58 : Forgive Me
Asilalaa dengar lagu di atas kalau line okay. Semoga dapat tambah feel
——————————————————
"Asy hadu al-laa ilaaha illallah wa asy hadu-anna Muhammadar Rasulullah. I bear witness that there is none worthy of worship except Allah, the One alone, without partner, and I bear witness that Muhammad is His servant and Messenger."
"Alhamdulillah.. you have finally converted to Islam," kata seorang imam yang mampu berbahasa Inggeris.
Taehyung tersenyum. Jungkook pula mula mengusutkan rambutnya.
"Kau dah Islam, Tae," katanya dalam Bahasa Korea.
"Muhammad Izaham Tashriq dah boleh sunat dah lepas ni," kata Jimin pula.
"Kau ni tak habis-habis sunat.."
Imam itu hanya tergelak kecil melihat mereka bertiga walaupun dia langsung tidak faham apa yang mereka katakan. Maklumlah mereka yang berada di hadapannya ini semuanya orang Korea. Taehyung saja yang masih belajar Bahasa Melayu, tidak sama pula dengan Jimin dan Jungkook yang sudah fasih dengan bahasa ini.
"Anak berdua ni asalnya dari mana? Kenapa yang ni boleh berbahasa Melayu dan yang tu tak boleh pula?" soal imam tadi.
"Kami bertiga ni memang asalnya dari Korea. Ni Tashriq ni dia Korean tulen sebab dibesarkan di Korea. Saya ni pula dibesarkan di Malaysia tapi mummy saya tinggal di Korea. Dan ni pula kawan saya juga, Isyraf. Dia pun dibesarkan di Korea tapi mummy dia ada cawangan company di sini sampai dia kena ulang-alik ke Malaysia. Ha sebab tu lah dia dah boleh ikut bahasa Melayu ni," jelas Jimin panjang lebar.
"Oh begitu.." imam mengangguk faham.
"I hope you can teach me more about Islam. I may need to learn more about this," kata Taehyung manakala iman itu mengangguk setuju.
"If Allah has guided you, we who have learned about Islam should guide you to see the straight path. You don't need to worry because you have Muslim friends who can guide you."
Taehyung mengangguk faham sambil tersenyum.
"Sometimes I ask myself. Will Allah forgive me? I was very bad before and.. I also never believed in the existence of Allah."
Imam itu tersenyum manis. Dia sudah kalis dengan soalan seperti ini. Jika ada orang yang baru memeluk Islam dengannya, kebanyakan mereka mesti akan menanyakan soalan seperti ini.
"For those who have just converted to Islam, Allah will forgive all their sins. It doesn't depend on what the servant did before. Because the servant is like a newborn child."
Jimin dan Jungkook yang turut berada di situ hanya mengangguk faham. Begitu pemaafnya sifat Allah yang sanggup memaafkan hamba-hambaNya walaupun sebesar manapun kesalahan itu. Tapi itulah kita manusia pula yang selalu lalai dan mudah lupakan-Nya.
***
"Tak sangka kau akhirnya peluk Islam juga, Tash. Aku ingat kau akan kekal dengan imej syaitan paling innocent kat club tu," kata Jimin dengan nada yang tidak serius bila mereka bertiga sudah tiba di tingkat paling bawah dalam masjid tadi.
"Bak kata tok imam tadi, aku dah dapat hidayah dari Allah. So now, you don't need to remind me what I've done before, okay? Sebab aku umpama newborn child yang suci dari dosa," kata Taehyung. Amboi dah pandai dia!
"Pandai pun kau ni! Ingat ke bodoh," kata Jimin lagi lalu tergelak kecil.
"Eh eh kau ni.."
Langkah mereka tiba-tiba berdua terhenti apabila melihat Jungkook yang berjalan mendahului mereka tadi berhenti di muka pintu bahagian perempuan dalam masjid ini.
"Jungkook, waeyo?" soal Taehyung hairan bila melihat Jungkook yang seakan terkaku di sini.
Jungkook hanya terdiam. Matanya tidak lepas daripada memandang seorang perempuan yang amat dia kenali yang berada di dalam. Tiada orang lain yang menemani wanita itu sekarang melainkan Al-Quran di hadapannya. Suara merdunya yang membaca Al-Quran itu sedikit sebanyak menggoyahkan hati Jungkook.
Jimin tersenyum kecil lalu menarik tangan kanan Jungkook. Kunci kereta diletaknya di atas tapak tangan lelaki itu.
"Good luck," kata Jimin sambil tersenyum.
"Tapi kau.."
"It's okay.. Biar aku dengan Taehyung balik naik Grabcar aje."
"Thanks.." ucap Jungkook pendek sebelum lengan Taehyung Jimin tarik. Mereka berdua mula pergi dari situ meninggalkan Jungkook yang masih tidak berganjak dari tempat asalnya.
Tak sangka dia dapat berjumpa Hanah dengan cara ini. Pertemuan yang langsung tidak dijanjikan, akhirnya bertemu di dalam sebuah masjid.
Kelihatannya Hanah berbaju jubah putih dan berselendang putih, persis seperti Hanah yang pernah berada di dalam mimpinya sebelum ini. Jungkook hanya mengetap bibir. Dia amat rindukan Hanah.
***
Hanah mula menutup Al-Quran di hadapannya bila dia sedar hari sudah semakin senja. Orang-orang di sini pun ramai yang sudah balik. Dia mula menadah tangan pula.
"Ya Allah.. Kau hadirkanlah aku dengan seorang peneman yang betul-betul setia dengan aku. Seseorang betul-betul ikhlas dan cintakan aku dengan sepenuh hati. Cukuplah hati ni dilukai. Naura mungkin perlukan seseorang selain seorang ibu. Sungguh aku tak sanggup untuk lihat dia kehilangan kasih sayang seorang bapa sepertimana aku yang tidak merasa kasih sayang ibu bapa kandung. Kau hadirkanlah aku dengan seorang lelaki yang baik dan jujur dalam hubungan. Dan lelaki yang dapat terima Naura.. Amin.. ya rabbal al-amin.."
Hanah mengaminkan doa. Sudah terbiasa dia datang ke masjid ini sekiranya tugasnya di hospital tamat lebih awal.
Dia mula bangun dari duduknya bersama Al-Quran tadi di tangan. Baru saja dia hendak berganjak pergi, langkahnya terhenti saat melihat seseorang yang amat dia kenali berada di muka pintu utama masjid itu.
Isyraf?
Matanya mula berkaca. Kenapa baru sekarang lelaki itu muncul?
Isyraf yang berada di hujung sana hanya mengetap bibir. Langsung tidak berganjak untuk mendekati Hanah mahupun menjauh. Dia agak tersentuh dengan tindakan Hanah yang selalu redha dalam segala keperitan yang dia rasa.
Hanah menundukkan wajah. Walau bagaimanapun, dia terpaksa menggunakan pintu dimana Isyraf berdiri itu juga kerana tiada pintu lain lagi di sini.
Hanah mula berjalan dengan selaju mungkin sambil menunduk, tidak mahu memandang muka lelaki ini lagi. Baru saja dia hendak melepasi pintu tadi, lengannya tiba-tiba dipegang Isyraf.
"Hanah.."
Hanah hanya terdiam. Bibir bawahnya digigit bila terasa air matanya yang mula mencurah. Ya Allah, kenapa air mata ini murah sangat?
"Saya minta maaf.."
Hanah masih lagi terdiam. Suaranya seakan tersekat untuk keluar. Air matanya semakin laju mengalir. Ya Allah.. tolonglah jauhkan aku dari dia. Gumamnya dalam hati.
"Saya tahu saya salah. Saya berdosa. Saya harap.." belum sempat dia menyudahkan kata-katanya, Hanah terus memotong,
"Kalau awak balik sini semata-mata untuk Naura, saya izinkan. Tapi kalau untuk maaf, maaf sebab saya tak mampu maafkan awak," kata Hanah dengan suara mengendur. Wajah Isyraf langsung dia tidak pandang.
Kini Jungkook pula yang menunduk. Rasa bersalahnya kepada Hanah semakin menjadi-jadi. Wajarlah kalau Hanah tidak mahu memaafkan dia sekalipun, semuanya salah dia juga.
"Saya rela kalau awak nak bencikan saya sekalipun, tapi.. saya tak pernah tanggalkan nama awak dalam hati saya," kata Jungkook membuatkan Hanah mengeluh kecil.
"Saya tak pernah bencikan awak walaupun sebesar zarah sekalipun. Cuma saya rasa.. lebih baik awak lupakan saja saya. Kita dah tiada apa-apa."
"Dalam bumi ni ada tujuh petala langit. Cinta saya kepada awak juga bagai tujuh petala cinta. Kita datang dari dua dunia yang berbeza. Hubungan kita juga ada banyak halangan. Tapi saya tahu tiada yang mustahil dengan kuasa Allah yang sedaya upaya mempertemukan kita balik," kata Jungkook yang tidak mahu mengalah.
Hanah menunduk lagi bila air matanya semakin laju mengalir. Kenapa Isyraf datang kali ini untuk menagih hati dia kembali? Sebelum ini bukan main lagi tinggalkan dia.
"Lepas!" tangan Jungkook yang masih memegang lengan Hanah itu dia tepis sehingga terlepas. Hanah mula berlalu pergi dari situ tetapi..,
"Kalau ye pun awak tak nak tengok muka saya lagi, tak boleh ke saya hantar awak balik rumah?"
"Tak payah!"
"Hanah.. Dah senja ni. Tak elok perempuan pregnant macam awak balik seorang diri. Dahlah dalam perut tu anak saya.."
Hanah terdiam seketika.
***
•
•
•
Sepanjang perjalanan dalam kereta, mereka berdua hanya mendiamkan diri. Langsung tiada yang memulakan perbualan mahupun menegur sesama sendiri. Hanah hanya melemparkan pandangan ke luar tingkap manakala Jungkook pula sedang fokus memandu.
Dalam hati dia, nak saja dia bersembang rancak dengan Hanah seperti dulu lagi. Tapi bila melihat Hanah yang sudahpun menangis kerana dia, dia pula yang segan. Dia sendiri pun sudah buntu untuk pujuk perempuan ini macam mana.
"Hanah masih marahkan abang ke?" soal Jungkook memecahkan kesunyian. Kali ini dia memberanikan diri.
Hanah tidak menjawab. Dia lebih rela berdiam diri daripada jatuh ke dalam mainan lelaki ini lagi. Malas untuk melayan kemanisan palsu dari Isyraf.
"Saya minta maaf pasal hari tu. Kalau nak tahu, saya langsung tak sempat kahwin dengan Hyuri. Saya accident sekali lagi. Hyuri pun.. dah tiada. Dia meninggal lepas bunuh diri," jelas Jungkook.
Dia berharap sangat agar Hanah dapat memaafkan dia selepas ini. Dia mengalihkan pandangan kearah Hanah yang masih termenung ke luar tingkap. Sangkaannya meleset bila melihat reaksi wajah Hanah yang seperti tiada apa-apa.
Langsung tiada reaksi terkejut mahupun reaksi rasa bersalah. Wajahnya nampak kosong saja seperti tiada perasaan.
"Hanah? Abang.. betul-betul minta maaf. Abang harap kita dapat jadi macam dulu lagi. Abang rindukan Hanah sangat..," kata Jungkook tetapi tetap tiada reaksi dari gadis itu.
"Setiap hari, abang selalu teringatkan Hanah dan bakal anak kita. Abang masih cintakan Hanah. Abang tinggalkan Hanah dulu sebab abang betul-betul buntu. Abang terperangkap. Abang yang lemah masa tu. Abang yang bodoh tinggalkan isteri sendiri semata-mata untuk perempuan lain.."
Hanah hanya mengetap bibir. Air matanya mengalir lagi bila teringatkan kejadian hari itu.
"Tapi dalam hati abang, nama Hanah saja yang ada. Hati abang hanya untuk Hanah, bukan Hyuri mahupun Deana. Abang dah banyak terlanjur. Abang tahu abang lemah. Dan sekarang, baru abang tahu yang Yeonra sebenarnya bukan anak kandung abang. Abang dan Hyuri sama-sama nak jaga hati mummy sampai semua jadi hancur. Abang minta maaf.." jelasnya panjang lebar.
Hanah mula mengalihkan pandangannya kepada Jungkook.
"Baguslah sebab awak kemalangan dan Hyuri pun bunuh diri hari tu," kata Hanah dengan tiba-tiba membuatkan Jungkook tergamam. Betul ke Hanah yang kata begini?
"Kalau awak tak kemalangan dan Hyuri pun tak bunuh diri, ni mesti awak dah kahwin dengan dia dan murtad kan? Awak seharusnya bersyukur Allah tetapkan perkara tragis tu pada hari perkahwinan awak dengan dia."
Jungkook terdiam. Kini fikirannya sudah kosong. Bukan mudah untuk memujuk Hanah. Benar orang kata, bila perempuan dah hancur hati sampai bila-bila pun dia takkan terima.
Tapi sekarang, dia perlu juga buat Hanah balik pada pangkuannya. Hatinya nekad! Dia sangat sayangkan Hanah. Jadi tidak mudah untuk dia lepaskan wanita ini sesenang hati.
++++
Ingat senang ke Hanah nak maafkan Jungkook? 🌚
Tapi kadang-kadang aku kesian jugak dengan Jungkook ni 😭 bila nak berubah, ada saja dugaan yang datang
Jangan tidur lagi tau malam ni hehehe .. Akan ada update lagi pukul 10 malam nanti memandangkan aku eksaited sangat nak habiskan cerita ni HAHAHAHA
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top