61 : Broken Heart
"Eii geramnya budak ni!" Darwisy menggomol pipi gebu Naura yang tampak comel sangat itu.
"Kamu ni Darwisy. Suka sangat dengan budak-budak. Haa kamu bila nak kahwin, Darwisy?" soal Uncle Danial dengan selamba.
Hanah hanya tergelak kecil. Lucu pula dia tengok dua beranak ini. Manakala Darwisy pula hanya tersenyum kelat sambil menghulurkan Naura kepada Isyraf semula.
"Entahlah papa.." jawab Darwisy sambil menunduk memandang lantai. Sejak dia redha yang jodoh Hanah dengan Isyraf dulu, sampai hari ini dia masih belum berjumpa dengan mana-mana perempuan yang dapat menggantikan tempat Hanah lagi. Mungkin hati dia saja yang tidak membuka ruang kepada mana-mana perempuan lain.
"Abang Darwisy sebenarnya suka Kak Hanah dulu," kata Wardha dengan nada mengusik membuatkan Darwisy membulatkan mata. Nakal juga Wardha ni!
"Apa Wardha merepek ni? Abang cubit hidung ni kan?"
Mereka semua tergelak termasuk Jungkook. Nasib baiklah dia tidak mengambil hati sangat dengan kata-kata Wardha yang mahu mengusik abangnya tadi.
Tidak lama selepas itu, pintu wad itu ditolak dari luar maka terpancullah figura seorang perempuan yang amat Hanah kenali. Siapa lagi kalau bukan Dr. Dhia?
"Hanah! Sorry Dhia lambat. Tadi ada patient.." kata Dhia lalu menerpa kearah Hanah tergopoh-gapah.
"Alaaa tak apa Hanah faham," kata Hanah sambil tersenyum manis.
Dhia yang kini berada di sebelah kanan Hanah itu terpandang Isyraf yang sedang duduk di kerusi sebelah kiri dengan katil Hanah. Niatnya untuk melihat Naura itu tiba-tiba terbatas. Dhia tersenyum manis kepada lelaki itu lalu menundukkan sedikit badannya. Dia mula berbisik sesuatu pula di telinga Hanah,
"Hanah.. ni ke Isyraf?" soalnya lalu Hanah sekadar mengangguk dengan wajah yang kosong.
"Handsomelah, Hanah. Rugi kalau Hanah reject dia kali ni tau? Tapi kalau Hanah tak nak bagi Dhia aje lah," bisiknya lagi sambil tersengih manakala Hanah sudahpun memaparkan reaksi yang menyampah. Dhia ni tak habis-habis!
"Jadi.. ni lah kawan akak yang nama Dhia tu?" soal Wardha dan Hanah hanya mengangguk.
Dhia mula mengalihkan pandangannya pada Wardha pula. Pada waktu yang sama juga, dia terpandang Darwisy yang berada di sebelah Wardha.
Oh my god! Abang Darwisy! Dhia hanya mampu menjerit dalam hati.
***
•
•
•
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" soal Hanah bila Isyraf yang membawanya balik ke rumah asal mereka dulu, bukan lagi rumah Uncle Danial.
"Ini kan rumah kita?"
"Tak.. rumah ni rumah awak je. Bukan rumah saya. Saya nak balik rumah Uncle Danial."
Jungkook mendekati Hanah yang sedang duduk di sofa itu. Tempat disebelah gadis itu dia ambil.
"Hanah.. Saya tak nak awak tinggal dengan keluarga Uncle Danial sebab saya tak nak menyusahkan diaorang lagi. Cukuplah setakat keluarga mereka yang besarkan awak dan jaga awak semasa saya tiada. And now, saya dah balik kan?"
"Tapi saya nak balik rumah Uncle Danial juga.." Hanah tetap berkeras.
"I'm still your husband, Hanah. So I need to take care of you as my wife. Kenapa saya nak biarkan awak tinggal dengan diaorang lagi? Awak kena ingat yang awak dengan Naura tu tanggungjawab saya."
Hanah hanya mengeluh. Kalau nak ikutkan hati, nak saja dia ikut Darwisy balik ke rumah Uncle Danial semasa di hospital tadi. Tapi Isyraf ni pula yang berkeras mahu membawanya balik ke rumah asal mereka.
"Sekarang awak nak makan? Saya boleh pergi beli," soal Jungkook dan Hanah mengeleng.
"Saya tak lapar.."
"Awak masih marahkan saya ke?"
Hanah hanya terdiam dan mula melemparkan pandangan ke tempat lain.
"Awak tak kesian ke tengok Naura? Dia pun perlu kasih sayang seorang ayah juga. Sekurang-kurangnya, awak bagilah saya peluang kali kedua. Saya janji takkan jadi macam dulu lagi," kata Isyraf dengan nada yang mengendur seakan merayu.
Sekali lagi Hanah mengeluh. Kalau nak ikutkan hati, dia memang masih mencintai lelaki ini. Tapi disebabkan sakit hati yang dia rasa ini amat mendesaknya untuk berhenti dari terus mencintai lelaki ini.
"Saya.. betul-betul nak berubah, Hanah. Saya akan cuba jadi suami terbaik kalau awak terima saya semula. Saya janji akan jujur dengan awak. Lagipun mummy pun sudah restu dengan perkahwinan kita," kata Jungkook lagi.
Walaupun Puan Soojin tidak mampu berkata apa-apa hari itu, tetapi melalui pergerakan dan belaian lembut wanita tua itu amat menyakinkan Jungkook bahawa Puan Soojin sudah dapat terima pengislaman dia dan juga Hanah.
"Maaf.. saya dah penat sangat awak.." kata Hanah sedikit sebanyak membuatkan hati Isyraf berderai hancur.
Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku untuk tempuhi semua dugaanMu kali ini. Gumamnya dalam hati.
***
•
•
•
Sudah seminggu berlalu. Begitu juga dengan layanan Hanah kepada Isyraf yang tidak mahu memaafkan lelaki itu walaupun setiap hari Isyraf mengujarkan kata-kata maaf pada dia.
Susahnya nak merawat hati perempuan yang sudah terluka ini. Dulu boleh juga dia pancing dengan kata-kata manis dan sebagainya tetapi sekarang, tidak dapat lagi. Hanah tidak akan memandang semua itu lagi. Hatinya benar-benar hancur dan tidak percaya lagi dengan kemanisan Jungkook.
Dari luar pintu Jungkook mengintai Hanah yang sedang bermain-main dengan anak mereka. Jungkook hanya tersenyum kelat. Hanah nampak bahagia sangat bila bersama Naura.
Kan lebih baik kalau Hanah juga turut bahagia dengan kehadiran dia di sisinya?
Jungkook perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam bilik itu sambil tersenyum manis yang dibuat-buat. Dia mendekati mereka berdua.
"Naura.. mari sini anak papa." Jungkook menghulurkan tangan kepada Naura dan Hanah terus menghulurkan budak itu kepadanya. Bayi itu dicium berkali-kali selepas berada dalam dukungannya. Geramnya dia bila tengok Naura ni. Comel semacam!
"Awak tak penat ke?" soal Hanah dengan tiba-tiba mengalihkan perhatian Jungkook daripada Naura kepada Hanah pula.
"Penat apa?"
"Selalu munculkan diri depan saya."
Jungkook terdiam seketika dan matanya dialihkan pada Naura semula. Hanah memang sudah betul-betul bencikan dia agaknya. Sebab itulah semua kebaikan ikhlas yang dia lakukan kali ini tidak dipandang lagi.
Tetapi Jungkook tetap keraskan hatinya. Walau apa jua pun, dia tetap kena buat Hanah maafkan dia dan menerima dia semula.
"Tak! Saya tak pernah penat untuk buat awak terima saya balik. Sebab saya tahu, Naura juga anak kandung saya," kata Isyraf.
Hanah melepaskan keluhan berat. Sejak dari awal lagi dia tahu yang Isyraf ni memang tak mudah mengalah untuk memenangi hati dia. Sebab itulah mereka berdua boleh berkahwin. Semuanya kerana Isyraf yang tidak pernah berhenti untuk membuat Hanah jatuh cinta pada dia.
Mungkin dulu Hanah yang kalah dengan usaha lelaki ini yang betul-betul inginkan dia. Tetapi sekarang, tidak lagi. Apa yang dia tahu, belum tentu lagi disebalik kebaikan Isyraf kali ini ada keikhlasan. Kepercayaan dia pada Isyraf sudahpun luntur.
"Hanah.. hati awak dah tak ada ruang lagi ke untuk saya?" akhirnya Isyraf memberanikan diri untuk bertanyakan tentang ini. Hanah melemparkan pandangannya ke arah lain sekali lagi dan hanya mendiamkan diri.
"Saya tahu saya salah.. Saya yang tak pernah jujur dulu. Tapi tolonglah percayakan satu saja, saya cintakan awak dengan sungguh-sungguh," kata Jungkook lagi.
Hanah sudahpun memejamkan mata tatkala air matanya mula bergenang. Perlahan-lahan dia memandang wajah Jungkook semula.
"Awak tahu tak? Dulu saya sanggup tunggu awak di hospital masa awak kemalangan. Saya jaga awak setiap hari sampailah awak sedar. Tapi bila awak dah sedar, awak tinggalkan saya. Lepas tu, saya mengandungkan pula anak awak seorang diri tanpa awak."
"Tapi saya redha sebab saya percaya yang awak pergi Korea semata-mata nak jelaskan semuanya pada keluarga awak. Saya di sini punyalah tunggu awak balik ke rumah semula macam tunggul kayu. Hari-hari juga saya berdoa dan menangis supaya awak balik, tapi awak tetap tak balik-balik."
Hanah menarik nafas panjang seketika bila terasa tangisannya ini menyukarkan dia untuk bernafas.
"Saya sanggup datang Korea semata-mata untuk awak. Dan juga saya bersyukur sangat sebab awak masih layan saya dengan baik. Tapi yang buat saya kecewanya bila saya tahu perangai awak dibelakang saya!"
"Awak pergi club dan hanyut dalam dunia awak sendiri. Awak tak pernah jujur dengan saya yang awak sebenarnya ada anak dengan Hyuri. Awak juga mengandungkan Deana sebab kelalaian awak sendiri! Dan yang saya tak boleh terima sangat bila awak sanggup tinggalkan saya semata-mata untuk kahwin dengan Hyuri yang sememangnya tak akan pernah sah untuk jadi isteri awak!"
"Saya tahu.. awak ada masalah sebenarnya. Tapi tak boleh ke awak berdoa dan redha? Kalau awak tak nak buat semua itu pun, sekurang-kurangnya awak jujurlah pada Hyuri yang awak sebenarnya dah ada saya. Awak tahu tak dah berapa hati terluka sebab awak? Awak tak pernah rasa ke yang diri awak terlalu kejam untuk wanita lemah macam semua wanita yang pernah awak permainkan ni?"
"Dan.. sekarang awak muncul untuk menagih semula hati saya yang dah hancur? Maaf... Hati saya dah betul-betul renyuk. Saya tak mampu berinya pada awak lagi."
Hanah terus menekup wajahnya bila air matanya yang bergenang tadi mula mengalir. Sedihnya dia bila teringat semua kesalahan Jungkook ini dulu.
Jungkook pula mengetap bibir dan memandang wajah Naura yang masih berada dalam dukungannya. Kemudian, sebelah tangan kanannya memeluk bahu Hanah dan sebelah lagi tangan kirinya itu masih erat mendukung Naura.
Nasib baiklah Hanah langsung tidak menepis tangannya sebaliknya hanya membiarkan saja dirinya menangis dalam pelukan Jungkook.
"Saya minta maaf.."
Adakah dia sebenarnya yang patut undur diri dan beri peluang kepada Hanah?
Tak tak! Jangan mudah mengalah, Isyraf! Gumamnya dalam hati sekadar untuk memberi semangat pada diri sendiri.
"Saya tahu saya memang kejam dulu. Saya tak layak untuk perempuan sebaik awak. Dan.. saya juga tak sepatutnya menagih semula hati awak yang dah hancur tu. Tapi kalau diberi peluang, izinkan saya cantumkan semula hati awak yang dah hancur tu, boleh?"
Sekali lagi Hanah mengeluh. Sudah berapa banyak dia mengeluh sepanjang bersama dengan lelaki ini. Isyraf langsung tak pernah mengalah. Bebal sungguh!
"Lupakan saja, Isyraf..."
++++
Sekarang, anda mahu sokong Hanah atau Isyraf? 🌚
Story ni akan tamat pada chapt 65. Harap korang tak bosan baca cerita yang dah panjang berjela-jela ni. Lek arr nanti dah tamat korang takkan nampak lagi aku update hari-hari story ni kat noti korang 😘
Ekceli, mulanya aku budget penpik ni akan tamat pada chapt 47 tapi.. entahlah shytan mana yang rasuk aku sampai dah melanjut ke chapt 60++ pula 😅😅😅
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top