64 : Leave
"Ya Allah.. Mungkin usaha aku untuk dapatkan Hanah semula setakat ni saja. Mungkin kami berdua sebenarnya tak ada jodoh. Sebab itulah hubungan kami selalu ada masalah. Semoga dia akan bertemu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari aku. Seseorang yang dapat terima dia dan juga anak kami, Naura. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak memiliki hati seseorang manusia, aku tak dapat memaksa hati orang lain untuk mencintai aku selepas aku lukakan hati dia. Semoga Hanah berbahagia tanpa aku, Ya Allah. Amin.."
Isyraf mengaminkan doanya di atas sejadah seusai menunaikan solat sunat taubat serta Tahajjud pada malam-malam begini. Sempat dia kerling wajah Hanah dan Naura yang masih tidur di katil. Dia tersenyum kelat buat.
Hari ini genap 41 hari umur Naura. Tetapi Hanah masih lagi dengan sikap dinginnya, tidak mahu membuka sedikitpun ruang hati dia kepada Isyraf.
Mungkin sekarang sudah tiba waktunya untuk Jungkook pergi membawa diri dan membiarkan Hanah mencari kebahagiaan dia sendiri di sini. Lagipun Hanah sudah tawar hati dengan Isyraf. Apa-apa saja cara yang dia lakukan pun, hati Hanah sedikitpun tidak terusik.
Memang betullah semua orang kata, perempuan bila dah hancur hati, sampai bila-bila pun tidak akan diterima balik.
Dia sedar, dia hanyalah seorang insan yang lemah dan mudah terlalai dengan dunia. Disebabkan itulah dia terpaksa menanggung semua keperitan di atas dosa-dosa silamnya ini. Mungkin ini hanyalah ujian dari Allah yang mahu dia terus menjadi seorang yang kuat dan tabah.
Jungkook membaringkan tubuhnya di atas katil disebelah Hanah selepas siap menyidaikan sejadah tadi di tempat letak sejadah. Rambut yang menutupi wajah Hanah itu dia selitkan ke belakang telinga. Wajah polos gadis itu dia tatap sambil tersenyum kelat.
Sungguh dia rindukan senyuman manis dari Hanah dan wajah Hanah yang sentiasa malu untuk berhadapan dengan dia dulu. Tak lupa juga dengan air mata Hanah yang mengalir kerana sikapnya yang terlalu manis itu.
Tetapi.. semua itu hanya tinggal kenangan. Dia juga tahu Hanah tidak akan balik pada genggaman dia lagi.
"Abang izinkan sayang untuk mencari lelaki yang lebih baik.."
***
•
•
•
"Abang.. kalau Wardha nak minta majlis akad nikah nanti kita buat dekat rumah arwah papa Kak Hanah boleh?" kata Wardha.
Jimin yang dari tadi bermain dengan telefon pintarnya itu mengalihkan pandangan kepada Wardha. Wardha pula terus menundukkan wajah. Walaupun Jimin ini bakal suaminya, dia tetap menjaga batas-batasnya sebagai umat Islam kerana Jimin ini masih belum sah menjadi suami dia lagi.
Jimin tersenyum. Inilah yang buat dia semakin suka dengan Wardha. Perempuan ini terlalu lembut dan menjaga kehormatan diri orangnya. Jimin menghirup air di hadapannya seketika memandangkan mereka berdua kini berada di cafe.
"Dekat kampung tu? Why?" soal Jimin.
"Tak adalah.. Wardha saja je.. Ye lah Wardha dah lama tak pergi kampung. Nak buat macam mana kalau mama dan papa Wardha pun tinggal dekat bandar. Wardha pun kadang-kadang nak rasa juga suasana kampung tu macam mana," kata Wardha bersama nada yang agak gementar.
Manalah tahu Jimin tidak setuju dengan permintaannya ini nanti. Sudahlah majlis perkahwinan mereka akan diadakan minggu depan.
Tiba-tiba, Jimin tergelak. Lucu pula Wardha ni awkward semacam. Maklumlah mereka berdua dah nak kahwin. Wardha pula sudahpun memasamkan muka. Nasib baiklah tidak terlalu nampak kerana niqab.
"Abang ni kenapa gelak?"
"Hahaha! Tak adalah! Wardha nampak lucu hahaha!" Jimin tergelak lagi. Wardha sudahpun menarik muka cemberut.
"Haha! Okay okay dah! Abang berhenti gelak!" Jimin sedaya upaya memaksa dirinya untuk berhenti gelak.
"Haih dia ni!"
"So Wardha nak buat wedding kita dekat kampung? Kenapa nampak takut sangat ha? Bolehlah apa salahnya. Lagipun abang pun nak rasa suasana dekat kampung tu juga."
Wajah cemberut Wardha tadi terus hilang sebaliknya diganti dengan wajah teruja pula.
"Betul ke abang?"
"Betullah. Lagipun abang nak kenalkan Tashriq tu dengan adat-adat di Malaysia. Kesian pula dengan dia masih duduk terikut-ikut lagi dengan budaya Korea tu. Jumpa orang pun masih tunduk hormat lagi. Bukannya nak bersalam."
Wardha ketawa kecil. Itupun sedaya upaya dia kawal agar tidak keterlaluan.
"Boleh juga. Wardha pun kesian tengok dia. Dahlah single-mingle. Harap-harap kat kampung tu dia dapat jumpa jodoh yang boleh ajar dia adat-adat Melayu," kata Wardha dan Jimin hanya mengangguk setuju.
Kadang-kadang pun Jimin rasa nak bagi penampar juga pada Taehyung tu. Mana taknya sudah nak masuk dua bulan memeluk agama Islam tetapi masih tak sunat-sunat lagi.
Sudah berapa kali dia memujuk Taehyung dan mengatakan bahawa sunat itu tidak guna parang pun. Tapi Taehyung ni pula siap mengurungkan diri dalam tandas, takut nak dengar tentang sunat. Ha sudah dah lah! Apa nak jadilah dengan anak Kim ni.
***
•
•
•
Pakaiannya mula dilipat dengan elok dan dimasukkan ke dalam bagasi. Sesekali Jungkook memegang gambar kahwin dia bersama Hanah dulu yang berada dalam frame. Dia tersenyum kelat. Terasa sebak pun ada.
Dia rindukan Hanah. Rindu dengan senyuman gadis itu, rindu dengan belaian Hanah. Dia rindu semuanya tentang Hanah. Tapi itulah bila hati gadis itu betul-betul sudah tertutup untuk dia. Dia sendiri pun sudah berputus asa untuk menawan hati isterinya itu semula.
Gambar tadi dimasukkan sekali ke dalam bagasi bersama pakaiannya yang lain. Setelah bagasi itu dia zip, dia memandang pula Naura yang baru sahaja terjaga dari tidur di atas katil itu. Jungkook mendekati Naura.
Dahi Naura dia cium lembut. Mungkin ini adalah kali terakhir dia bersama Naura dan kali terakhir juga dia melihat wajah Naura. Selepas ini, wajah anak kesayangannya itu mungkin akan lenyap dari pandangan mata. Hanya gambar di telefon saja yang boleh mengingatkan kembali dia pada Naura.
Jungkook memandang ke arah pintu bilik pula bila terasa dirinya seperti diperhatikan seseorang. Tidak lain dan tidak bukan lagi kalau bukan Hanah yang tercegat di pintu bilik itu.
Isyraf tersenyum manis ke arah Hanah. Ini mungkin kali terakhir dia melihat Hanah sebelum berangkat ke Korea. Hanah dah betul-betul bencikan dia, sebab itulah segala yang dia buat tidak diterima gadis itu.
Jungkook turun dari katil dan menarik bagasinya tadi ke arah Hanah. Dia menghentikan langkah betul-betul di hadapan Hanah yang sedang mempamerkan wajah keliru. Hanah langsung tidak tahu tentang rancangan Isyraf kali ini.
"Nak pergi mana?" soal Hanah dan Jungkook masih lagi tersenyum manis walaupun dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu.
"Abang cintakan Hanah. Abang tak pernah menipu tentang hati abang pada Hanah."
Hanah terdiam. Tiba-tiba saja hatinya terasa sebak. Isyraf nampak betul-betul mengalah sekarang.
"Abang tahu.. Hati Hanah takkan terbuka untuk abang lagi. Abang juga tak nak paksa Hanah untuk terima abang dengan hati yang tak ikhlas. Jadi.. lebih baik saja abang pergi. Abang akan balik Korea hari ni juga."
Mata Hanah mula berkaca. Kejam sangatkah sikap dia pada Jungkook selama ini sampai Jungkook menyerah sampai macam ni sekali?
"Abang tahu Hanah tak bahagia dengan abang. Abang tak pernah pun bahagiakan Hanah seperti suami lain yang bahagiakan isteri dia. Tapi walaupun abang langsung tak bahagiakan Hanah, Hanah tetap yang abang anggap nombor satu. Thanks for everything. Dalam hidup abang, dengar nama Hanah pun abang dah rasa bahagia, itu belum lagi abang jumpa orangnya."
Hanah tergamam. Dagu wanita itu dia tarik ke atas dengan perlahan dan lantas Isyraf mencium lembut dahinya. Matanya dipejamkan buat seketika. Sungguh hati dia terasa sebak untuk tinggalkan Hanah. Tapi dia terpaksa juga demi kebahagiaan orang yang dia sayang.
"Isyraf.."
Dagunya dilepaskan dan Isyraf menatap semula wajah isterinya itu buat kali terakhir.
"Abang izinkan Hanah cari kebahagiaan Hanah sendiri. Abang akan lepaskan Hanah."
Hanah terdiam lagi. Air matanya juga perlahan-lahan mengalir. Hati dia juga tiba-tiba menjadi sejak dengan tindakan Jungkook kali ini. Jungkook memandang Naura yang berada di atas katil itu seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya kepada Hanah semula.
"Jaga anak kita baik-baik... Abang... ceraikan Hanah."
Hanah mengetap bibir bila air matanya menurun semakin laju. Ya Allah, apa semua ni? Isyraf.. ceraikan dia?
"Abang akan selalu doakan Hanah biar Hanah jumpa orang yang jauh lebih baik dari abang. Assalamualaikum.."
Isyraf mula menarik bagasinya melintasi Hanah yang terdiam kaku di situ. Air mata yang mengalir laju di pipi gadis itu dibiarkan begitu saja. Tubuhnya seakan digam kerana tidak mampu bergerak kemana-mana lagi.
"Uwek! Uwek!"
Tangisan Naura pula kedengaran dan memenuhi ruang ini. Mungkin dia tahu yang papa dia akan tinggalkan dia kali ini. Hanah mengeleng perlahan. Tak! Isyraf takkan tinggalkan mereka kali ini!
"Isyraf!" jeritnya sekuat yang mampu tetapi suaranya seakan tersekat kerana tangisannya. Tetapi sayangnya, jeritan itu langsung tidak didengari Isyraf memandangkan lelaki itu sudahpun berada di tingkat bawah.
Hanah terus berlari setakat yang dia mampu, menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Bila tiba saja di tingkat itu, dia berhenti di muka pintu hadapan rumah.
Tubuh Isyraf yang sedang menarik bagasi itu dia pandang dari belakang. Langkahnya terhenti bila Jungkook mula menuju kearah sebuah kereta asing yang diparking di luar pagar rumah.
Hanah masih lagi berada di muka pintu rumah itu. Kakinya terasa kaku untuk mengejar lelaki ini lagi. Air matanya pula tak henti-henti mengalir bila melihat Jungkook sudahpun masuk ke dalam kereta.
Cermin kereta BMW berwarna hitam itu diturunkan buat seketika. Dari jauh Hanah dapat melihat Isyraf bersama Jimin yang sedang berada di tempat pemandu sekarang.
Isyraf pula mengetap bibir bila memandang wajah isterinya itu dari jauh. Air matanya juga mula bergenang. Dia juga manusia biasa yang ada perasaan. Sudah berapa lama dia cuba mendapatkan semula hati Hanah tetapi Hanah saja yang langsung tidak membuka hati untuk dia lagi.
Untuk apa lagi dia menagih hati Hanah lagi sekiranya perempuan itu langsung tidak akan menerima dia semula? Dia tahu Hanah bencikan dia kerana salah dia yang dahulu dan dia juga patut untuk terima semua ini.
"Kau pasti ke, Raf?" soal Jimin dengan wajah simpati. Isyraf pula sedaya upaya mengukirkan senyuman walaupun senyuman kelat sekalipun.
"Jodoh aku dengan dia setakat ni saja. Aku redha... untuk lepaskan dia..."
++++
Dari awal lagi aku janji hepi ending right? So dun worreh ya temen temen 🌚
Next chapt dah ending ya guys? :')
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top