Epilog
"KEPUK KEPANG KEPUK KEPANG KEPUK KEPANG KEPUK KEPANG KEPUK KEPANG!"
"Pengantin baru,pengantin baru,
Duduk bersanding, tersipu malu."
Kedengaran suara rombongan pemain kompang yang diketuai Taehyung, sedang menyanyikan lagu Pengatin Baru sebelum bergerak masuk ke dalam rumah arwah Tuan Idris.
Kelihatannya Jimin sudah bersedia di hadapan tok imam. Sekarang sudah tiba masanya untuk sesi ijab kabul. Wardha yang berada dibelakang Jimin bersama Hanah dan Auntie Suraya itu hanya menunduk malu.
Puan Janna yang berada di sebelah Jimin itu pula melurut belakang anaknya dengan lembut bila melihat wajah Jimin yang pucat semacam saja. Dia sedaya upaya memberi kata-kata semangat kepada anak tunggalnya itu.
"Keep calm my dear.." bisik Puan Janna dengan lembut kepada Jimin. Jimin mengetap gigi dan memandang wajah tok imam di hadapannya.
"Dah sedia?" soal imam itu. Jimin terdiam seketika tatkala dia terasa tubuhnya ketar-ketar sekarang.
"Kau boleh buat.." kata Jungkook yang juga turut berada di sebelah Jimin. Jimin menarik nafas panjang sebelum dihembuskan semula.
"Saya sedia," katanya dengan penuh semangat kepada imam tadi.
"Baiklah.. Muhammad Redzuan Danish,"
"Saya.."
"Aku nikahkan dikau dengan Saidatul Wardha Salsabila binti Azam Danial Shah dengan mas kahwin sebanyak RM2.20 tunai."
"Saya terima nikahnya tok imam.."
"Aip! Apa ni saya pula?" soal tok imam itu membuatkan semua orang di sini mula bercakap-cakap sesama sendiri dan ada juga yang ketawa. Tetapi tak sama pula dengan Puan Janna yang memandangnya tajam.
"Raez, what is this? Please jangan main-main. Jangan malukan mummy," kata Puan Janna dengan menekankan kata-katanya.
"Mana ada Raez main-main, mummy! Raez nervous ni haa nervous!"
"Okay, okay.. Tak apa kita cuba lagi sekali," kata imam itu pula bagi menghentikan pergaduhan dua beranak ini. Jimin mengangguk lalu menyambut huluran tangan semula.
"Aku nikahkan dikau dengan Saidatul Wardha Salsabila binti Azam Danial Shah dengan mas kahwin sebanyak RM2.20 tunai."
"Saya terima nikahnya Wardha.. Eh eh Saidatul Wardha Salsabila.."
"Astaghfirullahalazim.."
Sekali lagi semua tetamu di sini bercakap sesama sendiri. Wardha pula hanya terdiam di belakang. Dia juga tidak tahu untuk berbuat apa lagi bila bakal suaminya itu terlalu gementar. Jungkook pula mula mengusap belakang Jimin dengan perlahan.
"Jangan nervous sangat, Raez. Relax.. kau boleh buat.."
Jimin mengangguk perlahan lalu memandang pula Puan Janna pula. Puan Janna seperti tadi hanya memberi reaksi tidak puas hati kepada anaknya.
"Maafkan saya.. Boleh saya cuba lagi?" soal Jimin.
"Baiklah, aku nikahkan dikau dengan Saidatul Wardha Salsabila binti Azam Danial Shah dengan mas kahwin sebanyak RM2.20 tunai."
"Aku terima nikahnya Azam Danial Shah eh eh Wardha! Allahu!"
"Muhammad Redzuan Danish! Betul-betulah!" tengking Puan Janna dengan geram membuatkan semua orang di sini memandang mereka dengan terkejut.
"Raez dah buat betul-betullah ni! Dah nervous sangat nak buat macam mana? Mummy tu mana tahu mummy tak duduk kat tempat Raez!" tengking Jimin kembali.
"Hey hey sudah! Astaghfirullahalazim dua beranak ni!" kata Uncle Danial cuba menenangkan mereka berdua. Tok imam yang berada di hadapan Jimin itu juga terkedu melihat spesies anak dan ibu kali ini.
***
"Abang minum ni dulu. Insyaa Allah hilang nervous tu," kata Wardha lalu menghulurkan Jimin segelas air zamzam bila mereka berada di dapur.
"Terima kasih," kata Jimin. Sempat dia membaca doa dalam hati sebelum meneguk air zamzam itu.
Perasaan gementarnya tadi masih belum hilang-hilang lagi. Selepas dia bergaduh dengan Puan Janna tadi, dia mencuba lagi untuk menjawab ijab kabul. Sudah hampir tujuh kali dia cuba tetapi tetap juga gagal. Ada saja yang tersekat dan mengarut. Padahal sebelum sesi majlis itu tadi, dia sudah bersusah payah berlatih menjawab ijab kabul. Tapi entahlah kenapa dia tiba-tiba saja jadi tidak boleh pula.
"Wardha pergi dulu.." kata Wardha sambil menundukkan sedikit wajahnya sebelum berlalu pergi dari situ. Sempat dia berselisihan dengan Jungkook yang berjalan ke arah sini. Jungkook mendekati Jimin.
"Kau okay tak?" soalnya.
"Kau nampak aku okay ke? Aku tak tahulah kenapa dengan diri aku ni. Macam mana pula aku tak boleh nak jawab dengan baik." Jimin mengusutkan rambutnya.
Jungkook tergelak kecil. Lucu pun ada dengan Jimin semasa menjawab akad nikah tadi. Sampai bergaduh pula dengan Puan Janna.
"Kau gelakkan aku?"
Jungkook memandangnya dengan sisa tawa yang masih ada.
"Dah kau nervous sangat ni kenapa? Sampai dah masuk tujuh kali pun tak jadi-jadi lagi. Kau fikir pasal apa tadi?"
Jimin terdiam seketika. "Entahlah.. aku rasa.. ada yang tak kena.."
"Apa yang tak kena?"
"Masa aku nak jawab tadi, wajah daddy selalu terbayang-bayang sampai aku hilang fokus." Jungkook mengangguk faham. Wajah serius pula dipaparkan. Tiada lagi gelak tawanya seperti tadi.
"Daddy kau langsung tak tahu pasal ni?" soal Jungkook dan Jimin mengeleng.
"Kalau dia tahu pun dia takkan terima juga kan? So, lebih baik dia tak payah tahu. Tak adalah aku susah-susah nak kena jumpa dia pula."
Sesungguhnya rasa sakit hati dia pada Tuan Park Jambang masih lagi tersisa. Mana tak marahnya bila lelaki tua itu sanggup buang anak sendiri hanya kerana tidak mahu anaknya itu jatuh dalam agama Islam dan mengahwini Wardha. Itu yang membuatkan Jimin panas hati bila teringatkan ayah kandung dia sendiri itu.
***
"Boleh kita mulakan lagi?" soal imam tadi bila Jimin mula mengambil tempat di hadapannya.
"Buat yang terbaik kalau Raez tak nak tengok mummy sakit mati lepas ni," kata Puan Janna yang setia berada di sisi anaknya.
"Apa mummy cakap ni?" soal Jimin dengan nada tak puas hati.
"Saya tanya ni.. boleh kita mulakan lagi sekarang?" soal imam itu lagi. Jimin mengalihkan pandangannya kepada tok imam itu semula.
"Boleh.."
"Baiklah.. Aku nikahkan dikau.."
"Jimin!"
Semua orang di sini memandang kearah seorang lelaki paruh baya yang sedang berdiri di muka pintu. Semua orang terkejut melihat gerangan lelaki tua ini. Begitu juga dengan Puan Janna dan Jimin yang sudahpun terkaku.
"Da..daddy?"
Tuan Park Jambang berjalan mendekati mereka. Jungkook yang berada di sebelah Jimin itu memberi laluan kepada Tuan Park untuk duduk disamping anaknya.
Jimin hanya membulatkan mata melihat kehadiran bapa kandungnya yang datang secara tiba-tiba ini. Manakala Puan Janna pula memandang bekas suaminya ini dengan pandangan tidak puas hati. Sudahlah dia sedang berang dengan Jimin tadi, ini pula Tuan Park Jambang yang tiba-tiba munculkan diri. Nak saja dia cincang daging Tuan Park di sini sekarang. Panas ni panas!
"Teruskan.." kata Tuan Park membuatkan Jimin sekali lagi hairan.
"Daddy.."
"Daddy terima Wardha jadi menantu daddy."
Jimin tergamam lagi buat seketika lalu memandang semula kepada tok imam tadi. Begitu juga dengan Wardha yang berada di belakang mereka itu turut terkejut dengan kata-kata Tuan Park. Dah kenapa orang tua ni?
"Aku nikahkan dikau dengan Saidatul Wardha Salsabila binti Azam Danial Shah dengan mas kahwin sebanyak RM2.20 tunai."
"Saya terima nikahnya Saidatul Wardha Salsabila binti Azam Danial Shah dengan mas kahwin sebanyak RM2.20 tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Alhamdulillah.." imam itu mula menadah tangan dan membacakan doa. Begitu juga dengan semua orang di sini turut menadah tangan termasuklah Tuan Park. Jimin memandang Tuan Park sekali lagi. Lelaki tua hanya menghadiahkan senyuman manis kepada anaknya. Akhirnya dia terima juga Wardha untuk menjadi menantunya.
Taehyung yang sedang duduk di sudut pintu itu pula tersenyum kelat memandang Jimin. Dulu Isyraf yang sudah berkahwin. Sekarang Raez pula. Mesti mereka berdua akan sibuk lepas ini bila dah berumah tangga. Tak sama pula dengan dia yang tak jumpa-jumpa lagi jodoh yang terbaik.
Sebenarnya, bukan tak ada orang berkenan dengan dia, tetapi terlalu ramai pula perempuan tergilakan dia di luar sana tu adalah. Mentang-mentanglah dia itu memiliki wajah kacak sejak azali lagi, semua orang pun tergilakan dia.
Tapi itulah bila Taehyung pula mahu mencari perempuan yang ikhlas dengannya bukan sebab rupa mahupun harta. Memang dapat diakui yang lelaki itu bukan saja kacak tapi juga kaya kerana wasiat mendiang nenek angkatnya dahulu.
Selepas siap imam itu membacakan doa, dia mengaminkan doa itu. Tanpa mengucapkan sebarang tahniah kepada Jimin, Taehyung bingkas bangun dari duduknya dan keluar dari rumah itu.
Dia menuju ke arah kereta Porsche berwarna putih iaitu kereta miliknya sendiri, bukan lagi kereta Jimin. Sekarang ini pun dia masih menunggu keputusan dari mahkamah untuk pembelian rumah di Selangor.
Katanya mahu terus tinggal di Malaysia dan mencari rezeki di sini sahaja memandangkan hati dia sudah betul-betul tertarik dengan adat istiadat Melayu. Makanan halal pun senang nak cari di sini berbanding Korea.
***
Taehyung memegang stereng kereta dengan kemas melalui jalan sawah padi di kampung ini. Dia sendiri pun tidak tahu mana hendak dia pergi sekarang dan hanya mengikut saja jalan kampung itu akan sampai di mana. Sesat? Relaxlah..! Takut apa bossku?
Banyak panggilan dari Jungkook dan Jimin yang menelefon dia tetapi satu pun tidak dilayan. Telefon juga langsung tidak disentuh.
Apa yang dia mahu ialah merasa suasana kampung ini sendirian. Dia juga mahu hidup berdikari. Mana taknya kerana sebelum ini kemana saja dia pergi mesti Jimin temankan, kecuali hari dimana dia mendengar ceramah Ustaz Azhar hari itu saja Jimin tidak dapat teman. Itupun kerana terpaksa bila Jungkook yang mahu berjumpa dengan Jimin hari itu.
Taehyung memandu kereta itu dengan laju. Maklumlah dia tidak pernah datang ke kampung sebegini, dia pandu kereta pun laju semacam seperti macam jalan ini sudah macam jalan raya besar.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang perempuan sedang menunggang basikal di hadapannya. Taehyung membulatkan mata. Kakinya mula menekan brek kereta ini dengan pantas. Namun sayangnya..,
"PIN!"
"DUSH! SPLASH!"
Sempat perempuan yang menunggang basikal tadi menjerit bila tubuhnya akhirnya berjaya masuk ke dalam parit bersama basikal yang ditunggang. Taehyung menekan liur dengan perit. Apa sudah dia buat?
Dia membuka pintu kereta dan keluar. Ke dalam parit tadi dia dongak dan ternampak perempuan tadi sudahpun basah kuyup sedang memandang tajam kearahnya.
"Are you okay?" soal Taehyung lalu cuba turun ke dalam parit itu dengan perlahan-lahan. Baju melayu putih berjenama Jakel serta samping harimau bintang yang dipakainya itu langsung tidak dia hiraukan bila sudahpun kotor terkena lumpur di sini.
Taehyung berdiri di hadapan perempuan tadi bila dia betul-betul tiba di dalam parit. Gadis itu mula bangun dan mara menghadap Taehyung. Tudungnya yang sedikit senget dia betulkan.
"Hey you Chinese, you biadap! You no manners! How dare you langgar I sesuka hati? You ingat you hebat sangat ke dengan baju Melayu Jakel, sampin harimau bintang and kereta Posche you sampai boleh langgar I sesuka hati you?"
"What?" soal Taehyung hairan. Entah apalah yang perempuan ni membebel dia pun tak faham. Sekejap English sekejap Melayu. Sudahlah dia belum fasih sangat dengan Bahasa Melayu.
"I don't care what you want to.. ermm to talk. Eh no! I mean say! I nak you ganti rugi semua ni! Haa look this! Bicycle I hancur sebab you tahu tak?"
Taehyung tersengih hambar bila melihat perempuan ini berspeaking dengan sungguh broken!
"Okay okay.. But please tell your name first. What should I call you, miss?"
"Maisara.. Haa why?"
"I'm sorry, Maisara. I can't speak Malay. But if you don't mind, I'll send you home. About your bicycle, don't worry I'll fix it tomorrow. Okay?"
Maisara mengeleng perlahan sambil mencekak pinggang. Kain sarong batik yang dipakainya itu dinaikkan sedikit takut-takut terlondeh. Selipar Jepun yang tersarung di kakinya dia capai dan diangkat setinggi langit, acah mahu memukul Taehyung.
"You ingat you hebat sangat ke boleh berspeaking? Cakap Melayu sudahlah budak Cina! Acah aje lebih!" Dia mula memukul bahu Taehyung dengan selipar Jepun tadi berkali-kali.
"Hey hey! Stop it!" Jerit Taehyung sambil meronta-ronta tetapi Maisara langsung tidak menghiraukan dia.
"I send this then you need to take this!"
"Ha? What are you talking about, cendol? I don't understand anything!"
***
"Kau dah kenapa ni, Tash?" soal Jungkook pelik bila melihat Tashriq yang tercungap-cungap keletihan, berdiri di hadapan dia. Sudahlah baju Melayu yang dipakainya itu sudah basah kuyup dengan lumpur kerana bergaduh dengan Maisara tadi.
"Kau main lumpur dengan anak sedara ketua kampung ke?" soal Jimin pula yang berada di sebelah Jungkook.
"Aku.. aku.." kata-kata Taehyung terhenti-henti.
"Aku apa?"
"Aku rasa aku dah ready."
"Ready apa?"
"Ready untuk sunat!"
◽◽◽◽◽
Ada 2 special chapters lagi ❤ kedua-dua akan diperbanyakkan scene Jungkook dan Hanah
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top