60 : Baby girl, Naura

"Assalamuaikum, Raez? Apa khabar anak mummy? Sihat?" soal Puan Janna melalui talian setelah seminggu anaknya itu berada di Malaysia.

"Waalaikumussalam, mummy. Alhamdulillah sihat aje. Mummy apa khabar?"

"Alhamdulillah sihat juga. Ni haa mummy nak bagitahu ni. Minggu depan mummy nak datang Malaysia."

"Ha? Datang Malaysia? Serious eh?" soal Jimin dengan teruja. Excited betul dia bila dengar Puan Janna yang mahu datang ke sini.

"Ye lah serious laa.. Lagipun mummy nak masuk meminang Wardha untuk kamu selalu."

"Ha?" Jimin terkejut beruk. Alahai! Puan Janna ni excited betul!

"Ha apa ha? Penat tau mummy tengok kamu berdua ni selalu chatting jarah jauh saja. Baik kamu berdua kahwin terus tak payah tunang-tunang dah. Bila dah kahwin nanti, bolehlah kamu bawa Wardha tu honeymoon di rumah mummy kat Korea ni," kata Puan Janna lalu tergelak kecil.

"Haish mummy ni.. Apa benda honeymoon kat rumah mummy tu? Baik tak payah honeymoon terus gitu."

Puan Janna tergelak lagi. Tak sabar pun ada dia untuk menyambut menantunya nanti. Sudahlah Wardha itu gadis berniqab, lagi sejuk hati dia memandang.

"Haa okaylah, Raez. Mummy ada tetamu ni. Nanti mummy call lagi ye?" kata Puan Janna.

"Hmmn.. Okaylaa.. Assalamualaikum, mummy.."

"Waalaikumussalam, sayang.."

Panggilan dimatikan. Jimin tersenyum-senyum bahagia. Tak sabar pula dia nak tunggu Puan Janna balik dan masuk meminang Wardha.

Sudah lama hubungan dia dengan Wardha. Tapi dia saja yang sengaja tangguhkan semua ini dulu kerana mahu menarik Jungkook menjadi Isyraf semula dulu.

Walaupun Jungkook banyak menyakiti hatinya selama ini, tetapi semangat setia kawan yang ada dalam diri Jimin itu menghalang kebencian dia pada Jungkook. Lagipun semasa sebelum pengislamannya hari itu pun, hati dia sedikit sebanyak terbuka apabila melihat perubahan Isyraf sewaktu di Malaysia dulu.

Jika nak difikirkan, takkanlah dia mahu tinggalkan Isyraf yang agak buat dia sedar itu begitu saja? Walau bagaimanapun, dia tetap mahu membawa Jungkook kembali pada jalan Allah.

Akhirnya Jungkook kembali juga ke jalan Allah setelah dia kemalangan hari itu. Mungkin kemalangan hari itu hanyalah cara Allah untuk menyedarkan lelaki ini dari terus hanyut dengan dunianya sendiri.

***

Jungkook menyidaikan sejadah seusai saja menunaikan solat taubat. Semenjak di masjid hari itu, dia selalu bangun pada waktu malam untuk melakukan solat taubat kerana dia tahu pada waktu malamlah solat itu akan menjadi lebih afdhal.

Baru sahaja dia ingin membaringkan tubuhnya di katil, tiba-tiba telefonnya berdering. Isyraf terus mencapai telefon itu. Nama Abang Darwisy yang tertera. Lantas di menjawab panggilan.

"Hello?"

"Isyraf dah ada kat Malaysia sekarang kan?" soal Abang Darwisy dengan suara yang gelisah.

"Ha'ah ye. Kenapa, abang?" Hairan pun ada dengan Darwisy ni. Suara gelisah semacam saja. Mesti ada yang tak kena ni.

"Hanah.."

"Kenapa dengan Hanah?" soal Jungkook. Kini dia pula yang naik risau bila mendengar nama perempuan itu.

"Hanah.. dah nak bersalin."

"Ha?" Jungkook terkejut.

"Semua orang dah ada dekat hospital ni. Cepatlah datang."

"Ha'ah okay okay. Saya datang!"

Jungkook terus menutup telefonnya. Almari tempat dia tuju lalu mula menukar pakaian. Dia hanya menyarungkan T-shirt putih di tubuhnya dan berseluar. Tidak lupa juga jaket hitam turut dipakai bersama.

Dia mencapai telefonnya tadi serta dompet yang sedia berada di atas meja kecil dalam bilik itu dan terus dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Langkahnya diaju keluar dari bilik itu.

Bila tiba di bawah, dia melihat Taehyung yang sedang makan maggie di meja makan ruang tamu manakala Jimin pula sedang tersengih-sengih dengan telefon pintar miliknya. Tak tidur-tidur lagi budak dua ekor ni. Biarpun sekarang sudah pukul 1.30 pagi.

"Jimin.. Pinjam kereta kau kejap boleh?" pinta Jungkook.

"Nah! Nak pergi mana?" Jimin melambung kunci keretanya kepada Jungkook.

"Hanah.. dah nak bersalin."

"Ha? Nak bersalin?" soal Taehyung yang sedang menikmati maggie itu dengan terkejut. Pukul 1.30 pagi pun masih nak makan maggie ke?

"Ha'ah.."

"Ha dah-dah pergi cepat! Kang tak sempat pula kan. Nanti esok pagi aku dengan Taehyung datang melawat anak kau. Dengan kau-kau sekali pun kitaorang melawat. Mana tahu pengsan bila tengok darah."

Sempat pula Jimin membuat lawak bodoh lalu Jungkook tergelak kecil.

"Thanks, bro.." dia mula berjalan menuju ke pintu rumah untuk keluar.

"Yeay! Nak dapat anak buah!" jerit Taehyung dengan teruja bila Jungkook sudahpun keluar dari rumah itu.

"Ha kau pula tu bila nak sunat?" soal Jimin dengan soalan padunya.

Maka, Taehyung terus diam menikus dan menyambung semula makan maggie.


***


"Hanah dah masuk labour room ke?" soal Jungkook bila dia terserempak dengan Darwisy dan keluarganya di hospital ini.

"Ha'ah.. Masuk cepat Isyraf," arah Darwisy lalu menolak perlahan belakang Jungkook supaya masuk ke dalam bilik di hadapan mereka itu.

Tanpa berfikir panjang, Jungkook terus menerjah masuk ke dalam. Suka hati apa orang lainlah nak kata, janji Hanah tetap isteri dia.

***

"Uwek uwek uwek!" terdengar bunyi tangisan bayi yang memecah ruang bilik itu.

Hanah hanya mampu mengukir senyuman kelat tatkala masih terasa letih yang teramat. Matanya pejam celik saja memandang seorang bayi yang berada dalam dukungan doktor di hadapannya ini sekarang.

"Cuba teka Dr. Hanah dapat baby boy or baby girl?" soal doktor yang memegang bayi tadi.

"Baby girl?"

Doktor itu hanya mengangguk sambil tersenyum. Kemudian bayi itu dihulurkan pula kepada seorang lelaki yang berbaju T-shirt putih dan berjaket hitam yang berada di hujung tingkap.

Oleh kerana terlalu lemah, Hanah tidak dapat melihat dengan jelas wajah lelaki itu. Apa yang dia tahu, lelaki itu mula melaungkan azan dengan lembut bersama nada yang sederhana di telinga anaknya.

"Allahuakbar, Allahuakbar,
Allahuakbar, Allahuakbar.
Ashhadu-alla ilaha illallah,
Ashhadu-alla ilaha illallah.
Ashhadu-anna Muhammadar-rasulullah,
Ashhadu-anna Muhammadar-rasulullah.
Hayya 'ala-ssalah, Hayya 'ala-ssalah.
Hayya 'alal-falah, Hayya 'alal-falah.
Allahuakbar, Allahuakbar,
La ilaha-illallah."

Suara itu.. amat dia kenal.

"I..Isyraf?" Lemah saja suara Hanah pada saat ini. Matanya dibuka sehabis yang mampu untuk melihat Isyraf yang sedang melaungkan azan di telinga Naura di tingkap hujung sana.

Isyraf memandang Hanah sambil tersenyum manis. Bayi perempuan comel itu masih setia berada dalam dukungannya. Comel sungguh Naura. Bermata bulat dan anak matanya juga sedikit berwarna coklat, persis Hanah. Bibirnya mungil dan merah merekah sebiji macam Jungkook, serta berkulit putih kemerah-merahan yang lembut.

Jungkook mula mendekati Hanah yang masih berada di atas katil hospital itu. Dahi anaknya tadi dicium lama sebelum dihulurkan kepada Hanah. Setelah Naura selamat berada dalam dukungan Hanah, Hanah terdiam.

Adakah janji dia dengan Naura yang inginkan Isyraf berada di sisi dia semasa melahirkan Naura itu betul-betul termakbul?

"Anak kita comel sangat.."

Isyraf sempat mengusap pipi gebu Naura yang masih berada dalam dukungan Hanah. Hanah pula perlahan-lahan mengukir senyuman manis bila melihat Naura ini. Wajahnya banyak ada iras Isyraf. Iras orang Korea.










++++


Agaknya bila Tae nak sunat? 🌚

Alhamdulillah Nur Naura Hayfa binti Muhammad Isyraf Al-Firash selamat dilahirkan. Tapi jangan ingat Hanah senang-senang saja akan maafkan Isyraf pula ye? 😘

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top