59 : Repentance
"Eh akak balik dengan siapa? Siapa yang hantar?" soal Wardha hairan. Matanya menjenguk-jenguk ke luar rumah. Tiada pula kereta lain di luar selain kereta Darwisy dan ayahnya.
"Erm.. Tadi akak jumpa kawan akak, Dhia. Haa dialah yang hantar," tipu Hanah padahal dia sengaja menyuruh Jungkook menghantar dia agak jauh dari rumah itu supaya tiada siapa dalam rumah ini tahu tentang kepulangan Jungkook.
"Akak naik dululah ye?" soal Hanah lalu Wardha hanya mengangguk. Dia sekali lagi menjenguk ke luar rumah tetapi tiada sesiapa pun dia luar. Waswas pula dia dengan jawapan Hanah tadi.
***
•
•
•
Jungkook melentokkan dahinya di stereng kereta sambil mencebik sewaktu melihat rumah Uncle Danial itu dari jauh.
Dia rindukan Hanah. Rindu untuk memberikan kasih sayangnya kepada gadis itu seperti dulu lagi. Kalau boleh, mahu saja dia memeluk gadis itu ketika dia sedang menangis tadi. Tapi dia tak mampu.
Entah mengapalah, dia sendiri pun jadi lemah untuk mendekati Hanah. Dia seakan terasa dirinya masih diselubungi dosa-dosa besar.
"Maaf, Hanah.. Abang memang kejam tak hargai Hanah dulu. Tapi tolonglah sangat.. percaya yang abang betul-betul cintakan Hanah.."
Ya Allah, mengapa hidup aku terlalu menyakitkan? Gumamnya dalam hati. Disaat dia mahu berubah, ada saja dugaan yang datang pada dia. Itulah yang mudah buat dia terasa lemah.
***
Jungkook memberhentikan kereta milik Jimin yang dipandunya itu di hadapan masjid tadi. Entahlah mengapa. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa tangannya berusaha mengawal stereng kereta ke sini semula.
Dia membuka telefon pintarnya dan mula menghantar pesanan kepada Jimin.
Me:
Raez.. Aku balik lambat sikit malam ni
Park Jimin is online
Park Jimin is typing..
Park Jimin:
Kau jangan nak buat hal pulak Isyraf
Park Jimin:
Jangan memandai nak pergi club lagi!
Park Jimin:
Kau jangan nak bawa kereta aku ke tempat haram tu lagi!
Me:
Siapa cakap aku nak pergi club?
Me:
Aku duduk depan masjidlah
Parkjimin:
Ouh ye ke?
Parkjimin:
Baguslah kacau macam tu. Semoga terus insaf 🌚
Parkjimin:
Jangan nak buat hal lagi sudah. Ingat anak kau
Me:
Hmnn.. Ye lah ye lah..
Dia mematikan telefon. Pintu kereta itu dia buka dan mula melangkah keluar menuju ke dalam masjid.
***
Setelah menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, ramai jemaah masih menunggu di sini memandangkan ada seorang ustaz sedang menyampaikan ceramah.
"Kita tak sepatutnya menyoalkan 'mengapa' kepada Allah bila dapat dugaan. Kita yang berada dalam dunia ni memang akan selalu diuji. Sebab dunia ni bukannya tempat berehat, tapi tempat beramal. Kehidupan sebenar kita ialah di akhirat sana. Di sanalah barulah kita akan hidup selamanya. Berapa lama sangatlah kita kat dunia ni. Sejauh mana pun kita pergi, sebijak mana pun kita, berjaya mana pun kita kat dunia ni, hayat kita didunia ni akan berakhir juga."
Jungkook yang turut berada bersama mereka itu seakan berminat untuk mendengar ceramah dari ustaz ini.
"Dengan melalui ujian demi ujian, pahala pun datang kepada kita dan dosa-dosa kita pun semakin berguguran. Lagi satu, lebih baik dari itu ialah redha kerana ujian adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah hendak bagi kita pahala dan hapuskan dosa-dosa kita supaya nanti di akhirat, ada pahala yang kita boleh bawa dan dosa-dosa kita juga pun sudah terampun."
"Bayangkan kalau hidup ni senang-senang saja dan tak ada ujian, mana kita nak dapat pahala dari sifat sabar? Dosa pula banyak.. Allahu a'lam.."
Jungkook hanya mengetap bibir. Kata-kata ustaz ini seakan memberi pengajaran pada dia yang pernah hanyut dahulu.
Sepatutnya dari dulu lagi dia sedar bahawa dunia ini bukannya tempat untuk manusia bersenang-lenang, tetapi tempat manusia mencari pahala dalam keadaan sabar dan redha dengan kententuan Allah.
Setelah tamat ceramah yang disampaikan oleh ustaz itu, ramai ahli jemaah mula melangkah keluar dari masjid itu untuk pulang ke rumah masing-masing.
Kini hanya tinggal Jungkook dengan ustaz tadi sahaja di dalam masjid ini. Kelihatannya ustaz itu sedang sibuk membuat semakan di buku nota besarnya. Mungkin dia seorang ustaz yang mengajar budak-budak mengaji Al-Quran.
Jungkook pula mula bangun dari duduknya. Dia berdiri tegak dan menghadap kiblat.
"Allahuakbar."
Takbir diangkat tatkala dia mula menunaikan solat taubat.
Ustaz yang sedang menyemak buku nota besar tadi terpandang Isyraf yang sedang kusyuk menunaikan solat taubat itu. Sesekali dia dapat lihat air mata lelaki itu mengalir perlahan sewaktu sedang rukuk dan sujud.
Ustaz itu tersenyum manis melihat tindakan Isyraf ini. Orang lain semuanya sudah balik tetapi dia? Sanggup berada di sini semata-mata untuk sujud kepada Allah.
Setelah beberapa minit Isyraf mengambil masa untuk solat, dia memberi salam ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri. Wajahnya diraup sebelum menamatkan solatnya. Kemudian, dia menadah tangan pula.
"Ya Allah.. aku mohon.. kau ampunkanlah segala dosa aku kepada-Mu, Ya Allah. Aku adalah hamba-Mu yang keji dan lemah. Aku selalu menyalahi takdir yang buat aku dilahirkan di dunia ini. Aku yang tak pernah redha dengan ketentuan-Mu. Aku yang mudah lalai dan lupa kepada-Mu. Aku tak pernah hargai segala anugerah yang engkau telah beri pada aku di dunia ini.."
Air matanya semakin mengalir bercucuran. Dia sangat menyesal dengan apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Semuanya kerana dia yang lemah dan tidak pernah redha dengan dugaan yang Allah beri.
"Andai dikira, nilai kemaafan dariMu langsung tidak akan terhapus dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dosa aku terlalu keji. Aku hancurkan diri aku sendiri tanpa pernah rasa redha dengan ujian-Mu. Aku hancurkan maruah wanita, mendiang Deana dan Hyuri."
Jungkook menggigit bibir bawahnya bila air mata lelakinya itu semakin mengalir laju.
"Dan.. aku juga telah sia-siakan cinta aku pada Hanah, isteri aku yang sah. Aku tinggalkan dia kerana kebodohan aku. Andai masa dapat diputar, izinkanlah aku baiki semuanya dari awal, termasuk sebelum aku memeluk agama Islam."
"Izinkan aku jadi seorang lelaki yang baik, yang tidak memijak maruah dan hati wanita, yang suci dari titisan najis syaitan dalam darah daging aku dan menghargai betapa berharganya masa itu supaya aku dapat mencari banyak pahala dari masa yang terluang, bukan mencampakkan segala hadiah yang engkau cuba sampaikan, Ya Allah."
"Tapi jika engkau tidak izinkan masa itu berputar semula, izinkan aku perbaiki semua keadaan ini dengan hati yang tenang. Aku berharap supaya Hanah akan kembali pada aku. Aku cintakan Hanah, Ya Allah."
"Andai dah tertulis bahawa dia masih jodoh aku, kau dekatkanlah kami. Aku janji, aku akan bawa dia ke syurgaMu yang sesungguhnya syurga paling agung. Tapi.. sekiranya jodoh kami di sini saja, kau pisahkanlah kami berdua supaya aku dapat lihat Hanah mencari kebahagiaan dia sendiri walaupun dengan orang lain, yang mungkin jauh lebih layak dari aku. Aku tahu aku tidak layak untuknya sepertimana aku tidak layak untuk menagih kemaafan dariMu, Ya Allah... Amin.. ya rabbal al-amin.."
Dia melekapkan kedua-dua belah tangan di wajahnya untuk mengaminkan doa. Pada waktu yang sama juga, dia mula menangis teresak-esak. Hanya Allah saja yang tahu bahawa betapa hebatnya rayuan kemaafannya kali ini.
Ustaz tadi meletakkan buku nota besarnya dan kakinya mula melangkah ke arah Isyraf yang masih menangis-nangis di dalam tadahan doa tadi.
Belakang lelaki muda itu dia usap lembut seusai saja dia melabuhkan punggung di sebelah Isyraf.
"Sabar, nak.. Allah akan dengar setiap doa hamba-hambaNya. Teruskan berdoa dan minta keredhaan-Nya. Hidup ini tidak akan lari dari dugaan. Tapi kita akan mendapat kekuatan sekiranya terus berdoa. Kerana doalah satu-satunya senjata umat Islam," kata ustaz itu.
Jungkook perlahan-lahan menjatuhkan tangannya dan memandang wajah ustaz itu dengan mata yang memerah dek air mata.
"Sa..saya berdosa, ustaz. Saya jahat. Saya kejam. Saya hancurkan maruah perempuan, saya juga hancur dalam syurga yang saya cipta sendiri. Saya khianat isteri saya. Isteri yang amat saya cintai. Saya dengan dia bukannya kahwin paksa, tetapi kahwin atas dasar cinta. Saya juga dah buat orang mati kerana saya. Saya juga hampir murtad.. Saya berdosa sangat, ustaz. Allah tak patut maafkan manusia seperti saya ni.."
"Astaghfirullahalazim, nak.. Jangan cakap macam tu. Sejahat mana pun seseorang manusia itu, Allah akan ampun juga dosanya sekiranya mereka betul-betul insaf dan bertaubat. Jangan ragu-ragu dengan kemaafan Allah," kata ustaz itu sekadar memberi nasihat.
"Anggaplah dunia ini adalah tempat yang banyak membawa duri-duri yang tajam dan menusuk kulit manusia. Pedih manapun luka yang kita rasai tu, Allah tetap ada untuk hamba-hambaNya. Jangan ragu-ragu dengan kehadiran dan kemaafan Allah. Dia uji kamu kerana dia tahu kamu kuat untuk tempuh semua itu."
Ustaz itu tersenyum kelat bila melihat Isyraf yang sudahpun terdiam. Air matanya masih lagi mengalir tetapi hatinya sedikit sebanyak terasa tenang dengan kata-kata ustaz tadi.
++++
Masihkah ada ruang untuk Jungkook dalam hati Hanah? 🌚
Atau.. Jungkook akan berakhir dengan menjadi suami readers-readers sekalian? 🌚
Alhamdulillah anak Jeon dah kembali ke pangkal jalan. Tepuk sikit! 👏👏👏
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top