↳ enammm ✧
" Wah. Tingginya KLCC! Ramainya orang dekat KL ni! Jakunnya akuuu! " teruja si Hulaif apabila sudah tiba di Kuala Lumpur.
Yoongi Furqan tersenyum melihat gelagat rakannya, Hulaif.
" Terima kasih tau bro sebab tolong drive kereta. Aku tak tahu pulak aku mabuk kenderaan haih " ucap Hulaif sambil menggaru belakang kepalanya.
"Tak ada hal lah. Kita berehat dekat rumah aku dulu, nanti kita sambung cari Jungkook esok. Sekarang pun dah petang sangat, kejap lagi nak iftar "
Hulaif sekadar mengangguk mendengarnya.
Jungkook tiba-tiba diam ketika berborak dengan Sasha.
" Jungkook?! Dengar tak apa yang baby cakapkan ni? " Sasha mula naik berang.
" Dengar tapi diamlah kejap. Kita kena hormat azan. Bagi Kook jawab azan dulu " balasnya.
Sasha menggulingkan mata ke atas mendengar jawapan bodoh Jungkook.
" Solat pun tak tapi azan nak pulak jawab. Tak payahlah Kook. Baby Kook ni lagi penting tau! Kalau Kook ignore baby, baby tak teragak-agak buat report polis tau! Biar kita meringkuk dalam penjara! Nak?! "
Jungkook melepaskan keluhan. Ugutan dan ugutan. Entah bilalah dia boleh berhenti buat kerja terkutuk ini.
Dia merasa dirinya sudah jauh dengan Tuhan. Tambahan pula, dia membuka 3 cawangan kelab pelacur.
Sia-sia sahaja ibunya menghantar Jungkook ke sekolah agama.
Jungkook menggapai tangan Sasha dan mengusap pipi Sasha lembut.
" Maafkan Kook. Kook janji tak akan buat kesilapan ni lagi. Baby jangan merajuk, kalau baby merajuk. Siapa nak layan nafsu Kook? Siapa nak uruskan kelab ni? "
Sasha tersenyum sinis. Ugutannya berjaya sekali lagi. Tidak sangka Jungkook senang saja terpedaya.
" Okey. I forgive you tapi dengan syarat "
" Apa syarat sekalipun, Jungkook janji akan tunaikan demi Sasha "
Hati Sasha menjerit seronok.
" Layan baby malam ni lepastu baby nak beg tangan Gucci dan Iphone 11 Pro Max "
" Esok jugak Jungkook belikan "
Sasha meletakkan kepalanya di bahu Jungkook sambil memeluk lengan Jungkook dan mengucapkan I love you.
" I love you too " balas Jungkook acuh tak acuh.
" Jimin " panggil Jungkook lembut sambil menarik-narik baju Jimin.
" hm " jawab Jimin ringkas tanpa memandang Jungkook langsung. Matanya masih fokus menonton video lucah.
" Budak haritu yang kita mengusik dekat restoran tu kan. Abah dia cakap, abah Ain tu minta aku hantar rombongan meminang sebab dia tak nak anak perempuan dia terjerumus dengan maksiat " jelas Jungkook panjang lebar.
" so? " soal Jimin tidak faham.
" Aku nak hantar rombonganlah tapi macam mana? Takkan aku nak balik kampung? Memang taklah. Malas aku nak jumpa orang tua tu "
Jungkook memuncungkan bibirnya. Buntu memikirkan cara untuk menghantar rombongan meminang kepada Ain.
Jimin meletakkan telefon miliknya di atas meja dan memusingkan badan menghadap Jungkook.
" Kau ni betul ke nak kahwin dengan budak tu? Habis macam mana dengan Sasha? Tania? Anna? Macam mana kalau kau kahwin dengan dia kau lupa sahabat baik kau yang dah banyak tolong kau ni?
Kalau dah kahwin boleh ke kau nak datang syurga ni lagi macam selalu? Boleh ke kau lepaskan rasa lapar kau dekat orang lain lagi nanti? Tak payahlah kahwin Jungkook. Aku rayu pada kau "
Jungkook berfikir sejenak, tapi hatinya sudah terpaut pada budak perempuan itu.
Anna, Sasha dan Tania tu kan hanya sekadar bahan dia melepaskan rasa lapar. Dia bukanlah ada hati sangat pun.
Hm...
Rasa macam lama bena tak update 😂 aku dah kekeringan idea sebenarnya hshsjsj- maaflah bab ni ter panjang sedikit dan ter hambar :( apa-ii pun jangan lupa untuk vote dan komen!! ♡
↳ Promote ✧
JungSeorin | Dia ada 12 published stories jadi dijemput anda anda anda yang baca ni singgah ke account dia dan baca ff² dia! Kita sama² support orang k!
BANAEYNA-BANAEYNA |Dah berumur 16 tahun ke atas? JADI TUNGGU APA LAGI?! Mari kita serbu Delta La Reine Sorority! Alang-alang tu bacalah yang lain sekali eheheheh
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top