62 : Cute Girl


"Kami sebenarnya datang ke sini ada hajat," kata Puan Janna.

Akhirnya sampai juga dia ke Malaysia semalam. Oleh kerana rasa excited melebih, dia terus saja datang ke rumah Uncle Danial pada hari ini untuk menyelesaikan tujuannya yang mahu meminang Wardha kepada anaknya, Redzuan.

Taehyung yang turut berada bersama mereka itu mula mengusap belakang Jimin memandangkan lelaki itu kini sudahpun bernafas seperti tak cukup oksigen. Berdebar betul dah ni!

"Apa hajatnya?" soal Uncle Danial walaupun dia sudah tahu hajat sebenar Puan Janna ini.

"Hajat saya sebenarnya nak melamar Wardha untuk jadi isteri kepada anak saya, Raez," kata Puan Janna. Tashriq pula menepuk peha Redzuan yang sudahpun tersenyum malu.

Auntie Suraya pula tergelak kecil buat seketika. Macamlah dia tidak kenal dengan Redzuan ataupun Jimin ini. Wardha memang selalu menceritakan pasal lelaki ini kepada dia.

"Kalau nak ikutkan hati, kami memang setuju pun nak kahwinkan Wardha dengan Raez. Wardha pun selalu ceritakan pasal Raez. Tapi saya kena tanya tuan punya badan dulu samaada dia betul-betul setuju atau tidak," kata Auntie Suraya pula lalu Puan Janna hanya mengangguk faham.

Tidak lama selepas itu, Wardha datang bersama dulang yang terletaknya air kelapa bersama biskut Cream Cracker di situ. Oleh kerana hatinya yang terlalu berdebar, tubuhnya turut menjadi gementar.

Maka, terketar-ketarlah tangannya ketika menuang air kelapa ke dalam gelas kosong di hadapan Puan Janna. Dan yang membuat semua orang kecewanya bila habis air yang dituangnya itu terkeluar dari gelas. Gugup sangat si Wardha ni.

"Eh kenapa ni, Wardha?" soal Darwisy yang turut berada di situ. Terkejut pula dia dengan Wardha ni.

"Erm.. ma..maaf.." kata Wardha dengan agak tergagap sambil menunduk bersalah.

"Biar Wardha bersihkan."

"Haa pergi cepat," arah Auntie Suraya pula lalu Puan Janna tergelak kecil. Macamlah dia tak tahu yang Wardha sebenarnya berdebar yang teramat sekarang.

"It's okay, Wardha. Mari duduk sini sebelah mummy," kata Puan Janna dengan membahasakan dirinya sebagai mummy kepada Wardha.

Wardha terkaku buat seketika. Kalau boleh mahu saja dia lari keliling rumah sekarang. Jantungnya dah bagai nak gugur, berdebar yang teramat! Jimin yang berada di sofa bersama Taehyung itu pula tak habis-habis kena sakat dengan Taehyung. Habis merah pipinya dibuat Taehyung.

"Tak apa ke, Puan Janna? Maaflah sebab Wardha ni cuai sikit. Ni lah yang buat saya rasa selalu nak cubit dia," kata Auntie Suraya.

"Hahaha! Tak apa. Biasanya budak-budak dia nervous bila tahu orang nak masuk melamar dia." Puan Janna sambil tergelak kecil.

"So, inilah Wardha? Lawa orangnya," puji Puan Janna membuatkan Wardha menundukkan wajahnya. Malu! Nasib baik dia berniqab. Kalau tidak habis orang akan nampak wajah merahnya sekarang ini.

"Wardha setuju tak kalau mummy nak jodohkan Wardha dengan anak mummy, Raez?" soal Puan Janna sambil memegang tangan Wardha dengan lembut.

Boleh pula Puan Janna tanya Wardha di hadapan semua orang begini. Maklumlah dia tidak berapa tahu tentang adat Melayu ini. Itupun nasib baik dia sudah boleh berbahasa Melayu walaupun banyak pelat dan terseleng Korea.

Semuanya kerana Jimin yang berusaha berbahasa Melayu dengan Puan Janna semasa di Korea dulu supaya Puan Janna boleh berbahasa Melayu dan mudah untuk masuk meminang Wardha nanti. Takkan nak meminang Wardha pun nak kena guna Bahasa Korea pula?

Wardha memandang Jimin yang sudahpun tersenyum manis kearahnya. Sesekali bahu Jimin itu dipukul Taehyung.

"Hey, jangan nak angau sangat!" kata Taehyung dalam Bahasa Korea. Puan Janna hanya tergelak kearah mereka berdua. Tak sama pula dengan yang lain yang langsung tidak faham apa yang Taehyung katakan itu.

"Wardha.. ermm.." kata Wardha dengan nada yang tersekat-sekat. Sekali lagi dia memandang Jimin yang mengangguk laju kepadanya menyuruh Wardha menerima saja lamaran ini.

Wardha menundukkan wajah sekali lagi. Malu yang teramat! Dia tidak bersuara sebaliknya hanya mengetap bibir di balik niqab yang dipakainya. Mahu saja dia menjerit sekarang kerana terlalu malu.

"She accepts it," sampuk Taehyung dengan tiba-tiba. Kalau nak tunggu si Wardha ni jawab, sampai kiamat pun masih duduk macam ni. Jadi lebih baik Taehyung saja yang tolong jawabkan.

"Really, Wardha?" soal Puan Janna lagi dengan wajah yang teruja. Wardha yang masih menunduk itu perlahan-lahan mengangguk.

"Alhamdulillah.." kata Uncle Danial sambil melekapkan kedua-dua belah tapak tangan ke wajahnya seperti mengaminkan doa.

"Raez! Go and kiss her!" jerit Taehyung lalu Jimin terus menyekeh kepalanya. Tak senonoh betul kau ni Taehyung jerit-jerit rumah orang siap suruh kiss lagi. Ingat ni Korea ke?

Mereka semua hanya tergelak memandang Jimin dan Taehyung yang tak ubah seperti adik beradik. Inipun tidak termasuk Jungkook, kalau tak semakin teruklah Taehyung ini meroyan.

***

"Berkhemah, berkhemah, berkhemah sama Jeon Jungkook. Jeon Jungkook, Jeon Jungkook anaknya Jeon Soojin. Jeon Soojin, Jeon Soojin, Jeon Soojin, Jeon Soojin, Jeon Soojin! Saranghae appa, saranghae cute girl, saranghae appa, saranghae cute girl, saranghae appa, saranghae cute girl! Muah!" Jungkook mencium bibir Naura berkali-kali. Geramnya! Sudahlah Naura ni comel!

"Ha? Nak papa geletek?" Jungkook terus menggeletek perut Naura di atas sofa di ruang tamu rumahnya itu sehingga Naura mengekek ketawa. Comel!

Jungkook membaringkan pula Naura ke atas sofa tadi. Wajahnya ditekup buat seketika sebelum membukanya semula dan,

"Chak aa!"

Naura sekali lagi mengekek ketawa. Pandai betul Isyraf ni bermain dengan budak-budak. Sampai Naura ni dah mengekek ketawa tak ingat dunia.

Dari jauh Hanah mengintai dibalik dinding. Dia hanya memandang dengan wajah yang kosong sebelum berpaling ke belakang semula. Isyraf amat penyayang. Macam mana kalau suatu hari nanti Naura perlu dipisahkan dari lelaki ini? Mesti Isyraf akan sedih.

Jujur dalam hati, dia amat rindukan Isyraf yang penyayang seperti ini. Tapi itulah, hatinya masih berat dengan semua ini. Kepercayaan dia pada Isyraf sudah betul-betul hancur. Untuk mendekati lelaki itu pun dia terasa masih ragu-ragu. Dia takut.. sekiranya Isyraf ini masih ada sifat munafik dan hatinya juga pun masih terasa sakit yang teramat.

Baru saja Hanah hendak berlalu pergi dari situ, langkahnya tiba-tiba terhenti bila,

"Kantoi! Mama intai kitalah, cute girl!" kata Jungkook sambil menggoyangkan tangan Naura membuatkan tangan Naura itu melambai-lambai pada Hanah.

"Ma..mana adalah!" protes Hanah dengan suara yang agak tersekat.

"Mama jealous sebenarnya kan, cute girl? Dia nak dekat dengan papa pun tak nak. Bila papa dekat dengan cute girl dia jealous pula. Kaja! Kita cuddle-cuddle kat atas nak tak, cute girl?" kata Jungkook pada Naura lalu Naura mengekek ketawa lagi. Sporting sungguh Naura ni. Tak padan dengan kecil!

Kemudian, langkah Isyraf mula naik ke atas bersama Naura yang masih lagi berada dalam dukungannya. Hanah hanya mencebik. Geram? Macamlah dia tidak kenal dengan suami dia yang suka menyakat dia dulu.

***

Isyraf mengusap lembut pipi gebu Naura. Botol susu masih dia pegang erat bila Naura sedang enak meminum susu.

Isyraf tersenyum kelat. Wajah Naura yang ada iras dengan Hanah itu membuatkan dia rindu untuk berbaik dengan Hanah macam dulu semula. Tapi Hanah pula dah hancur hati.

Dahi Naura dia cium lembut bila melihat Naura yang kian tertidur di atas katil disebelahnya. Jungkook meluruskan sebelah tangannya yang menongkat kepala tadi dan dia mula membaringkan kepalanya di atas tangannya tadi.

Wajah Naura itu dia tatap lagi sambil tangannya bermain-main dengan tapak tangan Naura. Bilalah agaknya Hanah akan terima dia semula? Sudah tiada langsung lagi ke peluang dalam hati Hanah untuk dia?

Perlahan-lahan matanya terlelap. Dia sendiri pun sudah terasa mengantuk bila melihat Naura yang sudahpun tertidur itu. Akhirnya Jungkook tertidur disebelah Naura.

Perlahan-lahan pintu bilik itu dikuak oleh Hanah dari luar dan melihat suaminya yang sudahpun tertidur dengan anaknya. Tanpa dia sedar, bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman manis melihat mereka berdua.

Walaupun dia tahu dia masih mencintai Isyraf, tetapi kepercayaan dan hatinya yang telah hancur ini seperti melarangnya untuk terima lelaki itu semula. Hati dia sakit, sakit yang teramat! Hanya Allah saja yang dapat rasa apa yang dia rasa. Isyraf.. datang menagih semula hatinya yang telah hancur. Bagaimana dia nak bagi?








++++

Kalau anda jadi Hanah, anda akan terima semula tak Isyraf? 🌚

Well,, aku rasa comment dia dapat memberi iktibar kepada readers lain,

Thanks to MALHAEJWO

Kalau ikut real life, yes bukan mudah untuk kita maafkan seseorang yang dah buat salah besar. Kita boleh cakap 'kalau Allah pun maafkan hamba-Nya, takkanlah kita tak boleh maaf?'

Tapi mengikut kepada reality, kita hidup hanyalah seorang manusia biasa yang lemah dan mudah leka. Sedangkan solat kita pun mungkin masih lagi tunggang langgang, adakah kita cukup kuat untuk memaafkan seseorang itu semudah kicap abc?

Aku bukannya tanak kasi korang maafkan orang lain. Tapi mengikut kepada reality, memang kita berat nak memaafkan seseorang yang dah buat banyak salah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top