65 : Love (Last)
Hanah mengetap bibir tatkala air matanya mengalir laju. Kereta itu mula meluncur pergi meninggalkan dia yang masih terpaku di situ.
Hanah mula melangkah masuk semula ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di atas sofa lalu menekup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan. Dia menangis sepuas-puas hati. Mungkin dia sebenarnya yang salah kerana tidak mahu memberi peluang kedua kepada Isyraf.
"TING!"
"TING!"
"TING!"
Mesej dari aplikasi Whatsapp masuk menerusi telefon pintarnya. Dia terus mencapai telefon yang sedia ada di atas meja di hadapannya itu. Nama Wardha yang tertera di chat itu dia tekan.
Wardha💕:
Assalamualaikum, akak.. Dengar kata Abang Isyraf dah nak pergi. Akak masih tak boleh terima dia ke?
Wardha💕:
Wardha bukan apa. Wardha cuma nak bagitahu yang kita ni manusia semuanya membuat kesalahan. Sejauh manapun kita pergi, pasti kita akan membuat kesalahan yang semestinya mendatangkan dosa. Wardha tahu hati akak sakit dan marah sangat dengan Abang Isyraf. Tapi ingatlah pada Naura, kak. Abang Isyraf tu papa kandung Naura. Lagipun Naura tu perempuan.
Wardha💕:
Kalau akak jumpa orang lain yang dapat gantikan tempat Abang Isyraf sekalipun, Naura bila dah besar dan dah nak kahwin nanti dia kena cari Abang Isyraf juga tau? Waktu tu akak fikirlah sendiri nak cari papa sebenar Naura tu dekat mana. Sudahlah Naura tak ada adik beradik lelaki, bapa saudara pun tak ada untuk jadi wali. Atau akak nak guna wali hakim?
Wardha💕:
Walaupun kita ni hanya manusia yang lemah dan sukar memaafkan, kadang-kadang rasa cinta yang ada itu dapat hapuskan segala kebencian. Akak buat Abang Isyraf macam ni pun tak ada kesudahannya juga.
Wardha💕:
Macam mana kalau sebab akak yang tak mahu terima Abang Isyraf balik, dia akan balik pada zaman jahil dia? Sedangkan waktu dia menjadi suami akak pun dia boleh terlalai, apalagi dia seorang diri macam ni? Kat Korea pula tu. Ingat kak, seorang muallaf yang tidak dipimpin dengan baik mungkin mudah terpengaruh sebab hati dia tu belum cukup kuat lagi mendalami Islam.
Wardha💕:
Sebab dalam dunia ni adanya syaitan yang mempengaruhi gerak hati manusia.
Wardha💕:
Walaupun Abang Isyraf peluk agama Islam sebab kerelaan hati dia juga dulu, semua itu tak cukup untuk kita katakan yang dia dah kuat sebab mencintai Allah. Mungkin saja kat luar sana ramai yang mengejek dia dan buat dia mudah rasa tercabar dan.. dia pun balik pada diri dia yang asal. Kita tak tahu semua tu kan?
Wardha💕:
Akak.., kita hidup di dunia ni memang selalu melakukan dosa. Dan bukan senang kita nak bertaubat bila kita dah jauh terlanjur.
Wardha💕:
Lagipun akak tu kan masih isteri Abang Isyraf? Seorang isteri kena taat pada suami. Wardha harap akak boleh ambil iktibar dari apa yang Wardha cakap ni.
Hanah mengetap bibir lagi bila air matanya tadi mengalir semakin dan lebih laju. Mungkin dia yang salah kerana terlalu sangat layankan sangat rasa sakit hati dia itu. Sampai Isyraf yang termakan hati pun dia tidak kisah.
Me:
Wardha.. tolong datang ambil akak sekarang
Me:
Isyraf dah pergi airport tadi
***
•
•
•
Hanah keluar dari kereta milik Darwisy yang dipandu Wardha apabila kereta itu tiba di Penang International Airport, Bayan Lepas. Dia perlu cepat sebelum Jungkook bertolak ke Korea. Harap-harap dia sempat lagi bertemu Jungkook pada masa ini.
Tak sama pula dengan Wardha yang sudah turun dari kereta dan mendukung Naura itu hanya berdiri di hadapan kereta.
Hanah berlari sekuat yang dia mampu. Maklumlah hari ini baru hari ke-41 dia melahirkan Naura, dia juga tidak mampu berlari kuat-kuat sangat.
Bila tiba saja di dalam, matanya melilau mencari kelibat Isyraf. Air mata yang mengalir pula dia seka dengan pantas.
Ruang menunggu dia tuju. Namun tiada langsung kelibat Isyraf di sini. Yang cuma ada hanyalah orang ramai yang berpusu-pusu di sini. Dia sendiri pun sudah pening melihat ramai sangat orang.
Tiba-tiba, kedengaran suara pengumuman yang mengatakan bahawa airlines yang semestinya milik Jungkook itu baru saja berlepas ke Korea.
Hanah terkaku. Air matanya semakin mengalir laju. Ya Allah.. ini semua salah aku.. Gumamnya dalam hati. Isyraf pergi tinggalkan dia bersama Naura di sini. Apa dia perlu buat sekarang?
Lafaz cerainya tadi bermain di minda membuatkan dia lagi bertambah sedih. Hanah memejamkan mata bila air mata bercucuran laju mengalir di pipi.
"I.. isyraf.."
Nama Isyraf disebut perlahan dengan nafas yang tersekat-sekat. Tubuhnya mula menjadi lemah sehingga dia jatuh ke bawah dan terduduk mencangkung di situ. Orang ramai yang lalu di situ memandangnya pelik pun dia tidak peduli lagi sebaliknya hanya menyembankan wajah di kedua-dua belah tapak tangannya saja. Dia menyesal.
Kerana ego dirinya membuatkan orang yang amat penting dalam hidup dia itu pergi. Isyraf mungkin terluka dengan layanan dinginnya selama ini bila lelaki itu sudah kuat bersusah payah ingin merebut hati dia semula. Dia sedar dia salah kali ini kerana langsung tidak membuka peluang pada suami dia itu.
Sepatutnya dari awal lagi dia dengar kata-kata Dhia hari itu. Dia sepatutnya hapuskan semua ini dengan rasa cinta yang masih tersisa. Tetapi dia saja yang tak pernah ambil peduli kerana kepercayaan dia pada Isyraf sudah hancur.
Tapi sekarang.. baru dia sedar bahawa Isyraf betul-betul berubah kali ini. Lelaki itu sanggup tinggalkan Hanah, orang yang dia sayang, asalkan perempuan itu dapat mencari kebahagiaan dia sendiri di sini. Kerana sayang dia tinggalkan Hanah. Isyraf betul-betul ikhlas cintakan isteri dia.
Hanah menangis lagi. Tangisannya sudahpun teresak-esak. Adakah hubungan dia dengan Isyraf memang setakat ini saja? Adakah memang sudah tertulis bahawa dia dan Isyraf tiada jodoh lagi?
"Hanah.."
Terdengar suara memanggil namanya dari belakang. Hanah mengangkat sedikit wajahnya sambil menyeka air mata. Suara tadi.. suara yang amat dia kenal.
Terus saja Hanah bangun dari cangkungannya. Dia memusingkan tubuh ke belakang dan..,
"Isyraf!"
Dada lelaki itu terus dia pukul berkali-kali.
"Kenapa awak selalu perbodohkan semua orang? Saya benci awak! Kali ni saya betul-betul benci awak!" marahnya tetapi Jungkook hanya mengetap bibir, menahan gelak.
Kedua-dua belah tangan Hanah yang sedang memukul itu dia pegang lalu membawa tubuh gadis itu ke dalam pelukannya. Hanah langsung tidak meronta sebaliknya hanya menangis sepuas-puas hati dalam pelukan Isyraf.
"Isyraf.. tolong jangan tinggalkan saya lagi.."
Jungkook tersenyum kelat. Belakang isterinya itu dia usap lembut buat seketika sebelum menolak Hanah perlahan-lahan supaya melepaskan dia. Tidak selesa pula dia bila ramai orang di sini sedang memerhatikan mereka berdua. Maklumlah ini Malaysia, bukannya Korea.
"Abang tahu Hanah akan datang.. sebab tu abang tak pergi.."
Hanah mengesat air mata yang mengalir tadi sebelum bersuara semula.
"Saya minta maaf. Saya baru sedar yang saya salah. Saya tak patut biarkan suami sendiri macam ni. Saya sepatutnya beri peluang kedua kalau awak dah betul-betul berubah. Saya minta maaf, Isyraf.."
Jungkook pula sudah tersenyum bahagia. Akhirnya Hanah datang juga pada dia.
"Isyraf.. Saya terlalu kejam ke untuk awak?" soal Hanah. Kalau boleh mahu saja dia memeluk Hanah sekali lagi tetapi sayangnya bila tempat ini pula yang terlalu umum.
"Kejam manapun awak, awak tetap Hanah saya."
Hanah mengetap bibir. Rasa bersalah semakin membuak kerana Isyraf masih tetap lagi sayangkan dia.
"Saya.. minta maaf.." kata Hanah sambil menunduk.
"Hanah dah maafkan abang ke?"
Hanah mengangkat wajah dan memandang wajah Jungkook. Berkerut dahinya tidak faham.
"Kalau Hanah dah maafkan abang, barulah abang maafkan Hanah," kata Jungkook.
Hanah menekup wajah sekali lagi lalu menangis pula. Manakala Isyraf sudahpun tergelak kecil.
"Hanah takkan maafkan abang.."
"Okay, abang pun takkan maafkan Hanah."
"Lepas tu?"
"Kita hapuskan kisah lama kita dengan cinta nak?"
Hanah tersenyum dalam air mata sambil memukul dada Jungkook lagi dengan perlahan. Tapi kali ini dia hanya memukul sebanyak tiga kali saja. Kan tak pasal-pasal pula nanti dia dicop gedik.
"Awak dari dulu kalau tak sweet tak boleh ke?"
"Sayang dari dulu kalau tak buat hati abang bergetar tak boleh ke?" soal Jungkook kembali. Senyuman sinis lelaki itu membuatkan Hanah kembali menekup wajah dan menangis. Geram pula dia dengan Isyraf yang suka sangat pancing orang dengan kemanisan dia.
Jungkook tergelak kecil. Tangan kirinya diletakkan di bahu Hanah. Kemudian tangan Hanah yang sedang menekup wajahnya itu dia pegang dan jatuhkan. Hanah memandang wajah kacak Isyraf dengan mata yang sudah berkaca teruk.
"Sudahlah tu nangis. Kita mulakan hidup baru ye, sayang? Abang juga akan tinggalkan dunia Jungkook selama-lamanya. Abang bukan lagi Jungkook tapi abang Isyraf."
"Awak takkan tipu saya lagi?" soal Hanah.
"Bagitahu abang macam mana abang nak buat lagi biar Hanah percayakan abang?"
Hanah terdiam. Dia juga tidak tahu apa perlu dia suruh lelaki ini buat asalkan dia dapat percayakan Isyraf seperti dulu semula. Walaupun dia masih terasa ragu-ragu dengan lelaki ini, tapi sebab cintanya pada Isyraf itu yang memusnahkan semuanya.
"Tolong buka hati untuk percayakan abang kalau Hanah masih sayangkan abang," kata Jungkook sambil tersenyum manis.
Hanah menunduk kebawah. Bibir bawahnya digigit sambil mengukir senyuman manis. Tipulah dia kalau dia kata dia sudah tidak sayangkan Isyraf lagi.
***
•
•
•
Hanah mendukung Naura sambil melihat di sekeliling tempat ini. Cantik permandangan di Bukit Bendera ini. Nasib baiklah Naura kini sudah bersama dengannya semula.
Selepas dia bertemu Isyraf di lapangan terbang tadi, Wardha terus menyerahkan Naura kepada dia. Kemudian, mereka berdua datang ke sini dengan kereta Jimin memandangkan Jimin mahu balik dengan Wardha.
"Masa abang kecil-kecil dulu, abang pernah datang sini dengan mummy dan daddy. Masa tu daddy masih ada lagi," kata Isyraf lalu Hanah berpaling ke memandangnya.
"Then?"
"Daddy meninggal sejak abang berumur 15 tahun.." jawab Jungkook sambil menunduk. Rasa rindu pada mendiang Tuan Jeon Bieskook semakin menguasai.
"Daddy dulu penyayang orangnya. Tapi mummy pula yang keras hati. Diaorang berdua selalu bergaduh tapi waktu yang sama juga mereka berbaik. Haha!" Jungkook tergelak kecil kemudian mengetap bibir semula.
"Saya faham perasaan awak. Saya pun dah tak ada ibu bapa juga lagi. Kita hidup ni sekejap saja. Yang akhirnya di akhirat, bukan di sini. Setiap yang datang pasti akan kembali," kata Hanah.
Jungkook menaikkan wajah semula dan memandang isterinya sambil tersenyum kelat.
"Walaupun dia dah tak ada, Allah dah hadirkan abang dengan seseorang yang juga baik. Dia di hadapan abang sekarang," kata Isyraf membuatkan Hanah menundukkan wajahnya dan memandang wajah Naura yang berada di dalam dukungannya.
"Walaupun kadang-kadang abang berputus asa dengan Hanah, hati abang tetap untuk Hanah.. dan juga Naura."
Hanah memandang suaminya semula. Wajah sedih dipaparkan membuatkan Isyraf menjadi hairan.
"Why?"
"Tapi abang dah ceraikan Hanah.."
Isyraf tersenyum lagi.
"Kita getback?"
"Abang nak lagi ke dengan Hanah?" soal Hanah dengan wajah yang kecewa.
"Kenapa tanya macam tu?"
"Hanah dah sakitkan hati abang. Hanah tak sepatutnya buat papa Naura macam ni. Hanah rasa.. Hanah dah jadi isteri yang derhaka pada suami sendiri. Layak lagi ke Hanah untuk jadi isteri abang?"
"Kalau macam tu.. layak lagi ke abang untuk jadi suami Hanah?"
Hanah terkedu.
"Abang selalu tertanya dulu yang abang ni layak lagi ke tidak untuk orang sebaik Hanah. Abang yang jahil dulu. Abang yang lemah. Kalau Hanah bencikan abang sekalipun abang faham. Mungkin semuanya punca dari abang sendiri."
"Jadi.. setiap manusia tak pernah lari dari kesalahan. Kita bukannya malaikat tetapi hanya manusia biasa. Kita manusia ada kelemah dan ego masing-masing. Tapi kalau dah tertulis jodoh, lari sejauh manapun kita akan bertemu semula."
Air mata mengalir di pipi Hanah sekali lagi. Kalaulah dari dulu lagi dia sedar semua ini.
"Hanah masih bencikan abang?" soal Jungkook kali ini membuatkan Hanah tergamam seketika.
"Hanah tak pernah tipu perasaan Hanah pada abang. Dah berapa kali Hanah cakap yang Hanah tak pernah bencikan abang. Abang tak percaya ke? Kat airport tadi main-main je," jawab Hanah.
"Lepas tu Hanah percaya tak yang abang tak pernah menipu perasaan abang pada Hanah sejak mula-mula kita kenal dulu? Abang tak pernah berhenti cintakan Hanah. Hanah tak percaya ke?"
Hanah mengetap bibir sehabis mungkin bila terasa dirinya seperti sudah nak tergelak. Isyraf ni orang tanya dia, dia tanya orang balik.
"Buktikan dulu yang abang betul-betul cintakan Hanah," kata Hanah membuatkan Jungkook tersenyum nakal.
"Nak abang kiss sekarang? Depan orang ramai?" soal Isyraf membuatkan Hanah terus menekup mulut dengan sebelah tangan. Ya! Dia sudah tak tahan untuk gelak lagi!
"Cubalah kalau boleh.." Hanah terus berlari dari situ. Naura masih lagi berada dalam dukungannya. Kesian Naura kerana pening dengan ibunya yang dah banyak bergerak.
"Eii dia ni! Nak berlari berkejaran seindah bunga di taman ke?" Jungkook terus mengejar Hanah dari belakang.
***
•
•
•
"Oppa.. Sudahlah tu mabuk!" Yeoreum menggoncangkan tubuh Jin bila lelaki itu sedang berbaring di sofa rumahnya dengan keadaan mabuk yang teramat.
Jin hanya terdiam sambil melelapkan matanya perlahan-lahan. Yeoreum mengeluh. Sejak dia keluar dari hospital bahagia hari itu, dia berkahwin dengan Jin.
Tapi itulah bila Tuan Kim masih belum dapat terima dia. Yeonra pula nasib baik saja Tuan Kim sanggup menanggung biayai pembedahan jantung berlubangnya. Itupun atas desakan Puan Kim, ibu Jin, yang kesian dengan cucu mereka.
Dan sekarang, Jin dan Yeoreum hanya tinggal di rumah biasa, bukan rumah mewah Jin mahupun kondomium. Semuanya dirampas Tuan Kim. Jin juga sekarang hanya berkerja sambilan dan hanya mendapat gaji kecil saja.
"Aku benci appa.." kata Jin perlahan dengan mata yang sudah terlelap. Inilah sikap suami Yeoereum. Setiap malam balik rumah mesti mabuk-mabuk kerana terlalu terlalu stress dengan kehidupan dia yang sekarang. Kehidupan dia yang sekarang jauh lebih sempit dari kehidupan dia yang lama.
Yeoreum hanya terdiam. Yeonra yang berada di sebelahnya pula dia tatap buat seketika sebelum memandang Jin semula.
——— THE END ———
Bagaimana dengan Taehyung? Jimin dan Wardha? Puan Soojin? Appa Jimin, Tuan Park?
Semuanya akan disambung di epilog dan juga double special chapt yang akan diupdate nanti ♥ harap tak de yang nak buang dari library lepas ni 😢
Okay.. seperti biasa saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak atas baca cerita ni walaupun cerita ni dah banyak bagi penderitaan pada semua orang. Kebanyakannya saya nampak readers yang baca ni sanggup tertunggu-tunggu setiap chapt dari fanfic ni. Saia terasa amat kagum 😌 Harap cerita ni dapat memberi pengajaran dan juga tauladan pada masa depan kita semua nanti.
So sekarang, saya just nak tanya mengikut apa yang readers rasa. Sila terangkan ye?
1.) Apa yang readers rasa sepanjang baca dan menghayati fanfic ni?
2.) Kalau cerita ni dijadikan sebagai novel, readers dari sini agaknya boleh support tak?
Okay done! Itu saja yang saya nak tahu. Btw, thanks again sebab sanggup support cerita ni 😘😘😘
Maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang perjalanan ff ni. Maaf juga sekiranya ending tak padan dengan pederitaan yang mereka rasa. Maaf kalau saya sendiri ada terkasar bahasa dengan readers ke apa ke. Maaf untuk semuanya 😢😢😢
Dan.. itu saja dari saya.. Assalamualaikum..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top