♥ Special Chapter 1 ♥
Bandar Dubai yang indah tak terperi ini dia pandang dari hotel yang berada di tingkat atas. Hanah tersenyum kecil. Siapa saja tak boleh bayangkan keindahan di Dubai kan? Bukan bishe bishe. Cantik dan mewahnya tidak dapat nak dikatakan.
Tiba-tiba, kedua-dua belah mata Hanah ditutup dari belakang. Hanah tergelak kecil seperti dah agak siapa.
"Abang.. tak payahlah nak main-main."
Selepas itu, kedengaran tawa Jungkook dari belakang. Tangannya yang menutup kedua-dua belah mata Hanah tadi dilepaskan. Isyraf berdiri di hadapan isterinya. Kedua-dua belah tangan Hanah pula dia capai sambil tersenyum manis.
"Sayang.."
"Ye, abang.."
Mata mereka berdua bertembung. Indahnya sekarang ini ditambah lagi dengan waktu senja dan cahaya lampu yang menyuluh sekeliling kota itu. Tak lupa pula dengan cahaya matahari yang dalam masa untuk terbenam, menerangi seluruh alam ini.
"Tak rindukan Naura?" soal Isyraf membuatkan Hanah tergelak kecil lagi.
"Rindulah. Dah lah dia tak dapat ikut sekali."
Mana tak rindu dia pada Naura. Sudah tiga hari dia berbulan madu di Dubai ini bersama Isyraf. Naura pula ditinggalkan di Malaysia bersama Auntie Suraya dan Uncle Danial memandangkan Isyraf ini yang mengada-ngada nak berhoneymoon bagai. Maklumlah sewaktu dia mula-mula berkahwin dengan Hanah dulu, mereka langsung tidak pergi berbulan madu. Lagipun Naura kini sudahpun berumur setahun, jadi tak adalah mereka nak risau sangat untuk tinggalkan anaknya itu pada Auntie Suraya dan Uncle Danial.
"Baru tiga hari tak jumpa. Abang tak jumpa Hanah dah nak dekat setahun dulu ingat tak rindu ke?" soal Isyraf sengaja mahu mengungkit penderitaan dia dulu. Hanah tertunduk lalu tersenyum malu.
"Abang.."
"Ye?"
"Abang tak rasa abang terlalu romantik ke?"
"Sayang rasa abang romantik ke?" soalnya kembali. Inilah yang menjadi masalah kepada Isyraf selepas perkara hari itu berlalu. Perkara dimana mereka mendapat dugaan yang tak terhingga itu.
"Abang terlalu romantik. Dan Hanah rasa sebab itulah mendiang Hyuri dan Deana dulu boleh tersangkut dekat abang dulu," kata Hanah. Jungkook terdiam buat seketika.
"Hanah.. jangan ungkit pasal tu lagi boleh tak? Lagipun mendiang Deana tu hanya nak abang bertanggungjawab saja dan kami berdua tak pernah bercinta pun. Tapi kalau Hyuri, rasa cinta abang pada dia dulu memang dah lenyap sejak Hanah jadi milik abang," jelas Isyraf membuatkan Hanah tersenyum bahagia.
"Betul ni?" soal Hanah.
"Betullah takkan nak tipu pula.."
"Bukti dulu baru Hanah boleh percaya."
"Nak bukti ye?"
Gitar yang sedia ada di belakang sliding door itu dia ambil. Sesekali gitar itu dipetik.
"Ting!"
"Lagu ini hanya untuk Nur Hanah Aisyah, ratu hati Muhammad Isyraf Al-Firash Jeon."
Hanah sudahpun tersenyum. Dia menongkatkan dagu dengan tangannya di pagar balkoni. Dia menanti saja apa yang Isyraf mahu buat kali ini. Isyraf memetik gitar itu dengan semakin laju hingga ia mengeluarkan alunan muzik yang agak rancak.
"Aisyah~ jangan ragu-ragu dengan cinta ini,
Jangan kau ragu-raguku jadi suamimu,
Percaya padaku,
Ku akan jadi yang terbaik untuk cintamu."
Hanah sudahpun tergelak. Nampaknya taktik memikat Hanah dengan cara lama ini juga yang Jungkook pilih. Mana tak cair hati dia bila mendengar suara Jungkook. Sudahlah berwajah kacak, suara sedap pula tu. Boleh bergegar setiap jantung yang mendengarnya.
"Aisyah~ aku sayang kamu aku rindu kamu,
Tidur malamku sentiasa kumimpikan kamu,
Kau hanya milikku, untuk selamanya,
Aku sayang, ku rindu, aku cintamu.."
Maka kedengaran muzik dari gitar itu dengan agak lama. Hanah tergelak lagi. Lucu pun ada Isyraf ni!
"Awak! Sudahlah tu guna cara lama. Noob tahu tak?" kata Hanah dengan sisa tawa yang masih ada.
"So sekarang sayang nak abang buat cara baru lah ni?" soal Jungkook dengan sebelah kening dijungkitkan bersama senyuman nakal yang terhias di bibirnya Hanah hanya mengangguk.
"Abang boleh bagi Naura adik. Twin babies.." terus bahunya dicubit Hanah.
"Gatal!" sempat Hanah menjelirkan lidah kepada Isyraf sebelum berlari pergi dari situ. Jungkook pula sudahpun mengekek ketawa melihat reaksi isterinya.
***
•
•
•
Hanah membelek gambar-gambar Naura di telefon pintarnya. Sesekali dia tergelak sendirian melihat wajah comel Naura yang sudah mencapai usia setahun itu.
Isyraf lah ni yang pakaikan Naura pakaian sebegini. Dan ada lagi satu,
Macam-macam pula jenis pakaian yang dia beli kepada Naura. Mentang-mentanglah Naura itu sebiji muka Korea, sukalah dia import semua pakaian anaknya dari Korea.
Hanah membelek lagi gambar-gambar Naura yang seterusnya dalam telefon dia. Banyak lagi gambar anaknya itu di sini.
Tiba-tiba, jarinya tertekan butang kamera. Kebetulan juga kamera telefonnya itu dihalakan pada Isyraf yang baru keluar dari tandas bersama bathrobe yang berwarna blueblack di badannya dan tangannya juga tengah mengelap rambutnya yang masih basah dengan tuala. Oleh kerana terlalu terkejut dan kalut, Hanah tertekan butang 'capture' di kamera telefonnya dan..,
"KECEKIK!"
Hanah mengetap bibir bila Jungkook mula memandang ke arahnya yang sedang elok berbaring di atas katil itu. Hanah terus menyorokkan telefonnya ke bawah bantal.
"Tahulah abang hot tapi tak payahlah nak ambil gambar bagai. Kenapa tak join saja abang mandi tadi?" soal Jungkook sambil tersengih nakal.
Kalau boleh nak saja Hanah melompat ke luar tingkap sekarang. Tak pasal-pasal dia dapat malu free depan Isyraf. Cuba bagitahu macam mana dia nak tutup muka yang dah hijau ni sekarang?
"Tak payah nak perasan! Saya tertekan saja tadi!" protes Hanah, sengaja nak cover malu.
"Tertekan atau memang sengaja nak tekan?" soal Jungkook lagi dengan nada sinis.
"Tertekan!"
"Kalau memang sengaja tekan it's okay, just tell me. Mana tahu balik nanti Naura dapat adik ba.." belum sempat Jungkook meneruskan kata-katanya, Hanah terus membaling bantal kepada dia.
"Berengsek!"
***
•
•
•
"I cakap I tak suka you! You tak faham bahasa ke?" Maisara menyilangkan tangan ke dada. Mana taknya bila dah setahun kejadian hari itu berlaku, Taehyung ini pula selalu berulang-alik ke sini semata-mata untuk berjumpa Maisara. Sweet tak?
"Kenapa you tak suka I?" soal Taehyung dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan I-you memandangkan Maisara ini lebih gemar membahasakan diri mereka dengan panggilan itu.
Syukurlah kerana Taehyung ini sedikit sebanyak sudah tahu berbahasa Melayu walaupun tidak terlalu lancar. Kadang-kadang pun ada juga yang dia tidak faham tetapi dia tetap berusaha untuk belajar. Semua ini juga adalah berkat dari apa yang dia belajar dari tuisyen yang bergurukan Cikgu Rosmah. Alhamdulillah berkat..
"Sebab you gelojoh sangat. You doesn't know how to tackle perempuan! You innocent!" kata Maisara dengan English yang bertaburan.
"Maisara.. Ayat you sepatutnya 'You don't' bukannya 'You doesn't'. Grammar you banyak salah. Kalau you terima I jadi suami you, I can teach you how to speak English properly. I tahu English result you dulu dapat 4%. I ikhlas ni nak bantu you.." kata Taehyung.
Maisara menjelingnya tajam. Berani Taehyung ungkit pasal result dia dulu?
"Heh? Kalau my result 4% sekalipun, I tinggal kat Malaysia. You saja yang selalu acah nak speaking dengan I. You think you very better? If you very better, I dare you to teach English to every people in this world!"
Taehyung menepuk dahinya lalu tergelak hambar. Apalah yang perempuan ni merepek. Dia sendiri pun tak faham sebiji pun.
"Please tell me what are you talking about, cendol? Fuh! Fuh! It's really funny!"
◽◽◽◽◽
Jungkook: Do you love me? 😘
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top