawab ibu sambil menonton kartun kegemarannya, Sofia the first.

" Macam mana ibu boleh kudung? Kenapa suami ibu, pak cik Yop masuk penjara? Humaira bukan apa, orang-orang kampung dari dulu sampai sekarang asyik gosip pasal isu ni. Kononnya adik Hulaif angkara semua ni terjadi. Betul ke ibu? "

Pandangan ibu beralih ke Humaira dan senyum.

" Humaira. Kalau ibu cerita ni tolong jangan hebahkan pada orang kampung. Ibu tak nak maruah keluarga ibu tercemar "

Humairah mengangguk.

" Sebenarnya, Jungkook lah punca ibu hilang kaki tapi ibu tak salahkan Jungkook sebab dia tak sedar. Pak cik Yop tak mahu Jungkook masuk penjara dek kerana perbuatan Jungkook jadi pak cik Yop mengaku dia yang memotong kaki ibu. Sweet kan pak cik Yop? "

Ibu tersenyum gatal tatkala mengenangkan wajah kacak suaminya, Yop.

Humaira menggaru kepalanya yang tidak gatal.

" Tapi apa maksud ibu Jungkook tak sedar? "

" Dia dirasuk syaitan. Menurut ustaz yang menruqyah ibu sekeluarga, ada hamba Allah yang hantar sihir untuk porak-perandakan rumah tangga ibu. Lepas Jungkook dapat rawatan Islam, dia dah pulih sepenuhnya tapi masalah lain pula timbul "

" Masalah apa ibu? "

" Jungkook dapat tahu yang dia bukan anak kandung ibu jadi dia tuduh ibu pisahkan dia dengan keluarga kandungnya "

Senyuman yang terukir di wajah ibu kian menghilang tatkala teringatkan Jungkook.

" Jadi sebab itulah dia pindah ke Kuala Lumpur? " soal Humaira lagi.

Ibu melepaskan keluhan berat. " Mungkin "

Humaira memeluk ibu erat dan meletakkan kepalanya di bahu ibu.

" Ini semua ujian daripada Allah SWT untuk ibu. Tuhan sayangkan ibu sebab tu Tuhan turunkan ujian. InsyaAllah, kelak ibu akan jumpa penyelesaian untuk semua masalah ni "

Ibu hanya tersenyum.

Jungkook dan Jimin mengatur langkah ke tempat Ain bekerja untuk berbuka puasa.

" Selamat dat- " kata-katanya terhenti apabila Jimin mengenyitkan matanya.

Jimin melangkah masuk ke dalam kedai terdahulu manakala Jungkook berhenti di depan Ain.

" Hai bakal isteri saya. Jom masuk sekejap, bakal suami awak ada nak cakap sikit " sapa Jungkook seraya cuba memegang lengan Ain tetapi sempat ditepis.

" Pegang-pegang. Nak kena ayat deep ke? Jangan nak beranganlah bakal suami bagai. Kau tu aku kenal pun tak. Entah latar belakang macam mana. Kalau nak tahu, citarasa aku ni tinggi!

Aku suka lelaki yang pandai mengaji, yang warak bukan macam kau, harap muka ja kacak " bebel Ain. Jungkook hanya tergelak sinis.

" Saya bukan jenis menunjuk. Kalau saya baca sebaris ayat al-Quran, awak mesti akan cair punyalah. Jadi, jom masuk dalam. Kita bincang pasal masa depan kita, sayang? "

" T-tapi- " tidak sempat dia menghabiskan ayat, Jungkook sudah masuk ke dalam kedai terlebih dahulu.

Ain menghentakkan kaki, geram.

Selepas dipujuk oleh Jimin, Ain setuju untuk berkahwin dengan Jungkook.

Tidak sangka pula Jungkook pernah bersekolah agama dan sudah menghafaz 30 Juz. Kerjanya pula pemilik kilang kurma. Ain tumpang simpati apabila Jimin memberitahunya bahawa Jungkook seorang anak yatim.

" Aryan Qusyairi " satu suara garau tiba-tiba mencelah perbualan mereka bertiga.

Jungkook membuntangkan matanya dan memandang figura tersebut penuh dengan amarah.

Hint : Unexpected ending
; 2 more chapters dan ff ni akan tamat + epilog

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━

↳ Promote ✧
Zyfifie seashaegull paahchim . Dijemput para pembaca saya untuk datang singgah ks 3 account yang ditag. Puzzle masih On Going manakala Friend dan Fortune Teller sudah complete.

Tercegat apa lagi? Jomlah support ff dorang !







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top